BAB 26

Romance Series 10778

BAB 26
Suasana di tepi sungai itu sangat menyenangkan Hana,dia berlabuh di sebuah batu besar sambil merendamkan kaki ke dalam air sungai yang sejuk dan nyaman itu.Syafiq Mikail turut sama duduk bersebelahan dengannya.
"Best kan sekali sekala dapat duduk dekat sungai macam ni,tenang je rasanya"sapa Syafiq Mikail.
"Betul tu,kalau asyik duduk dekat bandar je boleh tepu juga otak ialah asyik stres je"balas Hana,Syafiq Mikail memandang Hana yang sedang asyik bermain dengan air.
"Hana kau masih marah lagi ke fasal hari tu?"soal Syafiq Mikail,Hana menoleh ke arahnya.
"Marah?bila pula saya marah awak?"sangkal Hana.
"Ye aku tahu kau marah sebab kalau kau tak marah kau akan bercakap dengan aku dan yang paling teruk sampaikan lauk yang kau masak untuk aku pun kau bagi dekat Che Nab jiran sebelah kan?"soal Syafiq Mikail,Hana kelu jadi maknanya Syafiq Mikail nampak lah apa yang dia buat hari tu.
"Memandangkan awak dah tahu so saya terus terang sajalah,memang saya marah sangat dengan awak ialah penat saya masak untuk awak,awak kata awak ada meeting.Alasan tu still saya boleh faham tapi sekarang ni masalahnya awak boleh pergi rumah Najla dan saya rasa diri saya macam orang bodoh sangat masa tu"luah Hana air mata kian bergenangan di tubir mata inilah sikapnya dari kecil jika marah pasti air mata akan meleleh.
"Please Hana don't cry let me explain,pagi tu aku bergegas pergi pejabat sebab PA aku kata yang ada meeting penting dengan klien then bila aku sampai pejabat PA aku kata Klien batalkan meeting.Masa nak balik rumah tu Najla text aku dia kata ada benda rosak kat rumah dia so aku pun pergi aku tak expect pun yang kau akan ada kat situ.So please maafkan aku?"terang Syafiq Mikail satu persatu,setelah melihat Hana diam dia menyapu air mata yang mengalir di pipi mulus itu.Digenggam tangan Hana dengan erat.
"Please Hana say something,jangan buat aku rasa serbasalah sangat dengan kau.Kau nak aku buat apa,aku buat.Please maafkan aku"rayu Syafiq Mikail,Hana berfikir sejenak.
"Ok,saya maafkan awak.Tapi ada satu permintaan,saya nak kita stay sini lagi seminggu"pinta Hana mukanya yang masam tadi sudah bertukar ceria.
"What?seminggu.Aku banyak kerja lah dekat KL"ucap Syafiq Mikail sekali lagi telah membuatkan Hana rasa sedih.
"Takpelah kerja lebih penting dari saya kan?Kalau macam tu malam ni kita balik KL teruslah,nanti tak sempat pula nak siapkan kerja awak yang 'penting' tu"rajuk Hana dia bangun dan melangkah menjauhi Syafiq Mikail,Syafiq Mikail menghampiri Hana dan menarik tangan Hana supaya memandang wajahnya jarak mereka sangat dekat saat ini jantung Hana sudah tidak sekata saat mata hitam itu merenung matanya pipinya juga sudah memerah.
"Ok kita duduk sini lagi seminggu,tapi please maafkan aku.Aku minta maaf sangat-sangat aku janji takkan buat kau macam tu lagi"janji Syafiq Mikail,dia mengambil tangan Hana lalu diciumnya.
"Betul ni?tak tipu?"tanya Hana cuba memastikan apa yang dijanjikan itu benar atau dusta semata-mata.
"Ya,aku tak tipu"balas Syafiq Mikail,Hana sudah tersenyum kegirangan.
"Amboi,sweetnya hangpa berdua kalah pengantin baru na"usik satu suara,Syafiq Mikail menjeling adik sepupunya iaitu adik kepada Lydia.Hana melepaskan tangannya yang digenggam Syafiq Mikail.
"Hang ni Lyana kacau daun lah.Pasai pa hang mai sini?"soal Syafiq Mikail dengan dialek Kedah.
"Cheq mai sini mau habak kat hangpa yang hari dah petang,Nenda suruh hangpa berdua balik la ni juga"beritahu Lyana.
"Oklah,Yana jomlah kita jalan sama-sama"Hana terus menghampiri Lyana dan di tarik jalan dengannya,Syafiq Mikail tersenyum.
'malulah tu'katanya sendiri sebelum menyaingi langkah Hana dan Lyana.

Hana menatang sebuah dulang yang berisi satu jag air teh menuju ke pangkin yang berada di hadapan rumah dimana tempat Nenda,Mommy dan Mak Ngah sedang berborak.
"Amboi,rancaknya berbual.Cerita fasal apa ni?"sapa Hana lalu meletakkan dulang yang dipegangannya ke atas pangkin kayu itu.
"Takde aii,cakap pasai hal orang kampung ja"balas Ku Marina.
"Hal apa tu?nak join jugak"soal Hana ingin tahu.
"Jangan Hana,tak boleh tidur malam nanti"balas Datin Mawar.
"Takpa cerita ja dengan Hana,nanti senang dia nak buat langkah berjaga-jaga"sangkal Mak Ngah,Hana tersenyum menang.
"Semalam tok bomoh depan rumah ni meninggai dan selamat kebumi dah,pastu orang kampung dok kecoh dia kacau orang kampung rupanya dia ada bela hantu raya.Tu yang Nenda nak habaq kat hang,hati-hati na,bilik hang tu dahlah tepi tingkap.Cheq bukan nak takutkan hang cuma suruh hang hati-hati ja na"beritahu Ku Marina,muka Hana dah berubah dan sekarang ini dia rasa menyesal mahu mengetahui hal itu tadi.
"Nenda,Mak ngah,Mommy Hana masuk dululah"pinta Hana,bukan apa dia tidak sanggup melihat rumah usang yang ada didepannya kini,rumah sepeninggalan arwah tok bomoh.
"Hana tu takut ka Mawar?Pucat ja mak nengok muka dia"tanya Ku Marina.
"yalah,itulah mak orang dah tegah nak habaq jugak tak pasai-pasai si Hana tu takut.Hang la Murni yang pi menangkan si Hana tu pasai apa?"balas Datin Mawar.
"Dah hang tak habaq kat cheq,lagu mana cheq nak tau?"sangkal Mak Ngah atau nama sebenarnya Murni.
"Dah tak usah nak berantam,hangpa berdua kalau berjumpa tak sah kalau tak ketegaq.Dah petang ni hang tak reti balik ke Murni?"bantah Ku Marina,kalau tak dihalang berlaku lagilah perang mulut dua anak dia ni.
"Yalah,mak.Murni balik dulu na"pamit Mak Ngah sebelum itu sempat lagi dia menjelir lidah ke arah adiknya.Menggeleng kepala Ku Marina melihat telatah anaknya yang dua orang itu.

Disaat malam menjelma,Hana sudah gelabah semacam.Dia memandang tingkap yang sudah tertutup itu,dia teringat kembali kata Nenda petang tadi.Bunyi pintu di kuak dilihatnya Syafiq Mikail yang memakai kain pelekat.
"Yang kau ni gelabah semacam kenapa?"sapa Syafiq Mikail dia sudah baring di atas katil manakala Hana masih lagi duduk.
"Err,takde apa-apalah"balas Hana,dia sudah baring di atas katil yang sama.Hana cuba melelapkan matanya tapi dia tidak mampu,dia memandamg sebelah dilihatnya Syafiq Mikail sudah terlena.
'Untunglah boleh tidur aku ni daripada tadi tak boleh'ucap Hana dalam hati.
"Kreek,kreek"bunyi semak di tepi rumah berbunyi,Hana sudah cuak dia menghampiri Syafiq Mikail dan disembamkan mukanya di dada Syafiq Mikail.Syafiq Mikail terjaga dari lena saat merasakan dadanya dihempap sesuatu yang berat,terperanjat dia melihat Hana yang menghempap dadanya.
"Hana,kau kenapa ni?kau okay ke?"soal Syafiq Mikail,dia cuba menarik wajah Hana supaya memandangnya namun isterinya itu mengeraskan badan tidak mahu dilepaskan.
"Jangan lepaskan saya,please.Saya takut"rayu Hana,dia memeluk Syafiq Mikail kejap.
"Shhh,kau tidur je ok.Aku tak lepaskan kau"lembut nada yang dituturkan Syafiq Mikail,dia mengusap kepala Hana lalu dikucup cuba memberikan sedikit kekuatan dan mereka tertidur dengan posisi berpelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience