BAB 17

Romance Series 10778

BAB 17
Syafiq Mikail yang sedang ligat membuat kerja mengalihkan perhatian sebaik sahaja interkom nya berbunyi.
   "Assalamualaikum bos,Cik Najla nak jumpa boss,boleh ke?"sapa Kak Rita sebaik sahaja panggilan bersambung.
   "Hmm ok suruh dia masuk"balas Syafiq Mikail dia terus meletakkan gagang tersebut dan membetulkan duduknya.Najla terus menguak pintu tersebut dan tersenyum manja.
   "Hai sayang,I miss you!I datang sini sebenarnya nak minta maaf dengan you sebab putuskan hubungan kita dulu I tahu I salah sepatutnya I tak bertindak ikut emosi marah masa tu"rayu Najla,dia membuat mimik muka sedih.
   "Betul ke apa yang I dengar ni?Takpelah I tak ambil hati pun dengan you cuma rasa sedih sikitlah bila orang yang kita sayang tinggalkan.Tapi takpe kita still boleh buka baru kan?"Syafiq Mikail tersenyum,dilihatnya Najla sudah mengangguk mengiyakan apa yang dikatakannya.
   "I'm truly-truly sorry dear,I harap sangat you boleh maafkan I.Kalau nyawa I gadai pun I tak kisah asalkan you maafkan I"Ucap Najla dengan nada sayu.
   "Sayang,I dah lama maafkan you.Dahlah tak mau sedih-sedih.Jom kita lunch dah lama tak keluar dengan you"dia terus memaut lengan Najla dan dibawa keluar dari pejabatnya.

Hana mengeluarkan komputer riba miliknya,dia sebenarnya sedang mencari ilham dan idea untuk menulis novel.Sedang dia leka menaip tiba-tiba seorang lelaki menegurnya.
   "You ni Hana kan?"sapa lelaki itu,Hana cuba mengecam lelaki di hadapannya,dan beberapa saat barulah dia mengingat.
   "Lah ni Shah kan?Tak sangka boleh jumpa you kat sini?By the way you buat apa dekat sini?"soal Hana ramah,ialah jumpa dengan kawan lama mestilah gembira dan teruja.
   "I buka cafe kat sini,takkan you tak ingat impian I masa sekolah dulu kot?"duga Shah.Sejuk hatinya melihat wajah Hana.
   "Lah ye ke,congrats.Sorrylah I dah lupa.Ok kalau macam tu makanan apa yang sedap dalam cafe you ni I nak beli"
   "Thanks,Hana.I think you kena rasa mi bandung,you nak tak?"Shah terus bangun dari kerusi,Hana hanya mengangguk.

Panas hati Syafiq Mikail saat dia memasuki restoran dia terlihat wanita yang sangat dikenalinya dengan seorang lelaki.Najla disebelah sudah mula pelik.
   "Bie,are you okay?"soal Najla,dia memeluk lengan Syafiq Mikail.
   "Sorry,I'm okay.Jom duduk"Syafiq Mikail terus menarik tangan Najla dan mereka duduk di meja yang sedikit jauh dari meja wanita itu.Sepanjang makan, matanya asyik melihat kemesraan wanita itu dengan seorang lelaki.Hatinya berkecamuk jiwanya resah dia pening dengan apa yang dirasakan.

Hana dan Shah memasuki hospital,mereka dikejutkan dengan berita Amira dimasukkan ke dalam wad kerana kemalangan yang berlaku.Setelah bertanya dengan jururawat yang bertugas mereka terus menghampiri wad yang dikatakan.
   "Aunty?Amira macam mana ok"sapa Hana lalu tangan tua itu disalaminya,diikuti juga Shah.
   "Entahlah doktor belum beritahu lagi. Terima kasih lah Hana sebab sudi jenguk Amira.Lelaki sebelah Hana ni siapa namanya?"tanya Aunty Marya ramah.
   "Panggil saya Shah saja makcik"wanita tua itu tersenyum,doktor lelaki yang keluar dari bilik rawatan itu menghampiri mereka.
   "Ni penjaga Cik Amira Zahirah ke?"tanya Doktor yang bernama Haziq itu.Aunty Marya hanya mengangguk.
   "Tiada berlaku apa-apa yang serius terhadap anak puan,cuma keretakkan di bahagian kakinya saja.Lepas ni kena kerap datang hospital untuk jalankan rawatan fisioterapi.Kalau nak melawat dipersilakan, saya minta diri dulu puan"terang Doktor itu,dia tersenyum lalu pergi.
   "Alhamdulillah,nasib tak berlaku apa-apa yang serius.Hana,Shah jomlah kita melawat Amira dekat dalam"usai berkata Aunty Marya,Hana dan Shah memasuki ruangan ditempatkan Amira.

“Awak saya balik lambat sikit tau hari ni”sapa Hana sambil meletakkan semangkuk nasi goreng kampung di atas meja.
Hilang selera Syafiq Mikail mendengar bicara isterinya.Dia mengeluh.
   “Nak ke mana?Dating dengan pakwe ke?”dia tersenyum sinis ke arah Hana.
   “Apa yang awak merepek ni,saya nak pergi melawat Amira dekat hospital takkan itupun nak marah kot”balas Hana tidak puas hati,takde angin takde ribut nak marah-marah pula.
   “Mata aku ni tak buta lagi,semalam bukan main lagi orang tu bergelak sakan dalam restoran.Kau dengar sini baik-baik kalau aku dapat tahu kau tipu,siap kau!”Usai memberi amaran dia terus melangkah ke hadapan tanpa menyamah sedikit pun nasi goreng itu.
   ‘Aik,dia spy aku ke?pelik bin ajaib pula bila tengok dia macam jealous’kata hatinya sendiri.Dia terkocoh-kocoh melangkah ke hadapan untuk menyalami tangan Syafiq Mikail.
   “Awak tunggu!”jerit Hana, dia melangkah ke arah Syafiq Mikail dan menghulurkan tangan sebagai isyarat.
   “Apa ni?”Syafiq Mikail pelik dengan perangai isterinya itu hari ini.
   “Tangan untuk salamlah,takkan itu pun tak tahu”sinis Hana berkata,dia terus mencapai tangan Syafiq Mikail dan dicium.
   “By the way,malam ni kau tak payah masaklah sebab aku nak keluar dengan Najla”Hana terkedu,hatinya bagai dibelah dengan belati yang tajam dan amat menyakitkan.Dia memandang sayu kereta BMW yang berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience