BAB 16

Romance Series 10778

BAB 16
Hari yang dinanti-nantikan menjelang tiba,Hana mengenakan baju yang diberikan Kak Hani tempoh hari,Syafiq Mikail pula memakai tuxedo berwarna biru.
   "Wah lawanya,menantu dengan anak Mommy ni!"puji Datin Mawar saat mereka berdua mahu turun dari tangga.Hana tersenyum malah Syafiq Mikail hanya beriak biasa sahaja mendengar pujian itu.
   "Mommy,Daddy mana?"soal Syafiq Mikail pada Mommy nya.
   "Daddy kamu pergi sana dulu,dia nak tengok persiapan majlis tu dah betul-betul siap atau pun belum."balas Datin Mawar,Syafiq Mikail hanya mengangguk.
   "Jomlah kita gerak,nanti lambat pula sampai sana"arah Syafiq Mikail lalu mereka pun menuju ke destinasi.

Hana duduk berseorangan di ruangan VIP ialah suaminya sedang dan bapa mertua nya sedang menyampaikan anugerah di atas pentas Datin Mawar pula meminta diri untuk ke tandas.Tiba-tiba seorang wanita yang memakai dress singkat bersama seorang lelaki menghampirinya,Hana cuba mengecam wajah wanita itu dan bila otaknya sudah berjaya mengenal pasti orang itu,dia tergamam.
   "Hai,you ni Najla kan?"sapa Hana,dilihatnya wajah Najla berubah riak dan dia terus melepaskan rangkulan dari lelaki di sebelahnya.
   "Hai,Puan Hana right?Oh tak sangka boleh jumpa you kat sini"balas Najla wajahnya cuba di maniskan bagi memantapkan sesi lakonan.
   "Ya.Eh why tak suruh your boyfreind duduk sekali?"tanya Hana,mungkin soalan itu berbaur busy body tapi apa yang dia kisah dia cuma mahu mendapatkan kepastian sahaja.
   "No,dia bukan boyfreind I,dia cuma manager I je"Hancur luluh hati Hana mendengarnya,maknanya makin tipis lah harapan untuk Syafiq Mikail melupakan wanita ini.
   "Sorrylah sebab I fikir dia boyfreind you tadi.Ok lah you duduk lah dulu,I nak pergi ladies kejap"pamit Hana dia menuju ke arah tandas.
Hana keluar dari tandas,dia menuju kembali di meja yang didudukinya.Datin Mawar sedang enak menjamu selera kek coklat di dalam pinggan.
   “Eh,Hana tak makan ke?Kalau nak pergilah ambil kat depan,rugi kalau tak makan jarang ni nak dapat”sapa Datin Mawar,Syafiq Mikail pula datang dengan membawa sepinggan Nasi Ayam.
   “Takpelah Mommy,nanti kalau Hana nak makan Hana ambil”balas Hana,entahlah dia tiada mood nak makan setelah berjumpa dengan Najla tadi,hatinya juga rasa tidak tenang.
   “Tapi kamu makan sikit saja kat rumah tadi,kamu tak lapar ke?”soal Datin Mawar,risau melihat anak menantunya ini yang seperti bersedih.
   “Hmm,yelah Hana ambil makanan jap”Hana bangun dari duduknya,baru sahaja dia mahu bangun dirasakan badannya sudah rebah di lantai,dia hanya mendengar sayup-sayup orang memanggil namanya dan selepas itu dia tidak tahu apa yang berlaku padanya.

Hana tersedar dari lena saat terbau bauan ubat dari dalam bilik itu,dia memerhatikan keadaan sekeliling,dia cuba mengingati apa yang berlaku padanya tadi.Bunyi pintu dikuak dari luar,terjegul wajah suaminya dengan satu mangkuk di tangan.
   "Ha,bangun pun.Ingatkan nak pesan sampai esok tadi"sapa Syafiq Mikail dia meletakkan mangkuk yang berisi bubur itu di atas meja.
   "Saya di mana ni? Macam mana saya boleh ada dekat sini?"tanya Hana,dia memegang kepalanya yang berdenyut menahan sakit.
   "Kau dekat hospital,kau pengsan semalam. Itulah orang cakap tak nak dengar,puas Mommy suruh kau makan tapi kau degil dah pengsan menyusahkan orang,dah tahu yang kau tu ada gastrik kenapa kau tak makan?"bebel Syafiq Mikail,terkejut Hana mendengar leteran suaminya itu.
   "Maaflah kalau saya ni menyusahkan awak.Dah pukul lapan ni mesti awak nak pergi pejabat kan?Takpe,awak tinggal je saya kat sini saya boleh lagi buat semua benda sendiri"balas Hana,Syafiq Mikail menggelengkan kepala,kena marah sikit merajuk.
   "Kau jangan nak mengada boleh tak?Nak buat-buat merajuk lah tu,kau ingat comel.Meh sini aku suapkan kau bubur."dia mengambil mangkuk bubur dan disuakan ke arah Hana,Hana enggan membuka mulut.
   "Takpelah, saya tak nak menyusahkan awak lagipun saya masih ada tangan nak suap sendiri."Tolak Hana,dia menolak tangan dan duduk dari pembaringan.
   "Sayangku Hana,kan aku dah cakap biar aku suap"lembut nada yang dituturkan dengan pakej senyuman sekali,Mahu pengsan Hana dibuatnya dengan jantung yang tak sekata Hana membuka mulutnya.
   "Pandai pun nak buka mulut!"ucap Syafiq Mikail,jelingan daripada Hana tidak diendahkan,disebabkan geram yang teramat dia mencubit lengan suaminya itu dan menjerit lah Syafiq Mikail di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience