BAB 31

Romance Series 10778

Suasana dingin di luar langsung tidak membuatkan Hana kesejukkan oleh kerana hati yang masih merasa luka dan cuba ditabahkan sedangkan air mata masih lagi mengalir membasahi pipi.Dia benci menangis,kerana menangis membuatkan dia lemah dan lemah itu berpunca daripada seorang lelaki yang amat dicintai.Oleh kerana tidak tahan lagi mahu menangis dia terus memasuki RNR berdekatan,selesai sahaja memarkirkan kereta,Hana terus menyembamkan mukanya di atas stereng untuk menangis,dihamburkan segala kesedihan di situ.
   "Kenapa Syafiq?Kenapa awak buat saya macam ni saya masih setia tunggu awak berbelas tahun tapi ini yang saya dapat dengan perngorbanan tu?Saya tak nak tinggalkan awak tapi saya terpaksa"luah hati Hana sambil menangis tiba-tiba cermin keretanya diketuk,seorang lelaki yang bertubuh tinggi.Hana meresat air matanya dan menurunkan tingkap.
   "Cik okey ke?"tanya lelaki itu prihatin.
   "I'm okey"balas Hana sepatah masih kekok sebenarnya.
   "Hmm takpelah kalau macam tu by the way,cik nak pergi mana malam-malam ni?"soal lelaki itu ramah.
   "Saya nak pergi Johor"balas Hana lelaki itu mengangguk.
   "Dah malam ni lebih baik Cik berehat dulu lagipun sekarang hujan agak bahaya kalau balik waktu malam,lagi-lagi Cik seorang diri.Oklah saya pergi dulu"lelaki itu memberi pesanan dan melangkah ke arah keretanya Hana memberi senyuman dan mengucapkan terima kasih.Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang prihatin seperti ini.Hana menuju ke arah hotel bajet yang ada di Bandaraya Melaka ini untuk bermalam dan esok pagi baru dia bergerak pulang ke Johor ialah benar kata lelaki itu agak bahaya kalau balik malam lagi-lagi waktu itu cuaca hujan.

Syafiq Mikail membuka pintu rumahnya,dia melangkah masuk ke dalam dan meletakkan kunci kereta di atas meja berhampiran dan dia melabuhkan punggung di atas sofa,dia mengeluh dan dengan tiba-tiba dia merasakan satu perasaan sunyi.Dahulu bila dia pulang dari pejabat pasti ada suara comel Hana menyapa nya paling kurang pun dia lihat Hana menangis menonton drama di hadapan televisyen,tapi sekarang ini tiada hanya kerana sikapnya yang ego itu.Entah kenapa kakinya mahu melangkah ke dalam bilik Hana,oleh kerana keinginan hatinya dia melangkah juga ke bilik yang berada di tingkat atas itu.Dia memulas tombol pintu,dia kagum melihat Hana yang pandai mengemas dan menyusun atur bilik itu,dia melangkah ke arah meja yang menempatkan pelbagai jenis buku di atasnya,dia tertarik dengan sebuah buku berwarna pink dengan rasa ingin tahu yang menebal tentang apa isi kandungan buku tersebut dia mengambil dan membukanya satu helai ke satu helai,yang terpapar di dalamnya adalah hanya gambar Hana daripada bayi hinggalah ke tamat persekolahan dan dia terkaku seketika saat melihat gambarnya yang memakai seragam ketua pengawas turut ada di situ dan satu tulisan kecil yang membuatkan dia terkejut beruk.
   Saranghae!!
Tulisan kecil itu sudah mampu buat dia tersenyum dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dirasakan.Senyumannya mati dia berfikir sepatutnya dia tidak lagi memikirkan tentang Hana.Dia mengetuk dahinya,dia mengambil Iphone di dalam poket dan mendail nombor Najla tapi sebanyak tiga kali dia cuba menghubungi tiga kali itu panggilan tidak tersambung,dia mengeluh kemudian dia bangun dan menutup pintu bilik Hana dengan hati yang masih tidak tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience