BAB 19

Romance Series 10778

BAB 20
Hana keluar daripada biliknya,saat itu Hana terlihat Syafiq Mikail yang memakai baju sukan berwarna biru.
   'Hmm,nak pergi joging lah tu'kata Hana sendiri.
   "Eh,kau kenapa pandang aku macam tu?"sapa Syafiq Mikail, dia mengambil kasut sukan Nike hitam putih dan disarungkan dikaki.
   "Awak nak pergi joging aae?Err..."kata Hana,sebenarnya dia ada benda yang mahu dibicarakan tapi tak tekeluar pula dibibirnya.
   "Yelah,takkan aku nak menari dekat tengah taman tu pulak kan.Yang kau ni tergagap ni kenapa?"dia memandang Hana yang seperti sedang kegelisahan itu.
   "Err..kalau saya ikut awak pergi joging boleh tak?"tanya Hana dalam nada yang tersekat.
   "Lah,kau nak ikut je pun.Nak ikut ikutlah tapi kau jangan nak lambat kalau lambat aku tinggal"balas Syafiq Mikail,Hana yang mendengarnya terus berlari menaiki tangga.Syafiq Mikail hanya tersenyum melihat gelagat Hana yang seperti kanak-kanak ribena itu.

Sudah 30 minit mereka berjoging mengelilingi taman persekitaran rumah banglo itu.Hana membongkokkan badannya dan meletak tangannya dipinggang.
   "Awak stoplah dulu,saya penat ni!"jerit Hana kerana Syafiq Mikail berada berapa meter di depannya.
   "Ish inilah aku malas nak ajak kau,baru 30 minit joging dah penat.Kalau kau penat kau tunggu je sini kejap lagi aku datang bila dah habis joging.Kalau kau takde kat sini nanti siap kau"ucap Syafiq Mikail namun Hana bukannya ambil endah yang dia tahu dia perlukan rehat sekarang ini lututnya rasa macam dah nak tercabut.Lima minit menunggu Hana sudah panas punggung,dahlah tempat yang didudukinya ini sudah terkena cahaya matahari boleh terbakar kulit dia jadinya.
   "Ha,apa kata aku balik je rumah dulu.Tapi tak dosa ke ingkar cakap suami,alah nanti dia balik aku masakkanlah dia makanan kegemaran dia.Mesti dia ok punya"Fikir Hana sendiri,akhirnya dia bangun dari atas batu yang didudukinya dia terus berjalan dengan kaki yang terencut-encut.Tiba-tiba Hana mendengar suara anjing yang seperti berhampiran dengannya dia memandang belakang dan saat itu dia rasakan nyawanya seperti di hujung tanduk.Dia berlari tanpa menghiraukan kakinya yang sakit itu yang dia tahu dia mahu cepat selamatkan diri,timbul sesalan dalam hati kerana ingkar arahan suaminya kalau dia dengar cakap Syafiq Mikail pasti tidak berlaku semua ini nak buat macam mana benda pun dah terjadi.Dia terpandang satu tembok yang sederhana tinggi dia berlari untuk menaiki tembok itu.Dia memejamkan mata dan memanjat tembok itu nasiblah juga dia pernah menyertai kem di tempat askar sewaktu zaman sekolah dahulu.Dia lega saat tubuhnya berjaya sampai di atas tembok itu.
   "Aung,aung,aung"salak anjing itu,Hana dah menangis teresak-esak apabila anjing itu cuba memanjat tembok itu.
   "Syafiq tolong saya!"jerit Hana mukanya ditekupkan ke lutut.Dia terdengar bunyi orang yang menghalau anjing itu rupanya orang itu ialah suaminya,Syafiq Mikail membaling batu ke arah anjing itu dan anjing itu bertempiaran lari.
   "Aishh,kau ni degil lah.Kalau kena gigit dengan anjing tadi macam mana?Apa aku nak cakap dekat Mama dengan Mommy?Kau ni kalau tak buat orang risau tak bolehkan?"marah Syafiq Mikail sambil bercekak pinggang.Bibir Hana sudah mencebik,Syafiq Mikail dan bebelan tidak pernah dipisahkan.
   "Awak..boleh tolong tak?"tanya Hana lembut,bukannya niat nak bermanja tapi taktik nak meminta tolong saat suaminya itu sedang dilanda angin monsun tengah.
   "Nak minta tolong aku panggilkan anjing tu ke?kalau nak aku boleh je biar Mommy tengok menantu kesayangan dia ni tinggal tulang je"kata Syafiq Mikail sinis.
   "Bukan yang tu,saya nak minta tolong turunkan saya.Saya takut"rayu Hana,tolonglah dia tiada masa nak bertikam lidah sewaktu darurat macam ini.
   "Tahu pulak takut masa buat tu tak fikir."sambil berjalan sempat lagi membebel.Hana yang dikendongan hanya menahan telinga sahaja dia sedar itu salah dia.

Syafiq Mikail meletakkan Hana yang dikendongan ke atas sofa,Hana memegang kakinya yang kelihatan bengkak itu.Dia meraung kesakitan.
   "Dah tahu sakit yang kau pergi pegang tu kenapa?lepastu buatlah terjerit-jerit macam orang gila.Kau tunggu sini biar aku ambil ubat dekat atas,aku tengok kau pegang lagi bengkak tu aku patahkan kaki kau"amaran Syafiq Mikail dia terus memasuki bilik untuk mengambil peti kecemasan.Dia kembali semula dengan membawa satu minyak angin.
   "Kaki kau bawak sini biar aku letakkan minyak"arah Syafiq Mikail.Hana menurut tidak berani membatah karang tak fasal-fasal dapat penampar percuma.Saat tangan kasar itu menyentuh tempat bengkak di kakinya,Hana meraung kesakitan.
   "Hana tahanlah sikit,aku buat perlahan je ni"pujuk Syafiq Mikail dia terus mengurut kaki mulus itu,dan beberapa minit kemudian Hana tertidur dengan kakinya diletakkan di atas peha Syafiq Mikail.

Seminggu sudah berlalu,hubungan Hana dan Syafiq Mikail juga sudah mula baik tiada lagi peperangan dingin antara mereka cuma kadang-kadang gaduh fasal hal kecil itu biasalah.Hana menutup bekalan makanan yang telah diisikan udang masak sambal di dalamnya,Hana berhasrat mahu berkunjung ke rumah mamanya maklumlah Syafiq Mikail sudah memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak akan balik makan malam hari ini kerana ada makan malam dengan kliennya.Hana mengambil kunci kereta perodua Alza nya lalu mengunci pintu dan bergerak menuju ke destinasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience