BAB 22

Romance Series 10778

BAB 22
Fikiran Syafiq Mikail buntu sekarang ini dia tidak tahu apa yang perlu di lakukan untuk memujuk Hana yang sedang mogok dengannya.Dia teringat lagi pagi tadi wanita itu tidak menegurnya satu soalan yang ditanya hanya sepatah saja yang dijawab,dan perkara itu membuatkan rasa serbasalah semakin menebal di lubuk hatinya.Dia rindukan Hana yang ceria.Bunyi deringan telefon mematikan lamunannya,tertera nama Mommy di skrin itu.
"Assalamualaikum Mommy,ada apa call Fiq ni?"sapa Syafiq Mikail sebaik sahaja panggilan bersambung.
"Waalaikummussalam,ni Mommy nak tanya banyak tak kerja kamu dekat pejabat?Mommy nak ajak kamu balik Kedah esok Lydia kahwin."Syafiq Mikail berfikir sejenak dan dia tersenyum saat terfikir idea yang bernas dan dia bersetuju lagipun hari ini tiada mesyuarat jadi bolehlah dia mengambil cuti.

Hana yang sedang menyapu sampah di halaman rumah terhenti saat mendengar bunyi enjin kereta di luar rumah.Dia melihat di sebalik 'sliding door'.Dia mencebik bibirnya lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.Syafiq Mikail yang baru sahaja sampai itu hanya tersenyum pahit kerana Hana seperti menganggap dia tidak wujud atau lebih tepat tidak menghiraukan dia.
"Hana kau masak apa hari ni?Aku laparlah"sapa Syafiq Mikail dia melabuhkan punggung di sofa dengan gaya penatlah kononnya.
"Saya tak masak,lagipun kalau saya masak pengakhirannya makanan tu akan masuk dalam tong sampah jugak kan?So kalau awak rasa nak makan awak pergilah rumah Najla dia mesti masak makanan sedap untuk awak"balas Hana berbaur sindiran,dia terus berlalu menuju ke dapur walaupun dalam marah dia sedar tanggungjawab seorang isteri.

Suasana di meja makan teramat lah sepi,hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan berlaga,dan suasana itu membuatkan di antara mereka merasa janggal.
"Hana lepasni kau kemas-kemas beg"arah Syafiq Mikail,Hana yang mendengar sudah mengerutkan dahi sambil berfikir perkara yang negatif.
'Dia nak halau aku dari rumah ke?Betul ke apa yang aku fikir ni'soal hati Hana sendiri.
"Tak payahlah buat muka pelik kau tu,kau pack je barang sebab kejap lagi kita nak balik Kedah"Ucap Syafiq Mikail setelah dapat mengesan riak wajah Hana yang berkerut seribu.
"Kedah?nak buat apa pergi Kedah?rumah siapa yang ada dekat Kedah?"soal Hana,dia teruja seketika ialah dia tidak pernah menjejak kaki ke sana.
"Mommy ajak pergi rumah mak ngah anak dia kahwin"balas Syafiq Mikail.Hatinya berasa lega dapat melihat senyuman daripada bibir itu.
"Ok kalau macam tu saya bersiap sekarang,awak tunggu tau"Laung Hana dia sudah berlari-lari anak menaiki tangga.Tersenyum Syafiq Mikail melihat perlakuan isterinya yang nampak comel itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience