BAB 25

Short Story Series 114051

"Dah balik?". Soalku bila nampak dia sudah membuka pintu depan. Ya tahu, soalan bodoh. Tapi tetap juga nak bertanya. Biar nampak prihatin gituewh.. huh!.

Emir Qafeel tidak menjawab malah dia terus meluru kearah aku dan dilabuhkan duduk disebelah. Habis terangkat kecil punggung aku ni sebab sofa lembut dah kena hempas dengan bapak gajah.

"Penat lah.. can you give me a massage?". Dia mengeluh kepenatan. Kepala beratnya dilabuhkan kebahu kananku. Tak fokus aku nak menonton TV.

Jangan tanya kenapa sikapnya begini. Harus saja lah dia dah merancangkan sesuatu buatku. Macam perancangan Kak Iman dan dia. Okay, aku sahut cabaran kalau nak bermain catur dengan ku. Kita tengok, siapa yang akan menang!.

"What if I don't want to?" Kening terangkat mencabar. Dia mendongak melihat wajahku yang seakan mencabar kelelakiannya. Pedulikan lah dengan baran dia tu. Sebab dia kan dalam misi menggoda cik isteri, jadinya dia tak akan menengking aku. Bagus juga kalau dia dan kak Iman buat plan begini, sebab aku tak jadi takut dengan suami sendiri. Kah!.

"I will kiss you." Sebaris ayat itu diucap tanpa segan silu. Tiada juga riak main- main. Nampak benar yang dia memang serius. Tertelan liur sekali.

"Hish.. nak urut dekat mana?". Aku mengalah. Macam tak biasa. Siapkan mental saje sudahlah.

"Dekat mana kau nak, humm?". Dia menyoal seraya mengangkat wajah kembali. Melihat tepat ke anak mataku dengan menjungkit kening tebalnya. Bibir tersenyum miang.

"Eh eh.. tanya saya pula.. Awak tu hah, lenguh dekat mana?. Saya urut dekat bahu ya?". Aku pula dengan prihatin menjalankan tugasku sebagai seorang isteri. Kepalanya diangkat dan diletakkan tepat dikepala sofa lalu aku menghadap tubuh kearahnya.

"please untie my tie first. Aku tak larat ni nak bukak tali leher. Letih sangat". Dia merungut lemah. Aku nampak dahinya berkerut- kerut. Mungkin banyak kerja di tempat kerjanya ataupun stress memikirkan cara untuk mendapatkan Kak Iman.

Tanpa berlengah, aku membukakan tali lehernya dan butang kemeja paling atas aku bukakan juga. Nampak didalam baju kemeja itu ada tshirt putih. Tanpa berfikir baik buruknya, aku terus saja membuka butang baju kemeja itu satu persatu. Tak nak dia rimas dengan kemeja berkolar.

Baru nak masuk butang kelima, tangan aku digenggam kemas. Aku mengangkat pandangan melihat dia yang masih lagi memejam mata. Tapi boleh aku nampak halkumnya bergerak- gerak dan dadanya juga turun naik dengan laju. Kenapa?. Demam?.

Aku cuba leraikan tanganku dari genggaman dia dan meletakkan telapak tangan belakang didahinya. Tak panas pun, tapi kenapa tingkahnya seperti kena demam panas?.

"Aku... aku suruh.. ehem.." Emir Qafeel cuba bersuara. Suaranya pun serak basah. Gaya seperti orang demam. Atau dia hanya panas dalam?.

"I just told you to untie the tie. Don't do anything else!". Sambungnya. Kali ini bersuara lancar.

"But you'll be fine if it's like this." Aku masih lagi mahu menjawab. Dah dia kata tidak, bermaksud tidak, Nadeen. Yang kau beria nak prihatin sangat ni kenapa?.

"Don't. I don't want you to do that again. Not as long as I don't tell you. Got it ?." dia menyoal serius. Nafasnya juga sudah kembali teratur.

Angguk. Dah dia tak suka, buat lah niat baik pun memang dia tidak akan suka.

Perlahan- lahan, aku mengurut bahu lebarnya. Dari perlahan ke kuat. Sampai lenguh tangan aku urut dia kuat- kuat tapi dia tak mengaduh kesakitan. Sah, dia ni badan sado. Tangan kecik aku ni memang tak rasa apa bila mengurut badan pakej seperti Emir Qafeel ni.

15minit berlalu. Telapak tangan dah sakit and lenguh terus aku berhenti mengurut. Emir Qafeel diam dari tadi. Mungkin dia tidur gamaknya. Wajahnya yang kelihatan penat sangat- sangat aku tatap lama. dia sungguh kacak.

Alang- alang dia tidur ni, aku nak tengok wajah dia dekat- dekat. Tanpa sedar, aku mengangkat tangan dan membelai pipi bersihnya. Tak terlampau berkulit hitam namun tidak pula putih. Kumis pun terlihat kemas. Dia memang mementingkan kekemasan.

Aku belai kening kiri dan kanannya. Gerak- gerak bulu matanya menandakan tidak selesa diganggu benda bergerak.

"Why must I be the one you choose ?. Your mother and father are very kind to me. And why are you like this, hurmm ?."

Aku belai pipi kanannya pula.

"Just because of that woman, are you willing to hurt me ?."

Jatuh pula ke bawah dagu tajamnya.

" Kalau bukan sikap awak yang sekarang, Mungkin saya akan.."

Kini, naik pula ke bibir merahnya. Diusap lembut disitu bagaikan berjaga- jaga tidak mahu lelaki itu sedar.

"Fall in love with you."
____________
"Nak keluar boleh?". Suara pertamaku pada pagi ini. Kalau dengan dia berdua je tak tahu nak bahas apa. Kalau rumah ibu ni, banyak benda dah berbual itu ini.

Benci macam mana pun, nak keluar tetap kena meminta izin suami. Tak nak buat dosa banyak- banyak dengan suami. Berdosah!. Tapi itu jugalah yang aku buat. Mengutuk suami dalam hati !.

Emir Qafeel jungkit kening. "Pergi mana?". Dia kini sedang memakai stokin di sofa ruang tamu. Nasib saja lah pandai pakai dan tanggal stokin sendiri, kalau nak harap aku juga.. Fuhh kecik hati. Dah macam benar- benar kuli sejati.

"Berjalan". Sepatah itu jawapan aku.

"Kalau setakat berjalan, dekat dalam rumah ni pun masih boleh berjalan juga". Perli. Siap senyum sinis lagi..

woo.. wooo.. mamat ni dah lebih ni nak bergurau kasar sekali pun.

"Dalam rumah lain, luar rumah lain."

"Apa yang lain?.. Berjalan juga tu". Dia gelak kecil. Suka kenakan aku yang dah berwajah kelat. Nak menjawab aje kerjanya. Baik, tunggu gilaran aku pula!.

"Lain lah.. Dalam rumah takde boyfriend nak ajak jalan. Luar rumah boleh berjalan dengan boyfriend." Selamba aku menjawab balik. Gurau kasar sangat kan?. haa hambek tu.

Emir Qafeel diam. Geraham bergerak- gerak mengetap kuat. Kening juga dah berkerut menandakan dia sudah di api kemarahan tahap maksima. Tinggal nak meletus saje lagi.

"Jangan nak gatal sangat!. Duduk aje rumah ni. Kau ingat aku ni dayus sangat nak bagi kau keluar dengan jantan lain?." Melenting.

Sah, dia tengah marah sangat- sangat. Tepat sangkaanku tadi.

Buat orang boleh, kita buat balik tahu pula nak marah.

"Kita pun tak lama kan?. Lepas awak dah dapat Kak Iman, kita akan bercerai juga. Jadi apa salahnya kalau nak prepare awal- awal. Tak gitu?". Fuhhh berani kau Nadeen. Kau sekarang kemain lagi ya. Haa lah, kalau kita diam je, dia asyik pijak kepala kita.

Emir Qafeel bangun dari duduknya. Melangkah kedepan perlahan- lahan menuju kearah aku. Okay, aku dah takut sekarang ni. Arghhh aku tak nak situasi macam ni.

Selangkah lagi dia kedapan, aku tiga langkah kebelakang. Hampir saja takde ruang untuk aku melangkah lagi, terus aku meluru lari naik ke bilik.

Dia memang tak akan pukul atau sakiti aku, namun hati aku yang akan sakit bila melawan kata dengannya dan aku akan menangis lagi. Sudah lama aku tidak menangis sebab dia dan kali ini juga aku tak nak menangis bila berdepan dengannya. Tidak mahu!.

dia juga ikut lari dari belakang mengejar langkah kakiku. Belum sempat aku menutup pintu bilik, dia sudah menghalang dari tertutup dan menolak kuat pintu tersebut.

Aku hampir jatuh angkara dia. Nasib saje kaki laju menahan dari terjatuh.

Emir Qafeel masuk ke bilik. Dengan pantas dan cekap, dia memaut pinggangku dan memeluk erat.

"Lepaslah". Rontaan aku didalam pelukan dia memang sia-sia. Nak- nak lagi kalau dia tengah marah. Haa habis segala kekutan dia keluarkan.

"Selagi aku tak ceraikan kau, selagi tu jangan cakap fasal cerai. Kau cakap begitu sekali lagi.." Dia meleretkan suara dihujung ayatnya.

Aku diam menunggu kata. Jantung bagaikan memasuki larian marotan peringkat negeri. Laju dipam- pam tak cukup oksigen didalam pelukan dia. Sungguh menakutkan dengan nafas hangat kasarnya yang menampar- nampar wajahku.

"I will punish you. Ingat tu Nadeen".

Dia berlalu keluar. Pintu bilik di hempas kasar. Terangkat bahu aku dibuatnya. Perlahan- lahan aku urut dada untuk menenangkan diri.

Salah cakap ke aku?. Dah dia nak sangat dengan kak Iman tu, ceraikan jelah aku. Yang dia tu pun satu, tahu lah aku ni selekeh dan bukan selera dia.. tapi takkan sikit pun nafsu dia takde, dah masuk 3 minggu perkahwinan tapi tak sentuh aku langsung.

Dah tu... tak kan aku nak bertindak dulu?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience