Bukan aku tidak perasan akan renungan mata Thaqif dan Armel. Tahu yang mereka risaukan akan kebisuan aku. Namun, tetap sahaja aku tidak bersuara akan apa yang bermain di benakku sekarang ini. Sewaktu kelas Madam Husnah, apa yang pensyarah wanita tua itu bebelkan pun aku tidak tahu. Ibarat masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri. Sungguh, aku tidak mampu fokus dan berfikir dengan normal sekarang ini. Tuhan... apa yang aku nak buat sekarang ni?.
"Nadeen, kau okay tak ni?". Thaqif di depanku mula menyoal sesi jawab. Korek rahsia disebalik wajah manis Nadeen yang muram itu. Adakah kerana lelaki yang Nadeen langgar secara tidak sengaja waktu itu?.
"Nadeen!". Kali ini, Armel pula yang bersuara di sebelah kananku. Bukan main kuat lagi suaranya. Sekumpulan gadis- gadis yang tergedik- gedik di sebelah meja kami juga memandang sebal kearah Armel. Yelah, tengah study lepastu ada makhluk yang mengganggu ketenteraman orang. Huh, tergedik macam tu apanya study? Ye dak?.
"Hmmmm". Malas aku nak layan.Yelah nak kata apa lagi?. Okay?. macamlah mereka berdua tu percaya. Nasi tomato di depan pun aku hanya pandang tanpa nafsu. Selalunya memang aku pelahap makanan di depan aku sekarang ini. Nasi tomato kot!. Fav aku. Namun, dengan keadaan yang sarat dengan masalah ini membantutkan aku untuk melahap makanan itu.
"Kau okay?". Buat kesekian kalinya, Armel menyoal. Dia juga sama sepertiku. Tidak sentuh langsung nasi yang ada didepannya. Dialah sahabat sejatiku. Tika aku sedih, dia akan ikut risau. Tika aku gembira, dialah yang paling bahagia. Sikit pun dia tidak pernah meninggalkan aku. Dulu, aku sempat terfikir yang Armel ini hanya mempergunakan aku kerana kebijaksanaan aku semata. Namun, setiap kali aku dekan, dia sikit pun tidak kecil hati atau berjauh hati. katanya rezeki masing- masing. Sungguh, lelaki mana yang tidak suka akan Armel?. Cantik, baik dan kaya.
"Aku cuma penat lah". Alasan!. Budak hingusan 5 tahun pun tahu yang aku sedang memberikan alasan bodoh.
"Sebab lelaki tu ke?". Thaqif pula menyoal. Dia akan pastikan lelaki itu jatuh terduduk penangan penumbuknya itu. Berani betul kalau dia mengugut Nadeen macam- macam?. Dia tidak akan biarkan!.
Aku tersentak. Sentap tepat kena tangkai hati. Riak wajah aku tidak dapat dikawal lagi. Mereka seakan dapat hidu 'bau hanyir' datang daripada aku. Armel disebelahku sudah mengecilkan matanya. Cuba mendapatkan jawapan daripada ku.
"Aku tahulah nak selesai masalah aku ni". Kataku. Tidak mahu mereka risaukan aku. Aku hembus nafas berat. Cuba mencari kekuatan yang ada walaupun sekelumit!.
"Aku boleh tolong kau kalau masalah duit. Itu tak ada masalah bagi aku Nadeen". Thaqif cuba memujuk. Kening tebalnya sudah berkerut tanda risau akan keadaanku. YaAllah, dapat rezeki kawan yang baik pun aku sudah bersyukur macam ni. Rasa mahu menangis.
"Kenapa?. Sebab baju dia kotor ke sebab kau langgar dia tempoh hari?. Laaa aku ingatkan dah settle dah benda ni". Armel bersuara penuh tanda tanya. Aku masih belum ceritakan lagi kepada mereka mengenai kereta mahal lelaki itu yang tidak sengaja aku langgar. TERlanggar!.
"Nanti aku settlekan sendiri. Mengenai duit, jangan risau. Sebab bukan itu yang dia nak sekarang ni". Aku mengeluh. Ye, bukan duit yang lelaki asing itu mahukan. Ops silap, bukan lelaki asing lagi padaku sekarang ini. Dia...Emir Qafeel, arahan penjamin!.
"What?!. Habis tu dia nak apa??!". Jerit Thaqif. Terkejut aku dibuatnya. Bukan aku sahaja, Armel dan juga geng gadis gedik di sebelah meja kami juga tersentak. Terus melulu geng- geng gedik itu keluar dari cafe ini. Pakej dengan jelingan maut lagi tu!.
"Jangan kata dia nak...". Armel cuba serkap jarang. Aku tahu apa yang Armel fikirkan sekarang ini. Ya, satu- satunya maruah yang paling disanjung tinggi bagi semua wanita.
"No, bukan sebab tu. Kalau kau nak kata aku kena bayar hutang aku dengan layan nafsu lelaki tu, jawapannya bukan!". Aku cuba keraskan suaraku. Menandakan yang aku tidaklah bodoh seperti apa yang Armel fikirkan. Aku sanggup mencari wang atau menebalkan muka untuk meminta mereka pinjamkan wang mereka daripada gadaikan maruah aku.
"Habis tu?...". Armel dan Thaqis bersuara serentak. Tidak sabar mahu mendengar jawapan dari mulutku sendiri.
"You two don't worry. I can handle all this myself. Makan lah ya. Aku nak terus balik. Class Dr. Munif canclekan petang ni?. Ingat, balik ni terus study tau. Lagi 4 weeks sahaja untuk final exam". Pesanku sebelum berlalu meninggalkan mereka dengan riak yang penuh tanda tanya.
"Kenapa dengan dia tu?. Betul ke Nadeen tak akan kenapa- napa?". Armel menggaritkan kening nipisnya yang terbentuk kemas. Cantik sahaja terletak di wajah itu. Thaqif merenung lunak wajah manis Armel tanpa Armel sedar. Makanan didepannya disuapkan kemulut.Tidak mahu membazir, rezeki!.
_________________
Jantungku terhenyak kuat. Langkah kaki juga dimatikan. Rasa mahu pitam sahaja sekarang juga. Tuhan... sampai ke sini ke dia mahu mencari aku?. Tubir mata rasa panas. Aku tahan daripada air mata ini jatuh menodai pipi mulusku.
Kaki diayun melangkah ke arah bertentangan. Tidak mahu berjumpa dengannya. Tidak mahu menatap wajahnya. Tidak mahu melihat senyuman sinis dan wajah ketatnya. Tidak mahu semua yang berkaitan dengan dia!.
Langkahku lajukan sehabis mungkin. Bukan aku tidak dengar langkah kaki yang mengekori aku dari belakang. Aku terlupa akan sesuatu. Ya, keretaku ada di bengkel. Akibat kemalangan yang tidak disengajakan semalam. Datang ke kolej pun dengan menempah grabcar sahaja. Cepa- cepat aku mengeluarkan telefon bimbitku dari kocek seluar. Belum sempat mengeluarkan telefon bimbitku, bahu direntap kasar dari belakang. Tak guna!.
Aku kawal perasaan gentarku. Menghadapi lelaki ini, aku belajar erti kekuatan. Walaupun aku tidak sekuat mana, namun aku cuba jadi sekuat mungkin walaupun secebis kekuatan itu.
"Kau nak lari mana Nadeen?. Lari dari hutang kau?". Sinisnya. Sekarang ini dia berada tepat dihadapanku. Aku tentang pandangan matanya dengan berani sekali. Silap, bukan dengan berani. Tapi dengan pura- pura berani. Tanganku digumpal menjadi sebuah penumbuk. Cuba mengawal perasaanku yang mula bercampur baur. Ada takut, ada geram dan tak lupa juga, ada rasa mahu menangis.
"Jangan risau Tuan Emir. Hutang tu saya akan bayar. Tuan tak perlu cari saya sampai sini." Aku memerlinya. pandangan aku tala tepat kewajah kacaknya. Juga sinis sepertinya. Aku nampak wajah marah lelaki itu yang cuba dikawal. Bukan tidak perasan akan rahangnya yang bergerak- gerak diketap kuat. Berang dengan keberanianku barangkali.
"Are you sure you can pay your debts?." Penuh sinis dia menyoalku. Kedua tangan diseluk kepoket seluarnya. Segak berpakaian kemas seperti mahu kepejabat. Baru balik dari pejabat kerjanya barangkali.
"Sure or not, what other choice do I have now ?. There is no choice, right ?." Aku juga jawab penuh selamba walhal jantungku tidak sudah berdegup kencang. Tiada tanda mahu berhenti berdegup.
Emir Qafeel menundukkan wajahnya secara tak langsung badan tingginya ikut tertunduk juga. Bibir merahnya didekatkan ditepi sebelah telinga kananku. Dapatku hidu bauan wangian ditubuh badan Emir Qafeel. Kuat mencucuk hidung mengalahkan wangianku. Mungkin minyak wangi mahal gamaknya.
"So, do you agree to marry me and give me a son?." Soalan penangan maut itu buatkan aku tersentap. Rasa tersiat hatiku lalu disimbah dengan asid fluoroantimonik. Sungguh pedih dan menyakitkan. Aku sikitpun tidak peduli mahu berkahwin dengannya tetapi, kenapa harus berpisah setelah mendapatkan seorang anak lelaki?. Paling haru adalah, anak itu akan dibawa pergi bersamanya. Ya Allah, jika ini ujian buatku, maka kuatkanlah daku. Bukan ke Engkau sudah menjanjikan bahawa Engkau tidak akan menguji hambamu diluar kemampuannya?.
"Ya Tuan. Saya akan bayar balik hutang saya dengan... dengan...". Aku tidak mampu menghabiskan ayatku. Tangan yang digenggam semakin kuat ku gempal.Terasa sakit akibat kuku mencucuk masuk kekulit telapak tangan. Kau kuat Nadeen.. Kau kuat!.
"Dengan memberikan seorang anak lelaki kepada Tuan Emir Qafeel. Selagi tidak dapat anak lelaki, selagi itu Tuan tidak akan ceraikan saya waktu itu". Krekkkk.. Buat kesekian kalinya, hatiku rasa terkoyak mengatakan itu. Aku pejamkan mataku dan perlahan- lahan dengan nafas bismillah, aku bukanya perlahan. Terpampang senyuman sinis lelaki itu. Dengan melihat senyuman itu, tanpa dapat kukawal lagi, air mataku menitis. Mula- mula setitis, semakin lama air jernih itu semakin lebat menuruni pipi mulusku. Rasa seperti aku ini badut sahaja di mata dia. Hilang terus semangatku untuk berpura- pura menjadi kuat.
"Ikut aku balik. Biar aku yang hantarkan kau balik". Arahnya kepada aku. Aku mengeleng laju. Tidak sudi aku mengikutnya dan menghantarkan balik.
"Tak perlu Tuan, lagipun kereta Tuan pun mesti ada di bengkel sekarang ini kan?." Jawabku cuba menolak permintaanya. Bukan permintaan, tetapi arahan!.
"Kau ingat aku ni ada sebiji kereta saja ke macam kau tu?". Sinisnya. Langsung tidak memikirkan hatiku yang entah untuk kali keberapa disayat dan dikerat kejam oleh sikap dingin dan tanpa perasaanya.
"Tidak mengapa Tuan, lagipun ini kali terakhir saya nak Tuan ada disini. Jangan cari saya di sini lagi Tuan. Tunggu saya habis final exam nanti barulah saya datang cari ke rumah Tuan". Rayuku. Tidak betah lagi aku ingin melihat wajah tampan itu. wajah itu bukan buat aku tenang, tetapi buatkan api kemarahanku ini menipis namun disebabkan hutangku yang tidak mampu aku bayar semula itu, aku tahankan sahaja.
Emir Qafeel tergelak kecil. Penus sinis dan penuh ejekkan. Aku tahankan sahaja penumbukku ini dari tepat kena sasaran ketulang pipinya itu. Huh, sekali aku layangkan penumbukku ini, memang lebam tepi bibir kau tu.
"For your information. I am a lecturer here. and... yup, we will always meet again dear." Ucapnya datar.
Panggg!. Kata- kata yang keluar dari celah bibir merah itu ibarat satu tamparan kuat ke pipiku. YaAllah, apa lagi ini?. 'Katanya dah berhenti kerja jadi pensyarah dekat Jerman. Dia balik sebab nak mengajar dekat sini je kata Dato' Wakeel'. Kata- kata ibu tergiang- ngiang dicelah telingaku. Macam mana aku boleh terlupa akan hal itu?.
Kepalaku mula pitam. Kaki mula terketar- ketar dan badan terasa ringan sahaja sekarang ini. Mahu tumbang sekarang juga rasanya namun dengan kudrat dan kekuatan yang ada walaupun senipis kulit bawang aku tetap gagahkan kakiku untuk berdiri.
"Dah jom, biar aku yang hantarkan kau balik. Bukan aku tak tahu alamat rumah kau dekat mana. Kau jangan salah faham yang aku ni teringin sangat nak upah orang hendap semua perihal kau. Tapi daddy aku yang merayu untuk aku hantarkan kau balik dengan selamat!. Ibu kau yang beritahu alamat rumah kau dan katanya kereta kesayangan ayah kau yang dah kau jahanamkan tu tersadai dekat bengkel. Bukan main lagi daddy aku tu kesiankan kau dan ibu kau. Kalau bukan sebab daddy, jangan harap lah aku nak bagi badan kotor kau ni masuk dalam kereta aku".Jelasnya tanpa dipinta. Berdesing telinga aku mendengarkan ayat biadap dari mulutnya. Kalau ikutkan kehendak hati, bukan setakat mahu menampar tapi kalau tidak berdosa sudah lama aku menikam tepat ke tengah dadanya!.
Jadinya ibu sudah tahu bahawa anak Dato' Wakeel akan mengajar di Kolej aku?. Memang setiap masa aku akan sentiasa dekat dengannya. Dengan langkah lemah, aku mengikuti dia dari belakang. Mahu balik, solat dan terus tidur. Perut yang lapar pun tidak jadi lapar.
Share this novel