Armel menepuk- nepuk perlahan bahuku. Memberikan aku semangat untuk menghadap Dr. Hanif sebelum memasuki bilik pensyarah itu. Tidak tahu kenapa, tapi melampaukah kalau aku mengatakan... aku benci pensyarah tua itu. Terlampaukah aku?.
"Sabar Nadeen.. atleast, Kau berjaya submit assigment tu dua hari sebelum tarikh last submit. Alhamdulillah kau dah dipermudahkan Nadeen." Armel memujuk lembut. Ayat penyedap hati sebenarnya.
Keluhan kecil terlepas dari bibirku. Nafas ditarik panjang lalu dihembuskan perlahan. Mencari sedikit kekuatan yang ada. Tuhan.. sedikit sahaja kekuatan yang aku harapkan. Aku mohon..
Aku mengetuk pintu sebelum terdengar suara dari dalam memberikan arahan supaya masuk. Kaki dilangkah kemas memasuki bilik pensyarah itu. Armel menungguku diluar bilik. Sungguhlah, dia memang sahabat yang baik.
" I came here to submit my group assignment." Tuturku tenang. Setenang air dilaut walhal jantungku bagaikan mahu pecah. Terasa sempit saluran pernafasanku. Tidak betah rasanya menghadap pensyarah aku yang seorang ini. Nasib sajalah Tuan Emir Qafeel tidak mengajar aku, jika tidak... dia juga termasuk dalam list "Pensyarah Yang Aku Benci".
"Sure. Kali ini awak usaha sendirikan?". Dr Hanif menyoalku. Terasa dia sengaja memerliku begitu. Atau aku saja yang terlampau membenci sehingga aku tidak tahu mahu membezakan ayat yang dituturkan dari bibir itu dengan niat sengaja menyoal atau sinis menyoal?. Aku tersenyum halus. Tidak sudi sebenarnya. Namun, tetap aku tarik senyumanku lalu aku mengangguk laju.
"Saya keluar dulu ya, Dr Hanif". Datar saja aku bersuara. Tidak semangat terus aku mahu belajar akhir sem ini. Nasib sajalah sekarang ini aku diakhir sem. Kalau tidak, memang kena tiga tahun untuk aku menghadap wajah pensyarah ini di dalam kolej.
Kaki sudah hampir kepintu namun aku mamakukan langkah kakiku sebaik terdengar namaku dipanggil oleh Dr. Hanif. Mematikan niatku untuk beredar dari situ. Aku memalingkan badan dan wajah ku kearah dia. Walaupun tidak sudi, namun aku tetap hormatkan dirinya sebagai pensyarah.
"Saya minta maaf andai kata saya kecilkan hati awak. Saya buat begini sebab mahukan keadilan. Tidak mahu awak yang mendapat nama atas usaha orang lain". Lembut sahaja Dr. Hanif meminta maaf. Matanya juga lembut merenungku. Aku pula sudah berasap telinga mendengarkan tutur kata dari celah bibirnya. Sabar Nadeen.. Perkataan maaf itu walaupun selembut baldu namun tetap tidak boleh buatkan hati aku sejuk.
"Baiklah Dr. Hanif.. Saya keluar dulu ya?". Pintaku laju. Tidak mahu aku meletuskan api kemarahan aku sekarang ini. Tidak memasal pula aku dikenakan bar tidak dapat menjawab final exam dan- dan lah aku kena repeat sem. huh... amit- amit!.
_____________
Pintu itu ku katup rapat. Mata meliar mencari Armel. Mana dia?!. Kata nak tunggu aku depan ni?. Aku mengeluarkan telefon bimbitku. Ada whatsapp masuk, chat daripada Armel. Laju saja aku menekan skrin lalu membaca bait- bait perkataan itu.
'Pergi tandas sekejap. Kalau kau dah siap, kau pergi masuk kelas dulu.. aku bocor ni. Time ginilah nak bendera merah'. - Armel.
Aku melepas keluhan kecil. Serasa aku ini beban pula. Setiap masa nak ada sahabat di sisi aku. Bukan tidak boleh berseorangan, tapi kalau ada Armel, mulut becok itu menghilangkan gundah aku biarkan sementara waktu. Gundah yang tidak habis- habis memikirkan rancangan jijik lelaki bernama Emir Qaleef.
Tengah sedap- sedap berangan, dan- danlah ada orang yang aku terlanggar. Terhantuk kuat tepat ditengah dada tegap lelaki. Hampir sahaja tubuhku melorot kebawah. Tidak seimbang badanku akibat hantukkan di dahi. Laju saja tangan kekar itu memeluk tubuh kecilku. Huh, dramaking sangat!.
"Hey dear, walk carefully." Tegur lelaki itu. Terus tubuhku kaku didalam pelukannya. Ya tuhan, suara itu.. ughh!. Ini mamat sorang lagi yang paling nyebelin!.
"Well.. Do you really like being in my arms? if so, I prefer it." Tuturnya bernada gatal. Mencecet aku menegakkan tubuh. Berdiri kaku didepan lelaki itu. Tangan semerta menggigil. Bukan sebab gentar, jauh lagi takut. Tapi sebab aku menahan sabar daripada melayangkan penubuk paduku. Bukan niat aku untuk menggatal didalam pelukan anak teruna orang terutama dia!. Aku hanya kaget, terkejut dengan kehadiran dia tanpa diundang.
Mata menjeling tajam lalu aku mengangkat kaki. Mahu beredar!. Tidak memasal lain pula jadinya. Baik- baik aku boleh tahan tangan kecil ku ini, risau tidak tahan akibat marah dan aku melayangkan penumbuk.
"Bisu dah ke?". Sinis Najmi. Argh tak guna!. Bukan bisu lah bengap, tapi benci!. Kaki diangkat lagi namun kali ini, dia menahan langkahku dengan memaut kemas lengan kecilku. Terus aku merentap kasar dan tubuh tingginya terdampar kebelakang selangkah. Riak juga menunjukan betapa terkejutnya tindakkanku itu. Baru kau tahu, kecil- kecil aku pun.. Ada lah kekuatan walaupun tidak seberapa.
"don't touch me. I'm someone's fiance !. This is the last warning from me, stay away from me even if it's just your fingertips !." Getusku menahan sabar. Bibir diketap kuat. Kalau tidak memikirkan diluar bilik pensyarah, dah lama aku menjerit kepadanya.
"What?.You're kidding, aren't you?!". Dia pula yang menjerit nampaknya. Aku hembus nafas kasar lalu mata hitam itu aku tatap dalam- dalam. Tanpa sedikit pun rasa gentar. senyumku ternaik hujung kanan. Menyinis dia didepan mataku yang sudah melopongkan mulutnya. Padan muka kau!.
"Aku tak bergurau.. aku memang tunangan orang. Dan, please!. jangan sentuh aku lagi. Kalau tak.. "
"Then,show me your ring." Dia memangkas kataku. Matanya dipicingkan tajam menatap jari jemari aku yang berada disisi. Mencari cincin tunangan di jari runcingku. Kelihatan dia tersenyum sinis. Aku tahu, dia mengejek ku yang telah menipu dia walhal aku berkata benar. Aku memang tunangan orang hanya saja aku tidak memakai cincin kerana tidak mahu Armel atau Thaqif menyoal siasatku lebih- lebih. Rimas!.
"Well, nak bertunang tu ada niat. Datang rombongan. Bagi cincin. Sarung cincin dan biarkan orang tahu yang itu tanda kita kepunyaan orang. But, for your information Encik Najmi... Cincin tu adat saja lah!. Tak perlu pakai pun tiada masalah. Tak putus pun pertunangan kami kalau tahu apa itu erti kesetiaan." Sinisku kembali.
Aku menjeling lalu beredar dari situ. Sungguhlah, aku menyampah!. Sekacak- kacak dia... lebih kacak lagi Thaqif. Dan sekacak- kacak Thaqif, lebih kacak lagi..... erk.... aku geleng kepala. Mengusir wajah beku itu dari benak ku.
"Aku akan rampas kau balik, Nadeen!". Jerit Najmi namun sikit pun aku tidak layan. Tak berminat pun mahu melayan dan jauh sekali untuk dilayan. Pokok berpisang dua kali pun belum tentu untuk aku terima lelaki itu.
Aku keluh kesah. pejam celik sahaja. Sudah 6 hari masa berlalu. Sekejap saja untuk menghadap final exam dan setelah itu... Ya, kahwin!. Benda paling aku tak nak pun hadap.
Share this novel