BAB 6

Short Story Series 111762

Terkebil- kebil mata Dato' Wakeel dan Datin Wardah mendengarkan permintaan anak terunanya. Silap dengarkah mereka?. Bermimpikah mereka?. Atau anaknya baru sahaja sembuh dari amnesia?. Surat khabar ditangan Dato' Wakeel dilipat kemas lalu diletakkan ke meja kaca. Tidak menarik dah dengan isu semasa di dada akhbar sekarang ini. Sekarang lebih menarik dengan berita daripada anaknya.

"Apa kamu merepek ni?. Kamu tu bukan ke dah bertunang dengan Iman?. Kenapa pula bertunang dengan perempuan lain, kahwin dengan perempuan lain?". Datin Wardah keanehan. Risau silap- silap anaknya itu hanya bertunang dalam mimpinya sahaja. Kalau betul hanya dalam mimpinya saja, baguslah. Dia juga sebenarnya tidak berapa minat dengan Iman. Tiada adap dan pakaian gadis itu juga tidak cukup kain.

" Emir, apa semua ni. Boleh terangkan dekat kami?". Dato' Wakeel menyoal lembut. Terkejut juga dia sebenarnya tapi tidak mahu membuat kesimpulan sendiri dulu. Mahu mendengarkan penjelasan dari Emir Qafeel terlebih dahulu. Risau silap perkiraan, dah dia menanggung dosa kerana menfitnah anak sendiri.

"Emir nak kahwin dengan Nadeen. Dan sebenarnya..." Emir Qafeel diam sejenak. Tidak tahu mahu menyusun ayat untuk dituturkan kepada orang tuanya. Tersilap bicara, buruk padahnya. Dia menghembuskan nafas berat. Susah benar untuk dia memberi alasan. Alasan mana boleh dianggap mudah walaupun senang. Even memberikan alasan logik cirit birit tidak mahu datang ke sekolah pun terasa takut mahu temberang. Inikan pula soal menukar pasangan hidup. Bertunang dengan wanita lain, kahwin dengan wanita lain. Kan pelik sungguh tu.

"Kami dah lama putus tunang. Sudah 4 bulan kami putus". Sambung Emir Qafell. Bohong!. Bahagian putus tunang itu benar, tetapi bahagian sudah 4 bulan itu menipu semata- mata. Terpaksa dia menipu jika tidak, risau orang tuanya berfikir dia mahu mempergunakan Nadeen walaupun itulah maksud rancangan licik sebenarnya.

"Astaghfirullahal'azim..." Dato' Wakeel mengucap panjang. Dadanya diurut perlahan. Datin Wardah disisinya pula mengusap lembut bahunya. Otak masih mahu mencerna dan menerima dengan ayat yang baru keluar dari mulut Emir Qafeel.

"Why do you want to tell us this now ?. Kenapa tidak dari 4 bulan lalu ni lagi?. Sengaja do not want to disappoint us, macam tu?. Tahu tak kamu ni lagi mengecewakan kami sekarang ni?!". Dato' Wakeel tidak boleh lagi menahan sabar. Geram dengan sikap anaknya itu. Seorang anak lelaki saja sudah susah mahu dikawal, bagaimana kalau Allah mengurniakan rezeki untuknya anak yang ramai?. Mahu botak rambut beruban dia agaknya.

Datin Wardah dalam diam simpan senyum. Dia mengucap syukur dalam hati. Hendak dibandingkan Iman dengan Nadeen, dia lebih sukakan Nadeen. Tidak dapat disangkalkan lagi Iman tu lebih cantik, lebih berpendidikan sehingga keluar negara dan lebih matang wajahnya kalau hendak dibandingkan Nadeen. Namun, Nadeen lebih manis walaupun tiada rupa cantik. Lebih sopan dari segi pakaian dan perwatakkan. Lebih matang dari segi pemikiran dan cara hidupnya. Bukankah itu ciri- ciri menantu gadis idaman selalu ibu mertua inginkan?.

"Maafkan Emir daddy, mama. Betul, Emir tak nak hampakan daddy dengan mama. Tapi pilihan apa lagi yang Emir ada jika jodoh tidak berpihak pada kami?". Riak Emir Qafeel sudah memainkan peranan. Ibarat dialah lelaki paling sedih yang baru kehilangan buah hatinya. Semuanya hanya lakonan semata- mata!. Tidak ingin dia mahu dinikahkan dan melafazkan akad nikah nama gadis sememeh itu. Sungguh walaupun tidak ada lagi gadis cantik seperti Iman, dia tidak mahu gadis seperti Nadeen. Tapi ini sahaja caranya untuk dia mempergunakan gadis malang itu. Inipun nasib sahaja Nadeen banyak hutang kepada dia. Mudah manjayakan rancangan liciknya.

"Kamu yakin ke nak menjadi suami kepada Nadeen?. Kamu tu kenal Nadeen pun baru berapa hari". Datin Wardah inginkan kepastian dulu. Mahu meyakinkan keputusan si anak teruna. Risau ini keputusan terburu- burunya sahaja. Hal nikah ni tidak boleh dibuat main.

Emir Qafeel angguk laju. Tidak mahu dia menunggu lama lagi. Rancangan ini sudah begitu hampir. Tinggal lagi selangkah sahaja untuk dijayakan!. "Emir nak Nadeen. Dia lembut ma, sesuai untuk dijadikan isteri". Mahu muntah sahaja dia menuturkan ayat menafik itu. Nak sentuh gadis itu pun silap- silap tiada selera.

Cis, bukan main lagi kau sebut tiada selera ya Emir Qafeel?. Jangan kau jilat kata hati busuk kau tu sudahlah.

"Ma, daddy.. Boleh ya?".

"Bila nak masuk meminang?". Wajah Datin Wardah sudah berubah teruja. Emir Qafeel senyum sinis dalam hati. Bukan dia tidak tahu yang mamanya itu berkenan dengan Nadeen. Kalau mama tahu rancangan busuknya, mahu dia dibuang sebagai anaknya mungkin. Well, nanti dah bercerai pandailah dia fitnah gadis itu ada jantan lain. Bukan susah pun.

"Secepat mungkin". Dua patah kata itu sudah membuatkan senyuman Datin Wardah semakin lebar. Dato' Wakeel hanya anggukan kepalanya sahaja. Setuju dengan kata anak terunanya. Benda yang baik, tidak baik dilambatkan.
_____________
Mulutku terlompong luas. Tidak semangat dah aku nak study. Sudahlah lagi sebulan saja nak final exam. Datang pula dugaan menimpa seperti ini. Pen ditangan aku letakkan di atas meja lalu berjalan ke katilku dimana tempat ibuku sedang duduk sekarang ini.

Aku melabuhkan duduk disebelah ibu yang berada disisi kananku. Wajah dipanggungkan menghadap tepat anak mata hitam ibu. Tangan tuanya ku capai lalu ku genggam dah di usap perlahan. Mahu mencari ketenangan sebenarnya. Hadap wajah ibu sahaja sudah membuatkan aku tenang. Aku menarik senyum berpura- pura teruja sedangkan hati aku hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa hatiku sedang merintih sekarang ini. Terasa mahu menangis dan menjerit seorang diri.

"Dengar tak ibu kata ni?. Tadi Datin Wardah call ibu sampaikan hajat anak teruna dia". Kata ibuku buat kali yang kedua apabila aku hanya diam tidak beriak. Aku angguk tanda dengar. Sedaya upaya aku tidak mengeluh kerana tidak mahu menunjukkan hati aku yang sedang sakit. Nak lari mana lagi Nadeen?. Memang kau akan berkahwin dengan dia juga nanti.

"Kalau ibu setuju dan nak terima dia, Nadeen okay saja. Bukan ke restu ibu tu penting?". Aku menyoal lembut. Tidak tahu kenapa, aku harap supaya ibu tidak setuju akan hasrat 'pura- pura murni' Emir Qafeel. Namun hampa apabila ibu angguk setuju akan perminta pinangan Datin Wardah itu. Hatiku entah untuk keberapa kali tersayat pilu. Sakitnya tidak terkata, tidak boleh digambarkan lagi. Kalau semalam rasa seperti tersiat hatiku lalu disimbah dengan asid fluoroantimonik tetapi sekarang tidak boleh digambarkan lagi rasa sakit hatiku.

"Ibu berkenan dekat dia ke?". Masih lagi berusaha supaya ibuku fikir masak- masak sebelum menerima pinangan itu esok pagi. Hatiku berdebar lain macam. Jantung berdegup kencang sehingga mahu keluar dari rangka dada. Air mata ditahan supaya tidak menitis keluar. Aku penat. Lelah dengan permainan dan permintaan bodoh Emir Qafeel. Semenjak berjumpa dengannya, hidupku tidak tenang.

"Ibu yakin Emir tu baik orangnya. Datin dan Dato' pun baik. Mesti keturunan dia dari keluarga yang baik. Kaya tapi tidak berlagak. Merekalah yang kutip ibu bekerja untuk menjadi pembantu rumah mereka". Tidak!. Hatiku menjerit lantang tidak bersetuju dengan kata- kata ibu. Mungkin ya Datin dan Dato' baik. Memang baik. Tapi anak lelakinya?. Huh, licik dan pandai berlakon sungguh!. Menganggap perkahwinan ini hanya satu permainan semata- mata. Mungkin dulu kecil dia tidak terpilih untuk menjadi pengantin lelaki olok- olok sewaktu bermain kahwin tipu- tipu dengan sedaranya.

"InsyaAllah ibu. Mana yang baik itu Nadeen ikut saja bu. lagipun niat mereka baik. Minta izin dulu pula tu. Nasib saja tidak bertandang ke sini secara mengejut. Mahu pitam Nadeen nanti". Aku cuba berseloroh menutup pilu dihati. Hatiku yang semalam tersayat belum pulih sepenuhnya kini ditambah luka baru. Berdarah kembali.

Ibu tersenyum manis. Kepalanya terangguk- angguk bersetuju dengan kata- kataku. Ibu memeluk aku dan aku sambut kembali tubuh tua itu dan didakap kemas. Perlahan- lahan air mataku menitis setitis dipipi.
______________
Aku pandang dia, dia pandang aku. Pandangan tajamnya sudah menunjukkan betapa bencinya dia berada disini. Didalam rumah kecilku. Abang Ezz dan ayah pagi- pagi lagi sudah berangkat ke tempat kerja. Sekarang ini hanya ada aku, ibu, Datin Wardah, Dato' Wakeel dan dia. Ya dia!. Lelaki yang aku benci. Dah kalau tidak suka berada di sini, kenapa pula mahu datang?. Setakat pinangan tahi- tahi ayam ni je bukan wajib ada bakal pengantin lelaki pun. Huh, buat hilang mood aku sajalah pagi- pagi begini.

Hari ni pun kenapalah hari jumaat?. Kalau hari ahad, sudah lama aku ke class pagi begini. Lebih rela menghadap class yang membosankan daripada situasi sebegini sekarang ini.

"Macam yang kamu tahu kedatangan kami ke sini Alin, Nadeen. Kami datang ni nak merisik kamu atas permintaan anak lelaki kami ni. Kalau tak ada apa- apa halangan dan penolakkan, boleh lah teruskan saja sarung cincin ni di jari. Kan bang?". Datin Wardah memula bicara. Dato' Wakeel angguk setuju dengan cadangan isterinya itu. Ibu pandang aku. Emir Qafeel memincingkan mata tajamnya kearah ku yang bermaksud 'baik kau terima kalau tak nak hutang kau aku tambah bunga'. Fuhhh.. duit nak cekau mana mekk?. Nak tak nak, aku angguk sajalah. Bukan boleh lari ke mana pun!.

Datin Wardah senyum manis. Dengan pantas dia menarik tanganku lalu disarungkan cincing emas yang dihiasi permata kecil di tengahnya. Ngam- ngam sahaja dijari runcingku. Haih, boleh pula Datin Wardah tahu saiz jari ku ini. Kalau tersalah saiz kan bagus!. Tidaklah semak aku nak pakai cincin itu.

"Alhamdulillah... segala urusan dipermudahkan". Kata Ibu disebelah aku. Mereka semua tersenyum simpul penuh makna kecuali Emir Qafeel. Dalam pandangan matanya saja aku tahu tersimpan berjuta- juta sinis terhadap aku. Rasa mahu saja aku mencakar wajah kacak itu.

"Hurmm makcik Alin, mama, daddy.. nak jumpa Nadeen sekejap boleh tak?. " Emir Qafeel meminta izin kepada mereka penuh sopan. Penuh kepura- puraan!.

"Haa baguslah. Boleh kenal- kenal dengan lebih rapat. Pergilah jumpa dulu. Lagipun kami pun ada benda sikit nak bincangkan fasal perkahwinan kamu berdua ni". Ibu memberi keizinan. Siap suruh kenal- kenal lagi. Kalau lah ibu tahu aku ni dah kenal dah perangai dajjal bakal menantu dia tu, mahunya ibu menghalau keluar dan aku sudah pasti akan dicerca oleh lelaki berhati cetan tu.

Sekarang ini, kami sudah berada di beranda depan. Aku dan dia duduk di kerusi yang telah disediakan disitu. Saling bersebelahan. Baguslah bersebelahan. Tidak mahu aku saling menghadap dia. Tidak sudi dan tidak hingin!.

"Kau mesti pelik kenapa aku ada dekat sini kan?. Well, aku tak nak pun. Tapi mama dan daddy yang paksa aku ikut untuk kenal dengan kau lebih rapat. Tak sudi pun aku nak kenal kau ni. Takde selera nak hadap muka kau pagi- pagi macam ni".

Bang!. terasa ada satu das tembakan tepat ke dadaku. Sakit yang amat!. Aku pejam mata ku sesaat. mencari kekuatan walaupun senipis kulit bawang. Nafas dihembus perlahan. Rentak jantung yang sudah menggila aku cuba kawal. Tidak mampu namun aku cuba!. Tidak mudah namun aku cuba!. perit tak terkata namun aku cuba!. Apa lagi yang aku boleh buat selain cuba, cuba dan cuba menjadi kuat?.Sekarang barulah aku tahu kenapa dia juga ada disini. Tanpa rela yang pastinya.

"Saya faham Tuan. Lagipun masa tu sekejap saja berlalu. Saya berharap semoga anak pertama kita nanti adalah anak lelaki. Saya tidak sanggup andai kata anak pertama kita adalah perempuan kerana sudah pastinya saya tidak kuat untuk menjaga dia seorang diri. Dan saya berharap sangat waktu itu Tuan Emir lepaskan saya dengan cara baik". Tuturku satu persatu. Mata tajam itu aku tatap dalam- dalam. Tiada langsung riak bersalah.

"Aku harap sangat masa lambat berlalu. Tak nak aku kahwin dengan kau. Kahwin dengan kau sesuatu yang aku rasa mustahil tapi tetap akan terjadi. Dan aku rasa tak perlu kau berharap tapi berdoalah supaya kau terus dapat anak lelaki. Tidak sudi aku nak sentuh kau secara berlebihan. Ouh ya. Anak kita?. Aku tak pernah anggap dia anak kita nanti. Itu adalah anak kau tapi bila anak tu adalah lelaki, itu adalah anak aku!.Lepaskan kau secara baik tu macam mana ya, Nadeen?. Nak aku bentangkan karpet merah ke untuk kau berambus dari rumah aku waktu tu?. Kalau kau nak, memang aku sanggup bentangkan." Satu persatu juga dia menjawab semua kata- kata ku tadi. Penuh sinis, penuh keangkuhan.

Tanpa dapat ditahan lagi, air mata aku jatuh lebat membasahi pipi sehingga jatuh terkena tudung ku. YaAllah... perit yaAllah.. Apa yang terluah dari bibir lelaki disebelah ku ini sungguh menyakitkan hatiku. Kuatkah aku untuk menjadi isterinya nanti?.

"Aku malas nak berlama di sini. Okay lah, aku masuk dulu nak jumpa mama. Nak ajak balik. Tak betah aku lama- lama disini." Dia berlalu pergi tanpa ada sikitpun perasaan untuk memujukku. Aku hanya menghantar susuk tubuhnya dari belakang berlalu tanpa menoleh kebelakang lagi.

Mana dia sudi nak memujuk dan menoleh ke arah kau, Nadeen...

Share this novel

awer
2023-01-22 09:23:16 

eleh..ko pun nk jgk naden..sbb hnsem..kate sggup bayar la ape..podahhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience