BAB 4

Short Story Series 111762

Mata terasa berat. Aku kuatkan juga untuk membuka mataku. Tetap tidak mahu buka. Sakit yang mencucuk di kepala membuatkanku sukar membuka mataku. Jemari halus dibawa kekepala lalu dipicit kuat. Berharap sakit kepala akan berkurang.

"Dekat mana aku?". Soalku kepada diri sendiri. Sekarang ini, tubuhku berada di atas katil bersaiz king. Bulat terus mataku apabila menyedari akan keberadaanku yang aku sendiri tidak tahu bertempatkan dimana. Terus terbuka mataku tanpa aku hiraukan sakit dikepala. Aku pandang sekeliling. Dekat mana aku?.

Dari cadar katil, dinding, jam dinding, langsir, meja solek dan kerusi. Semuanya putih, tiada cacat walau sekecil semut sekalipun bewarna lain. Ya, Aku tak silap melihat dan menilai ruangan bilik itu. Semuanya putih!. Ouh lupa, hanya bajuku, tudungku sahaja yang bewarna kelabu disini. Dimana aku? Syurga?.

terbeliak mataku apabila otakku mengatakan aku disyurga. "Ibu... Nadeen dah mati ke?. Nadeen ada dalam syurga ke?. Nadeen nak ibu lagi, Nadeen belum puas lagi nak peluk, cium ibu". Jeritku dengan tangisan teresak- esak. Dada ku tumbuk perlahan dengan telapak tangan kecilku. Semput mendatang apabila aku sudah menangis teresak. Sukar untuk bernafas.

"Apa kau merepak ni?. Syurga?. Kau ngigau ke?". Terus aku menoleh kearah suara yang menegurku. Membulat mataku melihat susuk tubuh jejaka yang aku kenal. Yang aku benci!.

Wajah aku terasa panas. Malu lah pula. Tulah kau, sesedap kau je cakap syurga. Kau ingat kau tu baik sangat ke sampai tak merasa di neraka?. Tapi bukan salah aku pun. Tempat ini memang tiada kontra warna langsung. Semuanya putih. Macam apa dah mata aku bila melihatnya.

"Habis tu, kenapa kurung saya dekat tempat yang macam ni?. Tak ada ke warna warni macam tadika tu?. Ceria lah juga saya nak melihatnya". Marahku. Eh sekejap. Apa?. Aku dikurung?.

"Tuan tangkap saya ke?". Soalan menempah maut. Rasa menyesal pula tidak tutup mulut awal- awal. Inilah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur berdosa tertinggal subuh, terlajak kata?. Haaa tempah batu nisan siap- siap!.

"Mana boleh aku lepaskan kau. Kau kan banyakkkk hutang dengan aku". Perkataan banyak sengaja dideretkan panjang. Sengaja lah tu. Tapi nak buat macam mana?. Silap aku juga. Suka cuai.

"Tuan, saya minta maaf. Bagi saya masa tuan. Saya mohon. Tolong lah tuan". Kedua tangan aku rapatkan didepan wajahku. meraih simpatinya. Mataku juga berani menatap mata tajamnya. Bila dilihat, memang tiada simpati langsung. Dia ni memang hati batu ke apa?.

"Hutang kau, kau boleh bayar sekarang. Tak perlu bagi masa pun". Emir Qafeel bersuara beku. Macam tak suka bila bercakap denganku. Mungkin aku ni bukan perempuan macam yang dia nak. Orang kata apa tu?. Bukan test kita. Haa gitcuwhhh.. Kau ingat aku nak kau?. Huh memang tidak lah.

"Bayar sekarang?. Bayar dengan apa, tuan?". Soalku dengan penuh pengharapan. Janganlah minta yang bukan- bukan. mahunya aku menangis tak berlagu nanti.

"Marry me". Sebaris ayat itu buat aku terpejamkan mataku rapat. Apa?. Aku tak silap dengar kan?. Biar betul mamat ni?. Gila ke apa dia ni.

"Huh?". Itu saja yang terkeluar dari celah bibirku. Habistu nak suruh aku cakap apa?. Just said yes? gitu?. Lambertt lagi aku nak terima wajah kacak didepanku sekarang ini. Risau juga kalau- kalau aku tersalah dengar. Tidak ke aku akan diketegorikan sebagai 'perasan- tan'?.

"You can't run away from me,because you ... belong to me. Just for me. So please Nadeen, Marry me!." Emir Qafeel menutur lagi. Kaki panjangnya juga dilangkah rapat ke arah katil dimana aku masih duduk lagi di atas katil itu. Aku teguk liur. Aku rasa macam nak lari maroton sahaja sekarang ini.

"hah?. hey.. hey.. siapa tuan untuk saya dengarkan kata rayuan tuan tu?". Amboi, berani juga aku menjawab sedangkan jantungkan bagai nak pecah. Sungguh, aku takut. Bilik yang terpasang pendingin hawa juga membuatkan aku semakin sejuk ketakutan.

"Ini bukan rayuan, tapi arahan!"

Hanya dengan sebaris ayat itu, sudah membuatkan jantungku berdegup kencang. Bukan sebab cinta!. Jantung berdegup kerana takut!. Untuk lelaki ini... Tak akan pernah ada cinta!. Kata- kata arahan itu kenapa di pendengaranku seperti ugutan?.

"Saya... saya tak akan dengar arahan tuan. Maaf." Dengan berani, aku tatap mata tajamnya. Tertelan liur jugalah aku dibuatnya. Arghhh kenapa aku harus takut bila berdepan dengan lelaki ini?.

"Ada aku bagi kau pilihan ke?. Tak ada kan?". Dia merapatkan tubuh sasanya dekat dengan ku. Aku pula hanya diam ditempatku berdiri. Mana boleh aku bergerak kalau dah badan terlalu kejung bila berdepan dengannya.

"You have no choice, Nadeen. Marry me or I will make you pregnant. Whose child will it be ?." Selamba sahaja dia menuturkan ayat itu. Kepalanya ditundukkan dan didekatkan ke wajah ku.

Lagi sekali, aku menelan liur. Mata terbuntang luas mendengarkan soalan sinis darinya. Atau boleh ku panggil soalan yang berunsurkan ugutan?.

"Yes my dear, my child".

"Macam mana?. Awak akan rogol saya?. then I will make you regret it for your life." Berani dalam ketakutan, aku menutur yakin. Suara sedaya upaya menahan dari getaran. terasa nafas hangatnya menampar pipiku. Aku mula tidak selasa namun aku tetap begitu. Kaku. Tidak pula aku menolaknya.

"how?". Lelaki di depanku menyoal dengan penuh angkuh. Kening kanan juga ternaik tinggi. Badan ditegakkan semula membuatkan jarak wajah kami menjauh.

Dalam diam, aku menghembuskan nafas lega. Barulah selesa untuk bernafas.

"You will be put in jail." Sebaris ayat itu meluncur keluar dari bibir munggilku. Tanpa ada rasa takut!. Ya, polis kan ada. Untuk apa aku takut. Bukankah di atas bumi ini ada undang- undang?. Setiap kesalahan harus menerima balasan yang setimpal.

Tiba- tiba, aku terdengar bunyi hilaian ketawa. Dari bersuara perlahan, semakin lama ketawa itu semakin kuat. Sinis sahaja bunyinya. Mendengarkan itu, jantungku berdegup semula. Ya Tuhan... aku takut.

Lelaki di depanku sudah berhenti ketawa. Kaki panjangnya dibawa ke katil. Duduk dengan selesa dan kakinya disilangkan serta kedua tangannya ditongkatkan kesisinya. Mata merenungku tajam. Bibir merah itu tersenyum sinis.

Lagi sekali, air mataku mahu menitis. Tidak!. Jangan menangis Nadeen.. Jangan, kau kuat!.

"Then,I'm not stopping you." Angkuh betul dia mencabar aku. Aku pula?. Menikus terus dihadapannya.

"Are you challenging me?!" Aku teriak kecil kearahnya. Sungguh, kalau tidak kerana takut yang aku rasa sekarang ini, sudah lama aku menengking di depan wajah kacaknya pakej dengan satu tamparan hebat sekali.

"Challenging ?. No .. I ordered. But, if I do not prevent you from doing that, why not for you to serve my lust on you ?. fair isn't it?".

Tanpa sedar, air mataku menitis. Tidak tahu kenapa, apabila mendengarkan ayat itu dari mulutnya membuatkan hatiku tersayat pilu.

"No!" Tidak dapat menahan dari sabar. Aku terjerit kuat. Mana boleh aku biarkan tubuhku digadai. Dan macam mana kalau aku mengandung nanti?. aku tidak mahu!.

"Well, kau kena kahwin dengan aku. Settle". sesenang abah dia je settlekan masalah kami. Kau ingat ini apa?. Urusan jual beli ikan dipasar ke?. Sungguhlahhh.. aku mati kata.

"Ada bantahan?". Soalnya. Kening kanan terjungkit tinggi. Menunggu untuk aku membantah arahan dari dia.

5 minit berlalu, aku hanya pandang dia dan dia memandangku. Bunyi pendingin hawa sahaja sedari tadi.

"Okay, maksudnya kau setuju. So, lepas kau habis final exam, terus kita kahwin ok?".

"Tapi kenapa?. Bukan ke kita tak saling kenal?. Tuan nak ikat saya untuk apa?". Bergetar suaraku menyoalnya. Hingus yang meleleh keluar dari hidungku buat tidak peduli. Ah lantak, aku pun memang budak sememeh. hodoh jangan cakaplah. Anak saudara aku pun cakap yang Armel lagi lawa daripadaku. budak- budak tak pandai menipu.

"Sebab aku perlukan anak. Seorang anak lelaki yang pastinya. Selagi kau tak bagi aku anak lelaki, selagi tu aku akan ikat kau dalam perkahwinan kita tu nanti".

Bulat mataku mendengarkan bait bicara lelaki itu. Jantung dipam laju menahan marah tercetus dari celah bibir. Aku memejamkan mataku semula, mencari kekuatan untuk menanyakan kenapa, sebab apa, untuk apa?!!. Aku tak puas hati dengan jawapan bodohnya. Aku yakin, pasti bersebab.

Aku kepal tangan mencari kekuatan sisa baki yang ada. Nafas dihirup dan dihembus dengan teratur. Wajahku ditoleh kesisiku tepat memandang wajah kacak milik lelaki itu.

"Untuk apa?".

"Anggap sahaja yang itu hutang kau. Lepas kau bagi aku anak lelaki, hutang kau akan selesai".

"Lepas tu?".

Emir Qafeel menjungkitkan kening kanannya tinggi. Bibir tersenyum sinis sebelum dia mengatakan...

"i will let you go. Kita akan bercerai dan anak lelaki kita tu, kau kena serahkan kepada aku. Biar aku yang jaga anak tu nanti". Emir Qaleef bersuara tanpa riak bersalah. Aku yang mendengarkan itu terus menghemburkan tangisanku. Aku tidak sanggup!. YaAllah, kuatkan aku.

"Saya yakin yang tuan ada sebabnya kan?, Kenapa tuan?. Kenapa tuan buat saya macam ni?".

"Kau tak perlu tahu sebabnya, Nadeen. Macam yang aku cakap, Kau anggap sahajalah yang hutang kau akan terlunas bila kau dengar arahan aku."

Aku terdiam. Tangisanku juga sudah tidak lagi bersuara. Aku nak balik, aku penat.

"Jom, aku hantarkan kau balik. Kereta kau ada dekat bawah. Nak aku hantarkan atau kau balik sendiri?".

"Saya balik sendiri, tuan". Tanpa menunggu jawapan Emir Qaleef, aku terus berjalan menuju ke pintu bilik dan dia mengikutiku dari belakang menghantar aku sehingga ke luar rumah.

Aku nak balik, nak rehat dan tenangkan segala fikiranku. Berharap yang hari ini mimpi ngeri yang aku sendiri nak berjaga. Tidak mahu terus terlena dalam mimpi ini.
_____________
"Please Iman, I love you.. kenapa nak putuskan pertunangan kita?. Can you give me a little logical reason?." Emir Qafeel ketam gigi. Cuba menahan dari kemarahan yang akan tercetus entah bila- bila masa saja lagi.

Aneh betul alasan tunangannya itu. Ada ke patut kalau nak teruskan pertunangan dan perkahwinan mereka ini, dengan syarat dia harus berkahwin dengan wanita lain dan memberikan dia bayi lelaki. Lepas tu, kenapa harus anak lelaki?, kenapa bukan anak perempuan atau random sahaja atas rezeki cahaya mata yang Allah nak beri?. Yang paling anehnya, kenapa harus menganiaya wanita lain semata kemahuan mengarutnya itu?.

"Well, if you don't want to ... we won't get married". Iman selamba menuturkan ayat itu. Tiada langsung riak bersalah. Minuman dihadapannya juga disedut dengan tenang. Ibarat permintaan bodohnya itu bukan apa- apa.

"I can fulfill your request. But why ?. tell me why, Iman?. Kenapa kena aniaya perempuan lain?". Emir Qaleef masih mahukan jawapannya. Yang pastinya jawapan yang logik!. Tangan dikepal menjadi penumbuk, sedaya upaya tidak mahu membuat onar di restoran orang. Tidak memasal nanti masuk Mstar 'Emir Qafeel menyerang tunangannya di sebuah restoran terkemuka'. Tidak ke naya dimarahi oleh daddynya?.

Iman mengangkat bahunya sekilas. "Maybe I nak tengok sejauh mana you sanggup buat apa sahaja untuk I?".

"Please, Iman. You know that's a stupid reason ?. Or do you actually have another man ?." Emir Qafeel cuba serkap jarang. Risau juga dia kalau- kalau gadis itu ada lelaki lain dibelakangnya dan sengaja membuat helah bodoh ini.

"if I say 'yes', will you let me go?". Iman menyoal sinis. Ya, dia ada lelaki lain. Dan sebab alasan bodoh tu lah dia terpaksa buat untuk Emir Qafeel melepaskan dirinya. Dia kenal akan lelaki itu. Apa yang Emir nak, Emir akan dapatkan. Sebab itu, dia tidak berani buka mulut untuk putuskan pertunangan ini. Kalau boleh, biarlah lelaki itu dahulu yang membuka mulut untuk putuskan pertunangan mereka.

"No!. I will not let you go. I love you too much. Please Iman, I can make you fall in love with me. So please, marry me". Emir Qafeel mencapai telapak tangan Iman namun gadis itu sempat mengelak. Dulu bukan main lagi siap bagi pelukan. Sekarang, sentuh tangannya sudah tidak mahu. Sungguh, ego lelakinya rasa tercabar. Maruahnya rasa dipijak- pijak.

"Then, ikut saja lah permintaan I. Kalau tak, Kita tidak akan berkahwin". Datar sahaja suara Iman. Yakin benar yang dia akan terlepas dari genggaman lelaki itu. Iman tersenyum sinis. Dia pasti, dia akan dapat melarikan diri dari lelaki ini.

"Okay then, I akan ikut permintaan bodoh you tu. Asalkan, you kena janji dengan I yang you akan berkahwin dengan I". Emir Qafeel menyahut permintaan gadis itu. Anggap sahajalah itu cabaran buatnya untuk mendapatkan gadis kesukaannya.

Emir Qafeel teringat akan perbualan dia dan tunangnya dua minggu yang lalu. Dalam masa setahun, dia diberi tempoh itu untuk mengikuti permintaan Iman. Dia harus bernikah dengan mana- mana wanita dan memberikan anak lelaki buatnya. Jika tidak, dia tidak boleh berkahwin dengan Iman. Dan... gadis malang yang menjadi sasarannya adalah Nadeen.

Share this novel

Minaharabic
2021-10-31 12:35:06 

Sambung please

Minaharabic
2021-10-31 12:34:59 

Sambung please

Minaharabic
2021-10-31 12:34:55 

Sambung please


NovelPlus Premium

The best ads free experience