BAB 28

Romance Series 10778

Hana mengeluh kepenatan,dia menutup suis vakum yang di gunakannya untuk membersihkan kawasan rumah inilah natijahnya apabila rumah di tinggalkan selama dua minggu,bermacam-macam habuk dan debu harus dibersihkan kerana sudah sedia maklum yang suaminya itu amat cerewet kalau fasal hal kebersihan rumah.Dia duduk di atas sofa merehatkan badan,bunyi deringan telefon mematikan lamunanya tertera nama'mama' di situ dia segera menjawab panggilan tersebut.Selesai sahaja menjawab panggilan Hana sudah keresahan dia berjalan ke hulu ke hilir memikirkan sesuatu.Tanpa sedar Syafiq Mikail sedang memandangnya yang sedang kegelisahan itu.
   'Eh bini aku ni dah kenapa?kehulu kehilir sampai aku balik pun dia boleh tak perasan,tak boleh jadi ni kena buat sesuatu'soal hati Syafiq Mikail,dia terfikir suatu idea dengan pantas dia mencapai tuala yang biasanya dibawa jika pergi berjoging dan sudah pastinya di guna untuk meresat peluh dengan senyuman yang tersungging di bibir dia membaling tuala itu dan tepat mengenai Hana.Hana berhenti seketika sekarang ini dia rasa ada sesuatu yang lembab ada di atas kepalanya dengan perasaan ingin tahu dia mencapai objek itu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek itu ialah tuala yang dipenuhi dengan peluh dengan pantas dia membaling tuala itu ke arah sofa lalu menutup hidung, saat itu juga dia terdengar suara seseorang yang sedang ketawa dia menoleh ke belakang dan dilihatnya Syafiq Mikail yang mentertawakannya tadi.Hana kegeraman,dia terus menghampiri Syafiq Mikail dan dipiat telinga suaminya itu.
   "Awak ni melampaulah,awak tahu tak peluh awak tu busuk?kalau wangi macam limau kasturi takpelah ini dah macam limau di perap sebulan.Dahlah saya tengah serabut sekarang ini dengan Mamanya nak datang sini,awak pulak buat hal"bebel Hana dengan tangannya masih lagi menarik telinga Syafiq Mikail dia tidak kisahkan rayuan lelaki itu minta di lepaskan apabila dia sudah rasa puas melampiaskan geram barulah dia melepaskan telinga yang sudah kemerahan itu.
   "What?Mama nak datang?Kenapa Mama tiba-tiba nak datang sini?"soal Syafiq Mikail bertubi-tubi.
   "Ya Mama saya nak datang sini and tidur dekat sini.Mama kata sebab takde orang dekat rumah sebab Papa outstation seminggu,Kak Long pula pergi melawat butik dia dekat London,Zu dah balik kondo sebab esok dia ada kelas"balas Hana dia turut melabuhkan punggung di sofa.
   "Pukul berapa Mama nak datang?kalau Mama datang awal baik kau kemas rumah ni cepat"arah Syafiq Mikail.
   "Dalam pukul 10 Mama datang"Hana mencapai penyapu yang diletakkan ditepi tadi mahu menyambung pekerjaan.
   "Hana kau bau something hangit tak?"soal Syafiq Mikail,Hana turut berbuat perkara yang sama dan dia terus menepuk dahi.
   "Ya Allah,saya ada goreng ikan tadi"jerit Hana dan berlari ke arah dapur.
   "Putri Hana Zaskya!"marah Syafiq Mikail geram melihat perangai cuai isterinya itu.
Hana membuka peti ais dengan tujuan untuk mencari apa yang boleh dimasaknya hari ini,habis dibongkar segala tempat dalam peti ais itu sehinggalah kebahagian sejuk beku dia terpandangkan daging kambing yang diletakkan di dalam tupperware.
   "Ha,boleh lah masak daging kambing hari ni.Nasiblah Che Nab jiran sebelah tu bagi kalau tak goreng telur sajalah"kata Hana sendiri dia meletakkan daging itu di atas kabinet untuk mencairkan air batu.Dia tersenyum apabila melihat rempah kari yang terdapat di sudut hujung kabinet itu dia sudah dapat idea apa yang boleh dimasaknya memandangkan Mama yang suka makan Daging kambing masak kari lagi senanglah kerja dia.Hampir satu jam dia bertungkus-lumus di dapur menyiapkan hidangan.Dia menaiki tangga menuju ke bilik suasana di sini amatlah sunyi sekali,dia membuka pintu bilik dan tergeleng-geleng kepalanya melihat suaminya yang sedang elok terlena itu tanpa melengahkan masa dia terus mengejut Syafiq Mikail.
   "Awak bangunlah,dah pukul berapa ni.Kejap lagi Mama nak datang cubalah awak tolong saya buat apa yang patut ini tidak boleh pula awak buat taik mata"bebel Hana sambil menggoncang bahu Syafiq Mikail.
   "Janganlah kacau aku ngantuk ni"marah Syafiq Mikail inilah hakikat yang perlu dia terima suaminya ini kalau fasal tidur nombor satu.Idea nakal muncul di benak fikirannya.
   "Awak!awak!tolong saya!rumah terbakar!"jerit Hana dan saat itu juga Syafiq Mikail bingkas bangun dan mencapai telefon bimbit lalu ditekapkan ditelinga sambil menjerit nama bomba.Saat dia mendengar suara seseorang ketawa barulah dia sedar yang dia sedang di permainkan Hana apa lagi berlakulah adegan kejar mengejar antara mereka.

Hana menghidangkan makanan di atas meja,Puan Sri Hafizah kelihatan teruja melihat lauk yang dimasaknya tadi.Selesai sahaja membaca doa Syafiq Mikail terus mencapai daging masak kari tersebut dan dimakannya tiba-tiba tekaknya terasa mual dia menuju ke singki dan memuntahkan segala makanan.Hana dan Puan Sri Hafizah nyata terkejut dengan apa yang berlaku.Setelah merasakan yang dirinya tidak mahu muntah lagi dia terus memandang Hana untuk meminta kepastian.
   "Tu daging apa?"tanya Syafiq Mikail.
   "Kambing"balas Hana ragu-ragu dan saat itu juga Syafiq Mikail muntah kembali.Hana sudah pelik.
   "Hana,jangan-jangan dah ada 'isi' tak?Ialah biasanya memang macam tu isteri tak kena tapi suami"beritahu Puan Sri Hafizah,Hana sudah terbatuk-batuk.
   "Ish Mama ni merepek jelah.Lagipun baru lima bulan kitorang kahwin"sangkal Hana,tiba-tiba hatinya rasa sayu ialah dapat ke tidak dia merasakan menjadi seorang ibu.
   "Mama cakap je,kalau betul Alhamdulillah.Syafiq ok?"tanya Puan Sri Hafizah dia memandang menantunya yang sedang mengelap mulut dengan tuala,dia hanya mengangguk.
   "kenapa awak muntah masa makan kambing tu?"tanya Hana.
   "Lupa nak bagitahu abang alergik dengan kambing kalau makan mesti rasa nak muntah"balas Syafiq Mikail seperti biasa depan Mama dia menggelarkan dirinya Abang.
   "Aishh kenapa tak cakap masa Hana masak tadi,kalau tak boleh lah Hana masak benda lain ke.Kalau macam tu Hana masak bubur jelah"ucap Hana,maklumlah dia langsung tak tahu perihal suami nya yang tidak suka makan kambing itu.
   "Dah Hana,bawa lah suami kamu tu naik atas biar dia berehat"arah Puan Sri Hafizah.
   "Tapi Mama belum makan lagi?"Hana berkata.
   "Takpe Mama boleh je seorang"balas Puan Sri Hafizah.Hana hanya akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience