BAB 3

Romance Series 10778

BAB 3
"Macam mana cukup tak duitnya?"tanya Amira Lyana sebaik sahaja Hana memasuki kereta.

"Cukup tu memang cukup bulan ni aku kena ikat perut lah.Ini semua si gengster tu punya fasal,lepas ni aku tak nak jumpa lagi orang macam dia tu!"Balas Hana sambil membuat mimik muka menyampah.

"Lah, kenapa kau tak minta je dengan Mama kau?Aku peliklah dengan kau ni,kau anak Tan Sri tapi kau langsung tak nak minta tolong Papa kau langsaikan hutang tu"luah Amira lyana.Kenal sangat dengan perangai kawannya yang suka hidup berdikari.

"Bukannya tak nak minta cuma malas lah, nanti mesti banyak benda yang dia nak tanya. Aku malas, tak fasal-fasal kena bebel kau tahu je lah Mama aku tu"jawab Hana lalu menghidupkan enjin keretanya.

"Ish, dah pukul lima ni tapi takde pun perempuan tu sampai. Memang dasar tak reti tepati masa, tengoklah esok apa aku buat kat dia"ucap Syafiq Mikael lalu mengeluarkan IPhone nya lalu mendail nombor seseorang,ada kerja yang perlu dia minta tolong.

"Hello Jay, aku nak kau datang pejabat aku sekarang! Ada kerja yang aku nak kau buat"beritahunya lalu terus menutup panggilan itu dan tersenyum jahat memikirkan idea jahat.

Putri Hana Zaskya memasuki rumahnya,Hana terperanjat sebaik sahaja melihat mama nya Puan Sri Hafizah sedang duduk di atas sofa sambil merenung nya tajam.

"Assalamualaikum Mama, kenapa Mama tak tidur lagi ni dah pukul sepuluh"sapa Hana lalu menghampiri Mama nya dan bersalam.

"Waalaikummussalam,patutnya Mama yang kena tanya kamu kenapa balik lambat?"balas Puan Sri Hafizah dengan nada tegas dan ternyata soalan itu membuatkan lidah Hana kelu seketika.

"Tadi Hana pergi melawat Aunty Marya dia masuk hospital sebab tu lah Hana balik lambat"balas Hana lalu duduk di atas sofa berhampiran Puan Sri Hafizah.

"Kenapa selalu sangat buat sesuatu benda tanpa berfikir? Kenapa kamu pergi pinjam duit Along? Kamu tahu tak Along tu boleh mengancam nyawa kamu dan juga Mama? Kenapa tak minta saja duit dengan Mama? Tell me now!!"marah Puan Sri Hafizah sambil menuntut jawapan dari anaknya.

"Err.. Mama sebenarnya dia bukannya Along tapi orang yang Hana pernah terlanggar kereta dia sampai kemek.Dia cakap dengan Hana kalau tak bayar duit tu dia akan hantar gengster untuk tuntut duit tu dekat rumah,tadi Hana dah nak bayar duit tu tapi tiba-tiba pula Mama Amira masuk hospital.Hana rasa sebab Hana tak datang lah dia bawa gengster datang rumah. Bukannya Hana tak nak minta duit dengan Mama cuma tak nak menyusahkan saja"beritahu Hana, air mata kian bertubir di kelopak mata.

"Aishh kamu ni macam-macam.Mama tahu yang kamu nak hidup berdikari tapi perkara macam ni you must tell me.Dah fasal duit tu Mama dah langsaikan tapi mama kena bagi pengajaran dekat kamu supaya tak jadi cuai"ucap Puan Sri Hafizah, kemarahannya sudah mereda.

"Thanks ma, sebab langsaikan hutang tu.What you mean of pengajaran?"tanya Hana,janganlah Mama minta benda pelik-pelik.

"Mama nak kamu kahwin dengan anak kawan Mama!"balas Puan Sri Hafizah lalu tersenyum penuh makna.

"What? Kahwin!! No ma, kalau mama minta benda lain Hana boleh tunaikan but why kahwin?"bantah Hana habis habisan dia tak terfikir lagi untuk berkahwin.Agak-agaklah umur dia baru 24 tahun.

"Kamu pilih nak Mama pilihkan atau kamu bagi Mama calon menantu dalam masa sebulan?"duga Puan Sri Hafizah.

"Dua-dua pun tak mahu!"tegas Hana berkata dan mahu menaiki tangga rumahnya.

"Kalau macam tu Mama bagi kamu masa sebulan untuk cari calon menantu untuk Mama. Keputusan Mama muktamad"jerit Puan Sri Hafizah dari bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience