BAB 6

Romance Series 10778

BAB 6

Najla menghampiri tempat yang Hasya mahu berjumpa dengan nya, katanya ada hal penting tentang Syafiq Mikail.
"Kenapa kau nak jumpa dengan aku Has?"sapa Najla lalu melabuhkan punggung berdepan dengan Hasya.
"Aku ada berita hot aku nak beritahu kau,semalam ada perempuan datang pejabat nampak macam penting sangat sampai di rempuh dia bilik si Syafiq tu lepastu aku tengok dia keluar dari bilik Syafiq dengan mata sembab.Kau rasa dia siapa? Apa kena mengena dia dengan Syafiq aae?"Beritahu Hasya, dilihatnya wajah Najla seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Aku tak tahu apa kena mengena dia dengan perempuan tu. Aku nak kau siasat latar belakang perempuan tu"arah Najla nampak nya ada sesuatu yang boleh dia buat.Dia tersenyum jahat.

Datin Mawar duduk di beranda luar rumahnya sambil membaca majalah Wanita.Dia termenung sendiri.
'tak sabar pula rasanya, lagi seminggu nak tahu keputusan dari mulut si Syafiq tu.Aku yakin dia terima punya sebab dia dah lama nak harta arwah nenda'kata hati tuanya.
"Mommy I need to talk with you"sapa Syafiq Mikhail entah dari ceruk mana muncul nya.
"Okey, apa yang Fiq nak cakap dengan Mommy?"tanya Datin Mawar majalah yang dipegangannya diletakkan di atas meja.
"Fiq setuju nak kahwin dengan calon menantu pilihan Mommy!"jawab Syafiq Mikail senafas walaupun sukar sekali mahu menyebutnya.
"Seriously!Baguslah macam tu.Kalau macam tu esok ikut Mommy pergi butik pengantin untuk tempah pakaian fasal pelamin semua tu kamu jangan risau Mommy dah arrange awal-awal"ucap Datin Mawar dengan riak teruja dan gembira di wajahnya.
"Tapi Fiq tak nak buat besar-besaran just akad nikah"sangkal Syafiq Mikail dia tak nak semua ith dah lah dia tengah bersedih sekarang ni sebab baru sahaja Najla memutuskan hubungan mereka semalam sebab itulah dia berfikir yang dia perlu mengikuti sahaja arahan Mommy nya.
"Kahwin ni sekali je tau seumur hidup tak rasa nak buat yang meriah sikit ke?"soal Datin Mawar sebolehnya dia mahu majlis resepsi anak nya itu meriah.
"Please Mommy, baik cepat sebelum Fiq ubah fikiran"ugut Syafiq Mikail.
"Hmm.. Yelah tapi esok kena teman mommy jugak pergi butik tu. Ingat tau"ucap Datin Mawar.
"Oklah Mommy Fiq naik atas dulu"Syafiq Mikail terfikir sendiri betul ke apa yang dia buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience