BAB 18

Short Story Series 111762

"Kamu buat apa dekat sini, Iman?". Dato' Wakeel terjegil memandang Iman yang terkulat- kulat itu. Mahunya tak terkulat kena marah dengan orang tua tu. Walaupun masih dikawal suaranya tidak meninggi, namun tetap saje suara itu menakutkan. Belum lagi menceritakan riak wajahnya itu yang sedang menahan api kemarahan yang bila- bila masa aje akan marak.

Kepala menekur kebawah. Menikus. Tak berani langsung mengangkat wajah dan bersuara. Nak Bernafas pun rasa sesak je ni. Semua mata memandang Iman termasuk orang tua Nadeen.

"Siapa dia ni, Wakeel?". Encik Wahid menyoal keanehan. Siapa pula lah wanita ni?. Jangan cakap bekas wanita Emir Qafeel sudah lah.

Dato' Wakeel diam sejenak. Tidak tahu mahu memberikan pernyataan apa. Risau kalau- kalau orang tua Nadeen tidak selesa akan kedatangan gadis muda itu. Nak- nak lagi bekas tunang anaknya sendiri. "Emir, kamu ke yang ajak dia kesini?". Dato' Wakeel tidak menjawab soalan Encik Wahid sebaliknya disuakan pula soalan kepada Emir Qafeel yang daritadi diam tidak berkutik.

Dah salah dia, tahu pula nak diam. Dah tu siap buat muka tak bersalah lagi. Jangan cakap Emir tu masih sukakan Iman sudahlah. Naya je. Dah lah isterinya itu kurang sukakan Iman. Iman baik dan cantik, tapi tidak tahu kenapa isterinya kurang gemar. Mungkin akan pakaian Iman yang tidak cukup kain tu. Dengan rambutnya yang bewarna coklat karat. Mahu menengur risau tersentap nanti.

Wajah toyanya memandang tepat ke wajah daddynya. Riak daddy yang menahan sabar sikit pun tidak menakutkan. Wajah tenang dikawal sehabis mungkin. Rilek Emir.. jawapan jujur adalah yang terbaik. Dah terang kau yang bersalah kan?. Yang perempuan tu pun satu hal, asal pula dia pitam tiba- tiba?. Memanglah dia perasan wajah putih pucat itu semakin pucat sejak dari pagi pernikah selepas akad lagi. Tapi tak sangka pula sampai pitam macam tu. Helah dia ke?.

Tidak dapat tidak, Emir Qafeel mengangguk perlahan. Dapat dilihat wajah Dato' Wakeel semakin berang. Siap sedia ajelah kena amarah dari daddynya nanti.

"Kenapa..." Dato' Wakil mahu menyoal namun Emir Qafeel lebih laju lagi memintas.

"Dulukan dia ada kena mengena dengan Emir. Memanglah kena jemput. Fine, salah Emir sekarang ni. Tapi rasanya bukan sebab kedatangan Iman yang buatkan Nadeen pengsan daddy. Nadeen tu memang dari pagi lepas akad lagi wajah dia pucat. Tak tahu lah kenapa tu". Emir Qafeel bagi alasan selamat. Bukan alasan, memang itu yang sebenarnya.

"Maafkan saya.. Saya tak tahu kedatangan saya akan buat lebih kecoh lagi sekarang ni. Kalau macam tu, saya balik dulu ya?" Iman pamit pulang. Emir Qafeel senyum seraya mengangguk kepala. Dato' Wakeel dan Datin Wardah angguk mengiakan. Encik Wahid menghantar pemergian Iman.

"Maaf daddy. My bad. Emir naik atas dulu. Nak tengok keadaan Nadeen". Emir Qafeel berlalu pergi. Tak betah dia melihat pandangan tajam daddynya. Tu tak lain tak bukan lah tu. Tengah menahan amarah dan sabar.

Dato Wakeel dan Datin Wardah dapat merasakan sesuatu yang kurang enak. Macam ada sesuatu yang tidak baik akan terjadi. Atau... telah terjadi?.
_________________
Mata aku terkebil- kebil menatap mata kerisauan ibu. Mananya tak terkebil kalau bangun- bangun je melihat wajah risau ibu dan tak ingat apa- apa. Nasib baik aku masih ingat yang aku ni dah selamat jadi isteri orang!.

"Nadeen pitam tadi. Sekarang dah okay?. Badan Nadeen lemah tu. Kenapa ya?. Tak sihat ke?". Bertubi- tubi soalan dari ibu. Tangan tua itu mengusap anak rambutku. Lembut dan penuh kasih sayang. Aku diam. Suka dengan kerisauan ibu sekarang ini. Kalau lah ibu tahu macam mana Emir Qafeel tu yang sebenar...

"Nadeen tak makan dari malam semalam lagi,bu.. Nadeen tak ada selera. Mungkin tak sabar dan pada masa sama berdebar dengan hari bahagian
pada hari ni.." Jawab ku jujur dan tidak jujur. Jujur dibahagian tidak makan dan tipu dibahagian tidak sabar hari untuk berkahwin.

Ibu membulat biji matanya. Sampai macam tu sekali Nadeen risaukan pada hari akadnya. Ibu mengeleng kepala dan tersenyum kecil. Tak tahu nak mengambarkan perasaan ibu sekarang ni. Marah atau sedih?. Gembira atau terluka?. Entahlah..

"Patutlah kamu tak panas badan. Ingatkan demam ke apa sampai pitam segala. ehh tak makan rupanya. Bertuah punya anak". Ibu membebel kepadaku. "Tunggu sini, ibu ambilkan makanan. Lepas makan baru tukar baju, lepas tu rehat je". Arah ibu. Aku angguk mengiakan arahan tu. Kalau arahan ibu tak apa. Kalau arahan mamat tu?. Naya je aku.

Pintu terkuak dari dalam. Mata kami terarah kepada wajah keletihan lelaki itu. Ibu menyapa Emir Qafeel lalu menyuruhnya berehat selepas dia memberitahu kedaanku dan menceritakan apa yang terjadi kepada aku lalu berlalu pergi.

Pintu itu dia tutup rapat. Ni mesti nak bebelkan aku sat gi ni. Ah, bukan tak biasa.

Kaki melangkah rapat meratapi aku yang masih kejung kaku terbaring di atas katil. Mata tidak lepas walau satupun setiap langkahnya. Perasaan takut sudah bertandang dalam diri. Aduh, nilah paling aku tak suka. keadaan macam ni. Ish!.

"Menyusahkan lah kau ni. Yang takut sangat sampai tak makan dari malam semalam kenapa?. rilek sudahlah". Cebiknya. Punggung dilabuhkan kesebelah aku. Duduk sambil matanya menatap mata aku. Aku telan liur. Sungguh ni, aku benci keadaan macam ni. Berdua je dengan dia nak- nak lagi dah sah jadi isteri dia.

"Sorry..." diam. tu je aku berani mengeluarkan sepatah kata mengucapkan maaf. Aku memandang siling putih. Sengaja mahu melarikan pandangan tajamnya itu. Takut ni. Macam nak terkencing pun ada. Cepat lah ibu sampai ke sini.. Nadeen takut ni.

Emir Qafeel angkat bahu sekilas sebelum mengangkat punggung. Tabuh yang penat di rengangkan sehingga mengeluarkan bunyi 'krek'. Tulang belulangnya dibetul- betulkan. Boleh nampak wajah letihnya. Baguslah, selamat aku malam ni. semogalah dia terus lelap nanti.

"Aku nak mandi dulu. Lepas siap makan, kau pula mandi. Lepas tu terus rehat." Usai mengatakan itu, kakinya melangkah kedalam bilik air.

fuhhh.. selamat aku malam ni. Mungkin untuk malam ni, tapi tak tahu malam- malam lain yang akan mendatang. Aku mengeluh perlahan. Tak apalah Nadeen, terima jelah nasib hidup kau dikemudian hari. Pasti akan ada yang indah- indah menyusul bersama juga nanti.
___________
Aku mengiring ke kanan dimana sedang baring menghadap si suami. Huh, rasa kelat pulak nak panggil dia suami. dan kalau bukan sebab dia tu dah 'berpangkat', tak adanya aku nak hadap dia ni bila sedang tidur. Kang tak hadap dia nanti berdosa besar lah pula.

Bantal dikepala dibetulkan sedikit lalu aku memejamkan mata. Dapat aku rasakan katil bergerak- gerak menandakan orang disebelah membetulkan pembaringan. Lantak dia lah nak buat apa pun. Sekarang ni pun rasa janggal sangat- sangat sebab tidur dengan seseorang. Habislah mulai saat ini kena tidur ala- ala cinderella. Tak boleh lasak sikit, habis kena penggal kepala dengan mamat tu. Huh.

Terasa seperti hembusan nafas betul- betul dekat diwajah, aku terasa hendak membuka mata namun aku tahankan. Dah kenapa dekat sangat dia ni. Sampai suara dia bernafas pun aku boleh dengar. Aduhaii.. nak buka mata ke tak nak ni?.

"There's no need to pretend to sleep if you're just like me." Tegurnya tepat didepan wajah. "I'm pretty sure you can't sleep like me now." Sambungnya lagi.

Mata dibuka. Zuppp.. yaampun, mahu tercopot jantung melihatkan keadaan kami sekarang ini. Hujung hidung kami ni pun hampir berlaga. Dengan drastik, aku menjarakkan tubuh. Tak sudi bila berdekatan dengan dirinya.

Senyuman herot dihujung bibir lelaki itu terjungkit menandakan hadiah mengejek buatku. Tahulah dia yang aku ni sedang tidak keruan dengan tingkahnya tadi. Aku ketap bibir. Cuba menahan rasa di dada. Tak sampai 24jam lagi menjadi isterinya dah tak tahan macam ni belum lagi nak kena tunggu anak untuk dilahirkan. Yaampun, tak sudinya rasa. Terasa berdosa pula menidakkan kehendak suami kalau tak diberi tapi kalau diugut tu dikira berdosakah?

"So you knew that woman 4 days ago ?. It's a great trick of destiny for us, isn't it Nadeen?." Soal Emir Qafeel. Sinis. Bukan main lagi dia nak kenalkan Iman tu kepada gadis itu untuk membuatkan gadis itu sakit hati akan siapakah Iman tu sebenarnya. Ya, Iman lah perempuan yang dulu dia pernah cerita kepada Nadeen sewaktu malam dirumahnya. Iman lah yang menyebab dia terikat dalam perkahwinan bodoh ni.

'that women'. Yakinlah aku yang dia sedang mengaitkan kak Iman sekarang ini. Malam pertama pengantin, tapi ini pula jadi. Haha, kelakar bukan?. Rasa seperti didalam novel kahwin paksa pula. Kalau happy ending takpe. Ini realiti. Tak ada kisah drama pukul 7 tu didalam hidupku!.

Aku diam. Dia merungus kasar. Tubuh yang jauh didekatkan kembali kearahku. Aku tersentak laju aje mengesot kebelakang. Namun, bagai dapat membaca tindak tandukku, dia lebih laju memeluk pinggang ramping aku. Mahu pecah jantung melihatkan tindakkan dia yang tersengatlah selamba.

"Let me go!". Aku gertak keras. Gigi diketap kuat menandakan aku sedang menahan sabar. Kali ini, jantung berdegup kencang dengan amarah yang bertandang. Tak ada lagi rasa takut buat masa sekarang melainkan marah yang menggunung.

Dia semakin mengeratkan pelukan. Wajah didekatkan rapat kewajah aku. Aku tak mahu mengalah. Cuba menentang pandangan sinisnya.

"Answer me, Nadeen!" Gertaknya semula.

Kini aku pula yang tersenyum sinis. Nafas aku cuba teraturkan. Biar dia tahu untuk malam ini, aku tak takut dengan dia. Ini lah yang aku cari selama ini. secebis kekuatan, secubit keberanian. Itu sudah cukup.

Aku hembus nafas tenang. Mata betul- betul menatap anak mata hitam pekatnya itu. "That girl?. who ?. " Pura- pura polos. Dapat aku rasakan cadar katil digengam erat. Wajah didepan berubah tegang. Aku cuba bertenang. Jangan takut Nadeen... ini rumah ibu dan ayah. Dia tak akan buat sesuatu dekat kau sekarang ni.

"You don't want to be stupid Nadeen. Although I know you're stupid, but not for now !.".

Aku tersentap mendengarkan kata- kata hujung terakhirnya. Walaupun dia tahu aku bodoh, tapi bukan untuk sekarang?!. Ewah- ewah.. apa bezanya dengan kau?. Berlajar sampai luar negara, tapi otak buat bagi sapi pun tak guna juga. Sebab perempuan yang dia cinta, sanggup gadaikan diri atas perkahwinan ini. Betul kata orang, hebat betul cinta manusia ni sahingga mereka tidak sedar cinta Allah itulah cinta yang paling abadi. Kekal buat selamanya.

"Ouh, kak iman ke ?. If you already know that we have met, why ?. What are you trying to do to me, huh?." Kening dijungkit berani. Penuh sinis aku menyoal dan penuh mencabar. Nak tengok juga si 'arahan penjamin' bila bertukar menjadi si 'penjamin dicabar'. Mungkin akan terkeluar perangai hulk nya itu. wuuu menyaramkan.

Dia senyum. Senyum sampai ketelinga. Okay, sumpah, bukan ini yang aku mahukan sebagai riaksinya. Lebih rela dia bertukar menjadi hulk daripada dia tersenyum lebar macam ni. Aku tak bodoh untuk membezakan senyuman ikhlas, senyuman bahagia, senyuman manis, senyuman sinis, dan senyuman.... jahat?.

Telan liur sekali. Mata aku pejamkan sesaat lalu celik kembali. Masih sama. Senyuman itu... senyuman apakah itu?. jahat atau psycho?. Atau kedua- duanya?.

"Well, Did you know. Naden.. Naden... malam ni kau nampak lain. Nampak seseorang yang bukan 'Nadeen' . Atau tukar watak jadi 'Adlisya'?." Dia membelai pipi aku. "Why didn't you act like this from the beginning ?. Barulah seronok untuk ..." Dia berhenti sekejap. Hujung ayat sengaja dileretkan panjang sebelum wajah itu didekatkan kewajah aku.

"destroy you." sambungnya lagi.

Tangan yang membelai pipi aku tidak menepis. Rasa takut menguasai diri lebih lagi. Aku telan liur berkali- kali. Kali ini, hilang dah rasa berani aku. Bila berdepan dengan dia, keberanian aku hanya sekejap. Mana pernah menang kalau nak berdebat dengan dia ni. Aku tahan air mata dari menitis. Bibir deketap kuat. Tak nak dia terkesan dengan ketakutan aku sekarang ini.

Dia jauhkan kedudukan kembali namun tetap saja tangan kirinya itu masih tidak lepas dari memeluk pinggangku. Aku hanya diam membiarkan. Tak rasa semangat nak menghalau pelukan itu. Atau lebih tepat lagi, rasa takutku mengatasi aku berbuat demikian.

"Sekejapnya jadi Adlisya. Dan sekarang dah bertukar jadi Nadeen semula?". Sinis. Dia mendekatkan dahinya dan mendarat didahi aku sebelum membisikan sesuatu. "Kau tak pandai berlakon Nadeen. Kau tak pandai menipu. Aku dapat rasa getaran badan kau dan debaran jantung kau. Even aku tak sedekat ni pun..." Diam. Hanya nafas kami yang saling bersambung. Dahi kami yang dah melekat aku diamkan juga. Takut untuk menolak.

"I can read your face, your body language and your heartbeat. All that ..." Diam sesaat. Dia dekatkan lagi wajahnya dan kali ini dahi dan hujung hidung kami pula bersatu. " is in my grasp." Sambungnya ringkas.

1 minit...
5 minit...
10 minit... Masih diam. Hanya bunyi desah nafas halusnya bersambung dengan nafasku. Juga bunyi kipas yang sedang berpusing laju. Mungkin dia sudah tidur dalam keadaan kami yang sedekat ini yang dia ciptakan sendiri.

Aku melepas nafas perlahan. Dia betul. Semua mengenai aku ada didalam gengaman dia. Semua sekali. Dari sekuat- kuat aku yang tak seberapa kuat ni sampailah selemah- lemah aku. Semuanya ada dibawah gengaman dan penguasaan dia.

Aku pejam mata. tidur lah Nadeen... Banyak hari lagi yang kau perlu hadap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience