BAB 36

Short Story Series 111762

8 BULAN KEMUDIAN.

Pejam celik je, dah 8 bulan aku mengandung. Rasa semakin tidak sabar untuk menunggu kelahiran anak kami. Emir Qafeel juga sudah banyak berubah.

Apa yang berubah tu?. Well, setiap malam sebelum tidur, mesti dia akan bacakan doa tidur dan bisik ke sebelah telingaku dengan mengatakan..

"I Love You, My dear wife".

Kalau Emir Qafeel balik kerja penat sangat, kadang dia sampai terlupa untuk ucap I Love You. Lepas tu mula nak merajuk dengan muncung sedepa.. Hailaaa, Nadeen.. Nadeen.. Sejak mengandung dan disayangi oleh semua orang ni, gedik makin menjadi- jadi.

"Tersengeh- sengeh sayang abang ni.. Teringatkan apa?". Emir Qafeel yang datang dari dalam terus melabuhkan punggung ke atas kerusi belah rotan yang disediakan di balkoni. Matanya tunak merenung kawasan perumahan. Tak lah besar mana macam rumah Emir Qafeel mahupun Dato' Wakeel, tapi tetap kelihatan kemas. Ibu kalau nampak bersepah sikit, habis mencecet dia lap lantai sampai celah- celah pelusuk. Kalau lah aku serajin ibu..

"Takde apa lah.. Nadeen tak sabar nak melahirkan anak kita. Agak- agak, baby boy atau baby girl?". Aku sengeh panjang. Tuhan... tak sabarnyaaa nak menanti kelahiran rezeki yang telah kau kurniakan yang satu ini.

Tipulah kalau aku tidak takut untuk melahirkan. Tapi, mahu atau tidak, tetap aku kena hadap juga macam ibu- ibu yang lain.

"if our future child is a girl, she must be as beautiful as her mother." Emir Qafeel mendekat. Telapak tangan besarnya mengusap perutkan yang sudah membusung kedepan.

"And if our son is a boy... " Aku sengaja meleretkan hujung ayatku. meminta untuk dia menyambung ayat.

Emir Qafeel tersengeh. Kening dijungkit tinggi. "He must be..."

"He must be as cute as I am." Aku memotong ayatnya. Emir Qafeel yang mendengarkan itu terus membutangkan anak matanya seminit lalu riak wajah itu terus cemberut.

"Dia kacak macam abang lah.." Terus dia melabuhkan kepalanya diatas perutku. Sanggup melutut didepanku untuk bermanja denganku dan juga bakal anak kami di dalam rahimku sekarang ini.

Aku mengekek lucu. Kepala Emir Qafeel diusap penuh sayang. "Iyuppp.. dia kacak macam Si arahan penjamin. Jangan ikut perangai kerek macam ayah dia sudahlah". Aku pula yang mula cemberut.

Bergegar perutku apabila Emir Qafeel menghemburkan gelak tawanya. "Ingat lagi rupanya maksud nama abang ya."

"Mestilah ingat. Mana boleh lupa.. Waktu tu, Nadeen memang betul- betul takutkan abang." Serak suaraku tiba- tiba. Ya Allah, mula dah ni.. haishh emosi semacam lah pula malam- malam macam ni.

Emir Qafeel mengangkat kepala memandang wajahku. Anak mata itu tepat merenung mataku yang sudah basah. Bukan apa, tapi teringat pula kisah dulu. Kata- kata dari Emir Qafeel yang mensayat hatiku seperti dihiris pisau. Pedih.

Pipiku diusap lembut. Angin malam yang bertiup lembut mengganggu anak rambut depanku. Terus saja Emir Qafeel merapikan lalu diselitkan kebelakang telinga.

"Im sorry..." Sebaris ayat itu diucap sayu. Nampak rasa bersalah diwajah itu dan itu sunguh... sungguh menyakitkan mataku. Tak suka tengok dia yang versi ini. Aku tamak dengan gelak tawanya dan senyuman manisnya. Aku tak nak dia yang sedih, kecewa atau marah seperti dulu.

"Abang.. jom lah masuk. Dekat luar ni sejuk lah". Sengaja menukar topik. Laju aku bangun berdiri dan dia juga ikut sama. Lengan sasanya ditarik lalu dipeluk erat dengan kedua tanganku.

Aku mendongakkan kepala keatas. "Abang, malam ni tidur bawah boleh ke?. Tak laratlah nak naik tangga". Aku mengeluh kecil.

Emir Qafeel yang faham dengan keadaanku terus laju mengangguk setuju. Terus dia menarik telapak tangan kecilku yang berada dilengannya dan digenggam kejap. Membawa aku masuk kedalam dengan berhati- hati.
____________
Berkerut dahi bila melihat ibu dan abang Ezz diruang tamu dengan wajah yang nampak serius benar. Entah apa lah yang mereka bincangkan itu?. Boleh ke kalau aku ikut menyebuk?.

"Sekarang ke?". Ibu menyoal dengan wajah yang sedih. Dah kenapa pula ni?.

Abang Ezz mengangguk lemah. Tanpa berfikir panjang, terus aku keluar dari bilik yang berada dekat dengan dapur. Kaki laju menuju kearah ruang tamu. Terus diam mereka berdua bila memandang serentak kearahku.

"Kenapa ni?" Tanpa isyarat, aku terus menyoal abang Ezz. Punggung dilabuhkan kesebelah abang Ezz yang daritadi mengeluh panjang.

"Abang kamu ni.. kena berangkat ke dubai. Mungkin tinggal sana terus untuk 4 atau 5 tahun. Boss dia ada bukak cawangan dan kerjasama dengan orang sana sekali. Dah lah kamu tu lagi sebulan nak beranak dah". Ibu pula yang tolong jawabkan. Dia memeluk tubuh dan badan belakang disandarkan kebelakang sofa kulit.

Terbutang mata mendengarkan jawapan ibu. Mata terus mencari anak mata abang Ezz yang dah angkat wajah. Aku memeluk lengannya dan menarik tabuh itu kuat supaya menghadapku. Terus terikut badan abang Ezz kearah tarikanku. Kira kuat juga aku ni ya..

"Betul ke ni abang?". Aku mahukan kepastian. Sedihlah juga kalau dah sampai 4 hingga 5 tahun. Nak- nak lagi aku yang sedang menunggu masa untuk beranak. Kalau boleh, aku mahu semua ahli keluarga kami ada denganku untuk memberikan aku semangat dan menyambut kelahiran bakal bayi lucu ini.

Melihatkan anggukkan kecil dari abang Ezz.. Terus jatuh lemah bahuku. Tak boleh nak buat apa dah kalau atas urusan kerja. Aku mengeluh kecil dan mengusap perutku yang sesekali dapat rasa tendangan dari bayiku.

"Abang Ezz.. boleh pilihkan nama untuk anak Nadeen?. Pilih untuk nama lelaki dan juga perempuan. Sebab tak tahu jantina anak lagi. saja nak buat suprise ciked". Sengeh meleret.

Abang Ezz tersenyum dan mula memikirkan nama buat anakku. Kelihatan dahi itu berkerut- kerut memikirkan nama buat anak aku dan Emir Qafeel. Haihh, ni nama macam anak artis hidustan ke sampai lama sangat nak fikir. Risau juga kalau dia pilih nama artis dalam drama hindustan kegemaran dia tu.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menekan- nekan papan keybord dengan lincah. Mata mencari- cari sesuatu didalam telefon bimbitnya. 3minit berlalu, terus dia meleretkan sengehan panjang.

"Emir Qaayed, itu nama anak Nadeen untuk lelaki. Abang ada terjumpa nama suami Nadeen dan maksudnya pun lebih kurang sama." Katanya dengan gelak yang berdekah- dekah.

Aku menjeling tajam. Bab mengejek, memang nombor satu tau abang Ezz ni!.

"what does that name mean?". Soalku teruja. Aku sabar menunggu jawapan dari abang Ezz. Abang Ezz menegakkan badan lalu merenggangkan tulang belakangnya. Eiii dia ni, saja je buat aku tertunggu- tunggu.

"Emir Qaayeed,which means Arahan Pemimpin". Jawabnya dengan sekali nafas. Abang Ezz melirik kearahku yang sudah melopongkan mulut. Terkejut sebab boleh hampir sama. Nama pun Bermula Huruf yang sama.. Hailaaa.. sama maksud takpe, jangan sama perangai sudahlah!.

"fine, boleh lah tu. Nama untuk anak perempuan pula apa?".

Abang Ezz mengetuk- ngetuk perlahan dibawah dagunya gaya memikir jawapan final exam. Aku yang melihatkan itu menahan gelak dari tersembur kuat.

"Nadraah Adlisya.. Hampir sama dengan nama kau, Nadeen Adlisya. Boleh kan?". Dia menjungkit kening menyoalku disisinya.

Aku mengangguk setuju. "Abang Ezz... jaga diri dekat sana nanti ya". Sayu aku mengatakan itu cuba menahan sebak. Baru kali ini kami akan berpisah jauh dan untuk waktu yag lama.

Abang Ezz menggosok kasar kepalaku. habis betselirat rambutku yang terikat rapi. Ish, mamat ni.. aku hempuk juga kang.

" Kau pun, jangan lupa send gambar anak kau nanti."

Aku angguk dan terus memeluk tubuhnya sekejap. Ibu juga menahan sebak dalam diam.

Semoga waktu berlalu dengan cepat dan kami akan bertemu lagi untuk waktu yang bukan sekejap. 5 tahun... itu memakan waktu yang cukup lama!.

* Well, habis je cerita ni. cik Lily terus update cerita novel yang bertajuk "Kayla milik abang."
* Semoga ramai juga yang sudi membaca buku tersebut.
* Ouh ya, chualls rasa yang mana satu untuk cik Lily buat cerita kisah mereka lepas ni?. Thaqif dan Armel?. Abang Ezz atau... kisah anak mereka bila dah besar nanti? KAH KAH KAH!.
* BTW, cerita ni dah hampir ke penghujungnya. Mungkin lagi 2 bab. MYBE!.
* Jadiya, baca dan tunggu sampai habis ya sayang cik Lily semua. Tq sangat2 sebab sudi baca dan cik Lily akan cuba memperbaiki untuk jalan cerita, dan cara penulisan cik Lily. Tq semua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience