BAB 4

Romance Series 10778

BAB 4
Putri Hana Zaskya merenung bangunan pencakar langit milik SM HOLDING itu. Kad nama yang dipegangnya dibelek lagi sekali.
“Betullah sini, kali ni dia nak buat apa lantaklah”tekad hatinya.
Pintu utama SM HOLDING itu diterjah oleh Hana walaupun ramai mata yang memandangnya pelik dia tidak kisah hatinya kini teramat sakit dengan apa yang dilakukan lelaki itu terhadapnya.
“Saya nak jumpa Encik Syafiq Mikail”
“Encik Syafiq? CEO syarikat ni?”penyambut tetamu itu seperti tidak percaya apa yang didengarinya.
“Yelah, takkan nak jumpa mak cik cleaner pulak”jawab nya dingin.
“Cik naik tingkat 15.But saya tak pasti Cik dibenarkan masuk atau tak sebab dia takkan jumpa sesiapa tanpa appointment.”
“I don’t care,by the way thanks”
Hana melulu memasuki lif,butang ke tingkat 15 ditekan.Dia berjalan dengan selamba walaupun ada banyak mata yang melihat dan berbisik sesama sendiri. Tiba sahaja di depan pintu yang tertera nama lelaki itu, dia cepat memulas tombol pintu itu.
“Eh, cik jangan masuk”jerit wanita yang bertudung litup itu.Hana disitu mula rasa geram dan sakit hati.
“Saya nak jumpa dia jugak”Tegas Hana.
“Cik ada buat temujanji ke?”soal wanita iti, mungkin setiausaha kepada Syafiq Mikail.
“Takde”
“Kalau macam tu Cik tak boleh masuk sebab Encik Syafiq takkan jumpa sesiapa tanpa temujanji”
“Saya tetap nak jumpa dia jugak!”jerit Hana lalu merempuh bilik itu tanpa menghiraukan jeritan dari wanita itu.
Di dalam,Syafiq Mikail dan seorang pekerja sedang membincangkan tentang hal syarikat.Setiausaha tadi pun terus mendapatkan Syafiq.
“Saya dah halang dia tadi, tapi dia berkeras nak jumpa Encik Syafiq”beritahu wanita itu.
Syafiq Mikail memandang wajah Hana,lalu dia menyuruh agar pekerjanta itu tadi supaya keluar.
“Takpe Kak Rita,akak boleh keluar. Terima kasih”Ujar Syafiq Mikail lalu tersenyum.
Keluar sahaja Kak Rita dari bilik itu,Hana terus meluru ke arah Syafiq.
“Kenapa awak bawak gengster pergi rumah saya hah?”
“Betul lah, kau tak bayar duit tu kan semalam So aku pergilah rumah kau untuk tuntut duit tu”Syafiq Mikail membalas dengan tenang. Dia bersandar ke depan meja dan menghadap wajah Hana.
“Awak tahu tak disebabkan awak lah saya kena paksa kahwin dengan Mama saya! Awak ni memang jenis yang tak reti sabar ke semalam saya ada emergency sebab tu saya tak datang”beritahu Hana,kalau diikutkan mahu sahaja dia cekik wajah lelaki di hadapannya.
“Not my problem,siapa suruh kau mungkiri janji?By the way tak sangka yang kau ni rupanya anak orang kaya tapi sayang anak orang kaya tak mampu nak bayar duit”ucap Syafiq Mikail dan memandang wajah Hana yang merah padam itu.
“Ye memang saya anak orang kaya tapi saya bukan nya macam awak ni kerja nak menyusahkan mak bapak aje”Kata Hana lalu melangkah keluar dari pejabat Air mata nya yang meleleh dibiarkan semua golongan pejabat memandang Hana pelik.

Pada hari minggu ini Hana akan menemani Puan Syafia dan Amani pergi shopping sekali sekala berbelanja bukannya Hana ni yang jenis suka berbelanja pun.
“Hana tunggu sini dulu boleh? Akak nak bawa Amani pergi tandas”tanya Kak Syafia yang sedang menggendong Amani.
“Boleh,Hana tunggu kat dalam restoran tu lah kak”balas Hana pergi sahaja Kak Syafia dan Amani dia terus melangkah ke restoran McDonald’s yang berhampiran.Dia membuka aplikasi instagram nya saat itu dia terlihat Kak Amylina sedang bersiaran langsung dia pun melihat tiba-tiba matanya tertacap pada sebaris nama.Dia menaip nama itu di skrin Syafiq_Mikail dan diikutinya saja nak jadi pengintip tak berbayar,dilihat gambar lelaki itu yang sedang bergambar dengan seorang wanita seksi disebelahnya dan tertulis caption
‘My love till jannah'
Kalau boleh muntah dah lama dia muntah kat situ eeu gelinya! Dia memandang ke depan dan saat itu juga matanya tersembul melihat drama sebanyak di depan mata.
“Eee,playboy gila mamat ni baru tadi aku syak dia tulis till jannah lah apalah last-last pasang dua rupanya. Siap main bagi-bagi bunga lagi. Apalah nak jadi dengan lelaki zaman sekarang ni”bebel Hana sendiri.Dia tidak menyangka Syafiq Mikail rupanya playboy.
“Siapa yang playboy?”tegur seseorang dari arah belakang nak gugur jantung Hana ingatkan siapalah tadi!
“Eh akak rupanya, tak lah tu Ha lelaki dekat depan tu”balas Hana sambil menunjuk ke arah figura lelaki itu.
“Oh, Hana kenal ke dengan lelaki tu?”tanya Kak Syafia sambil memandang Hana penuh makna.
Hana pun menceritakan peristiwa bagaimana dia boleh mengenali Syafiq Mikail dari A sampai Z.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience