BAB 7

Short Story Series 111762

Terbeliak mataku saat mataku bertemu dengan matanya. YaAllah.. semakin aku lari, kenapa semakin dia mendekat?. Aku boleh nampak senyumannya yang terjungkit tajam kekanan. Sakitnya hati.. Tuhanku.. apa yang perlu aku lakukan sekarang ini?. Aku tundukkan pandangan mataku. Malunya menyerpa ke wajah. Rasa membahang sahaja wajahku sekarang ini. Nak- nak lagi di situasi yang memalukan sekarang ni.

"Nadeen.., I'm sure you know why you were brought here. Do you know why?". Dr. Hanif mula bersuara. aku angguk menandakan aku tahu kesalahanku. kesalahan yang aku tidak lakukannya!. Aku difitnah atas kesalahan yang bukan aku buat. Sungguh, kenapa aku rasa dunia ini tidak adil bagiku?.

"Kenapa awak meniru assignment group Najmi?. Awak tahu tak atas salah awak, boleh satu group awak dikenakan pemotongan markah?."

Aku gelengkan kepala. Tidak mahu menerima itu salah aku!. Bukan salah aku!. Aku buat sendiri. Arghhhh kau memang tak guna Najmi. Aku benci kau!

"but it's not my fault! Dia yang...." Belum sempat menghabiskan ayatku, Dr Hanif memintas laju.

"Then who do you want to offend ?.Najmi?. Dah terang- terang ahli group awak cakap yang itu bahagian awak. Dan tajuk bahagian tu sama dengan tajuk bahagian Najmi. Memanglah saya bagi tajuk yang sama, tapi bukan bermakna saya suruh awak meniru isi dia!." Tekan Dr Hanif di bilik pensyarah. Semua mata pensyarah yang ada disitu memandang aku termasuk Emir Qaleef. malunya tu hanya Allah sahaja lah yang tahu.

Najmi di sebelah hanya diam tidak mengatakan apa. Langsung tidak mahu mengaku. Aku kepal tangan ku. Rasa sabarku sudah hilang. Maruah yang ada, aku perlu pertahankan. Jangan jatuhkan air muka aku dan paling penting air muka keluargaku sekarang ini atas bukan kesalahan yang tidak aku lakukan!.

"Najmi yang beria- ria nak tengok contoh report bahagian saya. Dia kata dia tak faham, itu yang saya..."

"Habis tu, semua link dalam google dan isi pencarian dia didalam buku- buku ilmiah semuanya dia dah tunjuk pada saya dulu. Dan ahli kumpulan dia dah submit lebih awal dulu daripada kumpulan awak!". Marahnya lagi. Aku ketap bibir. Tidak mahu kalah!.

"Bukan saya!. Eh Najmi!. Lebih baik kau cerita semuanya dekat Dr. Hanif sekarang juga!. Jangan nak fitnah aku macam ni Hanif!". Jeritku. Ah, lantak lah nak kata aku ni kurang ajar atau apapun. Aku kena jaga reputasi aku sebagai pelajar cemerlang. Paling tidak pun, reputasi ahli kumpulan aku. Kesian mereka tercalit sama atas fitnah bodoh ini!.

"Saya tak meniru dia Dr.Hanif... Kalau Dr. Hanif nak tahu, kawan- kawan saya bukti masa saya penat lelah cari isi semua tu di dalam library. Dan Depan Dr. Hanif juga saya keluar masuk bilik ni untuk berjumpa dengan Dr. Hanif untuk tunjuk rujukan pencarian saya ni betul ataupun tidak. Saya risau kalau salah markah saya dan ahli group akan ditolak." Najmi bersuara yakin. Mata Dr.Hanif ditenung berani. Dari mana dia reka ayat sebegitu?. Bukan reka, tapi dia sudah merencanakan lebih awal lagi!. Aku yang bodoh dan ambil remeh tanpa bertindak!.

"Najmi!". Kuat suarakan memanggil namanya. Mana aku dapat kekuatan sebegitu?. Entah, mungkin terlalu banyak sangat dah aku menahan sabar selama ini. Mataku tajam merenung pandangan matanya. Dan dia?. Selamba badak sahaja menitiskan air mata palsunya setitis. Kenapa aku dikelilingi manusia yang pandai berlakon, banyak helah dan munafik?.

"You better just admit it, Nadeen. I didn't think you didn't want to admit your guilt." Najmi bersuara serak. Lunak sahaja pandangan matanya berlakon bersimpati atas kejahilan aku yang dia ciptakan.

"I will confess if it is true that it is my fault, Najmi! Tapi ini bukan salah aku. Kau tu yang..."

"Enough!. Awak ditolak markah 5% and your group is not guilty of this and I will give your group members a chance. But you?!. Jangan harap, Nadeen!". Dr. Hanif menunding jari kearahku. Najmi kulihat menyimpan senyumnya. Aku kalah lagi kali ini. Ya aku kalah!. Aku tewas!. Aku penat!. Namun, aku akan cuba buat report yang baru. Kalah bukan beerti menyerah, ingat tu Nadeen. Aku cuba menyuntik sedikit semangat kedalam diriku.Air mata yang bercucuran laju aku malas hendak menyeka.

Sebelum aku keluar dari bilik ini, sempat lagi mataku mengerling ke Arah Emir Qaleef. Bila mata kami bertentangan, dia hanya menyimpan senyum sinisnya. Hanya kening kanan dia yang terjungkit tinggi tanda mengejek akan nasib malangku.
____________
"Najmi, stop!". Teriakku. Langkah kaki cuba dilajukan mengejar langkah kaki panjangnya. Pergelangan tangan Najmi, aku gengam erat. Terus terhenti langkah kakinya dan menatap mataku dengan pandangan angkuh. Ya haruslah angkuh, dia menang kot!. Kali ini sahaja Najmi.. Aku akan pastikan itu!.

"Ya sayang.. Nak apa?". Soalnya sinis. Sengaja padahal dia sudah tahu apa yang ingin aku katakan. Ibu jari kasarnya naik mengelap kesan sisa- sisa air mata di wajahku. Aku tergamam. Tersedar dari kelakuan melampaunya, aku menepis kuat tangan itu. Rasa jijik, rasa kotor dan rasa mahu muntah. Sedap kau saja nak sentuh kulit aku!.

"Kenapa kau buat aku macam ni?. Kau yang beria minta report aku sebagai contoh. Rupanya kau ambil lampiran rujukan aku juga!. Kau tiru bulat- bulat lampiran rujukan yang aku cari sebagai isi aku. Kau licik, Najmi. Aku benci kau!". Terus tangan aku naik hendak menampar wajah kacaknya namun siapa sangka, dia lebih cepat bertindak. Sempat dia menangkap pergelangan tangan aku lalu digenggam kuat. Semakin aku ingin leraikan, semakin kemas genggaman dia. Kenapa aku lemah?. Dan inilah antara salah satu sebab kenapa aku benci akan diri ku sendiri. Terlalu lemah walaupun cuba untuk berpura- pura kuat. Namun, tetap sahaja hakikatnya aku lemah.

"Kau tahu kan kenapa aku buat semua ni?. Aku cintakan kau, Nadeen. Dan kau dah malukan aku depan kawan- kawan aku. Kau tolak cinta aku dan kau juga pernah buang hadiah yang aku berikan untuk kau. Kau ingat aku ni apa?. Kutip hadiah tu ke dalam tong sampah?!". Di hujung tutur, ternaik seoktaf suaranya menandakan yang dia sudah lama bersabar dengan sikap ku. Diperlekehkan dan memalukan diri dia dihadapan kawan- kawannya. Apa lagi pilihan yang aku ada selain membuat itu semua sedangkan aku sudah berbuih mulut mengatakan 'aku tidak mahu', 'aku tidak sudi', 'aku tidak cinta'. Kenapa sukar sangat dia nak faham bahasa ni?. Dia ni alien yang tersesat di muka bumikah?.

" Aku tak pernah cintakan kau Najmi. Banyak kali dah aku tolak tapi kau tetap macam tu. Fikirkan perasaan kau sahaja. Habistu aku ni?. Perasaan aku siapa nak fikirkan?. Kalau pun aku terima cinta kau, tapi kau tak akan dapat hati aku. Kau nak ke aku layan kau ibarat kau tak ada hati?." Jawabku berani. Mata itu ku tatap sedalam mungkin. Aku pun ada sabar, aku pun ada marah juga. Aku manusia biasa. Mana mampu untuk aku jaga hati semua orang?. Hati sendiri pun aku tiada masa untuk menjaganya.

"Kau tahu tak itu markah untuk final assingment aku before final exam ni?!. Macam mana aku nak target untuk markah kalau kau guna cara licik macam ni?!" Sambungku lagi bila dia tidak bersuara. Tangan sekali lagi aku cuba rentap namun hampa. Semakin kuat pula gengaman itu di pergelangan tanganku. Ish, makin benci aku terhadap dia.

"Aku tak peduli dengan perasaan kau. Bukannya aku tak boleh ambil hati dan raih cinta kau nanti!. yang kau nak risau pasal markah kau tu kenapa?. Bukannya kau tak tahu kau tu bijak pandai dan selalu dekan. So, tak perlu risau mengenai tu semua". Tersangatlah selamba tanpa riak bersalah. Serentak menutur itu, dia melepaskan tangan aku.

Mata tajamnya tepat menikam anak mata hitamku. Sungguh, aku nak tampar wajah didepanku ini. Kalau lah dia tidak menangkap tangan aku, sudah lama wajah kacak itu tercop cap tapak tangan comelku.

"Aku tak akan mengalah, Nadeen. Aku tetap akan cari kau. Aku tak peduli kau cintakan aku ataupun tidak. Even guna cara licik pun untuk dapatkan kau, aku sanggup buat apa saja untuk dapatkan kau. Aku tak akan mengalah". Katanya dan berlalu pergi.

Mana kekuatan aku selama ini?. Kenapa terbang dimamah bumi begitu saja?. Kenapa aku semakin tidak larat dengan kehidupanku?. YaAllah.. tolong aku. Jadikan ianya mudah yaAllah. Jadikan ianya suatu kekuatan untuk ku menjalani atas ujian yang kau berikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience