BAB 31

Short Story Series 111762

Komputer yang bernyala didepan mata ditenung dalam. Macam nak tembus dah komputer tu dibuatnya. Kalau komputer ni bernyawa, memang dah blushing ditenung oleh Emir Qafeel.

Iman memandang aneh melihat lelaki itu yang daritadi tanpa lelaki itu sedar, hampir 4 kali dia mengeluh. Entah keluh sebab apa lah lelaki ini.

Iman berdehem. "Fikirkan apa?". Soalnya. Mata memanglah tenung komputer, tapi dia yakin bahwa lelaki itu difikirannya terbang jauh. Melayang ke isteri ke?. Kalau isteri... sah! Emir Jatuh cinta!.

Emir mengeluh lagi. pangkal hidung dipicit- picit menghilangkan rasa sakit kepala yang mencucuk. Nak pitam rasanya kerana sudah hampir 2 hari tidak makan dengan teratur. Paling- paling pun dia makan roti untuk mengalas perut.

Hatinya tidak tenang sejak 2 minggu ini. Ya, hampir 2 minggu Nadeen tidak pulang kerumah. Dan hampir setiap jam juga dia menghentak kepalanya sendiri di atas meja mahupun dinding. Baru ternampak kebodohan diri yang mementingkan diri sendiri sehinggakan hati dan perasaan Nadeen tidak dijaga.

"Emir!". Iman menjerit kecil. Entah apa yang dirisaukan pun dia tidak tahu. Dah 3 kali panggil tetap tak menyahut. Kali ini, dia terpaksa menaikkan suara sedikit bagi menarik perhatian Emir.

Terangkat bahunya apabila mendengar jeritan Iman. Emir berpaling menghadap ke meja Iman. Kening kanan dinaik tinggi. Kini, baru lah fokusnya dialihkan kearah gadis cantik itu. Tapi... aneh!. Sikit pun dia rasa tiada mood untuk menatap wajah itu. Tidak seperti dulu, yang sentiasa mendambakan tatapan mata hitam berkilat yang mempunyai alis yang lentik itu. Dulu, kalau boleh, setiap saat nak tatap pandangan mata Iman.

"what are you thinking?. You look restless." Soal Iman prihatin. Jangan salah anggap, prihatin sebagai rakan sekerja saja ya. Lagipula, Emir Qafeel adalah pensyarah. Kalau dia tidak boleh fokus, risau dia juga tidak boleh fokus untuk mengajar pelajar. Nak- nak lagi untuk sem 5, bulan depan akan menduduki final exam. Itu yang membuatkan Iman lebih lagi risau.

Emir senyum. Dimata Iman, hambar sekali senyuman lelaki itu. Dah hampir 2 minggu Emir Qafeel tiada semangat untuk datang ke tempat kerja. Badannya juga lebih banyak berpeluh walaupun duduk di bilik berpendingin hawa. Apa yang Emir gelisahkan sehingga begitu sekali gayanya.

"Im fine. thanks for asking."

Iman angguk. "What makes you so nervous?. Ada meeting dengan boss ke nanti?. Kenapa you nampak gelisah semacam je?".

"Nadeen hilang.. dia tak balik hampir dua minggu". Tanpa segan silu, Emir terus mengutarakan apa yang ada didalam fikirannya sekarang ini.

"... and I am worried about her condition. Is she healthy? has he eaten yet?". Sambungnya.

Iman tersenyum lucu. "Binggo!". Jerit Iman, siap dengan memetik jari sekali. kening dinaik- naikkan beberapa kali dengan laju. Sah, lelaki ini sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri.

Huh?. Emir Qafeel jadi blur sekejap. Apa yang binggo?.

Kepalanya sengaja didekatkan kepada Emir dan secara drastik, lelaki itu menjauh sedikit. Dah kenapa dengan Iman ni?.

"You..." Iman menderetkan suaranya.
"....fell in love with that girl?". Sambungnya.

Emir melonggo. huh?. that girl?? "Who?".

"Siapa lagi kalau bukan perempuan yang you selalu panggil dia budak hinggusan?". Perli. Iman tersenyum sinis. Nak - nak lagi bila melihat sikap gelabah Emir sekarang ini.

Sekejap kepala kekanan, sekejap menunduk, dan kali ini Emir mengambil pen dan menekan- nekan menimbulkan bunyi suara bising.

tik, tik, tik.

"Shuuutt.. yang you ni dah kenapa main pen tu?. bisinglah". Geram betul Iman melihat lelaki yang satu ini. Payah sangat nak mengaku cinta. Kalau tak pun, angguk jelah kepala sebagai jawapan.

Emir berdehem. "I kena pergi ni. Waktu I mengajar sekarang ini. got to go.. ". Belum apa- apa lagi, Emir dah buka langkah untuk berlalu pergi. ceh, mengelat.

Iman tersenyum senang.
_________
Berkali- kali aku melihat mesej whatsapp daripada Kak Iman. Siap tenyeh lagi mataku beberapa kali. Biar betul Kak iman ni?.

'he loves you.'

Tiga patah aksara yang tertaip whatsapp daripada Kak Iman buatkan aku jadi tergamam. 'He' ?. Siapa lagikan kalau bukan Emir Qafeel?. tapi kenapa?. sejak bila?. Mana kak Iman tahu?. Dia tak kenakan aku kan?.

'how do you know?. Nadeen sendiri tak tahu perasaan lelaki tu'.

Itu jugalah yang aku taip. Yelah, pelik juga kalau dia tahu hati dan perasaan Emir. Kak Iman ni, ahli nujum ke?.

'Nanti akak ceritakan'.

Akhirnya.. inilah yang aku nak. Mesti cerita!.

Aku berlalu ke bilik air untuk berwhuduk. Dua minggu duduk sini. Dua minggu jugalah aku dah terbiasa dengan rutin harianku. Lepas solat zohor.... Makan!.

Dalam tak sedar. Hati tiba- tiba menjadi senang. Kenapa ya?. Haha!.

Share this novel

Noraisyah Ishak
2022-02-28 13:11:17 

sambung lagi plzz..


NovelPlus Premium

The best ads free experience