BAB 21

Romance Series 10778

BAB 21
   "Assalamualaikum Mama,Hana ni!"laung Hana dari depan lalu dia melangkah ke arah dapur di mana ibunya sedang sibuk membuat kek untuk pelanggan ialah bisnes online lah katakan.
   "Waalaikummussalam,lah Hana rupanya.Amboi bawa bekal segala ni nak buat apa?"tanya Puan Sri Hafizah mixer yang sedang mengadun itu ditutup.
   "Nak makan dengan mamalah"balas Hana dia melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan.
   "Aikk,suami kamu outstation ke?"soal Puan Sri Hafizah pelik.
   "Taklah cuma malam ni dia tak balik makan sebab itulah Hana datang nak ajak mama makan sama-sama"beritahu Hana,dia mengambil pinggan dan meletakkan lauk yang dimasaknya dirumah tadi.
   "Oh patutlah kalau tak mesti berkepit je dengan hubby dia"sakat Puan Sri Hafizah.
   "Ma,cubalah rasa udang ni.Sedap ke tak?"arah Hana dia mengambil pinggan dan disua ke arah Puan Sri Hafizah.
   "Hmm,not bad"komen Puan Sri Hafizah.Hana sudah tersenyum lega manalah tahu terlebih masin ke manis ke.
   "Kalau macam tu oklah.Jomlah ma, makan kejap lagi boleh sambung buat"dia menarik lengan Puan Sri Hafizah.
   "Sabarlah lagi sikit je ni"sangkal Puan Sri Hafizah itulah kebiasaannya dia takkan buat kerja lain selagi kerja yang ini belum disiapkan.
   "Kalau macam tu biarlah Hana tolong.Nak buat apa lagi?"Puan Sri Hafizah berfikir sejenak.
   "Ha,apa kata kamu tolong Mama hantarkan kek tu dekat pelanggan.Pak Abu kena hantar papa pergi meeting,nasiblah kamu ada kalau tak si Husna itulah yang kena"beritahu Puan Sri Hafizah dia menunding jari ke arah kek yang sudah siap dibungkus.
   "Itu aje,small matter"kata Hana riak seketika,Puan Sri Hafizah hanya menggeleng mendengar bicara anaknya.

Najla termenung sendirian,dia memikirkan kembali apa yang dibuatnya ini betul ataupun salah.Dia teringat kembali perbualannya dengan Shark malam semalam.
   "Kau tak rasa apa yang kau buat ni akan makan diri kau balik?"soal Shark.Najla yang sedang bermain IPhone itu terhenti seketika dia memandang Shark dengan dahi yang berkerut.
   "Aku tak faham apa yang kau cakap ni?Apa maksud kau?"soal Najla.
   "Maksud aku kau tak rasa ke dendam kau dekat Syafiq tu sia-sia,ialah kalau kau buat something dekat dia takkan kembalikan kau punya family kan?So mengikut pandangan aku lebih baik kau lupakan saja niat kau tu"nasihat Shark,Najla menjeling Shark di hadapannya.
   "Huh,kau tak payah nak buat baik sangatlah.Ya,memang kalau aku balas dendam aku takkan dapat kembalikan orang yang aku sayang but aku puas sebab dapat tengok dia menderita sama macam apa yang dia buat kat aku.Selagi dendam tu tak terbayar selama itulah aku takkan biarkan keluarga dia aman"balas Najla dengan dendam yang semakin menebal di dalam hati.
   "Aku cuma nasihatkan kau,aku sedar aku pun sama je macam kau.Takpelah,kalau kau rasa itu yang terbaik it's up to you."ucap Shark malas,susah cakap dengan orang yang keras hati seperti ini.
   "Aku ada benda nak suruh kau buat"kata Najla dia tersenyum memikirkan idea jahatnya.Dia berbisik dan Shark hanya mengikuti arahannya.Najla tersedar dari lamunan apabila mendengar bunyi loceng rumahnya berbunyi dia menghampiri pintu dan terjegul wajah yang tidak disangka-sangka.Dia tersenyum apabila mengenangkan idea jahat yang sudah terangka di akal fikiran.
   "Eh Hana,tak sangka rupanya you yang hantar kek I.Masuklah"sapa Najla mukanya di maniskan.
   "Hai Cik Najla,ni kek coklat moist yang Cik nak.Takpelah saya nak balik dulu ada banyak kerja yang nak dibuat kat rumah"balas Hana dia menghulurkan kotak kek itu kepada Najla.
   "Alah sekejap saja,lagipun I ada benda nak tanya dengan you.Please ten minutes je"rayu Najla dan Hana hanya mengikuti.
   "Awak sihat Hana?"tanya Najla  memacah tembok kesunyian antara mereka.
   "Alhamdulillah Cik Najla,saya sihat"balas Hana cuba tersenyum walaupun nampak hambar disitu.
   "Since bila you buka busines meniaga kek ni?"tanya Najla lagi sambil mulutnya sibuk mengunyah cebisan kek coklat itu.
   "Eh bukan saya yang meniaga tapi mama saya,tadi tu dia just mintak tolong saya hantarkan saja"balas Hana,Najla hanya mengangguk.Bunyi enjin kereta diluar Hana dan Najla memandang ke arah luar dan saat itu hatinya bagai ditikam dengan pedang samurai.

Syafiq Mikail terperanjat seketika,dia tidak menyangka bahawa Hana akan berada di rumah Najla pasti sekarang ini wanita itu sedang berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya.
   "Hey sayang,thanks datang rumah I walaupun you busy"sapa Najla dengan muka ceria,dia memeluk lengan Syafiq Mikail,Hana yang memandang hanya menonjolkan reaksi tidak ambil kisah tentang hal itu tapi dalam hati mahu sahaja dia meletup.
   "Ada apa you suruh I datang?"tanya Syafiq Mikail dengan nada mendatar.
   "Lah,takkan you tak biasa kot.Kita kan selalu makan sama-sama waktu lunch macam ni"dengan nada meleret Najla berkata.
   'oh patutlah tak nak balik makan dekat rumah rupanya selalu dengan perempuan rambut karat ni'kata hati Hana.
   "Cik Najla saya balik dulu,tak nak mengganggu Cik dengan your love"Ucap Hana,dia melangkah menuju ke kereta Alza nya tanpa sedar air mata menitik di wajahnya.Syafiq Mikail sudah merasa serba salah yang teramat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience