BAB 3

Short Story Series 114051

Bumm!.

Hampir gugur jantungku apabila terdengar bunyi dentuman dari arah hadapan keretaku. Aku... terlanggar kereta seseorang. Kabut sangat agaknya kerana telah telat ke kolej. Ini kalau lambat, memang aku terpaksa ponteng class Dr. Hamidan. Mahunya aku dilebel pemalas kerana sudah dua kali aku tidak datang ke kelasnya. Lagi satu sahaja hayatku, jika tidak, memang akan fail terus dari exam!.

Aku lihat, kereta depanku berjalan lalu berhenti ditepi jalan. Tidak mahu membuat onar di tengah jalan raya pagi- pagi begini. Aku juga sama mengikuti kereta itu lalu memberhentikan keretaku ke tepi jalan. Aku keluar dari keretaku. Tidak mahu dikata pengecut atau cuba melarikan diri dari kesalahan.

Aku melihat ke belakang kereta milik orang itu. Bulat mataku, kemek habis!. No plat berdaftarnya juga telah terbelah menjadi dua. Aku tidak tahu ini jenama kereta apa, tetapi yang pasti.... mahal!.

"Tch.. Damn!, habislah kereta Bugatti Centodieci aku!." Terdengar carutan dari orang sebelahku. Pemilik kereta ini sudah keluar dari kereta mahalnya. Terkejut aku mendengarkan jenama keretanya. Aku pernah dengar jenama itu, susah nak sebut oleh lidahku. mungkin mudah untuk sebut barang yang tidak berjenama sahaja!.

Aku toleh ke sisi. terkejut aku apabila kereta yang aku langgar milik Emir Qafeel. YaAllah, ujian apa lagi yang kau turunkan?. Aku nak menangis. Sungguh, air mata aku cuba tahan. Mulut juga diketap kuat agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi tangisan.

"Well.. Makin banyak lah hutang kau dekat aku kan?. Ke kau sengaja nak langgar aku, huh?".

Aku diam menikus. Lemah segala sendi. Air mata juga tanpa sedar mengalir setitis. Aku takut. Ya, takut akan hutang- hutangku. Mungkin kalau harga untuk sehelai baju, Thaqif boleh menolongku. Tapi kalau harga untuk membaiki kereta mahal didepanku?. 3 tahun pun aku rasa aku tak akan mampu bayar. Aku masih pelajar. kalau pekerja, mungkin aku boleh bayar ansur- ansur.

Dengan berani, aku menatap mata sinisnya. Aku menghirup nafas lalu dihembus perlalu sebelum mengatakan.. "Saya minta maaf tuan. Berapa pula kali ini saya kena bayar?". Soal ku berani.

"7.5k untuk harga kemek ni dan tak termasuk kopi dan baju aku. Ops, tak termasuk nombor plat aku tu juga. eh, belum lagi termasuk calar balar yang kau buat pada kereta aku. Kau rasa semua sekali berapa ya?".

Aku tidak dapat menjawab. Air mata laju dihambur keluar. Tidak dapat menahan lagi. Aku cuba mencari simpati pada mata sinisnya. Namun hampa. Tiada langsung simpati.

"Mungkin semua sekali dalam..." Dia menghentikan bicara. sengaja. Aku sabar menunggu katanya. Kaki juga ditahan agar tidak rebah.

"3M maybe?". Segaris ayat itu terluncur keluar dari celah bibirnya. Tidak dapat tidak, aku jatuh terduduk. Ada tangan yang menyambutku.Aku tahu tangan siapa itu. Kekuatan yang aku kumpul tidak begitu kuat rupanya. Semakin lama, mataku memberat. Kepala berdenyut tidak dapat ditahan. Lama- lama duniaku gelap.
__________
Daritadi lagi dia memandang jam di pergelangan tangannya. Mana Nadeen ni?. Tak kan tak datang kot.

Bunyi kerusi yang ditarik dari sebelahnya membuatkan dia menoleh dengan pantas. Ingatkan Nadeen, rupanya... huh

"Kenapa duduk sebelah aku?". Armel menyoal kasar. Matanya ditajamkan memandang lelaki ganteng disebelah. Geram betul akan tingkah selamba lelaki itu. Dah lah Armel ni anti dengan lelaki bernama Thaqif. 'Ini dah kahwin nanti memang tak lah nak letak nama anak aku Thaqif. huh amit- amit.'

"Well, kerusi ni ada nama kau ke?". Selamba Thaqif menyoal semula. Wajah geram gadis itu dibuat tidak tahu. Tak takut pun, nampak comel sahaja dimata dia.

Bulat mata Armel mendengarkan itu. Dia mendengus kasar. Benci dengan lelaki itu lebih dari apapun yang ada dimuka bumi ini.

"Mana Nadeen?". Soal Thaqif. Armel hanya mengeluh dan mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Kalau dia tahu, dia dah lama bagitahu keadaan Nadeen kepasa Thaqif. Tak sihat kah Nadeen?. Bila call pun tidak berjawab. Ish, bikin risau saja.

"Dia tak sihat kut". Thaqif bersuara lagi. Dia menoleh ke sebelah. Melihat wajah cantik di sebelahnya walaupun hanya dari sisi, tetap cantik.

"Mungkin. Aku call pun dia tak jawab. Tapi semalam sihat je. Kenapa tiba- tiba demam ya?. Semalam ada apa- apa terjadi ke?. Maksud aku, semalam hujan ke?. Tak kan?". Soal Armel keanehan. Thaqif tersentak mendengar soalan Armel itu.

Teringat pula yang malam semalam Nadeen ada call dia mengenai lelaki asing itu. Tak akan lah Armel tidak tahu mengenai ini?. Biar betul?. Baik dia diamkan sahaja, biarkan Nadeen yang cerita sendiri kepada Armel. Risau silap langkah, mereka bergaduh pula. Lagipun dia yakin, pasti ada sebab kenapa Nadeen tidak mahu menceritakan kepada Armel ataupun dia lupa?.

"Aku nak minta maaf fasal semalam. Tak sengaja marah kau". Thaqif memberanikan diri meminta maaf dengan perlahan. Penuh keikhlasan dan penuh rasa bersalah. Kalau tidak ikhlas, risau pula kalau gadis disebelahnya itu mengamuk sakan. Naya je.

"For?". Armel sengaja menyoal. Pura- pura tidak tahu atau berpura tidak ingat. Huh, sengaja mahu mengenakan dia. Siap kau!.

"For tengok your aurat lah dear. Kan berdosa. Bila nak berhijab?". Terus menoleh gadis itu kearahnya. mata sudah membulat luas. Thaqif ketap bibir tahan gelak. Padan muka kau!.

Bang!. Macam kena tembakan tepat menusuk jantung. Merah sudah wajah Armel dibuatnya. Tak guna kau!. dah tu, sedap kau je nak panggil aku 'dear'. Ewah, ingat aku ni awek kau?. Siap kau!.

"ya?. Kalau macam tu kahwin lah dengan aku. Jadi suami aku dan bimbing aku. Aku akan dengar kata kau dan akan pakai tudung. Doakan aku juga. InsyaAllah hati aku terbuka nanti. Who knows?". Walaupun dalam perli, namun dia ikhlas mengatakan yang dia juga berharap hatinya terbuka suatu hari nanti. Hidayah milik Allah.

Kali ini, wajah Thaqif pula yang sudah kepanasan. Mencecet dia melarikan pandangan matanya lalu berdeham perlahan. "Fokus ke depan, nanti Dr. Hamidan perasan naya je kita".

Ubah topik. Cis tahu pun kau!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience