BAB 8

Short Story Series 111762

"Tuan!". Panggilku lantang. Tidak peduli dengan pelajar- pelajar lain dikelilingku yang memandang ke arahku yang terkial- kial berlari anak mengikuti langkah kaki lelaki itu. Aku tak peduli untuk menatap mata tajamnya, senyuman sinisnya, tingkah bekunya. Aku tak peduli. Tujuanku satu, aku mahu dia merahsiakan kejadian tadi daripada ibu.

"Tuan, nanti dulu.. Tunggu saya tuan!". Pekikku lagi. Tidak aku hiraukan wajahku yang sedang tebal menahan malu kerana teriak di tengah- tengah kolejku. Dengan tidak sengaja, aku menarik belakang baju blazer slim fit lelaki itu. Dan tanpa sengaja juga...

Prekk... Bunyi koyakkan blazer slim fit kelabunya itu. Entah mana kekuatan aku dapat sehingga tidak sengaja mengoyakkan jahitan itu tertetas. Tidak jadi slim fit dah. Habis longgar kerana tertetas jahitan itu tanpa sengaja.

Again... aku telah buat silap besar lagi. Silap dengan lelaki yang sama. Berapa pula untuk harga sehelai blazer slim fit kelabunya itu?. Tuhan... cuainya aku.

"Kau gila ke?". Bisiknya keras tepat depan wajahku. Dapat aku rasakan hembusan nafas hangatnya diseluruh muka.Tajam mata itu menatap aku dan gerahamnya diketap kuat. Kening tebalnya berkerut menandakan yang dia sedang marah.

"Tuan.. saya.. saya.." Tidak dapat terluah suara aku sekarang ini. Semua pelajar- pelajar yang ada di situ sudah saling berbisik- bisik. Tidak tahu apa yang mereka bisikkan namun aku tahu mereka mengata aku hal yang buruk pastinya. Hari ini, hari paling malang sekali bagi aku. Tanganku bergetar hebat. Wajah aku tundukkan kebawah. Tidak sanggup untuk menatap mata tajamnya. Takut.

"Follow me!". Arahnya keras. Tiada kompromi. Tiada penolakkan. Mahu tidak mahu, aku mengikuti langkah kakinya. Niat hendak mengatakan hal tadi tapi lain hal pula pastinya yang akan dibangkitkan.

Sampai sahaja bersebelahan kereta Porche Macan miliknya, dia menghentikan langkah dan aku juga sama. Kereta yang keberapa pun aku tidak pasti. Dia menghadapkan tubuhnya berhadapan dengan ku. Ini yang paling aku tidak gemar. Berhadapan dengan lelaki ini!. Jantung aku berdegup kencang. Risau akan makian atau cacian yang terluah dari bibir merah itu. Risau juga aku tidak kuat untuk mendengarnya.

"Kau memang suka buat hal kan, Nadeen?. Tak sangka perangai kau sial macam ni sekali. Kau jangan ingat mentang- mentang kita kahwin nanti, kau boleh suka- suka buat hal dengan harta benda aku!. Aku paling pantang kau tahu tak?. Lagi- lagi orang yang sentuh harta benda aku tu adalah kau!." Tekannya keras. Jari telunjuk ditekan tepat ke bahu kanan aku.

Aku terus menikus. Takut yang teramat sangat. Air mata tidak dapat aku tahan lagi. Rasa malu satu hal, takut satu hal dan aku fikirkan ibuku satu hal. Nasib malang dengan aku bagaikan sumpahan dari lahir. Yang anehnya, semenjak aku terjumpa dengan Emir Qafeel, sumpahan itu semakin menjadi- jadi.

"Tuan.. Saya minta maaf tuan. Saya tak sengaja. Kali ni, saya kena bayar berapa ya tuan?". Berani- berani tahi kucing saja aku lontarkan suara. Boleh aku dengar betapa bergetarnya suara aku sekarang ini. Kepala semakin ditundukkan kebawah. Bunyi esakkan kecil aku terhembur. Tidak kuat seperti selalu. Bahuku terhinggut- hinggut menahan esakkan agar tidak menjadi- jadi.

"Look at me!. Aku tak suka orang pandang lain atau tunduk kepala bila bercakap dengan aku. Mana adap kau?. Don't be rude with your lecturer merangkak your future husband!".

Sepantas kilat aku menegakkan pandangan mataku. Tepat menikam anak mata tajamnya. Dia menanggalkan blazer slim fit kelabu di tubuh sasanya lalu menarik keluar tangan kecil aku. Baju blazer itu diletakkan keatas telapak tangan aku dengan kasar.

"Aku nak kau jahit semula tetasan benang ni. Kalau tidak, memang aku suruh kau bagi aku 5 orang anak lelaki. Kau nak?". Ugutnya. terherot sedikit hujung bibirnya dengan senyuman sinis.

Bergetar tubuhku mendengarkan ugutan keras itu. Aku mengangguk laju. Setuju untuk menjahitkan blazer slim fit mahalnya. Setakat jahit, aku lebih rela daripada dia menyentuh aku berkali- kali untuk mendapatkan 5 orang anak lelaki. Sungguh aku tidak sudi!.

"By the way, where is the engagement ring on your finger ?. you don’t want to wear it so it’s easy to itch with other males ?. Macam tu?". Fitnahnya. Aku ketap gigi. Hingus yang sudah kering meleleh di bibir aku biarkan. Air mata yang kering dipipi juga tidak larat untuk aku seka. Biarlah. Biar dia nampak betapa malangnya hidup aku bila sudah mengenali lelaki ini !.

"Tuan, saya tak nak pakai boleh?. Saya risau kawan- kawan saya banyak soal. Saya nak fokus final exam saya saja sekarang ini Tuan. Please Tuan Emir..." Rayu aku. Mata sudah kembali basah. Mata berkaca- kacaku ini aku tatap dengan mata tajamnya. 'Tolong lah Tuan Emir Qafeel.. tolonglah kasiankan saya untuk kali ini sahaja. Bukan, tapi untuk hari ini sahaja.' Rintih hatiku.

"Terpulang kau lah. Aku tak ambil peduli pun. Bukan hal aku. Asalkan kita kahwin dan aku nak kau bayar hutang kau dekat aku je. Yang lain- lain buat hal kau sendiri sajalah. Takde kaitan dengan aku pun". Bibir merah itu dicebirkan. Dia memusingkan badan untuk masuk kedalam keretanya. Bosan gamaknya menghadap muka sememeh aku nak- nak lagi baru tumbuh jerawat tepat di tengah batang hidungku.

"Tuan, nanti dulu". Halangku mematikan niatnya untuk naik kedalam Porche Macan. Dia mendengus kasar.

" Huh, nak apa lagi?".

"Tuan, boleh jangan cerita hal tadi dekat ibu saya?. Saya bersumpah Tuan, bukan saya yang meniru hasil kerja rakan saya. Tapi dia yang...".

" Hal itu jangan risau. Kau buat je lah hal kau. aku tak peduli kau nak buat masalah pun. Tak ada masa aku nak jajah cerita pasal kau dekat ibu kau. Kau ingat aku ni apa?. Bodyguard kau?". Sinis dia lalu tanpa menunggu aku berkata lagi, dia terus melulu masuk kedalam kereta mewahnya itu.

Aku hembus nafas lega. Tidak mengapalah aku harus menjahit blazer ini. Tidak mengapalah aku harus mendengar tutur kata kasarnya. Tidak mengapalah dia tidak mahu mengambil berat fasal aku. Yang penting, aku tidak mahu membuat orang tua aku risaukan keadaan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience