BAB 23

Short Story Series 114051

Seminggu telah berlalu dan seminggu jugalah aku tinggal dirumah Emir. Tugas menjadi isteri atau ibarat kuli dirumahnya. Dah itu tugas isteri, nak menolak pun rasa berdosa. Cuma satu, dia dan aku masih belum menjadi suami isteri yang 'sebenar- benarnya.'

Dia diam, aku pun seribu kali diam. Lebih rela dia diam begitu dari dia bertukar hulk. Tak sangup!.

Pagi ini, aku bercadang nak masak pancake. Nasib sajalah semalam aku sempat keluar beli barang dapur bersama Armel.

Tepung dibawa keluar bersama- sama mangkuk dan telur juga barang lainnya. Bila tekak teringin nak makan, memang mood nak masak tu auto membaik asalkan tidak ada orang menganggu.

Telur dibawa ke sinki lalu dibasuh bersih. Siap dibasuh, aku mahu membawa ke meja semula, namun...

pap!.

Telur yang berada ditanganku tadi jatuh mencium lantai. Habis kotor lantai dapur dibuatnya. Aku mencebik geram. Ish! ni semua orang didepanku punya fasal!.

Aku angkat wajah. Memandang mata tajamnya yang bagaikan mata pedang yang boleh membunuh. Dia dekatkan lagi dirinya ke arah aku jadinya rapat kami hampir sejengkal. Dia membungkuk badan dan menjatuhkan dagunya ke bahuku.

Terkejut dengan tindakan dia yang tiba- tiba itu, aku menolak bahunya namun dia cepat menangkap tanganku dan menggengam erat.

"Lepas lah. Awak ni kenap..."

"Nadeen, Please behave yourself. Ada tetamu di depan tu. siapkan air, nanti air tu bawakan kedepan!."

Dia memotong bicaraku dan menyuruhku membuat itu ini. Persoalannya, siapa tetamu tu?. Orang pentingkah?.

"Siapa?" Tak dapat menahan, aku menyoal Emir Qafeel yang diam sejenak dan menjarakkan sedikit tubuhnya. Tangan kanan dimasukkan kedalam kocek seluarnya dan bahu diangkat sekilas. Bibir menguntum senyuman sinis.

"Kau datang bawa air nanti, kau tahu lah siapa yang datang. Cepat sikit." Dia menyuruhku lagi.

Aku mendengus perlahan. Nak protes tapi risau dia mengamuk pula. mahu ataupun tidak, memang kena ikut juga. Dengan dia mana boleh kata 'tidak'!. Pilihan pun tiada!. Jadinya tiada kompromi.

Emir Qafeel berlalu pergi kedalam tanpa menoleh belakang lagi. Aku terus mengeluarkan jag dan berlalu ke peti ais lalu jus oren dikeluarkan dan dituang kedalam jag. Ais batu dituang kedalam jag itu juga. Siap!. Tak perlu nak susah payah buat air. Risau tawar atau termanis sangat, naya aku.

Dua gelas kaca dan jag itu disusun di atas dulang. Aku pun tak tahu berapa orang tetamu jadinya, aku sediakan jelah dua gelas. Kalau lebih tetamu pandai lah aku tambah gelas.

Dulang itu aku tatang untuk dibawa kedepan. Terdengar suara perempuan sedang berbicara dan Emir Qafeel gelak mesra. Sumpah demi apapun, aku tak pernah mendengarkan suara itu gelak mesra dan penuh ikhlas.

Sampai di tengah ruang di antara ruang meja makan dan ruang tamu, kaki terkaku disitu. Mata memandang tepat kedepan dan laju cuba mengecam wajah wanita cantik dan manis berdepan dengan Emir Qafeel.

Kak Iman!. YaAllah, buat apa Emir Qafeel membawanya kemari?.

"Nadeen!." Kak iman menjerit kecil memanggil namaku. Bibir menguntum senyuman mekar. Cantik!.

Aku membalas senyumannya dan melangkah kedepan dengan keyakinan tahap maksimum. Taknak nampak marah atau berkecil hati. Dulang itu aku letak di meja kaca dan menghidangkan untuk Kak iman dan juga buat Emir Qafeel.

"Jemput lah minum kak. Maaflah, tak tahu siapa yang akan datang. Tu yang tak sediakan makanan buat ngunyah- ngunyah tu." Aku memula bicara pertamaku. Memerli suamiku sebenarnya.

Mata Emir Qafeel menatap dalam kearah aku. Tahu yang dia sedang menahan emosi yang membuak.

"Tak apalah Nadeen. Datang sini sebab nak tengok Nadeen je. Nadeen sihat tak?". Kak Iman menyoalku dengan senyuman mekar. Mata bulatnya mengecil sedikit terjadi apabila dia tersenyum ikhlas sampai telinga. Tak pelik kalau Emir menyukainya.

"Sihat kak. Tak sangka kita berjumpa lagi kan". Aku menjawab dan menyambut senyumannya dengan senyuman juga. Punggung dilabuhkan kesebelah Emir Qafeel.

Emir Qafeel dengan selamba memaut pinggangku dan memeluk erat. Aku cuba mengawal riaksi terkejut beruk aku dan tersenyum kaku. Kenapa Emir macam ni pula ni?. Tak takut Kak Iman cemburu ke?.

"Sayang.. Walaupun sayang dah kenal kak Iman ni... tapi Nadeen tak tahukan macam mana abang dengan kak Iman ni boleh kenal?. Kak Iman ni kawan baik abang dari universiti di Jerman. Tak sangka boleh rapat sampai sekarang". Emir Qafeel menjelaskan kepada aku.

Ouhhh macam tu kisahnya.

Aku diam menahan debar didada. Dia membahasakan dirinya Abang dan memanggilku sayang?. Hello, aku tak bermimpi kan?.

Aku angguk mesra dan mulut membentuk O. Malas nak membalas lebih- lebih. Drama apa pula kali ni dia cuba mainkan?.

Emir Qafeel senyum dan menggosok halus kepala aku. Sesekali dia memeluk bahuku erat. Nampak mesra betul. Kalau orang lain nampak, memang akan salah faham. Kami bukan suami isteri yang membahagiakan.

Aku pandang kak Iman. Nak tengok riaksi dia. Anehnya, dia tak marah. Tak sedih dan tak juga kelihatan cemburu. Bibirnya juga mengoyakkan lagi senyuman penuh ikhlas. Wajah itu semakin cantik dan manis.

Susah untuk aku menggambarkan. Cukup untuk orang tahu yang gadis itu mempunyai kulit yang bersih halus, putih gebu, alis mata terletak cantik, bulu mata yang lentik, bibir basah kemerahan dan rambut yang panjang beralun lembut.

"Sayang, ambilkan telefon abang dekat atas sekejap. Abang akan keluar sekejap lepas ni sebab ada meeting dengan pensyarah yang lain sekejap lagi". Arahan lagi lah tu. Entah lah, pada aku itu bukan arahan tapi kali ini lebih kepada menghalau. Mungkin ada sesuatu yang dia nak bahas benda penting dengan kak Iman.

Aku angguk dan berlalu pergi ke atas. Sampai tingkat di anak tangga paling atas, aku sembunyi sedikit disitu. Saja nak curi dengar apa yang mereka bualkan walaupun aku tahu berdosa bila mencuri dengar begini.

"Iman.. You nampak kan tadi yang hubungan kami berdua baik- baik je?" Emir Qafeel memula bicara. Apa dia cuba nak sampaikan ni?. Bukan ke itu cuma lakonan saja?. atau dia cuba untuk membuat kak Iman cemburu agar mudah untuk dia dapatkan kak Iman?.

"Mestilah nampak. Alhamdulillah hubungan you dengan dia dah semakin membaik. Baik je Nadeen tu I tengok. Siapa je yang tak akan suka?." Balas Kak Iman.

No!. Itu semua tipu je kak Iman. Kalau lah aku boleh menjerit dan masuk campur sekarang ni. Mesti aku dah buat dah. Eiii tahan... tahan...

"You tahu kan kenapa I buat dia macam tu?. You dah janji kalau I buat budak hingusan tu jatuh cinta dekat I, You will come back to me."

Dangggg.. Rasa nak pitam. YaAllah, jadi itu semua perancangan Kak Iman??!. Jadinya kak Iman dah kenal lama siapa aku?!. Selama ni dia buat- buat tak kenal dengan aku?.

"Yes, I will....."

Aku tidak dapat menahan rasa lagi. Terus berlari masuk ke bilik. Ayat Kak Iman seterusnya aku tidak mahu dengar lagi. Untuk apa? Semuanya sudah jelaskan?.

Jadi tadi riaksi Kak Iman hanyalah bohong semata?. Mesti sekarang ini mereka sedang menggelakkan aku dan meraikan kemenangan mereka.

YaAllah, selama ni kak Iman berpura- pura baik denganku? untuk apa?. Untuk memperbodohkan aku?. Memperlekehkan aku?.

Kau silap! Kau orang berdua betul- betul silap!. Aku tak akan kalah.. Aku tak akan jatuh cinta dengan lelaki seperti itu. Kau yang mulakan dulu kan Emir?. Baik.. Aku akan tamatkan permainan kau orang berdua.

lets begin the game!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience