BAB 25

Romance Series 10778

BAB 25
"Aishh,masalah betul.Last minute barulah nak cancle,siapa yang nak buat inai ni?dah lambat ni"fikir Ku Marina dia sudah kegelisahan apabila mengetahui orang yang ditempah untuk mengukir inai di jari pengantin tidak dapat hadir kerana ada masalah kecemasan,dia jalan hulu ke hilir cuba mencari idea. Hana yang melihat Ku Marina sudah pelik.
"Nenda,kenapa nampak macam gelisah ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?"sapa Hana,dia menepuk bahu tua itu dengan perlahan.
"Hana,sebenarnya macam ni orang yang nak ukir inai tu tak dapat datang.Itu yang nenda gelisah ni,siapa yang reti buat inai dalam rumah ni?"tanya Ku Marina.
"Lah,kalau macam tu apa kata biar Hana sajalah yang tolong ukirkan inai tu.Tapi Hana tak tahulah cantik ke tidak kalau setakat sikit-sikit tu bolehlah"balas Hana,akhirnya bakat yang dipendam sekian lama boleh ditonjolkan hari ini.
"Alhamdulillah,nasiblah Hana ada kalau tak tahulah apa jadi dekat Lydia.Dah jom ikut Nenda"kata Ku Marina dia sudah tersenyum lega di bawa Hana memasuki bilik Lydia.

Shark berjumpa dengan Najla ditempat yang di janjikan,dia duduk di kerusi yang berhadapan dengan Najla.Najla yang sedang bermain IPhone itu memandang ke arahnya.
"Ada apa kau nak jumpa aku?"soal Shark.
"Relax lah dulu,minum ke dulu?Lagipun aku nak bincang fasal plan kita hari tu"beritahu Najla.
"Takpe.Bagitahu aku apa yang kau nak suruh aku buat?"soal Shark dia tiada masa nak berdolak dalih.
"Ok, macam yang aku cakap buat sampai hubungan diorang berpecah belah dan masa tu kita boleh jalankan plan kita"cadang Najla.
"Hmm,ok.But kau kena bayar dulu payment aku untuk buat benda ni"kata Shark,Najla tersenyum sinis lalu menghulurkan sampul coklat yang terdapat duit dalamnya.
"Make sure plan tu berjalan dengan lancar,kalau berjaya aku bayar lagi duit"Shark menggambil sampul itu dan di masukkan ke dalam beg jenama Fila nya itu.
"Ini Shark lah,kau jangan risau.Oklah aku chau dulu"Ucap Shark lalu meninggalkan Najla.

Hana tekun mengukir inai di jari Lydia,dia melukis corak flora di atas jari manis itu.
"Akak dengan abang Fiq dah lama ke kenal?"tanya Lydia,Hana memandang Lydia.
'takkan aku nak cakap yang Kitorang kena kahwin paksa kot?'fikir Hana.
"Kira-kira setahun macam tu"tipu Hana,takpe ini namanya tipu sunat.
"Wah lamanya patutlah nampak sweet,Abang Fiq ok tak dengan akak?"soal Lydhia lagi,dan Hana rasa dia seperti seorang artis yang sedang ditemuramah oleh para wartawan soalan itu boleh bikin Hana kelu lidah.
"Dia ok je,cuma kadang-kadang dia tu garang sikit"balas Hana.
"Dhia harap sangat akak takkan tinggalkan Abang Fiq,akak kena sabar sikit dengan perangai Abang tu walaupun dia tak ucapkan cinta dari segi kata-kata tapi dia akan buat benda yang buat orang yang dia sayang rasa happy"beritahu Lydhia.
Hana hanya tersenyum sambil mengangguk.
"InsyaAllah Dhia,akak akan buat yang terbaik"kata Hana yakin dan perbualan mereka habis setakat di situ.

Hana melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhampiran dengannya,dia sungguh kepenatan saat ini.Dia sudah kelaparan oleh kerana tidak menjamah apa-apa makanan pun pagi tadi,nak melangkah ke meja hidangan rasa malas pula.
"Kakak cantik kakak cantik nampak nenda tak?"sapa suara kecil dibelakang Hana,Hana tersenyum melihat Aqif yang berumur enam tahun itu.
"Nenda?kakak tak nampak nenda lah sayang.Qif nak apa jumpa Nenda?"soal Hana,dia mengusap kepala kecil itu.
"Qif nak makan,Mama tengah suap Aisya papa pulak tengah berbual dengan kawan.Kalau takde Nenda macam mana nak makan?"balas Aqif mulutnya sudah muncung ke depan.
"Alah kesiannya,kalau macam tu biar kakaklah yang ambilkan nasi untuk Aqif.Aqif tunggu sini tau"cadang Hana,Aqif mengangguk sambil tersenyum gembira.Selesai sahaja mengambil makanan, Hana terus duduk berdekatan dengan Aqif dan disuapkan mulut kecil itu dengan nasi ayam.
"Eh,Hana kenapa kau tak cakap dengan aku kau nak makan?"sapa Syafiq Mikail,dia turut duduk di situ.Aqif hanya pandang Abang Saudaranya seperti mahu telan,mungkin kerana mengganggu dia mahu makan.
"Abang Fiq ni sibuk lah,baru je Aqif nak main suap-suap dengan Kakak Cantik"rungut si kecil itu,Syafiq Mikail terbuntang mata melihat Aqif yang menguji kesabaran.Hana pula hanya boleh tersenyum sahaja dan lagi membuatkan Syafiq Mikail geram apabila isterinya itu mengiyakan apa yang dikatakan Aqif.
'ish tak boleh ni,Hana aku punya seorang je.Walaupun dengan budak kecik,aku takkan benarkan"kata hati Syafiq Mikail dan otaknya terfikir idea yang tak terjangka.
"Sayang,abang pun lapar juga.Apa kata kalau sayang suapkan?"tanya Syafiq Mikail dengan nada yang lembut,tapi bagi Hana itu nada yang paling gedik dia pernah jumpa.
"Awak ada tangan kan?Suaplah sendiri"balas Hana,dia terus menyuapkan mulut Aqif dengan nasi.
"Kalau sayang tak suap abang Aqif pun sayang tak boleh suap,pilihlah nak yang mana satu?"soal Syafiq Mikail sambil mengangkat sebelah keningnya.Dengan geram Hana ambil nasi itu dan disuapkan ke mulut Syafiq Mikail sampai terkeluar ke tepi bibir.
"Eee,Abang Fiq tak malu.Macam budak kecik nak bersuap"ejek Aqif,Syafiq Mikail hanya membuat muka tidak kisah yang dia tahu dia gembira apabia Hana menyuapkan makanan untuknya.Lima suap sahaja nasi dipinggan itu sudah habis licin.
"Kakak Cantik kita nak nasi lagi"beritahu Aqif,saat Hana sudah berlalu dari situ Syafiq Mikail membisikkan sesuatu di telinga Aqif.
"Aqif,kalau Aqif nak main Mobile Legend dekat handphone abang,Fiq pergi dekat Mama jangan datang sini lagi.Kalau Aqif ikut,Abang janji bagi game tu"ugut Syafiq Mikail dengan nada berbisik.Disebabkan terlalu taasub dengan permainan itu dia sanggup meninggalkan nasi yang boleh mengenyangkan perut.
"Ok Aqif ikut,tapi kalau tipu abang kena gigit dengan buaya"kata si kecil itu memastikan apa yang dijanjikan itu benar.Melihat anggukan dari Syafiq Mikail,Aqif berlari sambil menyanyi kecil.
"Aik Aqif mana?Dia kata nak makan"soal Hana.Syafiq Mikail mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Hana nak lagi"pinta Syafiq Mikail sambil mengangakan mulut.
"Eee tak reti suap sendiri ke?Mengadalah awak ni"rungut Hana,ialah puas dia diejek masa mengambil makanan tadi.
"Alah nak sweet sikit pun tak boleh"Syafiq Mikail sudah membuat muka.
"Bukannya tak boleh,masalahnya tak fasal-fasal saya jadi gosip hangat mak cik kat depan tu tahu tak?Malulah saya"beritahu Hana.
"Yelah,kalau kau tak nak suap aku kau kena ikut aku jalan-jalan satu kampung hari ni"cadang Syafiq Mikail,Hana hanya akur kerana dia lebih rela berjalan dengan Syafiq Mikail daripada jadi bahan umpatan orang kampung kerana isu suap menyuap itu lagipun sudah lama dia ingin berjalan melihat suasana kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience