BAB 26

Short Story Series 114051

'Saya keluar. TQ'. Send. Hanya sebaris ayat itu sahaja aku meminta izin dari Emir Qafeel. Pandai lah dia baca whatsapp nanti. Aku tetap nak keluar. Sampai bila nak terkurung je dalam rumah ni?. Dia ingat dia bawa aku ke rumah dia tu boleh ikat aku ke?. Patutlah beria nak pindah sini, ada muslihat jahat rupanya. Siap bawa kak Iman kerumah lagi !.

"Minta izin suami?" Thaqif didepan melirik kearahku yang menekan- nekan telefon bimbit. Dah kalau muka berkerut- kerut begitu, mesti ada hal sebab suami. Nak kata hal kerja, bila masa pula Nadeen bekerja.

Aku angguk. Betullah telahan dia. Thaqif menghembus nafas halus, risau akan keadaan Nadeen sebenarnya. Macam manalah keadaan dia tinggal bersama lelaki itu. Nadeen pun dah cerita semuanya. Entah Armel tahu ke tidak kisah Nadeen ni.

"Kenapa?". Aku yang dengar keluhan Thaqif menyoal aneh. Salah ke aku buat? nak bagitahu suami sendiri kita keluar pun tak boleh?. ish.

"Kau okay ke tinggal dengan suami kau?. Okay tak perkahwinan kau sekarang ni?". Thaqif risau. Makanan depan mata pun masih belum bersentuh.

kelu. Angguk tidak, geleng pun tidak. Tapi jawapannya.. tidak!. Thaqif tahu itu. Tengok riak muka Nadeen pun dia dah boleh agak.

"Habistu, tak kan lah kahwin semata nak anak lelaki je, lepastu ceraikan kau? tak logik tahu tak?". Thaqif melepaskan amarah. Ada juga lelaki keparat seperti itu. Dah ibarat habis madu, sepah dibuang. Tak guna. Jangan ingat dia kaya, Dia boleh kahwin cerai, kahwin cerai.

"Takpe. Dia tu menyakitkan hati aku je. Tapi dia tak sakitkan aku pun aku dah bersyukur. Dia bukan kaki pukul isteri. Tadi pagi dah kena marah dah dengan dia". Aku meluah lagi. Dengan Thaqif ni, memang aku selesa untuk bercerita. Kalau dengan Armel, mudah marah, mudah ketawa. Geram juga kadang dengan sikapnya. Paling risau, dia pergi hembuskan marah dekat Emir Qafeel. Nampak je macam tu, tapi kuat melenting.

"Tapi Nadeen.. dia tetap tak patut.."

" Tak patut apa?. Buat aku macam tu huh? Habistu kau nak aku buat apa? Semua dah terjadi dah pun". Aku laju memotong kata. Tak suka pun tetap dah kahwin.

"Okay maaf. Tapi kan Nadeen.. Tadi pagi dia marah kau sebab apa?" Sibuk nak tahu. Tapi dah tertanya- tanya juga, Thaqif tebalkan muka bertanya. Nampak kurang ajar sibuk hal rumah tangga orang, tapi Nadeen adalah kawan baiknya. Kalau Nadeen taknak buka cerita, dia faham.

"Aku cakap, aku nak keluar dengan boyfriend.. lepastu dia marah tak bagi keluar. Padahal aku tipu je. Manalah ada boyfriend.. Bila suruh cerai, taknak". aku mencebik. Tak faham dengan perangai lelaki itu. Arahan dia semua dah ikut, takkan suruh ceraikan pun dia taknak?. Masih nak anak lelaki lagi ke dia tu?. Rasa jijik pula bila sebab tu je semata untuk berkahwin.

"Jangan- jangan kan... dia cemburu dan cintakan kau!" Thaqif menebak. Yelah, sebab apa lagi kalau bukan cemburu dan cinta?. Thaqif senyum lebar. Jika betul, memang dia bersyukur buat kawannya ini.

Aku menghembur gelak besar. Tak logik! Sejak bila mamat tu cintakan aku?. Lambert lagi. Sakit perut sebab gelak. Thaqif didepan dah pusing kepala kira dan kanan. ada mata- mata yang sudah melihat ke arah mereka. Bila mata- mata gadis melirik kepada dia pula, tersenyum menggoda. Thaqif hanya membalas mesra, takde niat nak tergoda!.

Aku henti gelak. Hujung mata yang basah dilap dengan hujung jari. Penat gelak mendengarkan telahan Thaqif. Demam ke Thaqif ni? Arahan Penjamin tu nak cintakan aku? Memang dalam mimpi jelah nampaknya. Ni kalau aku ceritakan pasal plan Emir dan Kak Iman, memang melenting dah si Thaqif ni.

"Habis dah gelak?". Thaqif senyum sumbing. Malu dengan tingkah Nadeen ni. Dah lah dia juga pekerja disini, di restoran terkemuka milik papanya. Restoren Haji Makmur.

"Eh dah lah. Tutup cerita ni. Nak cakap fasal kau pulak ni. Sejak bila kau kerja restoren mewah ni?. Tak cakap aku pun?". Aku mula mencembik lagi kali ini gaya merajuk. Yelah, sampai hati Thaqif tak memberitahunya pekerjaannya.

Thaqif sengeh malu. Belakang kepala yang tidak gatal digaru. "sebenarnya... Pemilik restoran ni kepunyaan papa aku." Sengeh lagi.

Aku terbuntang lebar. Laaa macam mana aku boleh lupa nama bapa kandungnya Thaqif?. Adif Thaqif bin Haji Makmur. Padan sajelah Thaqif mudah masuk kerja disini. Chef dan pelayan disini tidak boleh dibuat main. Sebelum dipilih bekerja, memang akan dilatih dulu agar tidak buat silap di restoren ini. Padan sajelah nama restoren ini terkemuka di bibir orang ramai.

"No wonder lah. Kemain tak nak bagitahu kan?". Sampai hati." Kini, bibir dimuncungkan sedepa. Merajuk mak itik. haha

"Halah maaflah. Eh dah lah, lama sangat ni berbual. Aku nak pergi tengok- tengok dapur tu jap. Sambil bekerja, sambil memantau anak buah ayah aku." Thaqif meminta pamitan dan memberi salam sebelum berlalu.
___________
Pintu dihempas kuat membuatkan bahuku terhinjut tinggi. Dah kenapa nak naik angin pula dia ni. Putus cinta lagikah?.

Aku menoleh kearah dia. Konon taknak ambil tahu, tapi tetap nak sibuk. Emir Qafeel menatap tajam kearah aku. Hembusan nafas juga menjadi kasar dan dada turun naik menahan amarah. Sah, dia ni tengah marahkan aku.

"Pergi mana tadi?". Soalnya dengan lengan baju dilipat tinggi. Tali leher dileraikan dan butang kemaja paling atas dibuka. Wajahnya juga sudah merah menyala.

Aku diam. Jantung mula lari maroton. Bila gini gayanya, siapa saje tak takut?. Aku bangun dari duduk. Kaki menapak kebelakang setapak perlahan. Sebab aku keluar ke dia marahkan aku?.

"Didn't you hear what I said? where did you go this afternoon?!" Teriaknya. Soalan yang sama tapi kali ini bahasa yang berbeza. Jam tangan mahalnya di campak keatas meja konopi. Habis berdenting kuat bunyinya.

Aku mengundur lagi dan lagi. Air mataku bertakung tinggal menunggu masa untuk jatuh menuruni lekuk pipi. Tidak pernah aku lihat lelaki didepanku ini mengamuk sakan sebegini.

"Saya... sa.. saya.." Bergetar bibir mengungkap kata. Kotak suara hilang fungsi tiba- tiba. Bibir yang bergetar diketap kuat dan kepala dijatuhkan kebawah. Takut...

Emir Qafeel mendekatkan diri kearahku. Derap telapak kakinya yang meyakinkan aku kini dia sudah betul- betul berada persis didepanku. Dekat yang amat. Boleh aku lihat jari jemari kakinya yang hampir bercantum dengan jari jemari kaki kecilku.

Kepalaku terdengok keatas bilamana dia mengangkat kepalaku dengan mencengkam lembut daguku. Tidak sakit, tapi tetap takut dengan tangan kasarnya yang dapatku rasa bergetar menahan marah. Tanpa sedar, air mataku mengalir perlahan.

"I don't like to repeat the same question, my dear wife." Katanya lembut. Lembut tetapi tetap sahaja menaikkan bulu romaku. Dia menolak tubuhku di sofa panjang di ruang tamu kami. Aku terhempas disofa kulit lembut itu.

"Saya cuma keluar dengan Thaqif". Takut- takut, aku tetap menjawab dengan sekali nafas. Wajahnya didekatkan kewajah aku dan secara tak langsung, nafas aku jadi tersekat- sekat. Udara sepertinya tidak dapat dihirup lagi. Sukar untukku bernafas dengan normal.

Nafas hangatnya menampar- nampar wajahku. Garang dan berombak laju.

"Thaqif?". sebaris soalan itu sudah buat aku mengerti. Dia belum cukup kenal Thaqif lagi. Ataupun dia memang tak ingat langsung siapa Thaqif sewaktu pertama kali mereka bertemu di Cafe semasa aku terlanggar kopinya dulu.

"Kawan kolej saya dulu". Aku menunduk. Tidak berani menatap mata helangnya yang bagaikan memburu mangsa untuk diterkam.

"Aku dah cakap kan, jangan keluar tadi". Emir Qafeel mengangkat wajahku kembali. Air mataku disapu perlahan menggunakan ibu jarinya. Lembut dia mengusap pipi halusku. Makin tersekat nafas didada dengan tindakan dia.

"Do you remember my warning earlier? Did I not tell you that you would be punished by me?" Soalnya lagi. Kini, bahu aku pula ditolak lembut ke kepala sofa. Dia mengingatkan aku mengenai peringatan dia pagi tadi. Semakin menggigil badanku bila mengingatkan itu.

"Awak... awak tak... tak akan sakitkan saya. Sa.. saya yakin tu". Aku menolak bahunya yang semakin rapat denganku namun sia- sia, dia makin merapatkan dirinya dan bibirnya itu dijatuhkan dibawah cuping telingaku. Terasa nafas hangatnya yang sesekali terkena tepi leherku dan membuatkan aku kegelian.

"Don't worry .. I won't hurt you. this is my punishment for you." Bisiknya ditelingaku dan sesudah itu, wajahnya disembamkan dileher aku. Aku mengeleng- geleng kepalaku cuba untuk mengelak. Bahunya juga aku menolak kasar namun, kedua pergelangan tangan disambar dan digenggam erat menggunakan satu tangan kanannya saja.

"Awak..." Aku memanggilnya dengan perlahan. Menangis dan terus menangis. Jangan.. beginikah pengakhiran kami?. Malam inikah malam pertama kami? dan disinikah kami akan beradu bersama?. Di tengah- tengah ruang tamu luasnya?.

Emir Qafeel tidak menyahut. Sebaliknya, dia cuba menanggalkan semua butang baju tidurku satu persatu. Sentuhannya tidak sakit dan penuh menggoda. Puas aku menolak sehingga penat untuk menghalang niatnya. Biarkan... biar dia teruskan Nadeen. Tak ada yang jijik, ingat.. dia suami kau. aku cuba yakinkan diri sendiri.

Badanku dibaringkan ke atas sofa dan melepaskan semua pakaian yang ada ditubuhku. Kedua tangannya naik menyentuh kedua pipiku dan diusap lembut. Mata tajam itu melirik bibir munggilku yang masih lagi bergetar halus. Terus saja dia menyambar rakus. Namun, kerakusan itu semakin lama, semakin lembut dan mengkhayalkan aku.

Dia melepaskan pautan bibir kami. Dahinya dilabuhkan keatas dahiku dan nafas kami bersatu. Hanya tangan nakalnya saja yang tidak henti- henti mengusap keatas tubuhku.

"Nadeen, don't be afraid. I am your husband. Tonight I am your husband." Dia mengungkap kata dan setelah itu dia menyambung 'tugasnya'.

'Tonight I am your husband'. Sebaris kata ini menyayat hatiku. Hanya malam ini... malam ini dia adalah suamiku. Ya, hanya malam ini. Aku memejam mata membiarkan suamiku memperlakukan sesuka hatinya keatas tubuhku.

Semuanya akan baik- baik saja suatu hari nanti. Yakinlah Nadeen!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience