Baju- bajuku dicapai semuanya lalu disumbatkan kedalam bagasi besar. Lantaklah tak lipat pun, sumbat je mana yang muat. Lepas tu... berambus!. Aku nak mogok sebulan !.
Teringat kejadian malam tadi pun boleh buat sakit kepala. Sentiasa berlegar dibenak aku bagaikan pitar rakaman yang telah rosak. Sakit? tidak. Tapi... arghh takde tapi, tapi.. Jawapannya hanya satu.
Benci !.
Siap!. Sesudah itu, aku mencapai bagasi dan beredar keluar dari bilik. kena cepat, kalau tidak, habislah si penjamin arahan itu mengeluarkan arahan bertubi- tubi. paling tidak pun, pasti dibebelkan perangai tak semengahku yang satu ini. Lari rumah!. Macam budak- budak hingusan pun ada. Ah, lantak.
Tidak mahu sebumbung dengan lelaki itu buat masa sekarang. Risau setiap kali memandang wajahnya, aku akan teringat kembali kejadian itu. Paling menyeramkan, macam mana kalau dia minta lagi sekali?. Tidak sanggup!.
Bila memikirkan tujuan asal perkahwinan kami ni, rasa jijik pula. Tapi nak elak pun sampai bila?. Lambat lah nak berakhir kalau sentiasa mengelak. Takpe, tunggulah aku mengandung nanti, baru aku balik sini beritahu dia perkara sebenar. itupun kalau ada rezeki..
tuk, tuk, tuk!.
Bunyi ketukan dimuka pintu hadapan rumah. kenapa pula dia gatal tangan nak ketuk pintu ni?. Selalunya pakai taram je masuk rumah sebab ni rumah dia. Setiap kali aku nak buat 'sesuatu' lah dia ni datang menganggu eh.
Terhenti niatku nak sumbat baju yang lain dan bergegas menuju ke pintu depan utama.
Dengan malas aku membuka pintu depan. "Sejak bila dah pandai ketuk pint--".
Kak Iman?!. Buat apa dia datang sini pula?. "Ya.. Kak Iman.. Ada apa ya?. Maaflah, abang Emir takde kat rumah sekarang ni kak". Senyum sebaris. Konon buat muka manis, walhal hati menggelegak panas.
Kak Iman balas senyum. "Tahu. Akak datang ni nak jumpa Nadeen. Nadeen busy ke?".
Geleng.
Ya busy!. sibuk datang tengahari buta macam ni pasaipa?.
"Jemput masuk dulu kak." Benci tu tolak tepi, hormat dulu selagi dia tak buat hal. dia buka gelangang WWE memang aku balas balik dengan ibu segala silat aku ni.
"Jap ya kak. Nadeen buatkan air dulu".
"Tak perlu, akak datang sini sekejap je. Nak bincang sesuatu dengan Nadeen".
Dengar macam serius, terus aku duduk disebalahnya tapi mata pandang tegak ke depan. Muka cantiknya bikin panas hati kalau hadap lama- lama.
"how are you now ?. Lama tak jumpa Nadeen." Kak Iman melirik kearah aku. Separuh badannya juga menghadapkan kearahku. Aku masih sama. Hadap depan dan tidak langsung menoleh ke arahnya. Teringat kali terakhir kami bertemu, memang buat emosi aku datang balik.
"Macam yang akak nampak lah sekarang ni. Kenapa?. Nampak tak sihat ke?". Bukan niat nak berkurang ajar. tapi bila teringat rancangan jahat dia dan Emir Qafeel buat aku tidak boleh mengawal perasaan marah. Ah, sebal !.
Dari tepi, kelihatan kak Iman tidak senang duduk. Entah apa lah yang dia nak bincangkan sangat tu. Kalau kau nak ambil Emir sekarang pun, kau ambil lah. Aku memang dah sediakan jiwa, raga dan emosi aku dah lama dah ni.
"Akak cuma nak cakap pasal Emir.."
"Tak perlu". Laju aku memotong katanya. Terus aku menoleh kearah dia yang tercengang dengan suaraku yang sedikit keras. Terkejut mungkin?. Yelah, dalam lembut- lembut aku ni pun, ada lah kasar dan garangnya.
Tarik senyum plastik. "Kalau akak nak ambil abang Emir, silakan lah. Saya tak larang. Saya tahu, abang Emir cintakan akak sangat- sangat."
Aku tarik nafas sejenak. Kak iman kelihatan tergamam. mungkin tidak sangka rahsianya terbongkar dengan cepat sekali.
"... I'm just a game for you two. Or even more cruel, I'm a stupid clown." Sambungku. siap gelak kecil lagi. Penuh luka yang sukar untuk berdarah.
Air mata ditahan agar tidak tumpah. Yeahh.. yeah.. badut bodoh, aku lah tu.
Tanganku ditarik kedalam genggamannya ."Nadeen.. akak.."
"Dah kak.. baik akak balik dulu, saya busy sekarang ni. Esok akak datang lah petang sikit, sebab abang Emir baru ada kat rumah petang tu".
Aku tarik semula tanganku. konon nak pujuk lah tu, memang tak lah aku nak termakan dengan muka simpati dia tu. Dalam hati, kemain gelak sakan dekat aku.
Aku bangun dari duduk. nak bergegas semula naik keatas niat nak sambung kerjaku apa yang patut.
"you misunderstood."
Aku terkaku. Langkah kaki juga seperti digam dengan gam gajah. Sikit pun tidak berganjak dan diam tanpa menoleh kebelakang dan menunggu dia menyambung kata.
"I don't know how you know all this, but it's too late for me to hide it again.. all right, let me just be honest with you."
Dia menarik nafas dulu sebelum dia membuka cerita. Namun, dalam diam hatiku berdebar- debar. Takut hati aku jadi sakit bila dengar semuanya, tapi, aku nak semuanya berakhir dengan tenang. tanpa bermusuhan.
" Ya betul, awalnya, ni perancangan kak Iman. Akak dah ada lelaki yang akak cinta. Tapi akak tak tahu apa nak buat untuk lepaskan diri dari Emir Qafeel. Waktu tu, dia rasa tercabar dan maruah dia seperti dipijak- pijak. Mungkin sebab akak perempuan pertama yang minta putus hubungan dengannya. Itu yang dia marah sangat- sangat".
Terkejut!. YaAllah, sebesar itukah cinta Emir kepada kak Iman?. Atau seperti yang kak Iman katakan, rasa seperti maruah dipijak- pijak?.
"Tapi akak nak buat Emir Qafeel jatuh cinta dekat isteri dia walau siapa pun itu. Tak sangka, Nadeen jadi isteri kepada Emir Qafeel."
"... Akak suruh dia buat Nadeen jatuh cinta dekat dia supaya dia juga akan terjatuh hati dekat Nadeen tanpa dia sengaja. Let's say, like in a Malay drama." Diam sejenak. Aku menoleh kearahnya yang sudah menekur kepala kebawah.
Aku menghampirinya dan bahu halusnya diusap lembut. Kak Iman mengangkat wajah lalu tersenyum hambar. Dimatanya, ada sejuta rasa kesal yang bertandang.
"Tapi, kenapa akak terima cinta abang Emir juga waktu tu?". Aku menyoal polos. Tak faham, kata tak suka, tapi sibuk miang lagi nak laki orang kenapa?.
Dia jungkit kening. Tak faham dengan soalan aku.
"Sewaktu akak datang kerumah sini pertama kali tu".
Kak Iman tergelak besar. Kini, aku pula yang jungkit kening. Apa yang lawak?. Sah, aku ni badut bodoh.
"Nadeen.. awak salah faham. duduk sini, akak ceritakan semuanya." Dia menepuk- nepuk sofa disisi kanannya yang kosong. Menyuruhku duduk disitu.
Hendak tak hendak, aku duduk juga. Nak dengar cerita drama pukul 11:30tengahari kami ni.Kah!
__________
(flashback bab 23)
"Iman.. You nampak kan tadi yang hubungan kami berdua baik- baik je?" Emir Qafeel memula bicara.
"Mestilah nampak. Alhamdulillah hubungan you dengan dia dah semakin membaik. Baik je Nadeen tu I tengok. Siapa je yang tak akan suka?." Balas Kak Iman.
"You tahu kan kenapa I buat dia macam tu?. You dah janji kalau I buat budak hingusan tu jatuh cinta dekat I, You will come back to me."
"Yes, I will....."
Emir Qafeel tersenyum menang. Rasa seperti dia lah lelaki paling bertuah bila dia dapat wanita secantik Iman.
Bersinar biji mata Emir. "Betul ke ni?". Dia tersengeh lebar. Puas!.
"You kena bercerai dengan Nadeen dulu." Iman menjawab serius. Mati terus senyuman kemenangan di bibir Emir Qafeel.
"Apa maksud you ni?. Kenapa pula I kena bercerai dengan dia pula?. Nanti apa pula kata famili I dan famili dia?." Emir mendengus geram. Geraham diketap kuat untuk mengawal emosi.
"Kenapa tidak?. Sebab you tak sanggup?".Kelihatan terjungkit senyuman tajam dibibir merah gadis itu. Memandang sinis kearah Emir Qafeel yang sudah tergamam seribu bahasa.
Emir Qafeel mengeleng laju. Tak faham lagi dengan permainan wanita cantik ini. Lama- lama, dia pula yang jadi gila nanti.
"Apa yang you.."
"You tak sanggup ke bercerai dengan dia?. Emir.. please, berhenti disini je. I tahu, you sebenarnya rasa tercabar sebab I saja kan?. You tak cintakan I pun selama ni. You sentiasa busy sepanjang kita bersama. You lebih pentingkan kerja you sewaktu kita bersama. Tapi, you sedar sesuatu tak?".
Emir Qafeel jungkit kening. "What?". Sepatah kata sebagai respon. Badan belakang disandarkan dibelakang sofa mencari keselesaan.
"Sejak you dah kahwin dengan Nadeen, You lebih kerap balik awal. you seem eager to go home dan semasa you bertunang dulu, ada masa tu, you nampak sangat kesal pada diri you. Why?. did you make your fiance cry then ?. And I'm sure, it's Nadeen, isn't it ?.
Emir Qafeel tersentak hebat. Tak sangka pula Iman boleh perasan akan hal itu. Tapi, hati tetap juga berdegil mahu manafi.
"Emir, mungkin you belum jatuh cinta dengan Nadeen ketika itu. Tapi, you rasa bersalah atas apa yang you dah buat pada Nadeen masa tu. You tak sekejam tu. Tapi sebab I dan sebab ego bodoh you masa tu, you pilih untuk pentingkan diri you sendiri."
"...I feel sorry for Nadeen right now. Tapi, I lebih kesiankan pada diri you. Sudahlah, I balik dulu, Assalamualikum". Iman berdiri untuk meminta diri.
Emir Qafeel mengetap bibir menahan sabar tapi dia tetap juga mengikuti Iman sehingga keluar pintu depan. Memandang wanita itu dari belakang sehingga Iman memasuki kereta dan hilang dari pandangan mata.
Kini... wajah yang selama ini bertopengkan egois dan bangga dengan diri sendiri kelihatan buntu, cemberut dan penuh kesal. Emir Qafeel mengurut- urut dahinya dan belakang leher. Sungguh, dia sendiri tidak perasan akan tinggkahnya sejak dia bertemu dengan gadis itu. Ya, gadis itu adalah Nadeen.
Share this novel