BAB 2

Romance Series 10778

BAB 2
Puteri Hani Zanabella sedang sibuk mencatat beberapa tempahan penting yang harus dihantar segera.Nasiblah ada dua orang pekerja yang boleh menolongnya di butik ini.Bunyi kuakan pintu,terjengul lah wajah adiknya.

"Hai,kak long sibuk ke tu?" sapa Putri Hana Zaskya.

"Eh,Hana.Apa mimpi semalam tiba-tiba je datang sini?"soal Kak Hani dilihatnya Hana sedang duduk di atas kerusi.

" Mana ada mimpi apa-apa kak,saja je datang nak jenguk.Manalah tahu perlukan pertolongan ke?"balas Hana sambil tersenyum cuba mengelakkan dari kakak nya mendapat tahu sesuatu.

"Ek eleh,ni mesti ada benda kau nak kan?sebab tulah datang sini kan?Bagitau jelah Hana bukannya baru semalam akak kenal kau!" sangkal Kak Hani sambil cuba mengorek rahsia.

"Sebenarnya...Hana nak minta tolong dengan akak,boleh tak kalau Hana nak pinjam duit dengan akak?" soal Hana,dia perlu berterus terang masa sudah suntuk sekarang ni.

"Nak berapa?" tanya Kak Hani sambil memandang wajah adiknya yang penuh keresahan.

"Erm...lima ribu?" balas Hana tergagap-gagap takut sekiranya kakak nya tidak boleh menolong.

"What?!lima ribu,banyaknya.Nak buat apa dengan duit sebanyak tu?" tanya Kak Hani,bukannya dia tak boleh tapi mahu tahu juga kenapa perlukan duit itu.
“Nak betul kereta, kereta Hana rosak.Boleh tak Kak Long?”balas Hana.
“Boleh tu memang boleh,tapi Kak Long pelik kenapa Hana tak mintak je dekat Mama kan senang?”tanya Kak Hani lagi, inilah yang membuatkan dia malas nak pinjam duit dengan Kak Hani ada saja soalan yang ditanya.
“Kak long tahukan Mama tu macam mana, kalau adik cakap nak pinjam duit dia sebab kereta rosak of course adik kena bebel sebab cuai bawa kereta.Boleh lah Kak Long, adik memang perlukan duit tu.One more things, jangan bagitau mama fasal hal ni.”Beritahu Hana.
“Hmm...yelah.Petang nanti Kak Long bank in duit tu”ucap Kak Hani kembali fokus kepada kerjanya.
“Thanks,kak long.Oklah adik balik dulu”Ucap Hana lalu melangkah keluar dari butik itu dengan senyuman yang lebar.Bebas satu beban!

Syafiq Mikail memasuki rumah banglo nya dengan wajah yang masam mencuka,Datin Mawar seperti sudah dapat mengagak kenapa wajah anaknya seperti ayam berak kapur.

"Fiq, kenapa muka masam je ni?Ada masalah ke kat pejabat?"Sapa Datin Mawar dengan dahi yang berkerut.

"Takde apa lah Mommy, Fiq penat banyak kerja kat pejabat tadi.Fiq naik dululah Mommy.Assalammualaikum”Balas Syafiq Mikail lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.
“Waalaikummussalam,apa kena dengan anak aku ni takde angin takde ribut tiba-tiba muka macam ayam berak kapur. Jangan-jangan kena marah dengan Daddy lah tu”ucap Datin Mawar seorang diri sambil menyambung semula membaca majalah Wanita di atas meja.

Hari pertama sebagai seorang pengasuh kepada seorang kanak-kanak berumur enam tahun banyak yang dia perlu belajar. Nasib sajalah Nur Syura Amani tak macam kanak-kanak lain yang banyak ragam kalau tidak naik pening kepala Hana dibuatnya.

"Aunty Hana,Amani bosanlah!"Ucap Amani sambil membuat muka tidak bermaya melihat buku lukisan di hadapannya.

"Bosan?Hmm..nak buat apa aae?Biasanya dengan Aunty Fea,Amani buat apa kalau bosan?"tanya Hana dengan rasa ingin tahu, dia bekerja di sini pun kerana penjaga Amani cuti bersalin.

"Biasanya Aunty Fea akan bawa Amani pergi taman!"Beritahu Amani dengan riak teruja. Minta-mintalah dapat pergi ke taman.

"Hmm, kalau macam tu kita pergi taman lah. Amani kemas buku and then kita pergi"Arah Hana lalu tersenyum ke arah Amani yang cepat mengemas buku kerana tidak sabar mahu bermain di taman.

Syafiq Mikail melabuhkan punggung nya di kerusi yang disediakan di taman,dia mengelap peluh yang merenik di dahi.Itulah kebiasaan nya dia pasti akan berjoging pada waktu petang dan pada hujung minggu dia akan menghadiri latihan bola sepak. Bunyi telefon pintar nya berbunyi, dia membuka dan tertera nama Najla di skrin. Dia tersenyum,maklumlah buah hati pengarang jantung mesej dia berjalan sambil bermain IPhone di tangan.

"Aunty Hana,Amani nak makan aiskrim!"ucap Amani sambil menunjukkan tangannya ke arah gerai yang menjual aiskrim.
"Hmm, Amani tunggu sini.Aunty nak pergi beli aiskrim"arah Hana lalu menapak menuju ke arah kedai aiskrim itu.

Selesai sahaja membayar aiskrim dia menoleh ke belakang dan badannya dirempuh seseorang membuatkan aiskrim vanila yang berada di tangannya terkena lelaki tadi. Dia terkaku seketika.

"Oii, mata letak kat lutut ke? Habislah kotor baju aku lain kali nak jalan tu tengoklah kiri kanan!"marah lelaki di hadapannya,Hana memandang lelaki di hadapannya seperti pernah berjumpa sahaja

'Macam pernah tengok je muka mamat ni tapi kat mana aae? Ha... Dia ni lah yang langgar kereta aku! Alamak, habislah kalau dia kenal aku!'fikir hatinya sendiri.

"Sorry, Encik saya tak sengaja.Lagipun sepatutnya Encik tak boleh main telefon masa berjalan"ucap Hana sambil sempat lagi memberi pesanan khidmat masyarakat.

"Eh.. Wait kau ni bukan ke perempuan yang buat kereta aku rosak tu? Apalah malang nasib aku ni, sikit-sikit jumpa kau kalau jumpa ke arah kebaikan takpe jugak ini pada arah keburukan meluat kau tahu tak,one more things bila kau nak bayar duit aku? Disebabkan kau dah kotorkan baju aku aku up lagi bayaran tu sebanyak RM600.Aku bagi tempoh sampai esok je kalau kau tak bayar kau tengok apa aku buat kat family kau!"Kata lelaki itu sambil tersenyum sinis,otaknya terfikir kan rancangan jahat.

"What?its not unfair.Ish,awak ni tak memaksa dan tak kutuk orang memang tak boleh ke?Hmm,yelah tapi saya tak sure esok boleh ke tak"balas Hana dengan membuat muka annoying.

"Takde, kau kena hantar duit tu esok jugak, kalau kau tak hantar siap kau!"Amarannya lalu menunding jari ke arah Hana lalu melangkah menuju ke kereta Audi S4 nya.

"Ish,apalah malang sangat nasib kau ni Hana!"ucap Hana lalu membeli semula aiskrim yang terjatuh tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience