Bersinar biji mata bila kaki melangkah memasuki butik pengantin. Berpinar mata melihatkan disetiap sudut ruang. Baju- baju nikah, baju untuk bersanding, baju untuk apa- apa acara majlis rasmi, bahagian kasut, dan ada juga mahkota permata. Boleh digunakan untuk apa saja tema acara majlis. Kalau tidak difikirkan ini hanyalah perkahwinan atas kertas, memang dah lama aku pilih berjam dalam ni. Jariku menyentuh hujung kain baju kurung moden bewarna putih suci. Corak mana ya yang harus dipilih?. Emir Qafeel suka yang bagaimana?. Aduhhh.. Nak ikut citarasa aku ke atau mamat ni?.
"Pilih je mana- mana yang kau nak. Aku tak kisah pun. Asalkan jangan nak beria- ria nak melawo." Sindirnya. Mata tidak langsung memandang aku. Aku pula yang malu apabila disindir begitu. Bukan apa, kalau tak ada orang tu logiklah kau nak sindir aku pun. Ini dah lah butik, ada sorang dua yang berada dibahagian ini. Mahunya aku tak malu?.
"Tuan nak yang macam mana?. Saya ikut pilihan tuan je. Kalau saya yang pilih, memang saya pilih yang beria- ria nak melawo punya". Nah, ambil tu buah paku keras aku pulangkan balik. Dia mengetap bibir. Mata menatap tajam kearah aku.
Tubuhnya didekatkan lalu hujung daguku dicuit sedikit menaikkan wajahku supaya menatap ke wajahnya. Aku kaku. berdegup jantung melihatkan tindakan kurang akalnya itu. Dia mendekatkan bibir ke telinga kananku. Membisik keras disitu.
"Behave yourself, dear. Near here too, aku akan buat kau malu nanti. You want?." Di jauhkan wajah lalu badan ditegakkan. Dagu aku juga sudah dilepas. Kali ini, aku pula yang menatap sinis kearahnya. Bibir dijungkit kekanan. Tahu pun kau marah!.
"who started first?". Aku jungkit kening. berani. entah mana keberanian aku ada, aku tidak peduli. Selagi belum jadi suami ni, selagi tu kena berani walaupun sekejap. Dah jadi isteri dia, mahu tumbang aku setiap masa. Hadap dia pun tak lalu makan gamaknya nanti.
Emir Qafeel menjeling. Lenganku ditarik kasar mengikuti langkahnya. Aku memberontak tapi dia tetap begitu. Memengang kejap sampai sakit lengan. Kalau merah lengan aku, siap kau!. Eiii umur dah tua pun masih perangai biadap macam ni. Dengan perempuan tak boleh ke gentleman sikit.
"Ambil yang ini. Pergi try pakai. Kalau longgar atau ketat beritahu aku". Arahnya. Baju putih bercorak sulaman bunga bewarna kuning menjadi pilihan dia. Cantik!. Bagus betul dia punya cita rasa. Bukan kaleng- kaleng kata orang. Aku mengambil baju yang dihulurnya lalu beredar ke tempat persalinan. Harapnya lah tepat kena dengan tubuhku. Malas betul nak try banyak kali ni.
Emir Qafeel senyum sinis. Pandai dah kau sekarang sindir- sindir aku. Dulu bukan main tunduk saja bila bertemu aku. Makin menarik ni. Emir Qafeel duduk dibangku putih yang disediakan disitu. Menunggu Nadeen mencuba baju kurung moden yang dia pilih. Harapnya lah tepat dibadan kau. Nak tukar- tukar baju yang lain malas aku nak tunggu. Kahwin dengan kau pun sebab terpaksa. Mama pun satu hal. Yang beria sangat nak buat pelamin bagai. Kalau dengan Iman takpe lah juga.
"Tuan... tuan... Tuan!". Eh kenapa pula lah mamat ni. berangan apa aje lah tu. Emir Qafeel menoleh. Dah kena jerit baru kau nak perasan ya. Berangankan kak Iman ke?. Mesti cantik kak Iman tu. Tak sabar pula aku nak bertemu kalau ada rezeki nak berjumpa.
Emir Qafeel senyum. Senang hati bila baju itu tepat ke badan gadis itu. Yalah, badan Nadeen kecil sangat. Nak cari saiz baju risau makan masa berjam. Tak ada masa aku nak tunggu. Memang aku suruh mama je teman kan dia. Tapi dalam hati Emir Qafeel sukar untuk menafikan didepannya gadis itu semakin kelihatan manis bila didalam persalinan baju kurung moden putih. Dia tahankan hati untuk memuji. Kalau puji, habislah jatuh saham aku. Buat malu air muka je.
"Saiz muat kan?. Ada bahagian longgar tak?". Emir Qafeel berdiri tegak didepan aku. Aku geleng kepala. Emir Qafeel kerut kening. "Geleng kepala tu untuk jawapan mana satu?. Saiz tak muat atau baju tu longgar?. Bisu dah ke?". Sinis. Berasap telinga aku. Cakap baik- baik tak boleh ke mamat ni. Kalau dah kahwin, memang berdosa besar lah kau buat isteri kecil hati. Padan muka!.
"Muat je ni tuan.. Saya ambil yang ni jelah. Lagipun tuan yang pilihkan.. Apa yang tuan pilih, saya suka." Senyum manis. Mata dikerdip sekali. Walhal dalam hati dah sumpah seranah dekat mamat ni.
Duppp.. Emir Qafeel kaku. Apasal dengan perempuan ni?. Nak ambil hati aku ke?. Macam lah aku akan jatuh suka. Tak Emir... dia bukan Iman untuk kau jatuh suka. Cinta jauh sekali.
"Tuan, saya nak pilihkan untuk tuan pula boleh?". Aku soal teruja. Bukan apa, nak juga pilih baju pengantin ni. Dah lah baru pertama kali masuk sini. Nak juga aku buat pilihan terbaik walaupun bukan untuk diri sendiri. Untuk dia pun okay lah, bakal suami aku juga.
Emir Qafeel angguk. Bagai dipukau melihat karenah manja gadis itu sekarang ini. dia berdeham. "Cepat sikit. Lambat, aku pilih je mana- mana". Emir Qafeel berpaling. punggung dilabuhkan kembali ke bangku putih .
Aku menuju di bahagian baju lelaki. Pilih yang sama warna dengan ku. Warna putih suci bercorak sulaman bunga kuning di bahagian kocek. Baju melayu itu diambil. Menjadi pilihan aku. Barulah padan!.
"Tuan, try this". Arahku. Bila lagi nak mengarahnya kan?. Dia geleng. "Tak nak, aku terus pakai je nanti di majlis akad. aku nak balik cepat ni. Penat". Dia merampas baju itu ditanganku. Cuba membelek baju melayu tersebut. Berdebar aku dibuatnya. Kalau dia menolak, sungguh... aku akan menangis sebab berkecil hati.
"Nice. Okay lah ni.. Mesti mama pun puji sebab sepadan".
Aku tersenyum lega. Baguslah kalau dia pun tak menolak. Lega hati. Terus kaki melangkah ke arah bilik persalinan semula untuk menukar baju asalku. Setelah itu, kaki mengikut langkah Emir Qafeel yang sudah menunggu aku. Mahu membuat pembayaran sewa baju. Semoga perangai dia ni boleh kawal macam ni sampai ke petang. Dah lah banyak lagi hal yang harus dibeli. Kalau dia bertingkah beku dan kejam sampai aku menangis, habis hilang seri pengantin diwajah aku.
_____________
Tubuh yang penat dihempas ke katil. Nampak katil je, terus rasa nak lelap. Mata terpejam rapat. Perkara tadi masih terbayang didalam benak. Sakit hati tak usah dikata. Memang sakit tapi nak buat macam mana lagi. Bukan tak biasa. Tapi kali ini, sakit yang sangat bahagia kerana aku puas!. Sangat puas!.
"Buat apa dekat sini,Tuan?". Kaku terus langkah kaki. Pelik ni.. Apa kena mengena barang persiapan kahwin dengan kedai cadar katil?. Ke nak hias bilik pengantin?. Dah kalau kahwin pun macam kahwin kucing aje gayanya... nak buat apa pula berhias bagai?. Buang masa aja. Nak hias pun tunggulah kau kahwin dengan kak Iman.
"The first night is more fun with new sheets. Especially the white bed sheets. Do you agree?". Kedua kening terjungkit tinggi. Senyuman miang terlakar dibibir merah itu. Lalu kaki panjangnya melangkah masuk kedalam kedai CADAR PATCHWORK. Selambadang je dia menutur ayat tanpa memikirkan perasaan aku. Nak perli ke biar cepat- cepat dapat anak lepastu terus cerai?. Aku sendiri pun tak hadap sebenarnya nak cadar baru bagai. Janji halal pun. Tch.. Apa kau mengarut ni Nadeen?.
"Nak jadi tugu ke?. Sini cepat.. Berangan apa lagi tu?." Sergah Emir Qafeel. Aku ketap bibir. Kau nak kenakan lah ni ya?. Tak pe.. Kau tengok cara aku pula ni ya. Kaki aku angkat mendekati ke arah dia yang sedang berbual rancak dengan penjual kedai. Entah apa yang ditanya, malas pula nak ambil tahu. Dengan selamba, aku memeluk erat lengan sasa itu lalu kepala didongak tinggi menatap mata Emir Qafeel yang dah terkebil- kebil. Aku senyum sinis dalam hati.
"Abang ni.. buat apa nak beli cadar bagai?. Kalau abang nak tahu, cadar dekat bilik Nadeen dah warna putih dah bang.. Kalau ya pun tak sabar sangat nak kahwin tengok bilik Nadeen, jangan lah risau.. Nadeen memang dah sarung awal- awal dah cadar warna putih dekat bilik Nadeen. Hmmm... kecil hati Nadeen tau". Aku kemam bibir menahan tawa. Penjual kedai tersebut simpan senyum melihat karenah manja aku. Huh, kau tak tahu.. Bukan senang aku nak berlakon nak- nak lagi dengan hati batu ni.
Emir Qafeel tersentak hebat. Wajah dikawal sebaik mungkin. Habis merah tona wajah itu dibuatnya. Aku senyum manja lalu menarik tangan Emir Qafeel ke arah kanan kedai. Dia mengikuti. Bukan aku tak nampak rahangnya yang sudah diketap kuat.
"Abang.. Kalau nak beli juga, kita ambil yang ni ya bang. Ini material satin ni. Tapi mahal sikit lah. Tak apakan bang?. Baru sedap sikit nak tidur lepas majlis. Badan penat pun jadi bertenaga". Tutur aku penuh makna tersirat. Entah manalah maruah aku masa tu. Aku tak peduli, janji aku puas.
Emir Qafeel merungus perlahan. Badan dah gigil menahan sabar. Habislah kau Nadeen.. Kena hembus api kemarahan sekejap lagi. Arghhh biarkan, siapa suruh main api dengan aku. Dah banyak tahan sabar dah ni, gini lah jadinya.
sewaktu didalam kereta dalam perjalanan pulang, habis telinga aku kena basuh dengan amarah dari dia. Aku tahankan saja. Bukan tak biasa. Buat muka toya je sudah.
"Seronok nampak kenakan aku?". Emir Qafeel bersuara. Tak tahu kenapa, Emir Qafeel rasa Nadeen sangat- sangat lain hari ini. Sudah pandai melawan dan tidak takut akan dirinya. Ish budak hingusan ni, tak boleh jadi ni. Makin menjadi- jadi pula.. Dulu gembeng, gertak sikit dah nangis. Jangan kalah Emir... jangan kalah dengan budak hingusan ni.
"Tuan.. betul lah apa yang saya cakap tadi. Kan tuan juga yang kata baru seronok first night kita nanti kalau cadar baru. lagi- lagi cadar kaler putih." perli. Padan muka. Emir Qafeel menganggam erat stereng kereta. Wajah merah padam. Tengok!. Nadeen makin pandai melawan. Mana pergi ketakutan dia?!. Tunggu kahwin nanti, berani lagi ke dia dengan aku?.
"Kenapa?. Tak sabar nak buat first night dengan aku ke?". Tak mahu kalah. Emir Qafeel teleng kepala kesebelah. Memandang aku dan sesekali matanya memandang depan.
"Ya Tuan. Tuan ni dah lah kacak. Tinggi. Putih. Wajah pun ada jambang nipis. Mana taknya jantung saya berdegup kencang. Kalau lah saya cantik, mesti Tuan pun tak sabar kan?. Tapi tak apalah. Atleast saya rasa selamat sikit bila demgan Tuan". Selorohku. Saja nak menghangatkan hati dia. Sungguh ni Nadeen,kalaulah kau boleh buat dia menangis. Hati kau akan puas. Puas sangat- sangat setelah apa yang dia dah lakukan terhadapku selama ini. Ini baru marah, aku dah rasa seronok macam nak lompat bintang. Kalau menangis?. Mahunya tak bahagia. Aku janji, if aku boleh buat dia menangis setelah dia menjadi suami ataupun bila- bila masa saja, aku akan joget badut di tengah- tengah mall. Weyh series ni... Aku janjii !.
Emir Qafeel menatap aku tajam. Ehh perempuan ni. Makin menjawab!. Tunggu kau jadi isteri aku nanti. Kalau lagi sekali aku biarkan kau menang dengan aku dan aku kalah, aku berani botak kepala aku sampai licin tanpa ada sehelai pun rambut. Ya, Aku janji !. Kali ni je kau menang Nadeen. Kalau tak, memang habislah aku kena botak licin !.
Lepastu, apa yang Emir Qafeel bebelkan pun tak tahu. Pekakkan jelah lah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Akhirnya dia diam. Penat lah tu. tahu pun kau.
Akhirnya Emir Qafeel diam tanda memberi aku ruang untuk menang. Aku senyum halus. Pertama kali seumur hidup, aku menang nak-- nak lagi dengan lelaki ini. Pecah rekod. Kena catat ni. Sungguh!.
Share this novel