BAB 33

Romance Series 10778

Doktor Zahila melepaskan lelahnya ialah daripada tadi pesakit memerlukan khidmat rawatannya selama sejam juga dia bertungkus-lumus merawat pesakit.Pintu biliknya diketuk dia memberi arahan supaya orang yang mahu berjumpanya itu masuk dan ternyata orang itu ialah Nurse Aqila dengan sejambak bunga ros merah segar di tanggannya pelik Doktor Zahila lagi-lagi melihat senyuman yang terukir di wajah gadis itu.Bunga yang dipegangan tadi diletakkan di atas meja.
   "Bunga ni untuk saya ke?"soal Doktor Zahila dengan kerutan di dahi.
   "Ialah Doktor Ila,untungnya baru seminggu masuk kerja dah ada secret admirer"usik Aqilah sambil tersenyum mengusik,Zahila hanya ketawa sahaja.Dia mencapai bunga yang diberikan tadi dan melihatnya.
   "Oklah Doktor Ila saya pergi dulu.Jangan dibuang pula bunga tu mahal harganya"seloroh Aqilah dan melangkah meninggalkan Zahila yang masih ragu-ragu.Disebalik bunga itu ada satu kad yang berwarna merah dan berbentuk hati dengan debaran yang memuncak di dada dia membuka kad itu dan alangkah terkejutnya melihat isi surat itu.
   Dahulu bila melihat wajahmu
   Tiada rasa getaran cinta itu
   Tapi bila kau tiada disisiku
   Aku rasa rindu mahu menatap wajahmu

   Your love - MR SHY

Dia terfikir sendiri siapakah gerangan Encik Pemalu ini.Jujur dia rasa terharu tapi dalam masa yang sama dia rasa mahu tergelak kenapalah ayat yang diterimanya terlalu jiwang.Dia mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan tepat pukul lapan malam,dia bingkas bangun dan memasukkan bunga itu ke dalam beg tangan dan melangkah keluar dari hospital itu.Tepat pukul lapan setengah malam dia sampai di hadapan rumah neneknya.Matanya tertacap kepada kereta Alza di halaman rumah ini.
   'macam kenal je kereta ni?Kereta siapa aae?'fikir Zahila sendiri,dia melangkah keluar dari kereta dan memasuki rumah.Baru sahaja dia mahu menutup pintu suara seseorang yang seperti dikenalinya.Dia menoleh dan wajah Hana menjadi santapan mata,oleh kerana teruja pintu tidak ditutupnya malahan dia dengan teruja memeluk Hana dengan erat.
   "Hana,I miss you beb.Kenapa tak cakap dengan aku nak balik sini?Buat terkejut je tahu tak"sapa Zahila dan melepaskan pelukan mesra berikut.
   "Aku pun tak expect nak balik sini.Kau bukannya tak kenal aku yang suka sangat buat kejutan ni"balas Hana ceria inilah rakannya saat dia sedang berduka.
   "By the way,kau balik seorang ke?Aku tak nampak pun laki kau?"soalan daripada Zahila itu membuatkan kali kedua Hana terkelu.
   "Amboi anak dara seorang ni dah balik tak reti nak tutup pintu,dah malam ni Cik Ila oi"suara Nek Mah yang sedang menghampiri mereka membuatkan Hana terselamat dari soalan maut ialah dengan orang lain boleh lagi dibohongi tapi kalau Zahila ni payah sedikit sebab dia pandai cam reaksi wajah Hana sekiranya menipu.Selesai sahaja menutup pintu Zahila mahu bertanya soalan yang sama dengan pantas Hana menariknya supaya turut serta ke dapur dengan mengumpan makanan kegemaran si Zahila itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience