BAB 28

Short Story Series 111762

"Nah". Sampul surat kecil dicampak ke atas meja makan persis didepan mukaku. Aku angkat wajah memandang riaknya yang penuh selamba.

Aku jungkit kening sebelah menandakan 'apa tu?'. Entah, sejak kejadian 'malam' dua hari lepas tu terus takde mood nak bercakap dengan dia. Dia pun tak mulakan percakapan dulu, tapi hari ini?.. Ishh walaupun sepatah kata, tetap menyampah nak dengar suara itu!.

"Duit nafkah isteri". Sebaris ayat yang meluncur laju penuh selamba dari celah bibir merahnya membuatkan darahku menyirap panas. Automatik, punggung diangkat dan dengan penuh selamba kuasa dua aku ambil semula sampul duit itu lalu dicampakkan ke dada bidangnya.

Kali ini, dia pula yang menjungkit kening. Memandang riaksiku dengan penuh tanda tanya. aneh mungkin, yelah.. duit kut, siapa tak nak?.

"why now?". Aku menahan suara. Mungkin masih kedengaran getaran halus namun sedaya upaya dikawal emosi yang semakin lama, semakin memasuki benak dan dada yang semakin memberat.

"why?. is it still not enough?". Emir Qafeel menyoal aneh. berkerut dahi itu cuba menganalisa emosi aku yang sekarang ini. Sedihkah? marahkah? kecewa? atau apa?. walaupun aku sendiri tidak pasti.

"Kenapa baru sekarang nak beri nafkah? , Or, this is for money because I served you that night ?. You actually feel guilty about me, don't you?!." Seoktaf aku menjerit dihujung kata. Nafas ditarik dalam lalu dihembus panjang. Tuhan... sabarkan aku.

Kedengaran dihujung sana tergelak kecil. Sinis dan tajam pada pendengaranku. Terus naik semula angin baranku memandang Emir Qafeel yang tergelak penuh lucu melihat kebodohanku.Ughhh benci !

Kaki panjangnya diangkat lalu menuju kearahku yang sudah seperti singa mencari mangsa. Tangan kiri diseluk kedalam seluar slek hitamnya dan tangan kanan cuba merungkaikan tali leher dan butang kemaja yang paling atas.

Tepat didepanku, dia menatap sinis. Bibirnya juga terjungkit tajam. Dia menundukkan wajah sama aras dengan ketinggianku dan secara tak langsung, dahi kami hampir tercamtum. Sangat. Dekat.

"Why?, do you want to serve me every night?. Well.. I can pay as much as you want."

"Emir Qafeel !".

Pang! Satu tamparan hinggap dipipi bersihnya. Wajah yang putih bersih itu menjadi sedikit merah. Terteleng wajah itu menerima tamparan sulungku yang dia tidak jangkakan sama sekali.

Aku juga sama sepertinya. Terkejut dengan tingkah berani matiku. Mengigil tangan kananku lalu aku genggam kuat menjadi sebuah penumbuk. Sungguh... kesabaranku sudah menipis tanpa aku sedar. dan tanpa aku sedar juga, setitis air mataku jatuh sedikit- sedikit sehingga menjadi lebat menuruni lekuk pipiku.

Emir Qafeel mengangkat wajah. Tangan kanannya mengusap pipi yang merah. Dalam dia menatap mata ku yang sudah lecun dengan air mata.

Hailaa.. nak jadi kuat depan dia, tapi kecundang juga aku akhirnya.

Tersentak buat kedua kalinya, tangan kasar itu menyeka air mataku. Lembut membelai pipiku seperti tidak mahu memberikan apa- apa kesakitan seperti pipinya. Aku juga menatap dalam anak mata hitam pekatnya.

Tiada riak marah, tiada... tiada... Aku juga tidak pasti apa emosi Emir Qafeel sekarang ini.

"We need to talk, Nadeen.. Lepas makan, naik atas cepat. Aku mandi dulu, nanti tunggu dalam bilik". dia menjatuhkan arahan.

Aku diam tidak memberi apa- apa riaksi. Selera makan juga sudah tiada. Malas fikir dan malas buat penjamin arahan tu menyinga, terus aku membuang makananku lalu menuju kebilik.
___________
Bahu dipeluk dari belakang. Terkejut!. Bauan ini... aku kenal!.

Cepat- cepat aku cuba merungkaikan pelukan itu namun tidak berjaya. dia semakin mengeratkan lagi pelukannya. Aku mendengus kasar.

"Nak bincang apa?". Penat cuba berlawan dengannya, aku mengalah dan membiarkan dia memeluk bahuku dari belakang. Nak bincang sangat tadi, haa bincang apa? cepatlah, aku dah lah menyampah pandang muka kau. Bauan badan kau pun aku tak sudi hidu!.

"Kau dah tampar aku..." dia membisik keras ditelingaku dan terus membuatkan bulu romaku ternaik tinggi. Apa lagi ni, Allah..

Dengan nafas yang dalam dan panjang.. "Maaf". Sepatah itu aku mengungkap kata. Cuba merendahkan ego meminta maaf. Penat dan lelah bila berhadapan dengan lelaki ini.

"is that apology enough for me?" Hembusan nafasnya ditelingaku cukup membuatku gerun. Bukan itu saja, kata- katanya juga sudah membuatkan jantungku hampir gugur.

Aku mengeluh perlahan "What else do you want, Emir Qafeel?"

"Can I want you again tonight ?."

Zappp.. tangkai jantungku akhirnya gugur juga. Bergetar seluruh badan tanpa dapat ditahan lagi. Serentak itu juga, setitis air mata jatuh perlahan- lahan sehingga dibawah daguku. Malas nak seka, aku biarkan saja.

"and.. do you want to pay me again ?." Perlahan, aku menutur lemah. Dah malas nak jadi kuat lagi.

"Nadeen.. to be honest..." Belum sempat dia menghabis kata. Aku memotong dengan tingkahku. Aku membalik badan menghadapnya dan mengkat wajah menatap wajah kacaknya.

"All right, I'm following your orders!". Habis itu, bibir merahnya aku pagut selamba. Aku.. sudah lelah. Biar kan.. biarkan semuanya cepat berakhir
___________
Pengera yang berbunyi bingit disebelah mengejutkan dari lenanya. Dengan malas, dia mematikan alarm pengera yang dari tadi menganggu mimpi.

Mata ditenyeh perlahan dan cuba membuka mata yang memberat. Selimut ditarik tinggi menutup dadanya. Emir Qafeel memandang sebelah melihat wajah polos itu dijemput lena. Jarum jam sudah menunjukan pukul 5:30pgi namun mata masih lagi terasa mengantuk.

Selimut yang jatuh melorot kebawah di tarik menutupi dada si isteri lalu tubuh halus itu dipeluk erat. Dagunya dijatuhkan di sebelah bahu isteri dan bauan harum ditubuh isterinya dihirup lagi.

Entah, dia juga rindukan isterinya sejak ' malam ' kejadian dua hari lepas. Sejak itu, ketagih dengan bauan tubuh dibadan isteri dan hari ini.. dia tidak dapat menahan rindu itu lagi. dipaksa atau rela, dia mahukan isterinya malam ini.

"Or, this is for money because I served you that night ?. You actually feel guilty about me, don't you?!." Teriakkan Nadeen malam tadi berlegar di benak dan dengan itu, emosinya kembali tidak stabil. Rahang diketap kuat serta genggaman menjadi sebuah penumbuk. Marah!.

Ya.. dia marah kerana malam itu, Nadeen sebenarnya tidak sudi dengannya?. Atau tidak rela dan jijik dengan sentuhan dia?. Mungkinkah hanya dia yang beria seorang saja malam itu?. Dan malam tadi.. adakah Nadeen juga terpaksa?. Arghhhh

Emir Qafeel meramas rambut panjangnya yang sudah mencecah leher. Serabut dengan otak dan emosi namun, lebih serabut dengan dirinya sendiri.

Kenapa pula aku nak peduli dengan perasaan Nadeen?. Tak.. tak boleh Emir.. Kau tak boleh peduli dengan isteri kau!.

Emir Qafeel mengangkat tubuh dan terus saja berlalu menuju kebilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience