BAB 12

Short Story Series 111762

Pejam celik saja, sudah pun 6 minggu berlalu. Alhamdulillah, selesai sudah aku menjawab semua soalan final exam. Tidak lama lagi, aku tidak akan digelar sebagai pelajar lagi. Tapi.... sebagai isteri orang!. Aku hembus nafas berat perlahan. Tidak mahu Armel dan Thaqif menyoal macam- macam. Tak betah aku mahu menjawab soalan mereka.

Barang- barang dimasukan kedalam beg sandangku. Mahu lepak!. Ini lah masanya untuk aku luangkan masa sebelum digelar isteri. Mungkin ya pada mereka untuk keluar lepak, tapi tidak untuk aku. Bagaimana kalau- kalau Emir Qaleef melarang aku keluar daripada rumah?. Mengikat kuat tanganku di tiang katil?. Mengugut aku bermacam cara untuk aku tidak melangkah keluar dari rumah?. Membayangkan sahaja sudah membuatkan bulu romaku meremang.

"Heii dear,. termenung apa tu?". Tegur seseorang. Seseorang yang aku benci. Tak apa Nadeen.. kau pun dah nak berambus dari kolej ni. Tak sabar betul... Hilang satu bebanan di bahu.

Aku bangun dari duduk. Nak berambus dan berlalu menuju ke arah teman- temanku. Lebih baik daripada melayan kepala tak betul Najmi. Baru hendak melangkah setapak, lenganku dilelar kasar. Tersentak aku akan tindakan drastik dari Najmi. Selambadang kau je nak sentuh aku!.

"Didn't I warn you not to touch me? forget ?. Remember, I'm someone's fiance !." aku merungus geram. Tidak faham aku dengan perangai mamat sorang ni. Tidak faham bahasa melayukah?.

Najmi mencebik dan mengangkat bahu sekilas. Ibarat tidak peduli akan statusku sebagai tunangan orang serta amaran terakhirku sebelum 6 minggu yang lalu. Kemudiannya bibir merah itu tersenyum sinis. Mata tajam merenung wajahku ibarat aku ini bukan mahluk bumi sahaja. Kepalanya ditundukkan agar sama aras dengan ku.

"So?. Baru tunang. Bukan isteri pun kan?. Ada masa lagi untuk aku rampas". Selamba sahaja dia menuturkan itu dengan riak tanpa rasa bersalah langsung. Aku ketap gigi. Caba mencari sabar yang sekecil kutu.

"Kau nak apa?. Aku tak ganggu kau kan?". Soalku kasar. Entah apalah yang tak puas hatinya lagi. Padahal sudah lama dia tidak mengangguku setelah hampir 6 minggu ini. Dia dengan hal dia, dan aku dengan halku. Sikit pun tidak mencari apatah lagi ingin bersua. Kalau terserempak pun, buat tidak nampak saja. Aku fikir mungkin dia dah boleh terima yang aku ini tunangan orang. Tetapi, kenapa hari ini dia mengacauku lagi?!.

"Aku nak kau". Jawab Najmi. "Selama ni aku busy dengan study. Sebab tu dah lama tak berbual dengan kau macam ni. Do you miss me?". Najmi jungkit kening. Badannya ditegakkan semula. Mata menatap aku dengan satu pandangan. Suka. ya, dia suka. Tapi suka dalam bentuk apa?. Suka sebab gangguku?. Suka lihat aku marah?. suka bercakap denganku?. Atau suka sebab cinta?. Suka dan cinta adalah satu hal yang berbeza. Betulkah Najmi mencintaiku ikhlas sepenuh hatinya, atau sekadar rasa tercabar?. Entahlah...

"Ganggu tunangan orang itu berdosa besar, Najmi!". Tepat diwajahnya aku melontarkan kata. Tidak fahamkah dia?. Atau berpura- pura tidak mengerti?. Cetek sangatkah ilmu didalam dadanya?.

"I don't care!. I love you too much. Damn much.."

"But i don't love you. NEVER!". sengaja tekankan hujung ayatku. Manalah tahu masih tidak faham bahasa lagi. terdengar dia mengeluh keras. Peduli apa aku, asalkan aku tidak cintakan dia. Benci aku semakin menggunung sewaktu dia menfitnahku meniru tugasan kumpulannya.

"Aku tak kan lepaskan kau Nadeen.. Aku mahukan kau". Itulah kata keramat terakhir sebelum dia melangkah keluar dari dewan ini. Biarlah, dia boleh buat apa denganku?. Lama kelamaan apabila dia bosan menungguku, dia akan ada peganti baru. Aku yakin!.
________________
"Tak bersentuh pun makanan?. Cakap nak lepak sambil makan- makan?. Kalau dah kenyang, lebih baik lepak dekat rumah aku je". Armel ketap bibir. geram dia dengan Nadeen ni. Membazir makanan tu dibuatnya.

Aku diam. Bukan dah kenyang. Tapi aku lapar namun selera tu tiada. Ya lahh, dah habis final exam ni, lagi 2 minggu sahaja aku dan Emir Qaleef akan dinikahkan. Sudah bersedia ke aku ni?. Tidak!. Jawapannya masih belum bersedia. Aku lebih rela lambat habis pengajianku ini dan lebih rela diganggu oleh Najmi berbanding menikah dengan lelaki seperti Emir Qaleef. Time beginilah rasa tidak mengapa untuk diganggu Najmi, Huh.

"Kau okay?". Thaqif menyoal lembut. dia boleh nampak riak wajah sahabatnya itu tiada mood. Sedih. Tapi kenapa?. Nak bertanya lebih kang, risau dicop busybody.

"Aku cuma sedih je. Yalah kann.. nanti mesti korang dua dah busy memanjang sebab dah kerja. Itu baru kerja, kalau dah kahwin nanti?". Alasan!. Nasib sajalah ada alasan munasabah. Kalau tidak?. Tak kan nak mengadu dekat mereka yang aku akan dinikahkan tidak lama lagi?. Dua minggu itu bukan lama mana. Malah sekejap saja masa berlalu. Hatiku mengeluh resah.

"Laaa.. jangan lah macam ni. Nanti kalau aku kahwin aku jemput kau tau?". Armel pula memujuk. Thaqif berdeham perlahan lalu duduknya dibetulkan sedikit. Air di dalam gelas disedut perlahan. Basahkan tekak yang terasa kering tiba- tiba.

"Betul tu Nadeen.. Kalau kami kahwin, kami jemputlah kau. Lepak dalam rumah pun takpe, asalkan ada pasangan untuk elakkan dari fitnah". Najmi pula memujuk ku.

"Kita?". Armel menyoal. Pandangan mata tepat dipakukan ke wajah tenang Najmi.

"Yelah, kita.. Kau dengan jodoh kau. Aku dengan jodoh aku."Jelas Najmi. "Kenapa?. Nak kahwin dengan aku ke?". Guraunya. Lebih tepat lagi menyoal serius kepada Armel. Dalam makna lain, merisik. Walaupun atas dasar gurauan pada telinga Armel. Namun tidak pada dia. Kenapa demgan aku ni?!. Jatuh cintakah?.

Armel ketap bibir. Mendengus kasar. Dengan kauuu?. Hell no!. Memang tak lah aku.

" Dah jom makan. Sejuk dah makanan ni. Nanti kerja, jangan terlalu busy pula tau. Kalau ada masa kita lepak sekali." Aku ubah topik. Tidak mahu lah melihat drama akasia di depan mataku. Kalaulah Emir Qafeel selembut Thaqif, tidak pikir dua kali untuk aku terima tunangan ini. Armel pun satu, tak nampak ke si Najmi tu dah jadi pipi tersorong- sorong dah tu?.

Kalau korang nak tahu, aku ni hah... aku ni yang akan berkahwin dulu. Dan maafkan aku kalau aku tidak menjemput. Tapi itu perkahwinan atas kertas saja. InsyaAllah, kalau aku jumpa jodoh sehidup sematiku, aku akan jemput korang.

Aku mengeluh dalam hati. Semoga dua minggu ini masa lambat sangat berlalu. Aku tidak mahu menjadi isteri kepada Emir Qafeel. Bukan aku saja, namun dia pun tiada cinta terhadap aku. Macam mana untuk aku relakan dia menyentuh aku nanti dan memberikan zuriat kepada dia?. YaAllah.. dapatkah aku melarikan diri daripada dia atau dia ditetapkan menjadi jodohku?. Aku geleng laju. Tidak mahu!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience