BAB 30

Short Story Series 111762

Tuala disidai dipenyangkut yang disediakan di sisi almari. Bahu yang rasa pegal- pegal diurut- urut perlahan. Penat tubuh, penat lagi hati dan otak. Meja solek dituju lalu rambut disisir rapi. Payah nak jaga rambut kalau dah panjang hampir cecah pinggang. Esok juga aku nak pergi kedai gunting rambut dan potong separas bahu.

Rambut yang masih lembab dibiarkan bebas tanpa diikat. Tubuh yang letih terus dibawa ke katil dan menghempaskan tubuh dengan selesa. Siap pusingkan badan lagi sampai tulang belakang berbunyi. Baru rasa sedikit ringan badannya.

Bila teringat perbualan tengahari tadi dengan Kak Iman. Terus badan menggelegak semula. Betul ke Emir Qafeel cintakan aku?. Pftt, macam kelakar pula kalau dia cintakan budak selekeh macam aku ni. Well, dekat mata dia je aku ni selekeh, kat mata orang lain... Aku cantik!. Aku tak kira, aku memang lawo pun!. Huh..

Masih rasa berdengung lagi dalam fikiran apa yang Kak Iman ceritakan.

"I'm sure he cares about you. Even if he still doesn't love you yet." Kak iman tersenyum penuh makna.

"... Or.. has he loved you for a long time ?. no one knows except he who reveals himself." Kali ini, dia mengangkat bahu tanda akan buntu dengan perasaan suamiku ini. Sukar untuk ditebak. Entah apa yang payah sangat nak minta maaf dengan bini sendiri pun tak tahulah.

Kak Iman mendekatkan wajah kearahku dan paling menakutkan adalah, senyumannya. Mesti ada sesuatu ni.

"Nadeen kena buat Emir sendiri yang ungkapkan kata- kata cinta untuk Nadeen. Dari situ, Nadeen tahu yang suami Nadeen sendiri cintakan Nadeen ataupun tidak".

See?.. Pasti ada sesuatu dengan senyumannya tadi. Rancangan kolot pula tu dia bagi. Kenapa kolot?. Sebab aku dah buat semuanya dah, tapi tetap suamiku tidak peduli denganku. Yelah, masak sedap, dah. Kemas rumah, dah. Sediakan pakaian dia, dah. Paling memalukan, siap layan dia atas katil lagi malam tu.

"Hahh.. kenapa muka merah tu. Fikirkan apa?." Kak Iman tersengeh gatal. Tahu dah apa yang ada dalam fikiran wanita cantik ini. Oh nooo.. memang tak lah aku nak goda dia. Memang akan masuk kali ketiga dah ni. Malu!.

Geleng. dia tatap aku, aku tatap dia. Tiba- tiba malaikat lalu kat depan kami. "Nadeen sebenarnya nak mogok ni. Nak tumpang rumah kawan sekejap. Akak jangan bagitahu abang Emir ya?". Sudahnya, aku pecahkan rahsia terbesarku. yelah, kan seperti isteri derhaka tu. Arghh itu je satu- satunya yang boleh rawat hati aku.

Mata kak iman yang sememangya bulat bertambah bulat. Bibir merah itu terlopong kecil. Muat jugalah untuk lalat keluar masuk dalam tu.

"Haaa baguslah tu. Kita tengok apa yang akan jadi dengan Emir tu. Biar akak kat sini jadi mata- mata untuk dia.". Sengeh jahat. Ada saja lah kak Iman ni. Aku ingatkan kena liku dengan dia sat gi. Ehhh, dia pula yang suka dengan rancangan mogok aku ni.

Pap!.

Aku mengaduh perlahan. Dahi digosok lalu bibir dimuncungkan sedepa. Kasar betul lah perempuan ni. Muka je manis siap gaya diva lagi. Tapi perangai.. tiada siapa yang tahu kecuali aku dan Thaqif.

Armel datang mendekat. Earphone yang jatuh tadi diambil semula. "Haaa berangan!. Rindu suami ke tu?".

Rindu?. Entahlah, perangai macam tu, rasa seram pula nak rindu. Tapi dia?.. rindukan aku ke eh?.

"Sampai bila kau nak ada dekat sini?. Aku pula yang risau. Tak memasal aku ni dikatanya bawa lari bini orang. Seriau!."

Aku hempuk juga si Armel ni lah. Itu pula yang dia risaukan. Aku ni tak nak ke dia risau?. Aku diam sejenak. Tak tahu nak beri jawapan apa.

Armel mengeluh kecil dan bantal di letakkan disebelah aku lalu baring disitu. Kepalanya siap letakkan dibahu aku lagi dan paling seram, tangan tu!. Peluk badan aku beb!..

" Aku gurau jelah. Sebenarnya aku setuju juga kau buat keputusan macam ni. Geram pula aku dengan suami kau tu. Ada ke patut buat kau macam tu?". Geraham diketap kuat. Boleh bayangkan kalau tangan halus itu menampar pipi Emir Qafeel. Fuhh, perih tu.

"Hurmmm.. Entahlah. Hati aku pun berdebar juga sebenarnya ni. Entah apa je nanti yang akan jadi. Memang aku dah bersedia pada nasib". Aku mengeluh. Risau bila aku berdepan dengan Emir Qafeel nanti. Apalah riaksi dia. Marah ke?. sedih? atau... happy?!.

Armel bangun dari pembaringan. kepala dipaling kesebelah menghadap aku. "Dah, jangan fikirkan sangat. Pergi ambil whuduk, lepastu baru boleh lelap sekejap. Solat dulu kalau belum solat".

Aku angguk sebelum Armel berlalu pergi.
________
Kereta diparking dihalaman rumah. Mata melilau mencari kereta Nadeen tapi tiada. Terus saja kaki laju keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam. Sampai dipintu, kasut Nadeen tiada.

"Kemanalah budak ni pergi?. Dengan kawan lelaki dia lagi ke?." Emir Qafeel memulas tonggol pintu lalu dibuka masuk kedalam. Kaki melangkah menaiki tangga untuk membersihkan diri.

Habis mandi, dia melirik jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 5:40ptg. Mana pula dia ni?. Tak balik lagi ke?. Terus saja menuju ke balkoni bilik untuk melihat kalau- kalau ada kereta si isteri. Namun, hampa. Masih juga tidak kelihatan.

Telefon bimbit dicapai dan menekan- nekan mencari nama Nadeen. Laju dia menekap ketelinga untuk menunggu panggilan dijawab. Hampir 7 kali dia menelefon namun masih juga tiada sahutan. Dekat mana kau, Nadeen?.

Kaki menuju ke ruang makan pula. Tiada masakan jadinya Nadeen tidak masak sebelum keluar. Hati terus menjadi panas. Penting sangat ke kawan lelakinya itu berbanding dirinya?. Api cemburu semakin marak. Laju kaki menuju ke peti sejuk untuk mencari makanan apa yang ada. Janji perutnya terisi.

Baru nak buka peti sejuk, tindakkannya terhenti. Ada satu nota kecil yang sengaja ditampalkan disitu. Emir Qafeel menarik kertas itu lalu bait- bait ayat dibaca.

"Assalamualaikum.. Jangan cari saya sementara waktu. Izinkan saya bersendirian, abang".

Menggigil tangannya apabila membaca ayat yang ditulis oleh isterinya. Paling mengejutkan... Gadis itu memanggilnya abang.

Hati yang panas, terus reda dan bertukar dengan hati yang menghimpit berat. Rambut panjang yang mencecah leher belakang dielus kasar.

Kepala digeleng laju. Tak.. tak.. Nadeen tak boleh pergi.. Nadeen tak boleh tinggalkan abang.

Terus dia menumbuk dinding yang berada bersebelahan peta sejuk itu. Sakit tangannya, sakit lagi dengan hati sendiri. Bukan sebab tingkah isterinya yang pergi, tapi sebab perangainya yang mementingkan diri. Mementingkan hati dan perasaan sendiri.

Bergetar seluruh tubuh. Selera makannya melayang entah kemana. Tidak tahu mahu membuat apa, sudahnya dia diam menekur lantai.

Pergilah Nadeen.. Sampai waktu, abang akan kembali dekat Nadeen semula.. Tapi, abang tak akan biarkan Nadeen pergi untuk waktu yang lama. Itu yang pasti.
_________
Mata menatap telefon bimbit yang masuk kali ini, sudah 7 kali berdering dan 7 kali juga lah aku diamkan. Malas nak jawab dan aku yakin, mesti kena bebel juga nanti. Biar lah, biarkan macam ni je dan biarkan masa berlalu. Masa tu, apa nak jadi.. jadilah.

Bantal diambil dan ditekapkan ke muka. Penat.. Sambung lelap lagi bagus!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience