BAB 19

Short Story Series 111762

Dia menatap mataku tajam. Kalau tu sebilah pisau, mesti dah buta mata aku ni. Dapatku lihat gerahamnya giketap kuat. Menahan marah gamaknya.

"Armel...." aku capai tanganya namun pantas ditepis. terasa jugalah dengan perangainya tu. Tapi bukan salah dia, seratus peratus salah aku. Siapa je tak marah kalau kita ada apa- apa terjadi namun tidak diceritakan kepada kawan baik. Mahunya terasa hati 7 tahun. Terutama soal kahwin.

"Now, tell me Nadeen.. Betul ke kereta dekat luar rumah kau tu milik suami kau?!". Gertaknya.
Mata dipicing tajam kearah aku sesekali melirik ke arah kereta kepunyaan Emir Qaleef.

Sengih kambing. Rasa bersalah lah pula.Yang Armel ni pun satu hal. Main pakai terjah je datang rumah aku. Nak buat suprise katanya. Sekali tu dia pula yang mendapat 'suprise' nya.

"Bila?". Soal Armel. Sepatah itu aje dah buat aku faham dah dengan soalan mautnya. Matanya melirik kearah jari jemariku yang masih ada lagi inai merah serta cincin berlian. Sah lah yang aku ni tidak main- main.

"Semalam". Sepatah juga aku menjawab. Terdengar dia mendengus halus. Dia mencari anak mataku dan aku pula melawan selamba. Halah, setakat Armel ni.. gaduh- gaduh manja nanti baiklah tu. Bukan aku tak tahu perangai kawan baikku yang satu ini.

"Dengan siapa?". Soalnya lagi. Geraham pun dah tak ketap kuat dah. Maknanya dia dah reda kemarahan namun, siapa tahu isi hatinya itu. Mungkin ada rajuknya lagi.

Diam. tak tahu nak jawab apa. Kalau aku cakap lelaki yang terlanggar aku masa di restoran tu, dia pitam ke?. Kalau pitam tak larat aku nak seret bawa balik rumahnya.

"Mana suami kau sekarang ni?". Tukar soalan. Mata juga meliar ke rumah ibuku. Pagi- pagi lagi ibu sudah ke rumah jiran untuk diberikan lauk pauk sikit. kenapa lama?. sebab kalaj dah bertemu dengan 'kawan geng sekepala' nya memang dia tak ingat nak balik. Ayah dan abang Ezz awal pagi lagi dah berangkat ke tempat kerja. Emir pula?.. Mestilah cuti kahwin!. huh semak je kat rumah ni !.

"Ada. dekat bilik." Tanpa kalis, aku jujur saja. Malas nak putar belit cerita. Sakit otak dapat, dosa pun dapat!.

"Kau tak nak tunjuk aku ke siapa suami kau?". Soalan itu lagi yang ditanya. Dia menarik tangan aku kedalam genggamannya lalu mata dikerdip dua tiga kali. Cara memujuk kalau nak minta sesuatu. Itu lah Armel.

Bukan tak nak beritahunya namun aku risau akan sesuatu. Mata dingin suamiku itu. Nampak sangatlah kalau kami ni kahwin tanpa cinta. Buat malu je nanti !.

"Dia tengah tidur lagi. Yang kau ni pun satu, datang awal pagi tu dah kenapa?. kantuk aku pun tak hilang lagi ni hah". Aku tukar topik. Siap memcebirkan bibir lagi gaya merajuk sebab tidurku diganggu.

Armel mendekatkan wajahnya ke wajah aku. Mata disepetkan lalu senyum nakal terukir halus dibibirnya.

Oh dear, dont tell me...

"Malam pertama kau kan?. Mesti lah penat". Bisik Armel.

Damn!. dah agak dah... Terus berbahang wajah aku. Panas!. Sudahnya, aku hanya ketap bibir tanda tidak mahu menjawab. Padahal tidak berbuat apa pun malam tadi, namun soalan itu tetap membuatkan aku sesak nafas dan... malu!.

Armel tergelak kuat. Siap perutnya ditekup lagi tanda gelaknya sudah pecah berdekah-dekah. Hanya seketika lalu sisa tawanya semakin perlahan.

"Dah?". aku jungkit kening. Dia sengeh sapi kearah aku. Aku pula menjeling geram. Kalau kau tahu aku kahwin dengan dia sebab apa, mesti kau baran sat gi.

"Dah lah, aku balik dulu. Kalau ada masa kita lepak- lepak lagi lah ya?". Armel pamit pulang. aku pula dah tarik nafas lega. Bukan tak suka lepak bersama, tapi risau kalau- kalau lelaki itu turun bawah. Tak sedia lagi untuk kenalkan dengan Armel lagi siapa suamiku itu.

"Nanti ajaklah Thaqif sekali. Lama tak jumpa dia dah". Sengaja aku memetik nama itu. Bukan tak tahu kalau si Armel ni dengar nama itu dah macam mama hulk dah wajahnya. Ketat semacam.

"tak mahu!. Kau kena lepak dengan aku je.barulah dikatakan 'girls day' . Haa gicthuu". Armel muncung bibir. Aku pula sudah tergelak berdekah- dekah.
_________________
Pintu bilik dibuka perlahan. Tak nak ganggu Emir tidur. Namun, bila aku pusing menghadap katil, susuk tubuh lelaki itu sudah tiada. Dah bangkit dari tidur lah tu. Bagus juga, tak payah susah- susah nak kejutkan.

Aku berjalan kearah katil. duduk dilabuhkan kesitu. Masih terdengar bunyi pancuran air dari dalam bilik air menandakan ada dia didalam sedang mandi.

Sebelum dia keluar siap mandi, aku ambil masa sekejap ini untuk lelap. Kantuk ku masih lagi bersisa sebenarnya. Maklum saja lah, perangai bujangku terbawa- bawa sampai dah jadi isteri orang. Nak bangun pagi pun payah. Bukan aku dulu yang tegak dibawah matahari, tapi matahari dulu yang bediri di bawah aku.

Tanpa sedar. Aku tertidur tidak tahu mengambil masa berapa lama sehinggalah terasa dahiku diusap oleh seseorang dengan jemari kasar. Terus aku menepis tangan itu. Tahu yang abang Ezz suka sangat ganggu ketika aku lagi tidur. huhhh semak.

Terasa lagi sekali tangan itu mengusap lembut dahiku. dan lagi sekali juga aku menepis siap dengan mendengus kasar.

"Abang Ezz.. jangan lah.. Ish!". Namun, tetap aje terasa usapan didahi aku. Dengan malas, aku membuka mata dan menggosok kelopak mataku yang masih lagi terasa kantuk. Tak puas tidur rasanya sedangkan tadi malam aku sudah tidur awal. Nasib saje lah subuh tidak terlepas.

Bila mata sudah gagah dibuka. Bukan main terkejut lagi bila wajah kacak Emir Qafeel tepat didepan wajahku. Mata yang mengantuk terus terbuka luas. Hilang sudah rasa mengantukku.

"Nyanyak tidur?. Dah sedar dah?. Ke nak tidur sampai esok?". Sinis.

Namun, sikitpun aku tidak terasa. Sebab apa?. Sebab situasi sekarang ini !. Tubuhnya yang menindih separuh tubuhku dengan wajah yang dahi hampir tercamtum. Mahunya tak meletup jantung sekarang ini.

Terus laju aku menolak tubuh sasanya. Dia pula?. Ibarat macam kena tolak angin. Sikit pun tak berganjak namun semakin didekatkan lagi wajahnya. Bauan dia sampai masuk ke rongga hidungku. Rambut basah dia pun masih belum sepenuhnya kering. Ada yang menitik sehingga terjatuh ke telinga aku.

"Tepi !". Tubuh itu, tidak mengalah aku menolak jauh. Siap dengan memukul dada bidangnya lagi. Eiii ni kalau dia ni abang Ezz , memang aku dah tendang je dia ni.

"Tak nak!. Kenapa?. Kau takut?. Bukan ke dalam situasi macam ni, kau kena bersedia?. sebab...."

okay, kali ini.. aku rasa mahu pitam. paling benci kalau bangkitkan soal ini. Ya.. ya.. cakap lah aku ni isteri derhaka sekali pun. Tapi aku memang tak sudi dengan sentuhan dia!.

"Dah jom bangun. Tidur je tahu. Dasar isteri pemalas!". Emir Qafeel terus menjarakkan tubuh kami lantas melompat turun dari katil. Barulah ada ruang untuk aku hirup udara.

Apa?. Isteri pemalas?!. Tak guna.. sedap kau je ya nak cakap aku ni isteri pemalas. huh.. ni yang rasa nak bukak gelanggang pentas WWE ni !.

"Awak tu pun sama je. Bangun lambat!. Dah tu dah tengahari baru nak bangun ke?. Kenapa?. Tidur tadi ada setan hempap awak ke?". Sindir kembali. Kali ni, rasa rajin pula nak melawan dengan berani. Aku ni memang rajin okayh! Tapi rajin untuk keluarga dan diri sendiri je. Dengan dia ni?. Huh, memang idok lah aku.

Emir Qafeel dan tajamkan hujung matanya. Tahu pun kau nak panas!. Mesti terasa tu sebab tadi subuh tak solat. Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun. Dasar lelaki yang tak layak jadi imam.

"Dah kau. Pergi masak sana.. Lepastu, basuh kemaja putih. Pastikan jangan campur dengan baju yang lain. Kotor siap kau!. Then, jemurkan sekali dan gosokkan baju tu sekali lepas dah kering nanti. Tali leher pula tolong siapkan juga. Tak kisah tali leher warna apa pun. Stoking hitam aku nanti kau satu kan tempat dengan tali leher aku. Senang esok pagi aku tak kabut nanti". Dia terus memuntahkan arahan tak bergunanya itu. Terbuntang aku mendengarnya setiap arahan yang dia keluarkan.

"Awak ingat saya ni robot ke apa?. Kalau saya lupa macam mana?". Aku mendengus kasar. sungguh aku rasa tak puas hati sekarang ni. Kan aku dah cakap, aku ni rajin dengan diri aku dan orang yang aku sayang je. Dia tu siapa?!. suami atas kertas je pun.. ughh..

"Thats your problem, not me". Dengan penuh gaya dan selamba sekali, dia melangkah keluar berlalu dari bilik meninggalkan aku yang terkebil- kebil seorang diri.

Bertabahlah duhai hati.. Dah kau dapat suami kaki arahan macam tu. Sekejap je ni Nadeen.. sabar okay?!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience