BAB 27

Romance Series 10778

Syafiq Mikail dan Amar Amsyar duduk berbual di atas pangkin.
   "Wei bro macam mana kau boleh sangkut dengan Lydhia?Bukan kau dulu bukan main meluat lagi kalau tengok dia?"soal Syafiq Mikail,ialah masa sekolah dulu si Lydhia ni bukan main lagi tergila-gila dekat si Amar ni tapi Amar hanya pandang sebelah mata je.
   "Itulah orang kata jangan benci nanti suka,entahlah bro aku pun tak tahu macam mana hati aku ni boleh tertarik dekat dia.Ha,kau tu cakap aku dekat aku kau pula macam mana boleh kenal dengan Hana tu?"balas Amar Amsyar sempat lagi mengorek rahsia Syafiq Mikail.Tergaru kepala Syafiq Mikail apabila diajukan soalan itu.
   "Alah bro semua tu tak penting yang penting kita dua dah kahwin"sangkal Syafiq Mikail.
   "Lah takkan itu pun nak berahsia kot,aku kan dah lama kenal dengan kau.Bolehlah Fiq?"dengan nada berharap dia berkata.
   "Sebenarnya... "
   "Amboi hangpa berdua bercerita tak tengok kiri kanan,nampak happy ja"sapa Lydhia sambil menatang sebuah dulang.Syafiq Mikail sudah menarik nafas lega,kehadiran Lydhia menyelamatkan dia daripada ditanya soalan yang bikin maut.
   "Takde berbual apa pun,oklah Mar aku masuk dulu na hang bermanja lah dengan isteri hang ni.Aku pun nak masuk juga nak cari isteri aku,nak sweet-sweet jugak.Selamat bermesra"pamit Syafiq Mikail sempat lagi tersenyum gatal ke arah Amar.

Hana memotong sayur sawi sambil berbual dengan Nenda.Sedang dia sibuk membuat kerja,ada satu tangan yang melingkar pinggang nya dan saat dia terbau wangian itu dia sudah dapat mengagak siapakah orang itu.
   "Hai sweety"ucap Syafiq Mikail dengan lembut,Hana sudah tidak keruan sayur sawi yang dipotong pun saiznya sudah tidak sekata dan tiba-tiba jarinya terhiris dengan pisau.
   "Auchh!!"jeritan Hana membuatkan Nenda,Mommy termasuk juga dengan orang yang perlu bertanggungjawab kerana telah membuat jarinya terluka.
   "Ya Allah Hana,awat boleh jadi lagu ni?Dah cepat pi basuh dengan air lepastu tampal dengan plaster luka.Hang Syafiq pi lah tolong bini tu"arah Nenda,Stafiq Mikail terus menarik Hana dan dibawa ke arah singki lalu dibuka paip air dan diletakkan jari Hana disitu.
   "Ish kau ni cubalah buat kerja tu hati-hati sikit,tak fasal-fasal luka"bebel Syafiq Mikail tapi tangan Hana masih digenggam dan dibelek.
   "Saya dah berhati-hati tadi,awak tu tiba-tiba je peluk saya itu yang saya terhiris jari ni tahu tak?ini semua salah awak"sangkal Hana membela diri sendiri.
   "Kalau aku tak kacau pun kau still careless jugak kan?Dah kau duduk sini,aku nak ambil minyak gamat dekat depan"suruh Syafiq Mikail dia memapah Hana supaya duduk di kerusi kayu yang berdekatan,yang ini buat Hana pelik setahu dia tangannya saja yang luka kenapa perlu dipapah bagai.Hana memandang kelibat Syafiq Mikail yang menghampirinya dengan putik kapas dan sebotol minyak gamat.Dia duduk di bangku yang berhampiran dengan Hana lalu diambil tangan mulus itu dan disapukan minyak gamat ke tempat yang luka kemudian di tampal plaster yang terdapat corak hati di situ Hana sudah mahu tergelak.
   "Amboi, jiwangnya corak!"ejek Hana sambil ketawa Syafiq Mikail sudah menjeling.
   "Tak kisahlah corak dia macam mana pun asalkan boleh guna,lagipun benda ni Yana yang bagi so ambil jelah"beritahu Syafiq Mikail,tangannya mengemaskan lagi tampalan di jari itu matanya tertacap pada sebentuk cincin yang indah di pandangan mata tanpa sedar dia mengusap di situ.
   "Cantik juga cincin ni"puji Syafiq Mikail.
   "Tengoklah siapa yang pakai dia kan!Aikk bukan awak ke yang beli kenapa baru sekarang awak perasan kecantikkan cincin ni?"soal Hana pelik sebelum itu sempat lagi memuji diri sendiri.
   "Kalau aku yang pilih takdenya cantik,ni Mommy yang pilihkan"balas Syafiq Mikail.
   "Oh patutlah,awak boleh tak lepaskan tangan saya?nak buat kerja ni"pinta Hana,ialah dari tadi tangannya masih digenggaman lelaki itu.Syafiq Mikail yang tersedar akan perbuatannya terus melepaskan genggaman mereka.
   "Buat kerja baik-baik sikit karang hilang mana-mana anggota badan dah susah.Oklah aku pergi dulu,bye Minah Cuai"Ucap Syafiq Mikail meninggalkan Hana yang sedang menahan getar rasa.

Amira Lyana memasuki sebuah Cafe,inilah pertama kali dia menjejakkan kaki di sini  itupun kerana ramai rakan-rakannya mencadangkan dan mengatakan makanan disini amat sedap tapi tidak tahulah lain orang lain citarasanya.Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di sini,seminit kemudian seorang pelayan datang untuk mengambil tempahan sebaik sahaja pelayan itu beredar Amira Lyana terus mengeluarkan telefon pintarnya.Dia mengeluh oleh kerana kebosanan ialah Hana takde kalau Hana ada boleh lah dijadikan teman berbual,dia memandang sekeliling kedai itu dan pada saat itu matanya tertancap pada seorang lelaki yang cukup di kenalinya tanpa sedar dia tersenyum penuh makna dia merenung lelaki itu lama dan tiba-tiba mata mereka bersambung pandang dan Amira Lyana terus mengalihkan pandangan berpura-pura bermain telefon dan seorang pelayan yang datang menghantar makanan menyelamatkannya sekarang dan buat kali yang kedua dia terperanjat dan terkaku apabila melihat pelayan itu ialah orang yang ditenungnya.
   "Shah you kerja sini?"soal Amira Lyana,lelaki itu hanya tersenyum sambil meletakkan makanan yang dipesan tadi di atas meja lalu duduk di depan Amira Lyana.
   "Kenapa?salah ke kalau I kerja dekat sini?"duga Shah.
   "Taklah,cuma I pelik bukan you ambil business management ke?"balas Amira Lyana dia menghirup coffee latte.
   "Takpe nanti you tahulah sendiri,by the way Hana mana?I tak nampak pun dia,ialah biasanya korang berdua kan macam belangkas"soalan daripada Shah mengundang sakit di hati Amira Lyana.
   "Hana balik kampung suami dia."balas Amira Lyana dengan nada mendatar.
   "Oh I see,oklah enjoy your meals"ucap Shah dan berlalu pergi meninggalkan Amira Lyana yang menahan nasib diri.
   'Datang dekat aku semata-mata nak tanya fasal Hana?Nak buat macam mana Lya dia tak pernah rasa pun kehadiran kau selama ni'ucap hatinya sendiri.

Syafiq Mikail memasukkan bagasi yang terakhir di bahagian belakang kereta,bermacam-macam benda yang di bawa pulang ke Kuala Lumpur tak lain tak bukan daripada Nenda dengan pisang,rambutan dengan anak pokok pun diangkut sekali senanglah Mommy nak berkebun nanti.Di suatu sudut Hana sedang bersedih kerana dia akan pulang ke Kuala Lumpur dan bila lagilah boleh pulang ke sini dengan suaminya yang terlampau banyak kerja memang payahlah.
   "Nenda jaga diri baik-baik tau,jangan buat kerja berat-berat sangat.InsyaAllah nanti ada masa Hana balik sini lagi"pesan Hana sambil menyalami tangan Nenda dan dipeluk tubuh tua itu dengan eratnya.
   "Hang tak payah risau na,pandailah cheq jaga diri.Ingat pesan nenda semalam taat pada suami na"balas Ku Marina turut sama mengalirkan kesedihan.
   "Mak,Mawar balik dulu.Kalau ada apa-apa berlaku telefon je Mawar InsyaAllah on time cheq mai.Hana jom,Fiq dah tunggu dalam kereta tu."Pesan Datin Mawar dan di salami tangan maknya Hana terus memasuki kereta dan beberapa minit kemudian kereta mewah itu menyelusuri jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience