BAB 16

Short Story Series 111762

TV menyiarkan siaran apapun aku tak tahu. Bukan aku yang menonton TV, tapi TV yang menonton aku. Pejam celik - pejam jelik je, lusa aku akan diakadkan. Cepatnya masa berlalu. Betul cakap Emir Qafeel sebulan yang lalu. Dia tak nak masa cepat berlalu agar perkahwinan antara kami ini lambat terjalin. Barulah aku rasa nak setuju dengan katanya itu.

"Kenapa ni Nadeen?. Daritadi tengok jari kamu tu.. Tak sabar ya nak disarungkan cincin nanti?". Usik ayah tiba- tiba. Tersentak aku membuatkan bahuku terhinjut kecil. Ayah ni pun satu.. sama macam abang Ezz, suka terperanjatkan aku. Aku cebir bibir. Tak sabar apa yah, rasa macam nak larikan diri lagi adalah..

"Ya yah.. tak sabar rasanya. Tapi Nadeen sedih juga sebab nanti dah jauh dari ayah dengan ibu, Abang Ezz pun. Mesti hidup Nadeen rasa lain sangat nanti". Bohong. Hatiku jadi sayu tiba- tiba. kepala yang menunduk semakin kebawah. Tubir mata rasa panas je ni. Jangan depan ayah aku merengek sudahlah. Risau ayah rasa bersalah dan tak tahu nak memujuk nanti. Kalau ibu tu, pandailah juga nak memujuk aku.

"Halah.. buat apa nak sedih. Bukan tak boleh balik sini lagipun.. Dah jangan sedih lagi. Hilang seri pengantin nanti". Lembut ayah memujuk hati. Sedikit sebanyak terpujuklah juga walaupun ayah tak melambatkan perkahwinan kami. kalau lah ayah pujuk dengan ayat 'Nak ayah lambatkan lagi majlis kamu berdua?. nanti ayah boleh berbincang dengan Dato' Wakeel'. Seronoklah juga rasa hati ni.

"Abang Ezz kan ada.. biarlah aku yang jagakan ibu dengan ayah. Kalau kau rindu kami pun, ajaklah dia ke sini time dia free". Abang Ezz menyampuk pula. Sibuk je!. Kaki melangkah kearah kami lalu duduknya dilabuhkan kesebelah aku. Aku bersila diatas sofa dan badan terus menatap wajah abang Ezz.

"Halahhh.. kau cakap senanglah.. kau yang umur dah 28 tahun pun masih single lagi ni hah.. bila nak kahwin pun tak tahu lah!". Cebikku. Dia sengeh kerang busuk. Itulah sikapnya, kalau kalah je, tayang sengeh. Ugh!. "Abang kacak.. takpelah.. lambat pun laku". Selamba dia membalas. Kening kanan naik tinggi. Berlagak!. Mentang- mentanglah aku ni tak lawo mana... Ini kalau aku jujur dengan mereka yang Emir Qafeel tu permainkan perkahwinan kami dengan muslihat jahat dia.. Pasti malam ni juga mereka redah rumah Dato' Wakeel minta penjalasan lalu minta putus pertunangan ni. Mesti !.

"Ish kamu ni Ezz.. apa yang adik cakap tu betul lah. Bila nak kahwin?. Sibuk dengan kerja tu boleh je, tapi janganlah obses sangat sampai jodoh pun kamu buat tak nampak. Bukan takde perempuan yang nak kamu. Kamu je menolak. Semua cantik- cantik lagi". Haa sudah, ayah bila dah buka mulut hal ni.. memang habislah abang Ezz. Mesti lari punya..

Abang Ezz garu kepala yang tak gatal. Bibir tayang sengeh. Mula tak tenang duduk dah. Menyesal pula aku turun dan mencelah tadi.

Padan muka kau.. Aku tahan senyum. Tengok gaya abang ni, seronok pula rasa. Perangai masih tak ubah bila dia mahu larikan diri dari soalan maut baginya itu.

"Eh yah, Ezz naik atas dulu eh. Esok pagi kerja ni. Dah lah baru pindah tempat kerja, takkan Ezz nak buat kepala sendiri kan?. Okay lah yah, Ezz naik atas dulu ye yah.." Mencecet dia mendaki anak tangga satu persatu. See?!. alasan selamat. Ayah dah geleng kecil. Tahu sangat dah perangai anak- anaknya.

"Kamu pun Nadeen.. Masuk lah tidur.. Jangan biasakan tidur lambat, nak- nak lagi kamu dah nak berkahwin. Masa tu sekejap je berlalu, lusa dah jadi isteri orang". Nasihat ayah yang entah kali keberapa. Tak dapat nak kira dah. Begitulah ayatnya kalau aku tidur lambat sejak akhir- akhir ni. Rilek lah, kahwin kucing je pun.. Bukan kahwin macam ayah dengan ibu. hurmmm..

"Ya yah... ayah naik dulu, nanti sekejap lagi Nadeen masuk tidur". Aku senyum lalu mata dihala ke kaca TV. Ayah pula sudah angkat tubuh berlalu pergi.

Macam mana ni Nadeen.. Boleh ke kau nak hadap dia untuk malam pengantin nanti?. Kalau orang lain, mesti dah takut malam pertama. normal lah tu kan?. Tapi aku niii?. Dah lah tanpa cinta. Lepas tu sebab nak bayar hutang aku dengan cara licik Emir Qafeel. Takpelah Nadeen, apa lagi pilihan yang kau ada?. Aku mengeluh lalu TV dimatikan. Nak tidur, penat..
_______________
"Iman, lusa I dah kahwin". Emir Qafeel berkata lemah. Tak semangat. Ikutkan hati, memang malam ni juga dia nak minta putus tunang walaupun dia tahu apa yang bakal terjadi nanti. Mesti kena membebel, marah, kena sepak dan paling teruk lagi, dia dihalau keluar rumah!.Apa lagi pilihan dia ada selain menerima saja nasib diri. Semuanya sebab Iman. Semuanya kerana Iman.

"Congrats.." Ikhlas. siap tersenyum manis lagi. Emir Qafeel ketap bibir. Bukan ini riaksi yang dia mahukan. Dia nak Iman sedih, dia nak Iman marah, dia nak Iman merajuk. Tapi, ini pula riaksi wanita itu. Nampaknya, memang betul Iman sayangkan Nasir dan tidak sabar untuk aku berkahwin. Tak. Aku tak kan biarkan!.

"Come on, Iman.. You tahu kan I terpaksa buat semua ni?. I want you damn much. I tak akan lepaskan You, Iman." Emir Qafeel merapatkan duduknya di sisi Iman. Nasib sajalah mereka berdua saja didalam rumah Iman. Kalau dah jadi suami isteri ni, memang aku dah baham dah Iman ni. Nasir pun tak pernah masuk lagi rumah Iman. Aku yang pertama. Hati tersenyum senang.

"Please Emir.. why don't you understand my feelings ?. Why don't you let me go if you really love me ?." Iman hampir menangis. Kalau tak ditahankan hatinya, pasti dia sudah menengking dihadapan lelaki ini. Tidak faham bahasakah?. Kesian betul wanita yang akan berkahwin dengan dia. Kalau aku pun, memang dah menangis tepi bucu dah. Arghh sudahlah kau Iman, bukankah semua rancangan bodoh ni idea kau?.

"Because I love you, I don't want to let you go. I boleh jaga you, Iman.. Kenapa mesti Nasir yang you pilih?. Rasa tercabar betul I. Kalau si Nasir tu kacak maut, I boleh lah terima lagi jadi lawan I." Emir Qafeel cebik bibir. Iman diam. Betul kata Emir Qafeel. Nak dibandingkan Emir dan Nasir... memang tak dinafikan, Emir lebih kacak. Tapi tak tipu juga, Nasir lebih manis orangnya. Lebih sweet, lebih lembut dan lebih mengerti berbanding Emir. Bukankah semua itu boleh buat wanita jatuh cinta?.

"Well.. You dah buat bakal isteri you tu jatuh cinta dengan you?. Maybe you lupa, I pernah beritahu you untuk buat bakal isteri you tu jatuh cinta dengan you." Itu sebenarnya sebahagian daripada rancangannya. Berharap lama- lama Emir Qafeel boleh jatuh sayang dengan si isteri nanti. Bila suami bermanja dan beri kasih sayang secukupnya, isteri rasa disayangi dan dihargai. Dan disitulah si isteri akan lebih gemar mentaati suami, beri cinta dan kasih sayang kepada suami, manja dengan suami. Paling penting, sentiasa menjadikan suami nombor satu. Dengan itu, si suami akan terbiasa dan dengan izin Allah, hati si suami akan tersangkut dengan si isteri.

Emir Qafeel senyum. Kepala diangguk laju mengiyakan. "Dah.. dia dah semakin sayangkan I. I kan kacak, mestilah dia mudah cair.." Tipu!. Sikit pun dia mana pernah nak ber'semut' dengan Nadeen. Tak nak dan tak akan pernah. Lantaklah semua tu, bila dia dah dapat Iman... Nadeen akan dilepaskan. Apa ada hal, talak di tangan aku. Semuanya mudah dalam kawalannya. Hatinya tersenyum sinis.

Iman ketap bibir. Cis, pergunakan wajah kacak kau tu pula.. menyampah. "Siapa nama bakal isteri you tu?". Iman menyoal penuh minat. Ingin tahu. Yalah, dah lama tahu yang Emir ni dah ada 'calon' tapi namanya tak pernah pula ditanya. Lusa nak naik pelamin dah mereka.. baru lah ada masa nak tanya.

"Nadeen". Emir jawab sepatah. Nama panjang?. Huh, pagi nak akad tu baru aku nak hafal nama panjangnya. Harapnya nama dia bukan seperti alien. Mampus aku nak akadkan nama kau nanti. Tak betah aku nak banyak kali lafazkan akad. Harap semuanya berjalan lancar saja nanti.

Iman mengerut dahi. Macam pernah dengar nama Nadeen tu. Tapi dekat mana ya?. Otak mula bekerja kuat. Berusaha mengingati sebaris nama itu. "Nama panjang apa?". Tak memasal dia akan dicop busybody nanti. Tak peduli, aku nak tahu nama gadis tu juga.

Emir Qafeel jungkit kening. "Kenapa nak tahu?." Soalan di balas dengan soalan. Iman merengus kasar. Eh eh mamat ni.. jangan kau nak perasan yang aku cemburu okay?. Memang tidak lah. Tunggu pokok pisang tukar warna kelabu pun belum tentu aku nak cemburu.

Iman geleng kecil. "Nothing.. saja nak tahu. Kalau tak nak bagi tahu pun takpe. Tak ada kena mengena dengan I pun."

Emir Qafeel tersentak hebat. Geram mendengarkan jawapan selamba Iman. "Siapa kata tak ada kena mengena dengan you, Iman?. You terlibat juga dalam hal ni. Kalau you nak tahu, datang di hari bersanding I nanti". Emir Qafeel angkat tubuh. Dah pukul 10:30malam. Kena balik ni. Risau kena liku dengan daddy nanti.

"I akan datang.. jangan risau Emir." Tutur Iman lembut.Tubuh juga diangkat menghantar Emir Qafeel kedepan pintu rumah. Ini kali terakhir kau jejak kaki kau dekat sini. Lain kali, jangan harap!.

Emir Qafeel angguk lalu tersenyum puas mendengarkan jawapan dari celah bibir munggil itu. Ya Iman... Kau kena datang.. Kau watak penting dalam majlis bersanding aku tu nanti. Emir Qafeel tersenyum sinis. Pintu kereta dibuka lalu memboloskan diri kedalam. Nak balik dan fikirkan rancangan dia untuk menyakitkan hati si bakal isteri nanti. Siap sedialah Nadeen...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience