BAB 14

Romance Series 10778

BAB 14
Usai makan malam Syafiq Mikail terus memasuki biliknya,ada sesuatu yang penting harus ditanyakan kepada Hana.Dia terkaku saat memasuki bilik,kelihatan Hana sedang memakai dress labuh yang berwarna royal blue.Hana yang menyedari pintu bilik di buka, dia menoleh rupa suaminya yang kacak itu menjadi santapan mata.Dia terkedu apabila suaminya itu memandangnya tidak berkelip.
   'Jangan-jangan baju yang Kak Hani bagi kat aku ni tak lawa kot bila aku pakai. Ish buat malu jelah, kalau macam tu lebih baik aku pakai je baju raya tahun lepas untuk majlis nanti'Hana memandang baju yang dipakainya sekarang,dia melambaikan tangan di hadapan suaminya agar suaminya itu terjaga dari mimpi yang panjang.
   "Encik Syafiq Mikail!"jerit Hana, ialah siapa je yang tak geram bila dah dibuat pelbagai cara tapi lelaki itu masih merenungnya.
   "Ha.. Er,kenapa?"Syafiq Mikail cuba untuk tidak menjelaskan wajahnya yang seakan terpaku kepada Hana dengan cara membetulkan rambut kalau dilihat dari segi mata kasar tak perlu dibetulkan pun.
   "Takdelah,awak tu pandang saya macam nak telan je tadi. Mesti baju yang saya pakai burukkan?"soal Hana dia membelek lagi sekali bajunya di cermin.
   "Aku bukan apa cuma pelik jelah, tiba-tiba kau pakai baju macam ni.Biasa-biasa je bila kau pakai baju ni"Syafiq Mikail membalas tapi matanya di arahkan ke telefon bimbit,sepuluh minit kemudian baru dia teringat tujuan nya memasuki bilik ini,dia mengerling Hana yang sedang menaip sesuatu.
   "Hana,aku nak tanya something dekat kau,boleh?"Hana melihat suaminya yang berada di atas katil,dia bangun dan duduk di sebelah Syafiq Mikail.
   "Nak cakap apa?"soal Hana, Syafiq Mikail meletakkan IPhone nya ditepi lalu menatap wajah Hana.
   "Aku nak kau jawab soalan ni betul-betul,aku nak kau jujur. Kau tahu tak siapa yang bagitahu dekat Kak Syira yang aku ni playboy?"Dengan muka yang tegas dia memandang Hana yang kelihatan pucat mukanya.
   "Err,sebenarnya saya yang bagitahu. Tapi sumpah masa tu saya langsung tak tahu yang awak dengan Kak Syira adik beradik so saya cakap jelah dengan dia.Saya minta maaf  sangat-sangat"dia melihat muka Syafiq Mikail yang jelas menyinga,janganlah dia dimaki lelaki ini.
   "Oh so betul lah apa yang aku rasa selama ni, thanks lah sebab bersikap jujur.Tapi kenapa masa tu kau langsung tak fikir dulu perlu ke kau burukkan aku depan orang, terutamanya kakak aku.Disebabkan mulut kau tu, aku putus dengan Najla dan aku kena marah dengan Mommy. Kau jangan ingat dengan mudahnya aku nak maafkan kau.Aku rasa kau memang rancang semua ni sebab kau cintakan aku atau kau nak balas dendam dekat aku kan?"marah Syafiq Mikail,terkejut Hana mendengar tuduhan tak berasas itu.
   "Kan saya dah cakap dengan awak yang saya langsung tak tahu yang  Kak Syira tu kakak awak saya baru tahu masa makan malam haritu.Saya takde niat nak burukkan awak atau berdendam cuma masa tu saya terlampau geram disebabkan awak saya dipaksa kahwin oleh mama. Please lah saya harap sangat awak boleh maafkan saya,takkan fasal hal kecil macam ni pun kita nak bertegang urat.Kalau disebabkan saya awak dengan Najla putus saya akan kembalikan awak semula kepada dia, saya janji"rayu Hana,biarlah kali ini dia mengalah.
   "Hal kecil kau kata?Aku takkan maafkan kau selagi kau tak tunaikan janji kau tadi,aku takkan maafkan kau. Make sure janji tadi ditepati"Syafiq Mikail terus keluar dari bilik sebaik sahaja mengungkap amaran yang berbaur ugutan.Hana terkaku seketika,apalah yang dia boleh buat untuk kembalikan Najla kepada suaminya itu.

Puan Sri Hafizah menggeleng kepala melihat anak bongsu nya,Putri Husna Zuria atau digelar Zu.Seperti biasa pakaian anaknya tak pernah berubah baju t-shirt besar dan labuh,seluar tracksuit dengan topi diatas kepala,memang anaknya yang seorang ini berpakaian seperti lelaki berbeza pula dengan Hani dan Hana.
   “Zu,kamu nak pergi mana? Dah tengahari barulah nak nampak batang hidung,lepastu nak keluar pula cubalah duduk kat rumah ni tolong Mama ke?”sapa Puan Sri Hafizah,Husna memandamg wajah Mama nya sambil mengeluh.
   “Alah Ma,orang bukannya buat apa pun pergi keluar jumpa Nana je.Oklah Ma,Zu chau dulu”dia menghampiri Mamanya lalu bersalaman baru sahaja lima langkah Mamanya memanggil lagi namanya.
   “Tolong Mama boleh?pergi hantar kek ni dekat alamat yang Mana dah bagi kat situ”soal Puan Sri Hafizah.
   “Tapi Ma,Zu dah lambat”sangkal Husna.
   “Kalau kamu tak nak hantar Mama tak bagi kamu keluar. Kamu pilih nak keluar ke taknak?”ugut Puan Sri Hafizah kalau dengan anak dia ni memang kena berkeras sikit baru nak dengar kata.
   “Ish,Mama ni.Hmm yelah Zu hantar,bagi sini kek tu”dia mengambil plastik yang berisi kek itu lalu pergi ke arah motor Ex-5 nya.

Hana membaling makanan ikan di dalam kolam buatan,ikan koi yang berada dalam kolam itu berebut mendapatkan makanan mereka.
   "Untungnya Mommy dapat menantu rajin macam ni,dari tadi Hana tak berhenti buat kerja.Dah siap siram bunga dekat laman lepastu bagi pula ikan makan,Hana tak penat ke? Kalau penat rehatlah dulu"Datin Mawar menegur menantunya,dia membalas senyum dari ibu mertua nya.
   "Patutnya Hana yang bersyukur tau sebab dapat ibu mertua yang supporting,baik dan cantik ni.Thanks Mommy sebab sudi terima Hana sebagai menantu"balas Hana lalu memeluk bahu Datin Mawar,senang sekali Datin Mawar dengan sikap manja yang ada pada Hana.
   "Ada-ada sajalah menantu Mommy ni.Hmm,kamu boleh tak pergi annual dinner tu nanti?"soal Datin Mawar, Hana tidak pernah tahu menjawab apa sekarang ini,dia takut sekiranya kehadiran dia di majlis itu nanti membuatkan suaminya jadi rimas.
   "Rasanya tak kot,sebab Hana dah janji dengan Mama nak tolong dia buat kek"balas Hana, dia terpaksa berpura-pura sibuk walaupun pada hakikatnya,Mama nya tiada suruh menolong pun.
   "Takpelah kalau macam tu,habistu baju yang kamu beli tu macam mana?"Hana memikirkan jawapan sesuai,
   'aishh,Mommy ni macam polis dah nak tanya banyak soalan'rungutnya dalam hati.
   "Hmm,baju tu nanti Hana boleh pakai waktu raya nanti.Rasa macam sekejap saja kan,lagi berapa bulan nak masuk tahun baru."balas Hana,tiba-tiba otaknya terfikir jawapan yang drastik.
   "Dah kalau kamu taknak takkan Mommy nak paksa pula kan.Terima jelah"ucap Datin Mawar berjauh hati.Hana pula sudah susah hati, tatkala merasakan ada nada sayu dari suara ibu mertuanya.
   "Alah,Mommy janganlah buat Hana rasa serba salah.Ok lah Hana pergi annual dinner"terus berubah ceria wajah Datin Mawar yang tadi kelihatan keruh.
   "Tak sabar rasanya nak tunggu annual dinner tu nanti.Oklah Hana,Mommy nak tolong Mak Leha memasak dekat dapur"pamit Datin Mawar, Hana turut sama mengikut ibu mertua nya mahu menolong di dapur.

Husna memakirkan motornya di hadapan sebuah rumah banglo,dia menekan lonceng sebanyak tiga kali itupun kerana dia sudah hilang sabar nak menunggu dahlah tengah panas terik.Pintu pagar dibuka dan terjegul wajah seorang lelaki yang berbadan sado.
   "Ye,Cik ada apa?"aduhai mahu pengsan Husna disitu badan sado tapi suara macam perempuan.
   "Nah,kau ada tempah kek kan?"Husna terus menghulurkan kek ke arah lelaki itu.
   "Oh,thanks."ucap lelaki itu lalu tersenyum kepada Husna dengan langkah yang gedik dia melangkah memasuki rumah.
   'Huh badan sado je lebih,tapi rupanya lembut.Eee,geli pula aku'kutuknya dalam hati,dia menghidupkan enjin motosikal lalu pergi berjumpa Nana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience