BAB 32

Short Story Series 111762

Dibalik dinding tangga, aku bersembunyi disitu. Sengaja nak mengejutkan Armell yang baru pulang dari kerja. aku sudah bersedia untuk mendengar celoteh dia kejap lagi.

Dengar je bunyik 'clik', tanda orang sudah membuka pintu. lalu...

"Bah! "

"Ehh mak aku cantik!". Armel melatah sopan. Nasib saja sopan, kalau dia mencarut?. Mahunya aku pula yang akan siku dia.

Armel mengurut dadanya perlahan. Bibir diketap geram. "Ish kau ni kan!. Takde kerja lain ke sampai nak peranjatkan aku?". Armell mendengus. Bahuku ditampar kuat.. Aiyooo berbisa!.

Saat Armell mendekatkan diri untuk naik keatas. Bauan wangiannya menusuk terus ke rongga hidung. Wangi, tapi...

"ughh.. buwerkk.." Terus aku menutup hidungku. Kalian pasti terasa pelik. Biasanya aku tidak pula sampai benci bauan ni. Tapi sejak seminggu lalu, aku terus benci dan mual dengan bauan yang dipakai Armell. Sumpah... busuk!. Tak lah busuk, tapi bauan tu yang buat hidung aku tak boleh terima masuk rongga hidung.

Armell menjuling mata keatas. "Aku dah cakap kan, pergi jumpa doktor.. Kalau alahan pada bau, pelik pula aku. Tak kan demam bauan?." Berkerut dahi Armell memikirkan penyakit aku.

Jungkit bahu. Malas nak perpanjangkan perbualan ni sebab aku memang rasa nak pitam. Aku dah tutup hidung pun rasa pening- pening lalat lagi.

Mata semakin kuyu. Pandangan semakin kabur. Armell yang risau akan keadaanku semakin mendekatkan diri. "Nadeen.. Kau sihat tak ni?. "

Aku tak larat.... bauan wangian yang dipakai Armell semakin kuat. Sudahnya, aku pitam tidak sedarkan diri. Pandangan menjadi gelap dan sebelum tidak sedarkan diri. Yang sempat aku dengar adalah jeritan Armell.

"Nadeen!".
_______________
Emir Qafeel memicit kepala. Sakit kepala semakin menyucuk- nyucuk. Habis sahaja solat Maghrib, tak sempat menadah doa lagi. Emir Qafeel menguatkan diri juga untuk berdoa. Dia tak minta banyak sepanjang 3 minggu kehilangan Nadeen, dia hanya mahukan isterinya.

Selesai berdoa, dia membaringkan diri sekejap diatas sejadah. Tak larat untuk datang ke kerja dan baru hari ini dia mengambil cuti sepanjang berpindah ke tempat kerja baru untuk mengajar pelajar kolej.

Bila fikirkan balik, terasa kelakar bagaimana dia dipertemukan semula dengan Nadeen di kolej yang sama. Dia sebagai pensyarah, dan Nadeen adalah pelajarnya. Dan perkara paling bodoh adalah, dulu dia membuat isterinya menangis!.

Dalam tak sedar, dia mengeluh perlahan. Nadeen cantik, Nadeen manis, tapi... waktu itu sukar untuk dia ungkapkan. Mungkin kerana Iman dan waktu itu, tiada perempuan lain selain Iman. Egonya rasa tercabar hanya kerana wanita cantik itu. Ah, bodoh kau Emir!.

Bunyi telefon bimbit memeranjatkan Emir. Malas dia nak bangun, sudahnya dia membiarkan telefonnya berdering berkali- kali. Masuk sahaja deringan kali ke 4, terus bangun dari pembaringan dan mencapai telefon bimbitnya diatas katil.

ikon hijau dileret ketepi dan telefon ditekapkan ditelinga kanan.

"Ya, Siapa ya?".

"Assalamualaikum, ini suami Nadeen ke?". Bunyi sahutan dihujung talian. Suara lelaki!. Siapa?!.

"Ya.. saya suami Nadeen. ini siapa ya?, macam mana boleh dapat nombor ni?". Emir Qafeel mengetap bibir menahan sabar. Api cemburunya membarak dengan cepat. 3 minggu Nadeen tiada dengannya, tiba- tiba seorang lelaki mendapat nombor telefonnya pula!. Siap kenal siapa dia dan siapa Nadeen!.

"Maaf Encik, ini saya Thaqif. Nadeen ada dengan kami sekarang ni..." Belum sempat Thaqif menyudah kata, Emir Qafeel mencatas laju.

"Kau buat apa dengan Nadeen?. Dekat mana Nadeen sekarang?." Ternaik seoktaf suaranya dihujung kata. Dia tak peduli, dia hanya mahukan Nadeen.

Kepala yang menyucuk semakin kuat diurut agar dapat mengurangkan rasa sakit kepalanya. Dah lah sakit kepala, sakit hati pula tu!.

"Encik, isteri encik ada di hospital sekarang ni. Saya tak ada masa nak bergaduh dengan encik. Kalau encik taknak datang, sudah!".

Terbuntang luas mata Emir mendengarkan jawapan dari lelaki bujang itu dihujung talian. Nadeen di hospital?. Kenapa?.

"Hospital mana?". perasaan sakit hati, tolak tepi dulu. Yang penting sekarang ini adalah Nadeen. Isterinya. Gadis yang dia...

cintai !.

Dapat saja tahu nama hospital yang ditempatkan Nadeen sekarang ini, terus dia meluru dan mengabil kunci keretanya. Banyak soalan yang bermain didalam benak, tapi itu tidak penting sekarang. Sekarang dia hanya mahu tahu, apa dah terjadi dengan Nadeen?.

Nadeen... tunggu abang!

*Haii semua, ramai betul yang suka cerita ni. Siap sanggup tunggu cik lily update. Ada yang geram dengan cik lily sebab lama tak update.

*Sini cik Lily bagi tahu hengkorang sesuatu. Cik Lily sekrang ni sedang Latihan Industri (intern). Baru pertama kali berpengalaman bekerja di ofis dan sebagai HR management. Itu... sungguh memenatkan.

*Thast why cik Lily jarang update. Hengkorang rasa perlu ke cik Lily update seminggu sekali setiap hari jumaat pagi?. Ataupun dua minggu sekali setiap hari jumaat?. HAHAHAHAH jangan risau, cerita ni sis akan update juga cepat/ lambat.

*Cerita Emir Qafeel sudah hampir sampai ke penghujung cerita ya!. Jangan terlepas cerita Emir Qafeel sehingga akhir. Tq semua sudi baca!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience