BAB 9

Romance Series 10778

BAB 9
Syafiq Mikail kebosanan duduk sendiri, dia mengambil remote control di atas meja dia mengalih satu persatu siaran tapi tiada satu cerita pun menarik minatnya.Bunyi pintu bilik dikuak dilihatnya Hana memakai tudung bawal chiffon dan baju t-shirt seperti mahu pergi berjalan saja gayanya.
"Oii kau nak pergi mana?"soal Syafiq Mikail,Hana buat tidak tahu sahaja biar lelaki itu sedar apa kesalahan nya.
"Putri Hana Zaskya! Aku tanya kau ni nak pergi mana?"ulangnya lagi kali ini sedikit kuat.
"Lah ingatkan tak tahu nama saya tadi. Kesian mama letak nama sedap tapi sesedap bahasa saja panggil orang 'oii'.Saya nak pergi pantai depan tu je,kenapa awak nak ikut ke? "sindiran Hana mendapat jelingan dari Syafiq Mikail.
"Eee.. Perasan nama dia sedap. Aku nak ikut, bosanlah duduk sini"ucap Syafiq Mikail lalu mengambil kunci kereta nya.
"Oii Pak Cik,yang awak nak bawa kereta ni apasal? Awak tahu tak pantai tu kena lalu semak samun jalannya pun kecik je jalan kaki pun dah boleh sampai tiga minit saja"tegur Hana dilihatnya wajah Syafiq Mikail seperti sedang berfikir sesuatu.
"Kau nak pergi dekat hutan macam tu tak bahaya ke? Buat sekali kena culik ke? Kau jangan main-mainlah Hana"soal Syafiq Mikail,dia tidak boleh membayangkan apa yang dikata oleh Hana.
"Eh awak ni, saya dah biasa dengan tempat macam tu! Dahlah kalau rasa tak nak ikut takpe saya boleh pergi sendiri. Banyak songel betul!"Kata Hana lalu melangkah meninggalkan Syafiq Mikail yang masih bertimbang rasa sama ada mahu pergi ataupun tidak.

Putri Hana Zaskya dalam perjalanan menuju ke Pantai Sri Murni, dia seperti merasakan ada seseorang yang mengekori nya dari belakang.Bulu roma nya kelihatan mencanak naik.
'Mainan perasaan je tu'kata hatinya sendiri, sebenarnya nak menenangkan hati yang sedang ketakutan.Dan pada saat kakinya mahu melangkah tiba-tiba dia terdengar suara orang menjerit sambil berlari ke arahnya setelah mengetahui orang itu ialah Syafiq Mikail dia sudah terkejut beruk apabila melihat lelaki itu dikejar oleh seekor lembu.Dia mahu ketawa tapi apabila melihat wajah Syafiq Mikail yang cuak dan ketakutan itu tidak jadi dia hendak ketawa.Syafiq Mikail menarik tangan Hana dan dibawa lari bersama nasib sajalah lembu itu tidak perasan yang dia dan Hana berlari ke arah belakang pokok yang rimbun.
"Awak ikut saya aae? Padanmuka itulah siapa suruh sombong sangat kan dah kena kejar."Ucap Hana lalu duduk di pangkin yang terdapat di bawah pokok itu.
"Tak payah nak perasan sangatlah, tadi lembu tu masuk dalam kebun Tok Ayah, lepastu Tok Ayah suruh aku halaukan tapi tak tahu pulak yang lembu tu kejar aku"beritahu Syafiq Mikail dia turut melabuhkan punggung nya bersebelahan isterinya.
"Hahhahahaha, kelakar muka awak bila takut tadi.Itulah bajet kuat konon nak tolong Tok Ayah"ejek Hana sambil ketawa tak dihiraukan muka Syafiq Mikail yang memandang nya geram
"Eleh cakap orang dia pun sama lari takut cicak lepastu peluk orang. Tak malu"balas Syafiq Mikail membuatkan muka Hana memerah.
"Janganlah cakap, malulah! Malaslah layan awak ni lebih baik saya teruskan perjalanan pergi pantai"kata Hana lalu berjalan meninggalkan Syafiq Mikail yang sedang mengejarnya dibelakang.Hana melangkah jalan ke depan dengan laju entah dimana silapnya dia tersepak akar kayu dan mahu sahaja dia terjatuh namun ada tangan yang memaut pinggangnya, ternyata dia terkaku melihat wajah kacak Syafiq Mikail jantungnya berdetak laju dan wajahnya merona merah.
"Ish kau ni jalan tak reti nak hati-hati kalau takde orang selamat kan kau tadi macam mana tak fasal-fasal Mama tanya aku kenapa dengan anak dia ni.Aku nak jawab apa?"bebel Syafiq Mikail lalu melepaskan rangkulan dari pinggang isterinya.
"Sorrylah saya tak perasan tadi.By the way thanks selamat kan tadi"ucap Hana sambil membetulkan tudungnya yang kelihatan seperti senget itu.
"Ish kau ni macam-macam, tak payahlah pergi pantai dah nak dekat maghrib ni.Esok jelah pergi lagipun kau ni karang cuai lagi"arah Syafiq Mikail,muka Hana masa tu tak usah cakaplah dia sudah memasamkan muka dia teringin nak pergi pantai.
"Tapi saya teringin nak pergi dah lama tak jejak kaki kat pantai tu. Bolehlah"rayu Hana sambil membuat riak wajah comel.
"Hana,berdosa tau seorang isteri melawan arahan suaminya.Aku janji esok aku bawak kau pergi pantai. Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau"ucap Syafiq Farhan lembut, boleh cair hati wanita kalau mendengar nya.
"Ha.. O.. Ok tapi awak janji tau?"soal Hana minta kepastian.
"ye aku janji, dah jom balik"ajak Syafiq Mikail manakala Hana dibelakang,masih terkaku dengan apa yang berlaku.
'aku mimpi ke ni? Sejak bila dia pandai cakap lembut-lembut? Ah.. Lantaklah yang penting aku bahagia?eh apahal bahagia pula ish kau ni Hana pelik-pelik sajalah'ucap hatinya dia kemudiannya berlari anak mengejar Syafiq Mikail didepan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience