BAB 29

Romance Series 10778

Zahila memasuki rumah sewanya dengan wajah yang gembira,mana tidaknya dia dapat tahu tentang satu berita yang sudah lama dinantikan.
   "Amboi,Doktor Ila kita ni happy semacam je.Ada apa-apa ke?cuba story sikit"sapa Elyana.
   "El,aku dapat transfer dekat Johor"beritahu Zahila dengan nada teruja.Namun dia pelik melihat wajah rakannya yang muram itu.
   "Happy for you,tahniah"balas Elyana sayu.
   "Hey kenapa ni?kau nampak macam tak happy je"tanya Zahila.
   "Ialah kalau kau dapat transfer mesti aku kena tinggal seorang takde orang nak bergurau,berbual dengan aku dah"ucap Elyana sayu.
   "Janganlah buat aku sedih ok,nanti kan ada doktor baru yang masuk hospital kita tu nanti dia boleh ganti aku"cadang Zahila.
   "Hmm yelah,bila kau pindah sana?"soal Elyna sambil menghirup air milo.
   "Minggu depan"balas Zahila dan perbualan mereka habis disitu kerana Zahila meminta diri naik ke atas.

Syafiq Mikail termenung sendirian di dalam pejabatnya,dia pelik melihat sikap Hana yang seakan-akan mahu mengelakkan diri dari bertemu dengannya.Saat itu dia teringatkan tentang buku kecil yang dijumpanya ketika memasuki bilik Hana sewaktu mengambil pakaian wanita itu untuk di bawa kebiliknya dia membuka beg bimbitnya dan terlihat buku kecil yang terletak elok di situ.Dia membuka dan melihat satu persatu helaian kertas itu dan matanya tertarik pada suatu muka surat.

   Dear Diary,hari ini hari yang paling malang dalam hidupku.Ialah dahlah diejek oleh si Firhath di dalam kelas tadi dan paling menarik dan menakutkan apabila terbaling batu dekat Abang Pengawas hensem siapa lagi kalau bukan Syafiq Mikail atau lebih tepat 'My lovely crush' haraplah dia tak nampak apa yang aku buat kalau tak habislah.
   Dengan geram Syafiq Mikail menutup buku itu dan dihempas di atas meja tanpa menghabiskan bacaanya itu dia mendengus,misteri yang selama ini dicari akhirnya terbongkar juga dia perlu berbuat sesuatu untuk menyakitkan hati Hana.Iphone nya berbunyi dan tertera nombor yang tak dikenali dia menerima beberapa gambar dan kemarahan yang sudah sedia ada semakin memuncak lagi-lagi setelah melihat gambar itu dengan segera dia menelefon seseorang.

Puan Sri Hafizah mengusap belakang Hana bagi menghilangkan resah anaknya itu.Mungkin dia masih trauma dengan apa yang berlaku.
   "Hana,beritahu Mama kenapa Hana takut sampai macam ni?Jangan buat Mama risau sayang"pujuk Puan Sri Hafizah.Hana menceritakannya satu persatu.
   Hana melangkah ke arah tempat parkir kereta keadaan disitu kelihatan lengang.Saat dia sedang mengeluarkan kunci kereta dia dipeluk dari belakang,Hana sudah gelisah risau sekiranya dia bakal diapa-apakan.
   "Kau siapa?Kenapa kau peluk aku?"tanya Hana suaranya sudah tersekat-sekat di celah kerongkong.Suara garau itu hanya ketawa.
   "Aku bukan nak buat apa-apa pun tapi kalau kau bergerak aku tak teragak-agak untuk ancam keluarga kau"ugut lelaki itu dan saat itu ada seseorang yang sedang mengambil gambar mereka berdua yang seakan-akan sedang berpelukan.Paparazi itu tersenyum gembira dan terus menghantar gambar tersebut kepada Syafiq Mikail.

Hana menyidai telekung yang habis digunakannya sewaktu solat isya.Dia mengambil telefon bimbitnya,jam sudah mengijak ke pukul sembilan malam namun suaminya belum pulang dari pejabat.Bunyi deringan telefon,dia menleret dan menjawab panggilan daripada Zahila itu.
   "Assalamualaikum,kenapa tiba-tiba call aku ni?"soal Hana
   "Waalaikummussalam,lah takkan tak boleh telefon sedara sendiri kot.Aku ada berita happy nak beritahu kau ni"balas Zahila masih di dalam talian.
   "Aku dah agak dah,kau kalau Call aku mesti ada apa-apa kan.Apa yang happy sangat?cepatlah cerita"soal Hana.
   "Aku dapat transfer dekat JB!"Ucap Zahila teruja.
   "Wah lepasni boleh lah kau melawat Nenek"beritahu Hana.
   "Betul tu,alah tak payah melawat aku duduk rumah nenek je.So aku ulang-alik dari hospital bukannya jauh pun"Hana hanya mengiyakan saja apa yang dikatakan Zahila fikirannya menerawang ke tempat lain.
   "Hana kau kenapa ni?Aku dengar suara kau macam tak happy je?Kau ada masalah ke?Tak nak share dengan aku"soal Zahila,Hana terus tersedar dari lamunan.
   "Mana ada apa-apa,aku oklah.Dont worry ok.Ila aku off dululah aku nak kemas rumah ni nanti ada masa kita call lagi.Assalammualaikum"pamit Hana dan terus menutup talian tersebut.Benar kata Zahila yang dia punyai masalah sejak Mama pulang ke rumahnya semalam perangai Syafiq Mikail berubah menjadi dingin dia sendiri pun tidak tahu apa salah yang dibuat sehingga begitu sekali ambang kemarahan suaminya itu dia cuba berfikiran positif walaupun hati semakin risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience