Tercengang. Sunyi. Kaku. Situasi macam apa ini?. Terkelip- kelip mata Emir Qafeel cuba untuk menghadam apa yang telah dikatakan oleh doktor Anita. Doktor Anita tersenyum simpul. Dia dah terbiasa dengan semua ragam suami yang hadir untuk melawat mahupun menemani sang isteri yang sedang berehat di wad. Nak- nak lagi...
"huh? I didn't hear it wrong, did I ?."
Dokter Anita tersenyum lagi. Kali ini, bukan dokter je yang senyum lebar, tapi Armell dan Thaqif juga ikut sama. Siap memanjatkan syukur atas berita gembira ini. Alhamdulillah, rezeki Allah.
"Once again, congratulations Encik.. I hope you become a great father later." Ucapan selamat dari dokter Anita buat kali kedua. "Isteri Encik tengah berehat tu. Dia dah sedar dah.. Encik boleh masuk tengok isteri. Saya pergi dulu ya". Dokter Anita pamit pergi meninggalkan Emir Qafeel yang kali ini sudah tersenyum luas.
Tuhan... terima kasih!.
Tangan diusap kewajah. Rasa bersyukur dan gembira menjadi satu. Beryukur sebab Nadeen baik- baik saja dan gembira atas rezeki tuhan dan kepulangan isterinya. Kali ini, dia betul- betul bertekad tidak akan melepaskan Nadeen. Tidak akan pernah!.
"Encik tak nak masuk ke?". Thaqif menegur. Lelaki kacak ini tidak seperti dulu. Pipinya kelihatan cengkung dan bawah matanya sembab membengkak. Seperti kurang tidur dan makan. Namun, Thaqif tidak dapat menafikan yang lelaki segak ini tetap kelihatan kacak.
Emir Qafeel tergamam. Dia bencikan lelaki ini. Teman baik Nadeen. Yang sentiasa bantu Nadeen dalam pelajaran. Seperti pasangan sejoli yang tidak mahu merengang walhal sudah habis berlajar pun, tetap kontek rapat. Arghh kesal..
Dia hanya menggeleng kepala. Berkerut Thaqif melihatan jawapan dari gelengan itu. Taknak masuk??. Taknak tengok isteri ke dia ni?.
Emir Qafeel yang faham dengan riaksi Thaqif terus tersenyum sinis. Kepala digeleng perlahan. "Jangan salah faham. Aku cuma takut dia bencikan aku je. Bagi aku kuatkan diri dulu sebelum aku masuk".
Kali ini, Thaqif menganguk. Faham dengan perasaan Emir Qafeel. Sudahnya, dia hanya membiarkan Emir Qafeel terbelengu sendiri didepan bilik wad. Thaqif berlalu masuk kedalam.
Baru saja memengang tombol pintu, pergelangan tangannya dicekam. Thaqif memandang aneh kewajah Emir Qafeel. Apa pula dah mamat ni.
Kening kanan terjungkit tinggi menunggu kata dari celah bibir itu.
Emir Qafeel berdeham. "Apa hubungan kau dengan Nadeen?".
"Kawan". Sepatah jawapan dijawab tenang. Tapi, tidak pada Emir Qafeel. Masih lagi was- was dengan jawapan Thaqif.
"Betul ke hanya kawan?. Kau tak ada perasaan apa- apakan dekat Nadeen?". Emir Qafeel masih mahu pastikan apa yang dikatakan Thaqif adalah benar. Dia tidak mahu Thaqif menipu hanya kerana dia sayangkan Nadeen.
Thaqif menjungkitkan senyuman herot. Dulu bukan main benci lagi dengan Nadeen. Padanya, Nadeen begitu manis biarpun tidak secantik wanita lain. Lebih cantik lagi Armell dan perempuan yang ada dikelasnya dulu. Namun, kemanisan yang ada pada Nadeen tidak pernah jemu untuk mata memandang.
"Encik jangan risau. Nadeen akan maafkan Encik". Thaqif mengubah topik perbualan. Malas nak bercakap dengan orang yang sedang dilamun cinta ni.
"Kau.... tahu sesuatu ke?". Emir Qafeel termalu sendiri. Kalau betullah Nadeen cerita semua hal sebenar, dia begitu malu. Tapi untuk marahkan Nadeen, itu mustahil !. Salah dia, bukan salah Nadeen!.
"Jangan salah faham... It's my fault for asking Nadeen to tell me everything because I want to calm her down as a friend." Thaqif cuba membetulkan andaian lelaki itu. Tidak mahu Emir Qafeel dan Nadeen semakin parah. Hubungan mereka masih sempat diperbetulkan.
"Then... Thankyou sebab sentiasa ada untuk Nadeen. I'm so jealous of you." Mengeluh. Kalaulah dia sama juga seperti Thaqif yang boleh sentiasa ada bersama Nadeen. Malah, dia mahukan lebih dari itu!.
Thaqif tersengeh lebar. Lalu, dengan sengaja dia membuka pintu wad itu selebar yang boleh. Kelihatan Nadeen dan Armell sedang rancak berbual entah gosip apa yang mereka bawakan. Mungkin gembira atas berita sebentar tadi.
Emir Qafeel membuntang. Dia memandang Thaqif dan dalam bilik wad bersilih ganti. Apa yang Thaqif nak buat ni?!. Buka pintu tu kalau boleh nak bagi semua dokter yang ada di hospital ini masuk untuk mengecek keadaan Nadeen.
Nadeen dan Armell juga sama. Terkejut dengan tiba- tiba pintu terbuka luas. Ingatkan siapa, laaaa kawan sendiri rupanya.
"Kau buat apa ni Thaqif?. Tutup pintunya." Nadeen mengetap geram. Buat malu je orang lalu lalang tengok kedaan dia yang sedang bersila diatas katil. Dia sekarang ini sudah mahu bersiap untuk pulang tapi rancak sangat berbual dengan Armell, sampaikan wad itu jadi mereka yang punya.
"Sini masuk Encik Emir.. Encik cakap tadi encik rindukan dia. Nak luahkan perasaan encik dekat dia. Masuklah encik.". Dengan sengaja, Thaqif menyuruh Emir Qafeel masuk kedalam dangan cara licik.
Emir Qafeel mengetap rahang. Eh bocah ni, siap kau nanti !.
Nadeen dan Armell pula mengendap dibalik dinding pintu. Sosok lelaki tinggi lampai sedang berdiri kaku disitu.
___________
Aku terkelu melihat suamiku berdiri kaku ditepi. Aku nak buat apa ni?. Salam ke? peluk? cium?. Aduhhhh Thaqif ni sengaja je tarik Armell untuk keluar dan katanya mahu terus pulang sebab dah petang. Cis, mengelat!.
Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku segan, aku pandang kuku aku pula. Hailaa~~ situasi macam ni lah aku benci.
"Nadeen..., Nadeen sihat?. dah lama tak jumpa sayang". Emir Qafeel mula memecahkan hening.
Damn... whatt?? Sayang?! Nadeen?. What the..
Aku angguk.
"Nadeen dah makan?".
Geleng.
"Balik jom, kita makan dulu".
Angguk.
"Nadeen.. terima kasih sebab mengandungkan anak kita".
Aku diam. terus mengangkat wajah melihat tepat kedalam anak mata hitamnya. Anak kita?. dia nak ke anak ni kalau anak dalam kandungan aku yang hampir cecah 3 minggu ni perempuan?. Kalau lelaki tu, sah lah dia nak je !.
"Nadeen, abang... abang..." Ah sudah, Emir Qafeel tidak tahu mahu mengatakan apa lagi. Buat keadaan semakin janggal jelah dia ni.
Abang?. ni aku tak salah dengar juga kan?!.
"Abang..."
"Jom balik, saya lapar lah". Cepat je aku memotong katanya. Tak tahu nak cakap apa, baik tak payah cakap.
Aku mengangkat pungung bangun dari dudukku dan berlalu melepasi Emir Qafeel. Nak balik, solat dan rehat.. Sungguh ni, mood aku tengah happy.. Jadi, jangan ada sesiapa yang hancurkan mood aku.
Tiba- tiba bahuku dipeluk dari belakang. Terhinjut bahu akibat terkejut dengan tindakan suamiku. Dah kenapa pula lah mamat ni. Drama apa pula kali ni?. Pantang mak datok aku betul lah orang
yang munafik ni. Apa, jangan ingat aku tengah mengandung, dia boleh buat baik dengan aku lah?.
"Nadeen... I... I love you. Abang cintakan Nadeen!" Bergetar suara suamiku dan dapat aku rasakan gendangan jantungnya yang berdegup laju. Ni dah kenapa ni?. Kena sampok ke?.
Aku masih lagi begitu. Diam dan membiarkan Emir Qafeel yang kali ini sudah melepaskan bahuku dan memusingkan badanku untuk menghadap dirinya. Daguku dicuit dan didongakkan kewajah tampannya.
Nak sangat aku tenung kau kan. Baik, aku tenung sampai muka kau tertembus!.
"Nadeen, abang nak minta maaf sebab abang.."
"enough!.. enough, I want to rest. I need a lot of rest." Aku memusing badan meninggal Emir Qafeel yang membatu dibelakang. Betul ke Emir Qafeel dah cintakan aku?. Kalau betul pun, jangan lembut sangat dengan lelaki tu Nadeen. Kau kena bagi dia pengajaran yang cukup!. Dia buat aku, aku nak buat dia balik. HAHA
Emir Qafeel mengeluh perlahan. tidak dapat tidak, dia mengikuti langkah Nadeen yang sudah jauh kedepan. Sengaja melajukan langkah untuk jauh dari dirinya. Abang tak akan kalah.. Abang sanggup buat apa saja untuk meraih kemaafan Nadeen!.
Share this novel
next please tq...