Menggigil badanku tika ini. Rasa mahu melarikan diri sekarang juga. Nak lari jauh hingga ke bulan!. Lagi beberapa minit saja aku akan diakadkan. Ibu... tak nak kahwin...
"Kenapa ni?. Diam je?. Takut ya?. Berdebar, humm?" Banyak pula soalan dari ibu ni. Kalau ibu tahu yang aku ni takut sebab berkahwin dengan lelaki durjana tu dan bukan sebab takut akan majlis ni, mahunya ibu yang pitam bukan aku. Aku angguk lemah. Ibu disisi tersenyum halus. Riak yang tenang itu masih boleh nampak keterujaannya. Mak siapa je tak teruja bila anak nak kawin lebih- lebih lagi anak perempuannya.
Ibu memeluk bahuku. Diusap lembut gaya memujuk. Mencuba mahu menenangkan aku yang bagaikan hari ini akan gemuruh. "normal la tu Nadeen.. Nanti lepas je majlis akad dan habis naik pelamin semua tu, dah tenang balik dah. Yang takut akan tukar jadi gembira". Pujuknya tenang. Aku menatap mata tua itu yang sedang berkelip sekali menyuruh aku percayakan katanya itu.
'Yang takut akan tukar jadi gembira..' Tak!. Ibu silap.. Nadeen bukan kahwin sebab cinta bu.. Tapi sebab terpaksa. Dia pun tak cintakan Nadeen. Rasa mahu meluahkan dan menangis didepan ibu sekarang ini. Aku tunduk wajah. Tak sanggup lihat wajah teruja ibu. Semuanya sebab lakonan perkahwinan bodoh ni, mungkin ramai hati yang akan sakit bila tahu kebenaran. Termasuk diriku.
Ibu menepuk bahu mengamit lamunanku berlalu pergi "Dah jom turun. Kesian bakal suami dah tunggu tu." Ibu memimpin aku sehingga kedepan bilik. Satu persatu anak tangga dituruni. Jelas di ruang tamu yang sudah dipenuhi orang ramai. Keluarga aku dan dia. Ya, dia yang aku benci.
Semakin di hujung tangga bawah, semakin bergetar lutut. Rasa mahu pitam sekarang juga. YaAllah.. semoga semuanya baik- baik aje. Dan kalaupun dia bukan jodohku, semoga diwaktu perpisahan dia melepaskan aku dengan cara baik. Doaku dalam hati.
Sampai di tengah ruang tamu, semua mata memandang aku kecuali Emir Qafeel. Baguslah kalau dia tak sudi nak melihat. Aku dua kali ganda lebih tak rela. Emir Qafeel duduk diam bersila di depan tok kadi. Entah apa lah perasaan dia sekarang ini. Takutkah?, sedihkah?. Marah?. Arghhh lantak kau, kau yang nak sangat teruskan perkahwinan ni kan?!.
"Tak nak tengok bakal isteri?". Bisik tok kadi di telinga Emir Qafeel. Emir Qafeel tersenyum manis. Walhal dalam hatinya sudah tersenyum sinis. Tak ada masa aku nak tengok muka dia. Nak- nak lagi dah nak terikat ni, memang setiap jam kena hadap muka dia juga nanti. "Nanti, lepas dah akad saya tatap wajah dia puas- puas. Dah sah nak tatap lama pun tak berdosa". Senyum manis. Entah memerli ke apa, dia pun tak tahu yang penting tak terniat nak bersikap begitu. Kalau dengan Nadeen, bukan main lagi dia sengaja bersikap sinis.
Tok kadi senyum seraya mengangguk setuju. "Dah ready ke bakal pengantin lelaki dan perempuan?". Soal tok kadi dan serentak itu, aku dan Emir Qafeel angguk kepala. Senyum palsu ditarik sehingga ke telinga. Konon bahagia dan tak sabar padahal rasa mahu meraung.
"Baiklah, bismillah.. kita mulakan ya?." Kali ini, ayah pula yang bersuara. "Emir Qafeel bin Dato' Wakeel, aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku.. Nadeen Adlisya binti Wahid dengan emas kahwin RM200 tunai."
Emir Qafeel pejam mata sesaat. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Tenang sekali riaksi dia. Mungkin nama aku begitu mudah dan ringkas. Tangan mereka dipaut erat dan dia dengan sekali lafaz aje sudah berjaya menutur kata lafaz akad.
"Aku terima nikahnya Nadeen Adlisya binti Wahid dengan emas kahwinnya RM200 tunai!" Emir Qafeel lepas nafas lega. Nasib ajelah nama kau ni nama pendek dan senang sebut. Huh, kalau nama macam alien, memang aku tak akan lepas lafaz akad pertama ni!.
Badan dibalikkan kearah belakang. Nak sarungkan cincin di jari manis si isteri. Bila saat matanya menatap wajah ayu gadis didepannya, jantung berdegup hebat. Tak boleh kata tidak, Nadeen memang cantik hari ni. Manis wajah itu mengenakan baju dan tudung putih bersih. Tanpa makeup tebal pun dah manis macam ni. Hailaaa Emir, Nadeen memang manis pun walaupun tak secantik perempuan lain lebih- lebih lagi Iman Batrisya.
Tok kadi, ayah dan abang Ezz tersenyum perli. "Amboii.. lama sangat kau pandang adik aku tu. Bilanya nak sarung cincin?. Tak sabar pun, tunggu lah masuk bilik nanti". Selamba abang Ezz bergurau kasar begitu. Semua yang ada disitu tergelak besar. Wajah aku sudah terasa panas. Terus kepala menekur ke bawah. Emir Qafeel juga sama. Aku juga perasan wajahnya sudah seperti disimbahi sirap.
Emir Qafeel berdeham menutup malu. Kaki melangkah kearah aku yang sudah bagaikan patung hidup. Berjasad tetapi tidak bernyawa. Saat tangan dia menyentuh tanganku, jantung bagaikan menggila. Mahu pecah jantung aku saat ini tak cukup ruang yang semakin sempit di rangka dada.
Dengan berani, aku angkat wajah. Dia tersenyum manis. Lakonan semata. Bukan aku tidak tahu, tapi aku juga ikut sama. Tersenyum simpul. Saat giliranku pula menyarungkan cicin dijarinya, aku berpura beriak tenang. Cincin itu sudah selamat dijari manisnya dan kali ini.... paling aku tak suka. Ciuman dia ke atas dahi aku. Nak tak nak, aku suakan saja dahi luas aku ni. Saat bibir basah itu melekat didahi, aku pejam mata yang hampir menitis. Jantungku usah katakan lagi, mahu merintih sedih dalam pada itu jantungku tidak habis lagi berdegup laju bagaikan tiada hari esok untuk berdegup lagi. Ya Tuhan... macam mana nanti dipengakhiran cerita kami?.
_____________
Aku sentuh dahi. Masih terasa hangatnya ciuman dia. Kalaulah ini perkahwinan bukan dasar atas kertas, dah lama aku tersenyum bahagia. Walaupun tiada cinta, aku yakin bila sudah satu rumah, satu bilik dan semuanya hidup berkongsi, cinta itu akan datang tanpa dipinta.
"Why?. Do you want more kisses?" Suara garau itu menegur. Aku angkat badan dari tilam katil. Terkejut aku mendengarkan satu suara walaupun tidak asing lagi pada aku. Dia menutup pintu bilikku perlahan. Kaki melangkah merapati ke arah aku.
dekat...
semakin dekat...
dan semakin hampir... dan kini betul- betul didepan dia berdiri. Mata kami bersambung rapat. Suasana kaku seketika. Bumi behenti putar dari paksi. Rasa dunia kelam tiba- tiba. Suasana apakah ini?. Janggal sungguh.
"Siap- siap.. petang ni naik pelamin pula. Malam ni baru rehat." Dia memecah sunyi antara kami. Aku mengeluh perlahan. Tuhan... penatnya badan. Rasa mahu tercabut tulang belikat aku ni. Urat sendi pun dah tegang semacam. Kepala lagilah jangan cakap, memang pening sangat. Aku tahankan aje, tak nak makan ubat. Bukan apa, risau bila makan ubat aku akan terlelap. Tak mengapa Nadeen.. Sikit aje lagi ni. Malam ni tidurlah puas- puas.
Dengan malas, aku angkat tubuh turun dari katil. Kepala yang berat aku endahkan. Jangan manjakan sakit tu sangat, nanti makin menjadi- jadi manjanya bila sakit sikit. Kau kena kuat Nadeen..
Emir Qafeel kerut kening. Kenapa pula perempuan ni?. Aku pun penat. Tak kan nak fikir kau sorang je. "Lembab. cepat lah sikit. Kau lambat, aku terjah je masuk bilik air tu nanti". Ugutnya memberi arahan. Well, Emir bermaksud arahan.. now i know!.
Apabila kami berdua sudah siap dalam persalinan untuk bersanding, kami bersama- sama keluar dari bilik beriringan sehingga keluar rumah. Buat kecil- kecilan aje. Tak ramai, cukup ada keluarga dia dan aku serta kenalan rapat family belah dia.
Dia merangkul pinggang aku lalu menarik rapat kedada. Saat ini bukan hanya jantung aku yang berdegup kencang, rupanya dia juga sama. Malah lebih teruk dari aku rasanya sehingga aku dapat dengar dan rasakan detakan jantung itu ditelingaku yang sudah berada di dada bidangnya. Telinga aku juga dapat rasakan getaran degupan itu. Aku senyum sinis dalam hati. Muka bukan main lagi beriak beku padahal perasaannya tiada siapa yang tahu.
Saat kami di atas pelamin, sedaritadi aku memerhatikan dia disisi. Mata tajamnya sesekali ke kiri dan beralih kekanan lagak mencari seseorang. Betul ke?, ke aku je yang rasa seperti itu?. Mungkin dia cari rakan karib agaknya. Ah, abaikan Nadeen!.
Mata aku melihat kedepan. Dapat dilihat wajah orang tua kami yang sedang berbual bersama dan dengan beberapa orang yang aku tidak kenal. Mungkin sedara Emir Qafeel atau rakan sekerja Datin Wardah. Aku pun tak pasti. Aku tarik senyum manis bila melihat wajah ibu dan ayah tergelak bahagia. Bersinar biji mata mereka saat berbual dengan tetamu yang hadir. Tak lekang dari bibir tua mereka daripada gelak dan senyum.
"Iman!". Keras suara itu mengamit. tidak kuat mana tapi cukup terdengar jelas disisi aku. Iman?. Siapa pula Emir Qafeel ni panggil?.Aku angkat bahu. Kawan dia lah agaknya... kenapa aku kena peduli pula. Tapi mata ini tetap juga berdegil mahu melihat gelaran yang bernama Iman. Manalah tahu lagi kacak ke kan?. hehe
Sekali pandang, aku terdiam sebentar. Senyuman dibibir aku juga mati. Perempuan dan bukannya lelaki?. gadis itu juga sama terdiam saat mata kami bertemu. Atau perasaan aku saje yang tersilap nilai?. Macam pernah nampak, tapi di mana ya?. Kepala otak keras mengingati dan saat itulah otak berfungsi. Wajah itu seperti akak yang menolong aku 4 hari lalu. Siapa nama penuh dia ya?. Lupa pula aku. Yang aku ingat nama belakang dia sama dengan aku. 'sya'. Tapi tak mungkinlah.. mungkin pelanduk dua serupa. Aku cuba mengangguk yakin walaupun rasa walang tu tetap ada.
"Iman Batrisya.. sampai pun you. Ingatkan tak nak datang tadi". Emir Qafeel cebir bibir gaya merajuk. Rajuknya juga kelihatan manja dan mesra. Aku tersentap saat nama penuh itu dia panggil. Jadi betullah ini perempuan yang aku jumpa dan menolong aku saat aku terlanggar dia ketika waktu tu?.
'Ya, dia. Iman. Perempuan yang aku cinta dan aku sayang. Nak kahwin dengannya boleh, tapi dengan syarat...' Kata- kata Emir Qafeel terngiang- ngiang di peluput telinga pada malam itu di rumahnya.Tak... tak mungkinlah... jangan- jangan inilah perempuan yang Emir Qafeel ceritakan tu. Perempuan yang sanggup musnahkan masa depan aku dengan permintaan bodohnya. Jika Emir Qafeel adalah memberi arahan yang tersangatlah bodoh, maka dia pula adalah memberi permintaan yang tersangatlah bodoh!. Memang serasi !.
Emir Qafeel tersenyum manis. Kak iman juga sama. Dulu, aku teringin sangat nak tengok wajah kak Iman. Rupanya... tak perlu lama pun tunggu, memang aku dah kenal 4 hari lalu lagi. YaAllah, takdir apa lagi ni?. Saat iman naik ke atas pelamin ke sebelah aku, dia memandang aku lama. Mungkin dia juga sama sepertiku tadi. Cuba mengingati wajah aku di celah memorinya.
"Well, kenalkanlah.. ini isteri I, Nadeen..." Belum sempat Emir Qafeel menghabiskan kata, kak Iman memotong laju.
"Nadeen Adlisya. YaAllah, tak sangka kita jumpa lagi kan?". Soal dia mesra. Bila di mata aku, terlihat mesra dan penuh ikhlas. Tiada sindiran mahupun sinis. Atau aku yang tersilap?. Padahal hati wanita itu sudah tergelak besar melihat lakonan permintaan perkahwinan yang dia ciptakan ini. Aku tahan air mata. Kepala yang berdenyut semakin kuat denyutannya. Aku pejam mata bagi menarik sedikit kekuatan.
"You know her?" Emir Qafeel mengarit dahi. Senyuman dibibir dia mati. Mungkin dia terkejut juga ataupun tidak gemar bila kami saling kenal terlebih dahulu sebelum dia memperkenalkan kami. Aku menekur wajah kebawah memandang jari jemariku yang masih berinai merah. Kepala juga tidak dapat aku tahan yang semakin lama semakin mencucuk kuat. Pandangan aku menjadi kabur. Jari jemari yang aku pandang sudah berpusing dan sesekali datang gelap.
"Mestilah kenal. Baru je terjumpa 4 hari yang la..." Belum sempat kak Iman menghabis kata. Aku terbaring kaku di bahu Emir Qafeel. Pandangan kabur sudah menjadi gelap serta merta. Suasana menjadi kecoh dan sebelum aku menutup mata rapat, dapat aku lihat wajah kerisauan dia. Ah, mungkin semuanya drama semata. Dan terakhir aku dengar adalah ayat dari celah bibirnya. "Nadeen?. Nadeen wakeup!".
Setelah itu, aku tidak sedar lagi. Apa yang jadi pun aku tak tahu. Suasana yang bingit sudah terkalis dipendengaran. Tak dengar apa- apa melainkan duniaku yang gelap gelita sekarang ini.
Share this novel