BAB 22

Short Story Series 111762

Berkelip mata Thaqif beberapa kali. Berharap yang ini bukan mimpi. Siap digosokkan mata berkali- kali lagi. Pelik bin ajaib dah kalau gadis didepan mata ini mengajaknya keluar makan dan katanya ada hal penting nak ditanya. Apa yang penting sangat tu agaknya?. Dulu ajak study bersama walaupun ada soalan susah nak bertanya pun bukan main payah lagi. Sombong!.

Tapi kali ni... Lain pula jadinya. Ada apa ya?

"Why?. Datang sini just nak tengok muka kacak aku ke?. Rindu?". Thaqif memecah sunyi. Manalah tahu rindukan... Haish kalau lah betul rindu, aku juga yang untung. Itupun kalau aku tak pitam masa di jawab rindu. Tapi, apa benda penting tu?.

Armel mencebik. Ya kacak!. Kalau tidak masakan si Thaqif ni dulu boleh termasuk dalam top list dalam senarai crush dia?. Kalau perangai tak becok and berlagak pandai dulu, sah dia ni aku yang mula langkah dulu!.

"Ni fasal Nadeen. Kau dah tahu ke dia dah berkahwin?". Armel mula bicara. Kalau Thaqif dah tahu, sungguh kecil hati aku ni tau!.

Thaqif membulat mata. Mulut terlopong mendengar ayat yang keluar dari bibir munggil itu. Aku tak salah dengar kan?.

Melihatkan riaksi si Thaqif itu, yakinlah dia bahwa lelaki itu belum tahu lagi. Mesti kecil hati sebab tak dijemput dulu. Armel juga sama sewaktu mula- mula dapat tahu bahawa Nadeen sudah berkawin dan tidak dijemput. Tapi kenapa agaknya Nadeen tidak menjemput mereka?.

"What are you joking about? It's still morning, you know?." Cebik Thaqif pula. Nak buat lawak pun tak menjadi. Ni mana pula Nadeen ni? Takkan nak mengata membe sendiri bila orangnya tiada. Tak sedap pula rasanya.

Armel berdecit geram. Aku serius, dia kata aku bergurau??!. Hailaa mamat ni, mementang aku benci dia sampai tak nak percayakan aku ke?. Huhh!.

"Aku serius ni tau!. Apa, kau ingat aku bergurau?. Kalau tak percaya, kau tunggu lah tuan badannya datang nanti. Aku dah ajak dia lepak sekali, tapi lambat pula dia kali ni". Armel mula mengetap bibir. Geram pula bila orang tak percayakan kita. Ish!.

"Hahh tu pun dia". Armel muncung bibir kearah Nadeen yang tengah berjalan menuju kearah mereka.
_________
Dari jauh aku dah nampak bayang si Armel dan... Thaqif?. Ni tak lain tak bukan ni, mesti mulut becok Armel dah serang dulu dekat Thaqif. Haihh Armel ni pun.. Tak menyabar orangnya. Sejak bila pula boleh duduk berdua dengan mamat tu?. Dulu kemain anti lagi.

Kaki laju melangkah kearah mereka. Sampai dekat, tangan aku dah kena tarik dengan Armel. Punggung pun tak sempat nak labuhkan lagi.

"Good morninggg Nadeen.." Armel menegur dengan riak ceria. Nampak sangat berpura- pura ceria sebabnya haruslah aku ada 'hutang' dengannya. Dia ni bab gosip atau cerita menarik memang nombor satu.

Senyum dulu. Lalu punggung dilabuh kesebelah kanannya. Aku kerling dua manusia disebelah dan didepan aku. Hurmmm nampak sangat perasaan 'I Wonder' di muka mereka. Ayat apa lah aku nak karang bagi jelas sikit dekat mereka berdua ni?.

"Nadeen.. how is your day?". Thaqif menegur pula. Soalan pertama sebelum ke soalan selanjutnya yang lebih 'panas'. Aku tahu niatnya itu. Tak kan lah membe baru sampai dah terus kena serang?.

Aku angguk lalu tersenyum halus menandakan aku baik- baik sahaja walaupun kesan luka semalam dileher masih berbekas. Ugh, EMIR!.

"Nadeen, now tell me!." Armel menjungkit kening. Petanda yang aku harus melunaskan 'hutangku'.

Aku hembus nafas dulu sebelum mengatur nafas biar lancar. Fuhhh ni boleh kering anak tekak aku ni. Aku nampak diatas meja kami dah terhidang air teh ais. Licik sungguh mereka ya, belum apa- apa dah order untuk aku. Tak sabar nak dengar cerita aku lah tu.

"Nadeen..." Thaqif bersuara lagi. Lembut dan penuh kerisauan. Itulah Thaqif, banyak berubah walaupun dulu sombong tahap petala langit ketujuh. Sebab murid tercontoh dan cemerlang di Kolej kami. Siap jadi guru tutor kami lagi dan sebab perangai dia tulah buat Armel meluat sudahnya sampai sekarang kami menjadi kawan.

Aku mengangguk dan berdehem sebelum memulakan ceritaku dari A to Y. Riaksi Thaqif hanyak mengangguk dan lebih banyak diam namun riaksi Armel.. ada yang gelak, kadang mencebik dan terakhir adalah.. "Aummm how sweet".

Sweet kaki dia!.

Ouh ya, kenapa dari A to Y je?. kenapa tak sampai Z? Sebab 'niat' kami berkahwin ni aku tidak cerita. Kalau Armel dan Thaqif tahu yang kami kahwin sebab nak anak lelaki dan bukannya sebab hutang aku yang tak mampu aku bayar dulu tu semata, mesti Thaqif yang tenang boleh bertukar jadi hulk. dan Armel yang teruja boleh bertukar jadi nenek sihir. Trust me!.
___________
Nampak di perkarangan rumah dah terparking kereta suamiku. Awalnya pulang. Kenapa ya? demam ke?. hati aku mengamit sedikit kerisauan. Walaupun benci namun aku masih ada rasa hormat terhadap lelaki itu.

Cepat sahaja aku memasuki ke dalam ruang tamu dan.... guest what?!.

diruang tamu penuh dengan 4buah beg bagasi dan 3 buah beg bimbit saiz yang besar. Semuanya barang- barang....

"Apa semua ni?". Tanpa salam, aku menerjah mereka yang sudah berdiri diruang tamu dan tersenyum gembira namun dimata mereka terkesan suram. Kenapaaa?.

Disitu ada ibu, ayah, abang Ezz dan Emir Qafeel yang terus terdiam sejak aku menerjah mereka. terus hilang senyuman dibibir bertukar dengan wajah sayu namun masih disembunyikan dengan senyuman halus.

"Nadeen.. kamu kena ikut suami kamu pindah ke rumah baru. Rumah kamu berdua. Emir dah belikan lama dah cuma dia diamkan dulu."

"... tapi disebabkan ada kerja di Melaka, kamu kena duduk sana ya dengan Emir. Jadi isteri yang baik. Sampai bila nak bermanja dengan keluarga sendiri?". Ayah menerangkan kepadaku atas 'drama' apa yang terjadi sebentar tadi.

Terkaku. Terdiam.

Tak tahu nak bagi riaksi apa sebab kami akan...
OH NOOO!.

Tinggal bersama dan berdua- duaan dengannya is the BIG NO!. macam mana hidupku setelah ini?.

"Sayang... do not be sad. we will come here to see them again. ok honey ?." Emir memeluk bahuku sambil mengusap lembut. gaya suami penuh prihatin. Dah mula dah watak lakonan terpendam dia.

Mahu tidak mahu, aku terpaksa bersetuju dan harus bersedia siapkan jantung, jiwa, raga dan emosi bila berdepan dengan lelaki ini dengan hari- hari yang terasa lebih lama untuk waktu berdetik.

Cuma satu je caranya agar semua ini berakhir dengan cepat. i feel that i should seduce him first.

persoalannya... can I?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience