BAB 24

Romance Series 10778

BAB 24
Kereta yang dipandu Syafiq Mikail diberhentikan di hadapan sebuah rumah yang berkonsepkan tradisional.Datin Mawar menggosok matanya lalu memandang suasana sekeliling.
"Dah sampai ke Fiq?"tanya Datin Mawar tudung shawl yang dipakainya dibetulkan.
"Aah,Mommy"balas Syafiq Mikail dia membuka tali pinggang keledar.
"Hmm,kalau macam tu Mommy keluar dulu.Sebelum tu jangan lupa kejut Hana tu,nanti tertanya-tanya pula Nenda kamu tu"pesan Datin Mawar lalu keluar dari kereta.Hana yang sedang tidur pulas itu dipandang.Tanpa sedar dia memegang pipi mulus itu,dia tersenyum.Tiba-tiba Hana menggeliat dan menolak mukanya ke tepi.
"Dah sampai Kedah ke awak?"tanya Hana,dia memandang sekeliling.Syafiq Mikail berdehem cuba menutup debaran dadanya yang semakin menggila.
"Hmm,dah turunlah Mommy dah tunggu"balasnya lalu keluar dari perut kereta dia menarik lafaz lega.
'Fuh,nasib baik tak kantoi kalau tak apa yang aku nak jawab'kata hatinya sendiri sambil mengeluarkan bagasi dari dalam bonet.

Kedatangan Hana ke kampung Syafiq Mikail disambut baik oleh kesemua pihak keluarga terutamanya nenda Syafiq Mikail,Ku Marina.Wanita tua itu sangat ramah orangnya walaupun pertama kali berjumpa dengan Hana dia sudah menunjukkan kemesraan.
"Fiq,Hana mai lah masuk,panas kat luak tu.Hana buat ja macam rumah sendiri na"kata Ku Marina,Hana mengangguk lalu memasuki bilik yang ditunjukkan.Syafiq Mikail yang membawa bagasi dibelakang turut sama mengekori Hana dibelakang.Hana terpegun melihat dekorasi bilik yang indah itu walaupun kelihatan simple tapi tetap mengekalkan ciri-ciri moden.
"Lah,kau ni kalau ye pun lawa tengok bilik ni tolonglah aku angkat beg kau ni dahlah berat,sama macam tuan dia"sapa Syafiq Mikail,Hana meluaskan biji mata.
'What?Dia cakap aku ni gemuk!Tengoklah nanti aku kurus baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah'kata hati Hana,dia menghampiri Syafiq Mikail dan menarik beg roda itu dengan kasar.
"Mengada,orang cakap sikit je mulalah nak jeling-jeling.Lagipun apa yang aku cakap tu betul,dahlah pendek chubby pula tu."ejek Syafiq Mikail,Hana yang mendengarnya sudah mahu meletupkan gunung berapi.
"Huh,kira oklah saya ada yang isi,daripada awak tu cicak kobeng dahlah kurus takde isi pula tu"Hana membalas sambil ketawa mengejek.
"Wah,sebut fasal cicak aku rasa ada something yang boleh aku buat"cadang Syafiq Mikail,dia sudah membuat reaksi yang paling jahat yang pernah Hana jumpa.Syafiq Mikail mengambil getah yang ada di atas meja solek dan mencari sesuatu yang boleh dilastik,dan ternyata ada cicak di situ tanpa melepaskan peluang dia terus melastik cicak itu dan cicak itu terbaring dan melekat di atas lantai,Hana sudah menjerit sambil menangis.
"Awak!Please buang cicak tu saya geli"rayu Hana dia sudah berlari dan melompat-lompat di atas katil dek kerana takut melihat cicak itu seperti mahu menghampirinya.Syafiq Mikail tidak mengendahkan malah makin galak dia ketawa.
"Syafiq,Hana!Apa yang bising-bising ni.Ada apa-apa berlaku ke kat dalam?"tanya Ku Maria,dia yang sedang mengacau kuah lodeh itu terkocoh-kocoh ke depan apabila terdengar suara Hana menjerit.
"Takde apa Nenda,Hana ni takut cicak"balas Syafiq Mikail dari celah daunan pintu.
"Cicak?Nenda tahu ni mesti kamu yang buatkan?Kesian lah dekat bini kamu tu Syafiq oii.Nenda kira sampai tiga kalau tak Nenda tak masak lauk kegemaran kamu"ugut Ku Maria,mendengar saja kata ugutan itu Syafiq Mikail terus merengus.Dia menghampiri cicak itu dan dibuang ke luar tingkap.Hana menarik nafas lega,dia bersyukur kerana Nenda telah menyelamatkannya.Nasiblah Mommy dan Lydia takde kat sini kalau tak pasti kecoh satu rumah yang dia gelikan cicak.Sangat memalukan.

Akad nikah Ku Lydia Natasha dan pasangan nya Amar Amsyar sudah berlangsung tadi,alhamdulillah majlis akad nikah itu berjalan dengan jayanya.Kini sesi ahli keluarga untuk bergambar bersama kedua mempelai itu.Hana pada mulanya mahu mengelak dari bergambar,tapi Mommy dan Nenda berkeras menyuruhnya turut bergambar bersama mereka,Syafiq Mikail yang geram melihat kedegilan Hana itu dia terus menarik pinggang Hana dan dibawa ke tempat untuk mereka bergambar.
"Oh patutlah tak nak,nak tunggu Fiq rupanya"seloroh Lydia,dia tersenyum ke arah Hana yang tersenyum kelat itu.
"Ok one,two,three"kata jurukamera yang dijemput khas itu.Pinggang Hana ditarik rapat dan dia tersenyum gembira,seumpama mereka pula pengantin baru,Hana pula hanya mampu menahan degupan jantung yang ternyata sudah menggila.Jurukamera menunjukkan fota yang berjaya di ambil tadi.
"Amboi,sweetnya orang baju biru tu macam dia pula pengantin baru"ucap Ku Marina.Hana memandang bajunya dan kini barulah dia sedar ayat itu ditujukan padanya dan Syafiq.
"Ni semua salah awak,yang awak ni menggatal nak peluk sayalah apalah,kenapa?"tanya Hana dia sudah menunjukkan tanda protes mukanya kini sudah berbakul malu melihat senyuman dari Nenda,Mommy dan Lydia.
"alah aku bukannya menggatal dengan orang lain pun dengan isteri aku jugak kan?"kata Syafiq Mikail dengan senyuman yang cukup manis di mata Hana dan apabila lelaki itu sudah berlalu dari situ dia memegang dadanya cuba menenangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience