BAB 20

Short Story Series 114051

Emir Qafeel menggarit keningnya melihat aku didepan mata. Kenapa?. Pelik sangat ke aku ni di mata dia sekarang ini?. Musykil pula aku jadinya.

"Kenapa?. Awak tak nak makan ke?. Ke sebab tekak tu dah terbiasa makan makanan barat?". Sempat lagi aku menyindir dihujung ayat. Makin lah berkerut dahi dia tu jadinya.

Kerusi di depan dia pun langsung tak ditarik mahu duduk. Tak sudi ke duduk dengan aku, dia ni?. Hilang ke selera makan dia sebab tengok muka aku?. Aduhh.. ni yang buat penyakit 'i wonder' aku datang balik ni. Teringin nak tahu kenapa dengan dia sekarng ni.

"Well.. kau dah pandai melawan kan?. Siap ber'awak' lagi dengan aku. Kena sampuk apa kau ni?". Usai mengatakan itu,kerusi di depan barulah ditarik dan dilabuhkan punggungnya kesitu. Pinggan diambil dan diserahkan kepada aku.

Aku pula mencebik bibir. Menyampah!. Dengan muka masam mencuka, aku merampas pinggan itu dari tangannya. Dia hanya menjungkit bahu sekilas dengan riak berlagak.. woahhh.. kuasa veto di tangan dia, ye dok?.

"You are my husband. I just have to call you politely. or ...awak nak saya panggil awak, abang?". jungkit kening kanan tinggi- tinggi. Wajah dia pula kini yang sudah kelat. Dah alang- alang ada dekat rumah ibu aku ni, time- time macam ni lah aku nak kena buli dia. Kalau tidak... memang kena sediakan tisu untuk lap air mataku yang sebaldi pun belum tentu cukup.

Pinggan yang telah terisi nasi dan lauk itu diberikan kepada Emir Qafeel. Dia menyambutnya lalu tangan dibasuh untuk siap sedia menjamu selera. Baru saja tangan berurat itu menyuapkan makanan di mulutnya, namun terhenti ditengah jalan kerana...

"Bismillahirohmannirohim.." Mendayu- dayu aku membaca pembuka bacaan doa. Habis keras tubuh didepanku itu. Aku tahan gelak. Dia yang muka ketat semakin cemberut.

Terus saje dia menadah tangan dan mengamit doa seorang diri. Well.. ada aku kisah?. Bukannya aku nak sangat pun dia yang bacakan doa untuk aku. hakpuii..

"Ehh.. baru nak makan ke?. Baru bangun tidur?". Ibuku yang baru saje pulang dari rumah jiran terus saje mengambil mood 'ramah mesra' dengan kami. Ini, kalau disoal macam- macam ni... habis tamatlah riwayat aku nanti.

"Haah ibu, biasalah.. pengantin baru ni penat sikit. Kan sayang?". Emir Qafeel memulakan bakat lakonan dia dah.. Aku pula dah macam kena cekit dengan mumia. Nasib saje lah tidak tersedak nasi dikerongkong. Aku pandang depan, dia sudah tersenyum sinis namun sekejap saje sebelum bibir itu tersenyum manis dengan mata dikenyitkan sebelah. Berasap telinga aku dengan tingkah lakonan dia sekarang ini apa lagi melihatkan riaksi ibuku itu yang sudah tersenyum simpul siap dengan mata nakalnya lagi. Sah lah tu dalam kepala otak sama je macam Armel tadi pagi.

"Takpelah kalau gitu. Makan jelah dulu. Ibu kemas laman sekejap okay?. Nanti dah siap makan tu basuh pinggan sekali Nadeen." Ibu terus berlalu pergi ke luar semula. Tu tak lain tak bukan lah tu, nak siram pokok bunga lepastu sapu daun- daun kering yang gugur.

"You call me sayang?". Aku picingkan mata aku tepat kedalam anak mata hitamnya. Dia sudah buat memek mengejek. Bangga lah tu bakat lakonan dia menjadi.

"Isn't my acting great ?." Dengan muka yang paling berlagak sedunia dia pamerkan. Senyum bangga dihadiahkan di bibirnya. Aku juling mata keatas. Menyampah betul !.

"must be good, otherwise we won't get married !."
Perlahan aku menuturkan kata itu namun aku tahu orang didepanku itu terdengar apa yang telah aku ucapkan. Dia mengangkat kepala melihat aku tepat- tepat. Mungkin rasa tercabar kerana telah menyindir dirinya. Ada aku kisah?.
___________
Pejam celik aje, sudah 3 minggu perkahwinan aku dan Emir Qafeel. Masih sama. masih suram dan tiada bahagia. Namun aku betul- betul bersyukur sebab dia memang tiada niat langsung untuk menyentuh aku. Sebab aku ni bukan test dia gamaknya, sebab tu nafsu dia pun takde. Selalu kalau bukan sebab cinta pun, mesti kena ada nafsu!. Itu untuk perempuan yang cantik, berdahi licin dan berkaki panjang. Aku ni?. Memang kurus keding macam papan. Tiada langsung lekuk tubuh dan kulit pun tidak seputih kulit wanita lain. Atau.... macam kak Iman.

Hari ini, aku memang bercadang nak keluar dengan Armel. Thaqif?. Entahlah.... Kalau Armel ajak tidak menjadi masalah untuk aku. Sebab aku sendiri pun rindukan kawan baik ku yang satu itu.

Terkocoh- kocoh aku berjalan untuk ke Miss' Cafe sambil tangan menolak pintu kaca itu. Armel masih dalam perjalanan katanya. Takpe, aku lebih suka menunggu orang dari orang menungguku. Rasa serba salah okayh!. Sedang sibuk aku mencari tempat kosong untuk diduduk, namun aku terdengar seseorang memanggil aku tepat disebelah kananku. Aku pusing ke arah kanan.

What??!. Dia?!.

Rasa ringan pula kaki aku ni nak larikan diri. bukan rasa, memang aku nak lari pun!. Dengan pantas, aku terus duduk di meja paling kanan bahagian depan. Memang terpaling depan lah meja tu. Nak panggil untuk buat pesanan pun senang. Tak perlu nak menjerit terlolong macam orang berbatu- batu jauhnya.

Aku labuhkan duduk disitu namun tanpa segan silunya, lelaki itu juga tanpa riak tidak tahu malunya itu melabuhkan diri di depan aku. Aku jeling tajam menandakan aku tidak sudi dengan kehadiran dia.

"Nadeen.. I miss you". Dia melihat aku dengan pandangan.... entahlah. Yang penting aku benci !.

"Najmi, please jangan ganggu aku lagi okay?. aku dah berkahwin sekarang ni". Aku mengetap gigi cuba menahan sabar. Dia ni memang tak faham bahasa gamaknya yang dari dulu lagi aku memang dah berbuih cakap jangan ganggu aku lagi. Tapi tetap aje dia begitu. Sungguh ni, rimas!.

Yaa.. dia, Najmi.. Yang dah fitnah aku meniru tugas dia dulu. (mohon anda semua ingat).

Bila diingat semula, memang panas terus hati aku ni. Tengok muka kacak dia pun aku taknak. Semogalah dia ni cepat- cepat ada jodoh. Aamiin..

"I still love you. You're still the same, Nadeen. It's just more beautiful." Ahh sudah, ayat gula madu satu tong dia bagi dahh.. Ni kalau perempuan lain boleh lah tumbang. Kalau aku? Rasa budek terus telinga aku ni. Makin cantik? sejak bila aku ni makin cantik? Dia ni mesti rasa tercabar je sebab tak dapat aku. Huh, dasar semua lelaki sama je!.

Tak cukup dengan tu, dia tarik tangan aku dalam genggaman dia. Makin panas wajah tegang aku ni. Ewah- ewah.. ni dah melebih ni !. Dia ni pekak badak ke?. Rasanya aku dah beritahu dia yang aku ni dah kahwin, kan?. Terus aku tarik tangan aku namun tidak dapat lepas. Kuat betul dia genggam dah macam letak gam.

"aku dah kahwin, pleasee Najmi, Let me go!.You don't know my husband. He will do anything to you later." Keras aku memberi amaran kepadanya. Aku syak dia ni memang kena guna bahasa alien gamaknya.

"No.. you ti.."

"Nadeen!." Tegur Armel tiba-tiba. Laju kaki melangkah ke arah aku dan benda pertama yang dia lihat adalah ke arah tangan aku yang dah bersatu dengan tangan Najmi. Dia dah tajamkan matanya kearah tangan kami. Aduhhh apalagi ni yaTuhan.. Tapi aku bersyukur sebab Nadeen datang tepat pada waktu. Barulah ada nafas aku nak hirup memenuhi jantung aku.

"don't tell me.... dia ni ke husband kau, Nadeen?". Armel dah buat andaian dia sendiri. What?! Hell no okay!. Aku lebih rela kahwin dengan jiran sebelah aku yang duda anak dua tu daripada mamat ni !.

"No. Bukan dia". Cepat- cepat aku menarik tangan aku dengan kuat. Akhirnya... terlepas pun. Armel yang dah ambil tempat di sebelah aku terus memandang kami silih berganti. Entah dia percayakan aku entah tidak tu. Aku rasa macam menyesal pula lepak hari ni. Kenapa hari ni juga aku terjumpa mamat ni?.

"ouhh I see..you are a liar, Nadeen. If it is true that you are married, why didn't you invite your own best friend ?. Atau.. perkahwinan atas kertas?". Kali ini, Najmi pula yang membuat andaian. Tapi, andaian nombor dua tu rasa tersentap. Tepat kena pada batang hidungku. Badan aku terus keras mendengar dia menutur ayat itu siap dengan senyuman sinis terjungkit di bibirnya.

"Aku tak tipu. Aku cintakan suami aku. Kami cuma buat majlis kecil- kecilan aje". Tipuku. Tapi yang bab buat majlis kecil- kecilan tu memang betul pun. memang ada pelamin, tapi hanya orang- orang terpenting saje yang dijemput oleh Emir Qafeel. paling tidak pun, keluarga belah dia dan keluarga belah aku.

"Tipu!. I tahu you.."
Belum sempat lagi sekali Najmi menghabiskan katanya, ada pula suara garau yang menegur. Terus berdiri tegak bulu roma aku. Okay.. aku cam suara garau ni..

"My wife is not a liar. we are married. Honey ... why don't you invite him to our wedding ?. Is this guy not important?." perli.

Emir Qafeel !.

Semua kepala dah menoleh kearah dia terutama sekali harus lah Armel. Terus bulat mata Armel memandang lelaki yang kini sudah berada di sisi aku dan memeluk bahu aku. Najmi yang melihat tingkah Emir Qafeel tu dah ketap rahang. Wajah pula merah menyala lalu terus dia laju mengangkat pungungnya berlalu dari situ. yaa.. dia bengang lah tu!.

Armel pula?. Ingatkan mata je bulat, rahang dia pun dah longgar dah tu. Haduhhhh habislah aku. Mesti berhutang cerita dengan si Armel dan juga si Emir Qafeel ni.

"can i join you both?" Emir Qafeel meminta izin untuk ikut serta makan petang kami yang tak serupa makan petang dah ni. Dan aku melihat Armel tanpa kelip memandang suamiku lalu bibirnya tersenyum dan mengatakan...

"sure".

Okay, sekarang ni aku nak cepat- cepat balik !.

Share this novel

Rini Bachu
2022-01-11 22:46:27 

beraoa lama x ada update baru

sylyayabia
2021-12-16 06:40:54 

tak sabar mnunggu sambungan nya...


NovelPlus Premium

The best ads free experience