BAB 13

Romance Series 10778

BAB 13
Hana menghidangkan nasi ayam yang telah siap di atas meja.Mak Leha pula sedang membancuh air sunquick untuk hidangan makan malam mereka sebentar sahaja lagi.
   "Ada apa-apa lagi tak yang Hana boleh tolong"Soal Hana kepada Mak Leha yang sedang merasa air bancuhannya tadi.
   "Kamu ambil cawan dekat dalam rak lepastu lapkan"beritahu Mak Leha,dia senang sekali melihat perangai isteri Syafiq Mikail sudahlah cantik ringan tulang pula tu memang untung suaminya itu tapi kalau tak dihargai lagi tidak tahulah nak cakap macam mana.
   "Wah,semerbak bau nasi ayam sampai ke atas."sapa Syafiq Mikail dia melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan,terliur dia melihat makanan kegemarannya.Baru sahaja dia mahu mencapai seketul ayam tangannya di tepuk.
   "Tak reti sabar ke?Tunggulah Daddy dulu. Kot ye pun lapar tengoklah kiri kanan dulu"bebel Hana,jelingan tajam yang diberikan langsung tak diendahkan.
   "Hmm, yelah 'mak cik' tak habis-habis nak membebel memang malanglah siapa yang jadi laki kau"ucapnya sinis tapi adahkah Syafiq Mikail sudah lupa daratan,Datin Mawar tersenyum,gaduh-gaduh manja saja tu.
   "Ok,memang malang pun nasib 'suami' saya tu. Yelah, dahlah kena kejar lembu dan yang paling teruk sekali buah kelapa pun hempap atas kepala"kata Hana dia tersenyum mengejek saat melihat wajah Syafiq Mikail yang sedang berfikir itu dan lima saat kemudian barulah dia sedar dan automatik mukanya memerah.
   "Ha?Kenapa boleh kena kejar lembu dengan hempap buah kelapa tu? Syafiq, Hana?"sampuk Datin Mawar terperanjat dia mendengar bicara menantunya tadi.Syafiq Mikail menjegil mata ke arah Hana,isyarat supaya tidak memberitahu Mommy tentang hal itu.
   "Itulah Mommy orang baik memang macam tu.Pandai sangat pergi baling anak lembu dengan kayu mengamuklah lembu tu."terdengar saja cerita menantunya itu Datin Mawar sudah tersenyum,ingatkan dia nak marah Hana sebab buat anak dia sampai macam tu rupanya disokong lagi sebab Syafiq Mikail memang tak pernah buat kerja-kerja orang kampung macam tu.
   "Ish,Mommy ni bukannya nak bela anak sendiri tapi membuli pula.Mentang-mentanglah dapat menantu sekepala bukan main lagi"luah Syafiq Mikail tidak puas hati.
   "Amboi meriah dapur!"tegur satu suara dan Hana merasa pelik seketika. Apa Kak Syira buat kat sini. Jangan-jangan.
   "Eh,Syira masuklah.Ajak anak kamu tu duduk. Mommy nak panggil Daddy kat atas"kata Datin Mawar ceria. Dan Hana seperti mahu pengsan sebaik sahaja mengetahui bahawa Kak Syira ini rupanya Kakak kepada Syafiq Mikail.
   "Eh, Aunty Hana. Amani rindu Aunty Hana dah lama Aunty tak datang rumah Amani"suara si kecil Amani berlari dan memeluk Hana. Syafiq Mikail terkedu seketika,
   'Macam mana Amani boleh kenal Hana? Macam ada benda tak kena je ni'tanya hatinya sendiri.
   "Aunty pun rindu Amani. Nanti kita pergi taman lagi tau"kata Hana ceria lalu mendukung tubuh si kecil Amani.
   "Aishh,bukan Aunty lah Amani tapi Mak Su"sangkal Kak Syira lalu mengambil Amani dari dukungan Hana.
   "Mak su! Yeay Aunty Hana jadi Mak Su Amani"jerit Amani ceria.
   "Hana lepasni dah tak payah kerja lagi tau sebab akak dah cari babysitter baru untuk Amani. Yelah, Hana kan dah kahwin sekarang so akak tak nak menganggu"buat kali yang kedua,Syafiq Mikail terkejut apabila mengetahui bahawa isterinya ini pernah menjadi penjaga kepada anak saudara nya sendiri. Dia rasa terkilan kerana tiada salah seorang pun yang memberitahunya.
   "Hmm,dah kalau akak cakap macam tu nak buat macam mana. Nasiblah saya ni dinaikkan pangkat daripada babysitter kepada mak su"Kak Syira hanya tersenyum sahaja. Dia sebenarnya keliru dengan air muka adiknya yang tiba-tiba menjadi keruh itu, Hana juga dapat melihat perubahan ketara pada suaminya.Turun sahaja Dato Syauqi mereka terus menikmati makan malam dengan berselera kecuali Syafiq Mikail walaupun itu makanan kegemarannya.

Hana memasuki butik Kak Hani,bukannya dia nak datang sangat kalau tak kerana Mommy nya yang suruh haruslah diikut kan.
   "Hey,My little girl.Mana Encik suami?datang sini ada apa?"sapa Kak Hani, Hana menghampirinya dan menghulurkan salam.
   "Encik Suami macam biasalah dekat pejabat waktu macam ni.Takkan nak makan pulak, mestilah nak beli baju."jawab Hana,dia duduk di atas kerusi empuk.Kak Hani menggeleng kepala mendengar jawapan balas adiknya,asyik sinis je dari dulu.
   "Hmm,ni yang akak suka ni! Yelah mana pernah kau nak sentuh or pakai hasil kerja akak kan?so sekarang tell me kau nak baju fesyen apa?"tanya Kak Hani.Ewah!tiba-tiba saja bersemangat nak buat kerja.
   "Alah, akak bukan tak kenal Hana ni bukannya suka fesyen-fesyen ni.Kalau akak rasa sesuai,Hana ok je"bukannya apa dia cuma tiada mood saja nak membeli belah ni.Yelah tadi dia kena marah dengan Syafiq Mikail sampai ke sini pun dia masih terfikir apakah salahnya.
   "Ish, kau ni adik peliklah hari ni. Ok kalau macam tu aku bagi baju dress labuh keluaran terbaru tau.Warna?kau nak warna apa"Kak Hani mengambil baju yang dikatakannya tadi dan ditunjukkan kepada Hana.Hana terpegun melihat kecantikan baju itu.
   "Royal blue,adik rasa warna tu lawa"jawab Hana,dia melihat kakaknya mengeluarkan baju yang sama tapi berlainan warna.
   "Cuba try,akak nak sesuaikan dengan warna tudung"arah Kak Hani,dengan langkah perlahan Hana pergi ke fitting room.Kak Hani terpegun melihat kecantikan adiknya yang kian terserlah apabila memakai baju tadi.
   "Wah,you look so beautiful in the dress."puking Kak Hani,dia mengambil tudung shawl berwarna biru tetapi dengan rona yang lebih terang dan diberikan kepada Hana.
   "Kalau kau pakai ni depan Syafiq,akak yakin dia akan terpaku dengan kecantikan kau."Hana hanya tersenyum hambar,dia tak rasa apa yang dikatakan kakaknya akan menjadi realiti.
   "Memandangkan baju ni dah ok,so Hana belilah.How much?"Dia mengeluarkan purse dari dalam beg tangannya dan mahu mengeluarkan duit.
   "Tak payah bayar,akak bagi free je. Lagipun masa kahwin adik dulu akak tak bagi lagi so anggaplah ni hadiah"kata Kak Hani. Dia tersenyum lalu menyalami kakaknya dan melangkah keluar dari butik tersebut.

Syafiq Mikail termenung. Dia teringat kembali kata-kata Mommy yang menyebabkan dia menjadi dingin dengan Hana tadi.
   "Mommy, boleh tak kalau Fiq nak tanya Mommy sesuatu?"sapa Syafiq Mikail,dia melabuhkan punggung di kerusi berhampiran Mommy nya.
   "Hmm, tanyalah"Datin Mawar merenung anak bongsunya, melihat wajah itu dia tahu pasti ada perbincangan serius.
   "Yang fasal Mommy tahu yang Fiq ni playboy siapa yang beritahu?"soal Syafiq Mikail,dia berharap sangat yang Mommy nya akan bercerita perkara yang benar.
   "Kenapa kamu nak tahu?"berkerut dahinya apabila mendengar soalan dari anaknya.
   "Bukan apa,Mommy.Syafiq cuma tak nak Hana tahu fasal masa silam Fiq.Please,Mommy tell me the truth"dia memegang tangan Datin Mawar berharap dengan cara ini dapat membuka mulut Mommy nya.
   "Kakak Syira kamu yang beritahu.Dari mana dia tahu Mommy tak tahu"balas Datin Mawar, ada riak tak puas hati di wajah anaknya itu.
   "Thanks,sebab beritahu"Dia beredar meninggalkan Datin Mawar.Pintu diketuk mematikan lamunannya dari peristiwa semalam. Terjegul wajah Dato Syauqi di sebalik daun pintu.
   "Eh,Daddy masuklah"sapa Syafiq Mikail,Dato Syauqi melabuhkan punggung di kerusi lalu meletakkan segugus kunci di atas meja.Syafiq Mikail kurang mengerti dengan kunci yang diletakkan di atas mejanya.
   "Ambil lah, tu kunci rumah kamu dengan Hana.Daddy dengan Mommy hadiahkan. Esok kamu bawaklah dia masuk rumah tu."beritahu Dato Syauqi,ternyata Syafiq Mikail terkejut dengan apa yang didengarinya.
   "Thanks,daddy.Buat susah je,Fiq baru je terfikir nak beli rumah tapi bila Daddy dah bagi ni. Ambil sajalah"tersenyum Dato Syauqi mendengar jawapan balas anaknya.
   "Macam mana hidup bila dah kahwin? Seronok?"soal Dato Syauqi. Terkelu lidah Syafiq Mikail nak menjawab.
   "Seronok memang seronok. Cuma lepas ni banyaklah tanggungjawab yang nak dipikul."jawapan balas yang sangat tak ketara dengan apa yang dirasai oleh hati.
   "Hmm, memanglah jadi suami ni banyak tanggungjawab nya.Nanti kalau dah ada anak lagilah kamu kena lebih jadi seorang yang tegas supaya dapat disiplinkan anak tu"pesan Dato Syauqi,Syafiq Mikail hanya mengangguk.
   "Hmm, oklah dah pukul satu ni Daddy nak balik rumah. Perut dah berbunyi ni"Ucap Dato Syauqi, anaknya bersalaman dengannya dan dia melangkah keluar dari pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience