BAB 15

Romance Series 10778

BAB 15
Syafiq Mikail memasuki biliknya,dia menjeling Hana yang sedang memandangnya.Hana mengeluh,sampai bila lah suaminya ini nak meneruskan perang dingin ini
   "Kemas semua barang kau"arah Syafiq Mikail,dia membuka almari pakaian dan meletakkan di atas katil sebelum dilipat dan dimasukkan ke dalam bagasi.
   "Nak kemas beg? Nak pergi mana pula?"soal Hana,dia sudah berangan-angan yang Syafiq Mikail mahu membawa nya pulang ke kampung.
   "Kau tak payah banyak tanya boleh tak?Ikut jelah,kau lambat aku buat something kat kau"ugut Syafiq Mikail,dengan persoalan yang menjengah pemikiran Hana mengemas bajunya.
   "Eh, nak pergi mana berbeg bagai ni?"sapa Datin Mawar,dia terkejut juga melihat anak dan menantunya membawa beg besar.
   "Nak pindah rumah,lagipun Daddy yang suruh Fiq masuk rumah tu hari ni"balas Syafiq Mikail,Hana rasa terkilan kerana lelaki ini langsung tidak memberitahunya tentang hal itu.
   "Betul ke ni Abang?"mata Datin Mawar terarah ke Dato Syauqi,dia hanya mengangguk mengiyakan apa yang anaknya katakan.
   "Alah, kenapa cepat sangat?Mommy belum puas bermanja dengan Hana lagi"keluh Datin Mawar,Hana menghampiri ibu mertua nya disalam dan dipeluk dengan erat.
   "Hana janji dengan Mommy kalau cuti je Hana balik sini"Datin Mawar hanya mengangguk,habis sahaja sesi bersalaman Hana dan Syafiq pun pergi ke rumah baharu mereka.

   "Wah,besar gila rumah ni!"Hana teruja sebaik sahaja melihat rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah di hadapannya.
   "Dah-dah tak payah nak excited sangat.Pergi angkat beg kau tu!"arah Syafiq Mikail, dia hanya membiarkan Hana mengambil beg yang berat tanpa ada tanda-tanda mahu menolong.Masuk sahaja di dalam rumah itu Hana sudah terkejut sakan,dekorasi rumah itu sangat cantik lagi-lagi dinding yang dicat warna kegemarannya,biru.
   "Dah cepat ikut aku tengok bilik"Hana terus mengikuti langkah Syafiq Mikail yang jauh di depan.Dia memberhentikan Hana di depan sebuah bilik.
   "Ni bilik kau,bilik aku dekat sebelah ni saja."kata Syafiq Mikail,lalu dia menuju ke bilik yang bersebelahan bilik Hana,Hana tersenyum dapatlah dia tidur dengan tenang tanpa ada gangguan dari sesiapa.Biliknya di hiasi dengan katil king size dengan wallpaper yang berwarna pink dan biru terdapat juga bilik air di satu sudut bilik,Hana membuka tingkap dan sliding door yang boleh melihatkan dia ke arah balkoni bilik,dari atas dia boleh melihat kolam renang sederhana besar.
   'Uishh,sanggup Daddy beli rumah mahal-mahal untuk anak dia tu'katanya sendiri,bunyi ketukan di pintu,dia sudah agak yang itu adalah Syafiq Mikail.Dia membuka pintu dan terjegul wajah Syafiq Mikail yang dingin itu.
   "Ya,awak nak apa?"soal Hana.
   "Siap cepat,lepastu ikut aku pergi beli barang dapur"arah Syafiq Mikail baru sahaja Hana mahu menutup pintu dia bersuara lagi.
   "Kalau kau lambat aku tinggal,biar malam ni kau kebulur tak makan"ugut Syafiq Mikail,Hana menjeling.Tak habis-habis nak ugut orang.

   "Macam mana Shark? Ada apa-apa info fasal diorang?"soal Najla kepada orang suruhannya.
   "Ada,mereka baru pindah rumah.Ini alamatnya"Shark menghulurkan alamat di mana rumah orang yang dikehendaki ada di situ.
   "Ok good.Aku nak kau ekori diorang berdua,aku pula akan cuba dapatkan semula Syafiq Mikail"kata Najla,dia mengeluarkan sampul surat warna coklat kepada Shark.
   "Ni payment kau untuk bulan ni. Kalau kau buat kerja bagus aku akan bagi lebih"Najla terus berjalan meninggalkan Shark dia tidak mahu plan jahatnya diketahui orang lain.

Hana dan Syafiq Mikail menuju ke ruangan yang ditempatkan makanan sejuk beku,tiba-tiba mereka ditegur seseorang.
   "Ni Syafiq Mikail ke?"sapa lelaki itu,Hana dan Syafiq Mikail memandang lelaki itu lalu Syafiq Mikail terus sahaja menepuk bahu lelaki itu setelah mengetahui gerangan yang menegurnya.
   "Eh,bro dah lama tak jumpa kau.Apa khabar?Sihat"soal Syafiq Mikail,Hana disebelah hanya memandang lalu tersenyum sedikit.
   "Alhamdulillah sihat.Sorrylah beb sebab tak dapat datang wedding kau hari tu,by the way ni bini kau ke?"lelaki yang bernama Ryan itu tersenyum memandang Hana,saat Syafiq Mikail merasakan yang kawannya itu tersenyum gatal ke arah Hana dia terus merangkul pinggang Hana cuba menunjukkan kemesraan.
   "Eh takpe,oklah Ryan nanti ada masa kita jumpa lagi.Jom sayang"pamit Syafiq Mikail.Hana pula pelik melihat perubahan suaminya itu.
   'Eh apasal pelik sangat perangai dia hari ni?'tanya hatinya sendiri,tapi sebenarnya dia gembira apabila dilakukan seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience