BAB 8

Romance Series 10778

BAB 8
Hana terjaga dari tidurnya saat terdengar ayam belaan atok nya berkokok, dia memandang ke arah jam di dinding tepat pukul lima pagi,dia melihat ke arah lantai yang menjadi tempat tidur lelaki itu semalam.
"Hei, bangulah solat subuh"kejut Hana sambil menggoncang bahu lelaki itu namun tiada sahutan.Dia berfikir sendiri,dia tersenyum memikirkan idea jahat.
"Innalillahwainnailaihirajiun!"jerit Hana kuat di telinga Syafiq Mikail dan kala itu suaminya bangun dengan wajah cuak.Saat dia terdengar suara seorang ketawa di sebelah barulah dia tahu bahawa Hana yang mempermainkan dia tadi.
"Ish kau ni,kalau tak cari masalah dengan orang tak boleh ke? Kau apahal kejut aku kau tahu tak aku ngantuk."marah Syafiq Mikail sambil menggosok matanya yang masih mengantuk itu.
"Hahahah, tahu pun cuak bila sebut macam tu. Saya kejut awak nak ajak solat subuh"beritahu Hana lalu mengambil telekung di dalam rak dan memakainya.
"Aku kena imamkan kau ke?"soal Syafiq Mikail saat terlihat isterinya membentangkan satu lagi sejadah di depan.
"Yelah, itukan memang tugas seorang suami takkan itupun tak tahu.Cepatlah sikit,dah nak habis subuh dah ni"
"Hey kau ni macam-macam. Tunggulah kejap"katanya lalu memasuki bilik air.

Syafiq dan Hana menuju ke arah dapur, dilihatnya di dapur Nek Mah sedang menyediakan sarapan pagi. Manakala Puan Sri Hafizah dan Tan Sri Zamri sudah berada di meja makan.
"Syafiq Hana, duduklah takkan nak ditenung pula nasi tu"ucap Tan Sri Zamri anak perempuan nya itu tanpa menghiraukan suaminya terus sahaja duduk sedangkan suaminya itu seperti tidak biasa sahaja bergaul dengan ahli keluarga baru nya.Nek Mah meletakkan satu mangkuk yang berisi nasi goreng kampung yang masih berasap lagi, Hana yang sedang kelaparan itu terus sahaja mengambil pinggan dan mencedok nya baru sahaja mahu menyuap nasi ke dalam mulut mamanya menegur.
"Puan Hana Zaskya,Encik suami punya tak tolong cedukkan ke?"tanya Puan Sri Hafizah,dia memandamg anaknya dengan kening dinaikkan sebelah. Hana termalu sendiri.Dia mengambil pinggan dan diletakkan tiga senduk nasi goreng sengaja mahu mengenakan suaminya.
"Nah untuk abang,oh kejap Hana tahu mesti abang tak biasa makan tak guna sudu kan,Hana ambil aae?"lembut nada Hana berkata, maklumlah depan papa dengan Mama mesti pandai berlakon. Syafiq yang menyedari isterinya sengaja mahu mengenakan dia pantas menarik tangan isteri nya sambil berkata.
"Eh takpe, sayang kan tak pakai sudu so Abang pun tak pakai sudu jugaklah bukan ke sweet macam tu?"kata-kata itu boleh membuatkan Hana mahu sahaja pengsan di situ. Niat nak kenakan orang diri sendiri pula yang terkena.
"Auchh, so sweet rasa bersemut pula saya kat sini"Ucap Hana lalu kembali duduk ke sebelah suaminya sempat lagi menghadiahkan jelingan tajam ke arah Syafiq Mikail yang sedang tersenyum kemenangan.

"Naj,kau tahu kan Syafiq dah nikah semalam?"tanya Hasya lalu melabuhkan punggung nya bersebelahan Najla.
"Tahu, but aku tak kisah pun kau tahukan aku bukannya suka dia pun. Aku just nak balas dendam dekat dia je"balas Najla dia masih lagi ligat bermain telefon pintar.
"Boleh aku tahu kenapa kau berdendam sangat dengan si Syafiq tu?"tanya Hasya lagi.
"Yang tu kau tak payah masuk campur, sekarang ni aku nak kita fokus dengan plan kita hari tu."sangkal Najla dia malas mahu membuka kisah silamnya yang sangat perit itu.
"Oh yang fasal plan tu Shark akan ikut kita"beritahu Hasya
"Aku nak kau suruh Shark ekori je perempuan tu"arah Najla sambil tersenyum jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience