BAB 10

Romance Series 10778

BAB 10
Sebaik sahaja hidangan teh dan kuih seri muka dihidangkan di atas meja Nek Mah segera duduk di sisi cucunya. Memerhati cucunya itu dari atas ke bawah.
"Kenapa nek tengok Hana macam tu?"soal Hana pelik, tersenyum Nek Mah mendengarnya.
"Nenek macam tak percaya saja yang cucu nenek ni dah kahwin. Rasa macam waktu kamu kecil lagi, nenek selalu bermanja dengan kamu sekarang ni dah tak boleh maklumlah orang dah jadi isteri orang"balas Nek Mah sayu, risau juga mahu melepaskan cucunya itu kepada Syafiq Mikail mulanya tapi apabila sudah mengenali cucu menantu nya itu dia bersyukur kerana ternyata pilihan cucunya itu benar.
"Nek janganlah buat Hana sedih,walaupun Hana dah kahwin tak semestinya tak boleh nak bermanja dengan nenek? Hana tetap sayang nenek, selamanya"kata Hana lalu memeluk neneknya, dia menyayangi neneknya kerana inilah saja nenek yang dia punyai.Syafiq Mikail dari celah daunan tingkap sempat lagi melihat isterinya itu sedang bermanja dengan Nek Mah. Setelah mengenali Hana barulah dia tahu yang wanita itu manja walaupun kadang-kadang garang macam singa.Dia tersenyum sendiri sambil memandang Hana dan Nek Mah yang duduk di bangsal di bawah pokok mempelam itu,tiba-tiba bahunya di tepuk dari arah belakang dilihatnya Tok Ayah turut sama memandang ke arah mereka.
"Hana tu memang daripada kecik manja dengan nenek.Fiq,tok ayah nak pesan sesuatu ni.Jagalah Hana sebaik yang mungkin Tok Ayah nak sangat tengok dia bahagia dengan kamu. Memang Hana tu dia ganas, suka cakap lepas,cuai tapi sebenarnya hati dia lembut dia suka gembira kan orang tapi hati dia terluka. Tok Ayah tahu kamu berdua kahwin sebab apa, tapi cubalah mengenali diri masing-masing,terima baik buruk dia InsyaAllah perkahwinan kamu kekal hingga jannah.Ingat apa yang Tok Ayah pesan ni"ucap Tok Ayah lalu mengusap bahu cucu menantu nya.
"InsyaAllah saya akan jaga Hana sebaik mungkin. Saya akan ingat pesanan Tok Ayah sampai bila-bila. Terima kasih sebab sudi nasihatkan saya"balas Syafiq Mikail,dia bertekad akan menjaga Hana seperti menjaga nyawa nya sendiri.
"Ha.. Tok Ayah nak minta tolong kamu ni, kejap lagi ikut Tok Ayah kait buah kelapa kat belakang rumah,isteri kamu tu teringin sangat nak makan buah kelapa"arah Tok Ayah mendapat anggukan dari Syafiq Mikail.

"Alaa... Nak lagi,tu dekat sana nampak sedap"Arah Hana sambil menunjuk ke arah buah kelapa yang tinggi di atas pokok.
"Dahlah tu,dah ada lima biji cukuplah tak payah nak banyak-banyak. Lagipun aku penatlah nak kait buah kelapa ni"rungut Syafiq Mikail galah dipegangan diletakkan di tepi.
"Tak cukup lima biji,dekat rumah nenek nanti mesti ramai orang nak makan biarlah ambil lebih sikit. Ok kalau awak ambil buah kelapa lagi sebiji saya janji takkan minta awak teman saya pergi pantai"pujuk Hana,minta-mintalah suami dia ni memang jenis ikut cakap isteri.
"Betul ni?Kalau betul aku ambil"balas Syafiq Mikail lalu mengambil semula galah di tepinya dan pergi ke arah pokok kelapa.

Hana seperti mahu menangis saat ini, dia rasa kesal yang teramat. Syafiq Mikail yang terbaring di atas tanah itu dipandang dengan mata yang berkaca.Dia menjerit memanggil nama Tok Ayah dan Nek Mah.
"Awak bangunlah!Jangan tinggalkan saya,saya tak nak jadi janda"ucap Hana sayu,air mata yang menitik di pipi di biarkan dia menyesal kerana memaksa lelaki itu tadi tidak fasal-fasal suaminya itu dihempap buah kelapa.
"Ya Allah,Hana.Apa dah jadi ni?"tanya Nek Mah yang sedang berlari ke arah mereka.
"Kepala.. Dia kena buah kelapa"jelas Hana,suaranya tersekat-sekat menahan sendu.
"Hana,Mah kenapa ni?"soal Tok Ayah yang baru tiba, terkejut dia melihat tubuh Syafiq Mikail yang terbaring kaku itu.
"Cepat tolong Tok Ayah angkat Syafiq bawa masuk rumah"arah Tok Ayah mereka bertiga mencempung tubuh syafiq mikail dan dibawa masuk ke dalam.

Syafiq Mikail terjaga,saat merasakan dahinya diletakkan sesuatu yang sejuk.Dia memandang Hana yang sedang menuam dahinya.
'Eh kenapa mata perempuan ni sembab,takkan nangis sebab aku demam kot?'ucap hatinya sendiri.
"Hana,kenapa kau tuam dahi aku?"tanya Syafiq Mikail,Hana yang sedang menuam dahinya terhenti seketika.
"Awak demam tadi sebab tu saya tuam dahi awak.Awak lapar tak? Kalau lapar saya nak hidang makanan ni"tanya Hana, risau dia melihat kepala Syafiq Mikail yang bengkak itu.
"Apa jadi dekat aku?"soal Syafiq Mikail tanpa menghiraukan soalan Hana tadi.
"Saya minta maaf sebab buat awak sakit. Sebenarnya tadi awak tengah kait buah kelapa tiba-tiba buah kelapa hempap kepala awak. Saya rasa serbasalah sangat.Kalau awak nak marah saya ke denda ke saya tak kisah asalkan awak maafkan saya"pohon Hana sayu,air mata ingin menintis dia merasa seperti berbuat dosa yang berat sekali.
"Memang aku patut marah kau pun! Disebabkan kau dah buat kepala aku benjol aku nak denda kau.Denda nya ialah.Kau kena masakkan aku apa yang aku nak makan tak kiralah pukul tiga pagi ke kalau aku nak makan kau kena masak.Nombor dua,bila dah sampai KL nanti aku nak kau cuci kereta aku selama sebulan,dan yang terakhir kau tak boleh ingkar arahan aku apa yang aku nak kau buat kau kena buat"terang Syafiq Mikail.Dia tersenyum kemenangan.
"Hmm.. Yelah. Menyesal pula buat janji macam tu"ucap Hana dalam nada perlahan.
"Apa kau cakap?"tanya Syafiq Mikail,dia memandang wajah Hana dengan wajah bengis.
"Takde apa-apa. Oklah saya nak ambil bubur untuk awak, mesti awak laparkan"ucap Hana bukannya niat nak ambil bubur pun tapi selebihnya melepaskan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience