"Kenapa muka monyok je?. Nak final exam dah ni, lepas tu... kahwinnn". Gurau Abang Ezz. Sikunya ditonyoh- tonyoh ke perut kananku. Siap dengan kening kanan dinaik- naikkan tinggi lagi. Aku?. Kaku. Sekaku kakunya. Entahlah, sejak akhir- akhir ini mood aku telah dicampakkan ke lembah sungai. Jauh sekali.
"Kenapa ni, hurmmm?". Soal abang Ezz bila aku diam tidak memberi sebarang riaksi akan gurauan bodohnya. Kahwin?. Mungkin semua orang ternanti- nanti hari bahagia itu. Tidak sabar mahu menyulam kasih dan cinta yang halal di mata Tuhan. Tidak sabar mahu mendapatkan cahaya mata atas pemberian rezeki yang Tuhan berikan. Tapi aku?. Seperti mahu pitam bila perkataan kahwin diutarakan. Rasa mahu mual bila teringatkan perkahwinan ini atas dasar hutang yang harus dibayar dengan anak lelaki. Terasa mahu menjerit atas penderitaan perkahwinan aku tidak lama lagi.
"Nothing.. rasa penat je bang. Rasa letih. Mungkin otak penat sangat study tapi tak masuk- masuk juga". Keluh ku. Mananya nak masuk otak kalau semua masalah disumbatkan kesitu. Otak aku pun penat dah nak tampung benda berat- berat ni.
"Halahh.. Kau kan pandai. Mesti boleh punya. Kalau penat, rehatlah.. Jangan dipaksa. Malam ni, biar abang yang ambil ibu balik dekat rumah tunang kau tu. Ouh yaa.. lupa abang nak cakap. Tak lama lagi ibu dah diberhentikan kerja dah".
Mataku membulat luas. Tersentak mendengarkan berita itu dari celah bibir abang Ezz. Kenapa ibu diberhentikan?. kena pecat ke?. ibu ada buat masalah ke?. Ini satu hal lagi otakku mahu menampung benda berat. Baru sahaja aku mahu menyoal, abang Ezz sambung lagi.
" Jangan nak buat mimik muka gitu lah!. Kau lupa ke, tak lama lagi kan kau akan berkahwin dengan Emir Qaleef. Tak kan lah mummy dia nak ibu kerja jadi orang gaji dekat rumah dia. Mestilah Aunty Wardah tak selesa dan serba salah nanti". Jelas abang Ezz. Aku angguk mengerti. Tanpa sedar, ada keluhan lega terlepas dari bibirku. Tapi sekejappp!...
"Aunty?". Soal aku lagi. Selalunya kami akan panggil Datin Wardah. Ini tak lain tak bukan lagi. Mestilah Datin Wardah dah arahkan kepada keluarga kami untuk tidak memanggilnya dengan panggilan Datin dan Dato'.
"Iyupp.. Kena panggil Aunty lah. Cuma kau tu special sikit. Kena panggil dia mummy." Abang Ezz buat muka. Aku gelak kecil. Dengan abang Ezz ni, memang aku jarang rapat atas urusan kerja dan aku pula atas urusan study. Jarak kami pun 7 tahun. Dah kalau abang pun umur hampir cecah 30 tahun. Bagaimana pula dengan Emir Qafeel?. Pasti sudah menceceh 30an ketas.
"Termenung apa lagi tu?. Dah, rehat je. tutup buku tu semua. Jangan study hard sangat. Penat otak kau nanti". Bebel Abang Ezz dengan nada ambil berat. Dia memang sweet sampai- sampai gadis ramai diluar sana yang datang merisik dia. bukan dia yang merisik gadis. Dan dia?. sedap- sedap menolak dengan alasan 'I selama ni anggap you kawan saja. Maafkan I'. Mahunya tak menangis semua wanita itu?.
"Okay, bang. Dah pergi keluar sana. Tutup pintu tu. Aku nak tidur ni". Halauku selamba. Siap dengan tepuk bahunya kuat lagi. Dia mencebek lalu keluar dan meninggalkan aku keseorangan.
Aku hempaskan badan keatas katil. Siling putih kutatap lama. Masih teringat akan kejadian petang tadi dimana aku hampir saja terkantoi dengan Armel dan Thaqif.
"Where's my blazer? Have you sewn yet ?." Emir Qaleef menegur tanpa salam. Terperanjat aku mengemas barang- barang kedalam beg. Thaqif dan Armel sudah keluar dulu menunggu ku di tempat parking kereta. Mahu keluar makan bersama sebelum balik kerumah masing- masing. Itu pun pergi asing- asing sebab semua berkereta. Kereta aku pun sudah keluar dari bengkel 2 hari lalu lagi.
"There is, but in my car. Let me take a moment, Tuan." Jawabku perlahan. Menunduk kepala ke meja, tidak betah aku berhadapan dengannya. Sesak nafas ku dibuatnya. Bila berhadapan dengan Najmi, sikit pun aku tidak gentar. Tetapi dengan dia ni?. Serasa seluruh jasadku melayang keatas. Lemah tanpa tenaga untuk menampung kedua kakiku. Nak berdiri pun tidak larat.
" No need. Tunggu kahwin nanti baru bagi. Ini pun dah 6 hari baru kau nak bagi?. Itu pun aku yang minta. Kalau tidak?. Mesti kau dah jual blazer aku tu kan?". Telahnya. Amboi kauuu.. kemain fitnah aku ya?!. Jerit hati ku. mana berani untuk aku luahkan. Kena pelempang padu dia saja je nanti.
"Just now, you really enjoyed hugging that guy, hurm?". Bulat mataku mendengarkan itu. Jadi... dia ada?!. Dia ada sewaktu Najmi memelukku tanpa sengaja dan tanpa kerelaan aku?. Tuhan... sungguh ni, aku mahu pitam.
"Bukan macam tu, Tuan.. saya.."
"well.. baguslah kalau kau ada lelaki lain. Senang untuk kita berpisah nanti. Kau cakap je dekat ibu ayah kau yang kau tak cintakan aku. Dan hak penjagaan anak nanti kau serahkan kepada aku. Simple kan?".
Aku kaku. Diam dan menahan rasa. Pedihnya Ya Allah.. Lebih baik lelaki ini menunjukkan wajah bekunya daripada dia menutur kata. Sakit mengalahkan hirisan dawai duri di hujung jari !.
Aku menatap mata itu. Penuh keangkuhan, penuh sindiran dan penuh... sinis.
Aku tahankan hati. juring mata terasa hangat. Bibir aku ketap kuat. Mencari kesabaran dan kekuatan yang ada walaupun senipis kertas. Aku tarik nafas dan hembus perlahan sebelum mengangkat tubuh. Wajah itu ku tatap dalam- dalam. Mata itu ku renung selama mungkin. Beku. Ya, beku mengalahkan ais batu.
"Yes it is. happy and easy for us to divorce. I love him and the man loves me. layanan dia dekat saya is better than you !." Bisikku keras tepat ke wajahnya. Dia tergamam namun hanya seketika sebelum bibir merah itu naik terjungkit kekanan. Aku tahan hati dari menjerit. Sakit!.
"Layanan?. Layanan macam mana tu Nadeen?. hurm?. Tunggu kita kahwin nanti.. silap- silap kau tak boleh lupa atas layanan aku dekat kau." Bisiknya nakal. Namun kenakalan itu bukan seperti orang yang bercinta dan tidak sabar mengahwini. tetapi, kenakalan yang dibisiknya penuh dengan sindiran.
Dia salah faham. Bukan itu maksudku. Adakah aku ini terlalu murah didepan matanya?. Aku menganggam penumbuk. Kuat sehingga dapat aku rasa kuku tajamku mengenai kulit telapak tangan. Air mata tumpah setitis. Mana??! Mana kekuatan yang senipis kertas tadi tu Nadeen?!. Kenapa kau mesti kalah?!.
"Well.. Dengan Tuan, saya tak pernah sudi pun. Walaupun waktu itu Tuan sentuh saya selembut baldu dan selembut sutera sekalipun, saya memang tak akan hadap dan tak ingin pun,Tuan!. Dan Tuan ingat saya ni bodoh ke?. Nak saya yang minta cerai dulu?. Then hak penjagaan anak tu di tangan Tuan?. Tuan nak nampak baik saja kan dimata semua keluarga kita nanti?. Dan saya lah yang memegang watak jahat. Watak isteri nusyuz tu nanti. For your info, saya tak akan dengar kata Tuan kali ni. Saya tak akan minta cerai dulu!". Gertak ku. Siap dengan sedu sedan yang aku kawal. Nafas aku tidak teratur. Dada terasa sempit seperti tersumbat dengan sesuatu yang besar. Berat pastinya.
Riaksi dia?. Gelak!. dia hanya gelak. Dari perlahan dan sedikit- sedikit tawa itu semakin kuat. Dia menghentikan tawanya setelah puas. Mata itu menatapku penuh sinis. Penuh berkuasa keatas aku. Ya, aku. gadis yang lemah dan malang dimatanya.
"You should listen to my instructions, Nadeen. Because you are in danger in this situation." Emir Qafeel menutur kata penuh angkuh. Ibarat nasib baik dan malangku berada ditangannya. Melihatkan aku yang jungkitkan kening dan mulut terlopong kecil menandakan aku tidak faham apa yang dimaksudkan, dia menyambung suara.
"You know what?, Aku ada gambar kau berpelukan dengan lelaki tu. Konon kata tak meniru kerja tugasan jantan tu. Padahal itu helah kau nak dekat dengan dia kan?. Tch, aku tak kisah apa pun kau nak buat. Asalkan kau kena dengar arahan aku. Ikut sahaja apa yang aku suruh". Jelasnya siap dengan menunjukkan gambarku yang dipeluk dengan Najmi. Saling bertatapan dan waktu itu aku hanya tergamam dan kaku. Bila lihat di galeri itu, seperti saling suka. Saling bahagia.
Terbutang mata aku melihatkan keadaan kami yang mengaibkan.Tangisku terhembur keluar. Kuat dan teresak- esak. Aku tak kuat yaAllah.. Aku sungguh tak kuat. Mulut aku tekup dengan telapak tangan. Tidak mahu esakkan aku didengari oleh pelajar lain di luar dewan ini.
"listen to my instructions, and you will be safe. Aku jamin tu." Emir Qafeel tersenyum sinis. Dia menang dan aku?. Kalah lagi. tersungkur lagi dan lemah lagi. Namun, dengan beraninya tetap sahaja aku menjawab.
"Arahan lagi?!. dan dengan yakinnya awak jamin yang saya selamat bila saya mendengar arahan awak?. Who are you, Tuan Emir Qafeel?. Kenapa saya kena ikut kata awak?!" Hilang dah rasa hormatku terhadap dia. Tiada lagi panggilan Tuan yang selalu aku memanggilnya. Aku tak peduli. Macam mana dia tak pedulikan hati dan perasaanku, seperti itu juga aku tidak pedulikannya.
"because I ... Emir Qafeel, which means 'Arahan Penjamin' !". Angkuh!. Dia melangkah pergi meninggalkan aku yang teresak seorang diri.
mendengarkan itu, aku terdiam kata. Tubuh yang dingin terasa bergetar hebatnya. Lelaki itu... ada aura tersendiri. Tak mengapalah Nadeen. Biarkan waktu itu orang anggap kau jahat. Allah tahu apa yang kau buat dan apa yang terbaik untuk kau.
Sampai di parking kereta. Thaqif dan Armel memandangku aneh. terselit juga pandangan risau Armel terhadapku. "Kenapa ni Nadeen?". Thaqif menyoal. Penuh kerisauan.
"hmmm.. Aku tak jadi keluar makan ya. Baru lepas bergaduh dengan tunang". Tanpa sedar, Aku terlepas kata. Bulat mata mereka memandang aku. Armel siap pakej dengan mulutnya yang terlopong luas.
"Whattt?". Serentak itu, mereka menjerit.
"Maksud aku, tunang sedara aku. Dulu dia Ex bofriend aku. Aku masih sayangkan dia. Tapi dia dah tak cintakan aku. nak buat macam mana?. dah orang tak sukakan?". Jawabku penuh tertib dan penuh berhati- hati. Aduhhh Nadeen, macam mana boleh terlepas kata ni?.
Mereka angguk mengerti. Maafkan aku Armel, Thaqif. Bukan niatku untuk menyembunyikan semuanya dari kauorang. Aku taknak menyusahkan kauorang lagi.
Bayangan itu berlalu pergi. Mata yang ngantuk dikatup perlahan. Berharap dengan cara ini, dapatku tidur dengan tenang dan melupakan masalah yang entah bila akan selesai, aku sendiri tidak pasti. Pergilah buat sementara waktu ni, masalah.. bagi aku rehatkan mata, otak, minda dan jasadku yang terlalu lemah ini.
Share this novel