BAB 32

Romance Series 10778

Terhenti pekerjaan memicit Nek Mah saat terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah.
   "Bang,macam bunyi kereta saja tu.Cubalah tengok"arah Nek Mah kepada Tok Ayah.Mereka berdua menuju ke arah tingkap dan melihat siapakah gerangan yang datang pada waktu senja macam ini.
   "Macam kereta Hana saja tu?"soal Tok Ayah,dan saat itu keluar seorang gadis yang memakai tudung bawal berwarna biru dari kereta.
   "Betulah tu cucu kita"balas Nek Mah dengan cepat dia membuka pintu rumah dan tersenyum ke arah cucu kesayangan.
   "Assalamualaikum Nek,tok"Sapa Hana sambil mengheret bagasi,Tok Ayah turut berada di situ.
   "Kenapa tak bagitahu Hana nak datang?"soal Nek Mah sambil bersalaman dengan cucunya.
   "Hana tak rancang pun nak balik,sebab tulah datang mengejut"balas Hana.
   "Mana Syafiq?Tok tak nampak pun dia"soalan Tok Ayah mengundang sebak di hati Hana oleh kerana tidak merisaukan hati tua itu dia terpaksa berbohong.
   "Abang Fiq kena pergi outstation sebulan.Itu yang Hana balik kampung lagipun Hana rindulah Atok dengan nenek"bohong Hana walaupun sebenarnya dia jarang betul berbuat begitu.
   "Lamanya sebulan nanti mesti rindu!"Usik Nek Mah,Hana hanya mampu tersenyum hambar.
   "Kebetulan pulak petang tadi Kak Zah sebelah tu ada beri budu,kamu kan suka makan budu pergilah makan"kata Nek Mah membuatkan dengan pantas Hana menuju ke dapur.Takde apa yang lebih penting dari makan dia bukan seperti orang lain patah hati je takde selera nak makan tapi dia ni sejenis lantaklah hati asalkan perut terisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience